Persamaan Aqiqah Dan Sambutan Hari Lahir Cara Islam
Apabila seorang bayi dilahirkan di dunia, pelbagai perasaan bercampur aduk bagi ibu bapa dan kebanyakkannya adalah suatu perasaan gembira kerana bayi yang dilahirkan semestinya ibu bapanya telah bersedia selama lebih kurang 9 bulan (mungkin 8-6 bulan untuk bersedia kerana mungkin pada bulan kedua baru Si Ibu atau Bapa baru mengetahui bahawa dirinya mengandungkan seorang anak)
Apabila bayi dilahirkan, maka Ibu Bapa dengan gembira menyambutnya dan mungkin agak kelam kabut apabila dengan keadaan ibu untuk berpantang, nak cek kuning bayi dan pemeriksaan kesihatan awal bayi.
Aqiqah (Akikah) merupakan salah satu sunat muakkad atau sunat yang sangat di tuntut kepada penganut agama Islam pada hari ke-7, 14, 21 selepas kelahiran atau sehingga dewasa atau sebelum akil baligh. Bagi saya untuk melaksanakan Akikah memerlukan jumlah wang untuk kedua anak lelaki yang jarak 18 bulan ni. Sekarang seorang berumur 4 tahun 8 bulan dan seorang lain umur 3 tahun 1 bulan. Jadi saya mengambil kemudahan melalukan akikah bagi anak sebelum akil baligh jika mengambil purata umur baligh lelaki mungkin seawal 10-12 tahun, umur baligh perempuan mungkin lebih awal 9-10 tahun.
Jika berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA, Akikah dilakukan pada hari ke-7 kelahiran dengan diberi nama dan dicukur rambut. Mengikut kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diberi 60 hari selepas kelahiran untuk mendaftar nama dan kelahiran.
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.
Riwayat Abu Daud (1522)
Akikah ini boleh disamakan dengan cara kita menyambut Hari Kelahiran (Happy Birthday) menurut Islam kerana tujuan utama kita melaksanakan Akikah selain daripada Sunnah Rasulullah SAW dan Sunat Muakkad adalah untuk menzahirkan kesyukuran ibu bapa kerana dikurniakan satu nyawa hasil dari darah daging mereka dari satu hubungan (terutamanya yang halal). Jadi Akikah adalah Sambutan Hari Kelahiran yang betul-betul mengikut Islam.
CARA MELAKSANAKAN AQIQAH1. BERKEMAMPUAN TEMPAH BAHAGIAN AQIQAH
Menempah bahagian Haiwan cukup syarat untuk disembelih bagi tujuan Akikah. Aqiqah adalah mengira ikut kemampuan yang minimum iaitu seekor kambing atau 1 daripada 7 bahagian lembu (kerana seekor lembu ada 7 bahagian). Jika berkemampuan, boleh ambil 2 bahagian untuk anak lelaki dan satu bahagian untuk anak perempuan.
Of course la bila dewasa pun kita menyambut ulangtahun hari Lahir kita mengikut kemampuan (kecuali jika ada yang hendak kagumkan orang lain).
2. SEMBELIH SENDIRI ATAU WAKILKAN ORANG
Paling utama adalah orang yang Aqiqah menyembeli sendiri haiwan yang hendak dikorbankan. Tapi Zaman sekarang tak mampu nak sembelih sendiri, jika mengikut ulama' boleh diwakilkan dengan syarat Tuan yang hendak Aqiqah perlu wakilkan penyembelih tu sendiri. Zaman sekarang boleh telefon wakilkan. Maksudnya, Penyembelih tidak boleh sesuka hati sembelih haiwan aqiqah orang.
Sambutan Hari lahir versi Dewasa sama ada kita keluarkan bajet untuk belik kek sendiri atau wakilkan orang (orang yang bagi kejutan) kepada diri kita.
3. BAHAGIKAN BAHAGIAN AQIQAH
Daging yang haiwan aqiqah adalah untuk diberikan kepada orang lain, seeloknya jangan disimpan untuk kegunaan sendiri dan lebih baik daging ini diberikan kepada orang lain sebagai tanda kesyukuran dan meraikan kelahiran anak. Dan sebaiknya daging ini dibahagi kepada jiran tetangga yang sudah dimasak jika berkelapangan.
Apabila kita makin dewasa, setiap tahun kita menyambut Hari Lahir (Birthday) sama dengan konsep Aqiqah iaitu mensyukuri kelahiran diri sendiri, menjemput rakan-rakan untuk menyambut Hari Lahir bersama-sama.
Blogspot ini muncul terfikir untuk post sebab saya tengah plan untuk aqiqahkan 2 orang anak lelaki umur 4 tahun 8 bulan dan 3 tahun 1 bulan ini.
PERSAMAAN AQIQAH DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN Setiap tahun kita diingatkan tentang tarikh yang sama mengikut kalendar Masihi, Aqiqah hanya sekali umur hidup untuk pertama kali sebagai permulaan raikan kelahiran. Sambutan Hari Lahir disambut setiap tahun sama ada diri sendiri atau orang lain sambut untuk kita.
1. Menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga sempena kelahiran bayi oleh ibu bapa atau diri sendiri .
2. Menghebahkan berita tentang kelahiran anak supaya tidak timbul prasangka/ menghebahkan kepada dunia yang kita dilahirkan pada hari berkenaan setiap tahun.
3. Mensyukuri nikmat mendapat zuriat daripada darah daging sendiri/ Apabila dewasa kita sendiri yang mensyukuri bahawa kita dilahirkan menjadi zuriat kepada ibu bapa.
4. Bayi selamat dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna/ Kita dewasa bersyukur diberikan kesihatan setiap tahun sihat, sempurna.
5. Berkongsi kegembiraan dan rezeki mengikut kemampuan ibu bapa kepada kejiranan setempat / Sambutan ulangtahun kelahiran
Rujukan :
1. Akikah, https://ms.wikipedia.org/wiki/Akikah
2. Pendaftaran Kelahiran Biasa, https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran/semenanjung/pendaftaran-biasa-sm
3. Aqiqah: Niat dan Perlaksanaan (Huraian Lengkap), https://akumuslim.asia/aqiqah-niat-dan-perlaksanaan-huraian-lengkap/
4. IRSYAD AL-FATWA KE-184: HUKUM MENGGANTIKAN KAMBING DENGAN LEMBU ATAU UNTA BAGI TUJUAN AQIQAH, https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/955-irsyad-al-fatwa-ke-184-hukum-menggantikan-kambing-dengan-lembu-atau-unta-bagi-tujuan-aqiqah
5. Fakta ringkas... aqiqah dan korban, yang mana didahulukan?, https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2020/07/27/fakta-ringkas-aqiqah-dan-korban-yang-mana-didahulukan
6. IRSYAD AL-FATWA KE-128: ADAKAH CUKUP AQIQAH SEEKOR KAMBING BAGI BAYI LELAKI?, https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1237-irsyad-al-fatwa-ke-128-adakah-cukup-aqiqah-seekor-kambing-bagi-bayi-lelaki
7. IBADAH AQIQAH, https://alkhairiqurban.com/ibadah-aqiqah/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ismiqbal.blogspot.com/2021/06/aqiqah.html