Persaingan Orang Lama Dan Orang Baru Dalam Bersatu


Lu Wei Hoong      
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat kritikan daripada pelbagai pihak terutamanya dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH), kerana menerima bekas wakil rakyat Umno yang keluar parti.

Rungutan juga datang dari Bersatu sendiri berhubung perbezaan pendapat tentang pendekatan untuk menangani bekas wakil rakyat Umno yang ingin menyertai parti itu.

Di peringkat parlimen, Bersatu setakat ini sudah menerima tiga bekas ahli parlimen Umno iaitu Mustapa Mohamed (Jeli), Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai), dan Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).

Ketiga-tiga mereka keluar Umno untuk menjadi ahli parlimen bebas sebelum menyertai Bersatu. Sejumlah 12 ahli parlimen yang lain juga keluar Umno dan terdapat spekulasi mereka juga akan menyertai Bersatu.

Kritikan lazim yang didengar adalah bekas wakil rakyat Umno berkenaan akan membawa budaya politik wang ke dalam Bersatu.

Bagaimanapun, di sebalik kritikan seumpama itu, terdapat persaingan antara 'orang lama' dan 'orang baru'.

Sekian lama, Umno didakwa meminggirkan golongan muda untuk memastikan panglima politik atau 'orang lama' kekal berkuasa.

Sedangkan, 65 peratus anggota Bersatu terdiri daripada golongan muda.

"Kita mengalu-alukan bekas pemimpin Umno yang baik yang ada pengalaman urus tadbir, masayrakat dan (faham) kekuatan ekonomi. Yang tak baik hanya mahukan jawatan.

"Walaupun diletak syarat yang masuk tak layak bertanding, bagi saya memang tak adil (untuk menerima mereka)," kata Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah.
Adhif Syan Abdullah  Adhif mengakui bahawa terdapay kebimbangan penghijrahan bekas wakil rakyat Umno akan meminggirkan kepimpinan ketika ini yang terdiri daripada golongan muda.
"Ini merupakan kebimbangan dalam kalangan anggota yang menjadi sebahagian daripada perjuangan parti," katanya.

Semantara itu, Pengerusi Bersatu Terengganu Razali Idris, menyatakan kebimbangan sekiranya Bersatu tidak mengambil wakil rakyat Umno yang keluar parti, mereka mungkin akan menyertai PAS.
Razali Idris   "Kita perlu perkukuhkan parti kita. Jika kita tidak membenarkan orang Umno sertai Bersatu, merekan mungkin menyertai PAS, siapa yang rugi? Lebih baik mereka menyertai kita daripada PAS," katanya.
Kebanyakan kerusi yang ditandingi Bersatu pada PRU lalu merupakan kerusi yang secara tradisi ditandingi PAS.

Bersatu gagal menang kerusi parlimen di Kelantan dan Terengganu, sementara PAS meraih 15 kerusi dan Umno tujuh.

Razali yang dilantik sebagai senator, juga berkata beliau tidak berasa terancam dengan kemungkinan akan digantikan oleh anggota Bersatu baru yang datang dari Umno.

"Saya tidak pernah risau tentang perkara ini. Jika sebagai ketua bahagian, dia berkhidmat dengan baik, saya tak nampak dia boleh gugat parti.

"Meskipun mereka sertai Bersatu, mereka tak tahu nasib mereka pada PRU akan datang. Tiada perjanjian bahawa mereka boleh menjadi calon dalam PRU akan datang sekiranya menyertai Bersatu," katanya.

Razali dikalahkan oleh calon Umno, Rasol Wahid di Hulu Terengganu bagi kerusi parlimen. Rosol sudah keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Bagi Setiausaha Bersatu Pagoh, Atiman Kadir pula, tumpuannya lebih kepada anggota Umno biasa yang ingin menyertai Bersatu.
Atiman Kadir  "Rakyat akan tahu bahawa kesalahan (beberapa) pemimpin Umno dan BN tidak dapat dimaafkan. Bagi anggota biasa, mereka boleh menyertai parti dan membantu kita," katanya

Sebelum penubuhan Bersatu, Umno dan PAS secara tradisinya merupakan mempunyai penyokong akar umbi dari kalangan orang Melayu yang kuat. Meskipun PKR dan Amanah dilihat meluaskan pengaruh di selatan tanah air, kedua-dua parti itu masih berdepan kesukaran untuk menembusi negeri-negeri lain.

Bagaimanapun, tidak semua anggota Bersatu yang menyertai parti itu ketika ia ditubuhkan menyatakan keyakinan dengan pendekatan parti mereka.

Ketua Bersatu Pendang Abdul Razak Khamis menyatakan kebimbangan penghijrahan bekas wakil rakyat Umno akan menyebabkan pergeseran antara Bersatu dan sekutu dalam PH, yang akan menggugat gabungan itu.

"Rakyat akan kecewa dengan wakil rakyat mereka yang tukar parti dan saya bimbang kekecewaan itu akan ditujukan kepada kita (Bersatu)," katanya.

Abdul Razak, yang menyokong undang-undang melarang lompat parti, juga bimbang bekas wakil rakyat Umno itu akan dibenarkan bertanding semula di kerusi mereka dan seterusnya menukar parti lain sekiranya situasi berubah.

