Perpaduan Nasional Tak Tercapai Selagi Cina India Ikuti Pendidikan Vernakular


Datuk Sirajuddin Haji SallehTiada sebab kerajaan PN tak boleh tutup sekolah vernakular PERTUBUHAN Gerakan QIAM (QIAM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana melancarkan Dasar Perpaduan Nasional (BU TV1 15/2/20) baru baru ini.
2. Pelancaran Dasar ini secara tidak langsung memberi kita dua mesej penting.
Pertama, masalah perpaduan nasional amat kritikal kepada masa depan negara. Dalam keadaan darurat sekarang dan kesibukan berperang dengan COVID-19, kerajaan PN masih mencari
ruang dan sumber untuk mengeluarkan dasar ini.
Kedua, matlamat Perpaduan Nasional dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan kerajaan sejak 50 tahun dahulu (1970), gagal dicapai. Kita nampak jelas bahawa sifat perkauman di kalangan rakyat mutakhir ini lebih ketara dari
dahulu.
3. Pada hemah QIAM, penyumbang utama kepada masalah dan kegagalan tersebut adalah kerana program dan aktiviti yang dilaksanakan sebelum ini hampir kesemuanya berbentuk
menjernihkan air di hilir sungai sedangkan air di hulu dibiar kotor dan keruh.
Program-program sukan, kemasyarakatan, perjumpaan, kenduri, ceramah perpaduan dan sebagainya yang dijalankan adalah tertumpu kepada orang dewasa, tua dan lanjut umur.
Mereka diibaratkan sebagai air di hilir sungai. Mampukah air di hilir ini menjadi jernih jika air yang datang dari hulu itu tetap air kotor dan keruh? Jenerasi muda kaum Cina dan India dididik berasingan dari kaum Melayu, lantas menebalkan sifat perkauman mereka.
4. Perpaduan Nasional kita hendaklah bertunjangkan kepada kaum Melayu. Masalah paling utama ialah perpaduan antara kaum Melayu dan kaum Cina. Pertama kerana peratusan
kaum Cina agak besar berbanding kaum India.
Kedua, pengasingan sejak dari kecil (air di hulu) ribuan kanak-kanak kaum Cina di sekolah vernakular dan sekolah-sekolah swasta Cina yang tidak menggunakan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menyebabkan semangat perkauman Cina menebal dan akhirnya membentuk air di hulu sungai yang kotor dan keruh masuk ke dalam masyarakat.
Golongan ini juga ibarat buluh yang sudah keras. Tentu sukar untuk dilentur dan berpadu dengan kaum Melayu.
5. Perpaduan dengan kaum India diperhatikan tidak sesukar saperti kaum Cina. Pertama, hal ini kerana peratusan kaum India agak kecil dalam masyarakat.
Kedua, peratusan kaum India yang beragama Islam nampaknya lebih ramai dari kaum Cina. Ini menyebabkan perpaduan mereka ke dalam masyarakat Melayu lebih mudah.
6. Jelas dari huraian diatas, masalah perpaduan nasional kita adalah antara kaum Melayu dengan kaum Cina dan India.
Terimalah hakikat ini, iaitu selagi generasi kanak-kanak (air dihulu) Cina dan India mengikuti pendidikan vernakular dan sekolah swasta, selagi itulah mereka membentuk air dari hulu yang keruh yang akhirnya mengeruhkan air dihilir. Perpaduan Nasional tidak akan tercapai.
7. Bagi menjernihkan air di hulu ini, kerajaan PN perlulah sepakat dan mempunyai ‘political will’ yang kuat dan demi masa depan negara, mewujudkan sekolah satu aliran dengan mengguna Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kepujian Bahasa Melayu menjadi syarat mendapat sijil.
Jika sekolah Melayu yang wujud sebelum ini mampu ditutup, QIAM tidak nampak sebab kerajaan PN tidak boleh menutup sekolah vernakular dan sekolah jenis kebangsaan.
Ke arah sekolah satu aliran ini, QIAM ingin sarankan beberapa perkara penting saperti berikut:
7.1. Perkasakan semua sekolah kebangsaan dengan prasarana, teknologi, alat komputer dan
sebagainya.
7.2. Tingkatkan bilangan dan kemahiran guru di semua sekolah kebangsaan.
7.3. Serapkan sekolah vernakular Cina dan India ke dalam sekolah kebangsaan dengan
membawa bersama ‘good practices’ mereka.
7.4. Tingkatkan pengajaran bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan.
7.5. Tawarkan bahasa Arab, Mandrain dan Tamil sebagai subjek pilihan.
8. QIAM amat yakin bahawa sekolah satu aliran bagi semua kaum ini akan mengeluarkan generasi air di hulu yang jernih yang bersatu-padu dengan kaum Melayu dan peribumi.
Percayalah bahawa dalam masa 30 tahun negara akan melihat jenerasi baru yang bersatu padu. Itulah Perpaduan Nasional.  ISMA WEB

(*) Datuk Sirajuddin Haji Salleh Presiden QIAM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/perpaduan-nasional-tak-tercapai-selagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Lancar Tabung Peduli Pendidikan Nasional

Amanah Lancar Tabung Peduli Pendidikan Nasional

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 182 hits
February 20 2021 Biro Pendidikan Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional berpandangan kedudukan sistem pendidikan negara semakin celaru akibat penularan Pandemik Covid 19 Sejak tahun lepas pelajar yang tiada akses internet dan peranti terus ke...
India Bimbang Banjir Kilat Tasik Himalaya Sekali Lagi Berlaku

India Bimbang Banjir Kilat Tasik Himalaya Sekali Lagi Berlaku

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 230 hits
India bimbang banjir kilat tasik Himalaya sekali lagi berlaku nbsp Dikemas kini 3 jam yang lalu Diterbitkan pada 12 Feb 2021
India China Disengage From Part Of Border

India China Disengage From Part Of Border

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 170 hits
India and China have accused each other of seeking to cross the frontier AFP Photo India said Thursday it had reached an agreement with China for both to pull back from part of their contested Himalayan border in the biggest push to ease te...
Parallel Volumes House By Urbscapes In Ahmedabad India

Parallel Volumes House By Urbscapes In Ahmedabad India

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 236 hits
Project Parallel Volumes House Architects Urbscapes Location Ahmedabad India Area 4 951 sf 6 458 sf Year 2020 Photographs by Inclined Studio Parallel Volumes House by Urbscapes Situated in fringes of Ahmedabad the house is spread over 460 s...
Mom Siasat 15 Pemegang Pas Kerja Dikaitkan Dengan Universiti Swasta Di India Yang Jual Ijazah Palsu

Mom Siasat 15 Pemegang Pas Kerja Dikaitkan Dengan Universiti Swasta Di India Yang Jual Ijazah Palsu

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 185 hits
SINGAPURA Kementerian Tenaga Manusia sedang menjalankan siasatan terhadap 