Kepimpinan pusat Bersatu sebelum ini berulang kali memberi jaminan bahawa anggota dan bekas wakil rakyat Umno yang ingin menyertai Bersatu akan ditapis, malah akan menubuhkan jawatankuasa bagi tujuan itu yang akan dipengerusikan Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir.

Menjelasng perhimpunan agung Bersatu hujung minggu ini, anggota parti dijangka menyuarakan kebimbangan mereka terhadap penghijrahan bekas wakil rakyat Umno ke dalam parti mereka.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/persaingan-orang-lama-dan-orang-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Bersatu Akan Terima Nasib Umno Jika Pinggirkan Orang Baru

Dr M Bersatu Akan Terima Nasib Umno Jika Pinggirkan Orang Baru

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 305 hits
Diterbitkan Hari ini 7 02 malamPengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedih mendengar aduan bahawa terdapat ketua bahagian yang menghalang bakat baru memegang kepimpinan parti Menyifatkan bahawa aduan se...
Rumah Lama Diberi Nafas Baru Dengan Kelengkapan Barang Ikea

Rumah Lama Diberi Nafas Baru Dengan Kelengkapan Barang Ikea

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 921 hits
Assalamualaikum Siapa kat sini suka belek belek majalah hiasan dalaman rumah dari zaman kana kanak Haaa kalau ya kita serupa Suka tengok perhiasan dalaman yang cantik cantik Lagi lagi kalau rumah tu ada kolam ikan yang ada air pancut tu Dit...
Kena Tapis Dulu Baru Boleh Masuk Bersatu Muhyiddin

Kena Tapis Dulu Baru Boleh Masuk Bersatu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR Bersatu sentiasa mengamalkan pintu terbuka terhadap permohonan daripada bekas ahli mana mana parti pembangkang dengan syarat mereka melepasi proses tapisan yang ditetapkan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata mereka yan...
Cara Menampilkan Posting Lama Tanpa Membuka Halaman Baru

Cara Menampilkan Posting Lama Tanpa Membuka Halaman Baru

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 373 hits
Load More Posts Older Blog Post with Scrolling Cara Menampilkan Posting Lama Tanpa Membuka Halaman Baru di Homepage Blogger AGAK susah menjelaskan desain blog unik ini Nama Inggrisnya sih Infinite Post Scrolling Load More Effect for Blogger...
Bersatu Akan Rangka Agenda Bumiputera Baru Presiden

Bersatu Akan Rangka Agenda Bumiputera Baru Presiden

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 420 hits
AGM BERSATU Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berikrar parti itu akan merangka satu dasar agenda Bumiputera baru yang benar benar akan menambah baik kedudukan golongan itu di negara ini Dalam ucapan sempena pelancaran Mesyuarat Agung Tahuna...
Bersatu Sebagai Wadah Perjuangan Melayu Baru

Bersatu Sebagai Wadah Perjuangan Melayu Baru

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 496 hits
Sepuluh jong masuk pelabuhan Melayu bercawat minda lagi Sudah 61 tahun Melayu berkuasa bawah UMNO akhirnya reput hilang kuasa akibat kerakusan para penyamun lanun koruptor dan munafik menguasai parti itu Jangan salah orang lain kerana Melay...
Sejadah Baru

Sejadah Baru

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 448 hits
Sejadah Baru Asalamualaikum Salam Sejahtera Sebelum kita hendak ke suatu tempat baru perkara penting yang harus kita fikirkan ialah adanya kelengkapan tempat solat yakni di Surau Masjid mahupun tempat tinggal kita menginap Dan yang paling k...
Baru Bian Dilantik Semula Pengerusi Pkr Sarawak

Baru Bian Dilantik Semula Pengerusi Pkr Sarawak

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 317 hits
Baru Bian dilantik semula pengerusi PKR Sarawak Dikemas kini 2 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 15 Dec 2018 11 53PM mid
Rampcheck Pesawat Jelang Libur Natal Dan Tahun Baru Menhub Temukan Kesalahan Minor

Rampcheck Pesawat Jelang Libur Natal Dan Tahun Baru Menhub Temukan Kesalahan Minor

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 276 hits
Jelang libur Natal dan Tahun Baru Kementerian Perhubungan RI melakukan rampcheck pesawat di Bandara Internasional Soekarno Hatta Sabtu Ditargetkan dari 450 pesawat yang ada di Bandara Soekarno Hatta seluruhnya bisa diselesaikan rampcheck ny...
Betulkan Dulu Sekolah Kerajaan Sebelum Cari Salah Sekolah Islam

Bom Jangka Mula Meledak Krisis Kewangan Jepun Lebih Teruk Daripada Greece

777 8 Jul 2568 Punpro777 24 Top 85 By Marsha Punpro777 World

What Are The Benefits Of Custard Apples Or Nona

Sumbangan Gamuda Dalam Industri Kereta Api

Uk S Royal Society Welcomes First Malaysian Based Scientist

Program Wacana Manuskrip Melayu Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Malang Tidak Berbau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Ni Saja Mampu Harap Cukuplah Buat Kejutan Untuk Isteri Prince Syed Beri Nafkah Bulanan Cash Rm125k

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru Tapi Bukan Untuk Semua

Results Of Pkr Party Elections To Be Known As Early As 2 30pm This Saturday

Muah Kajang Chord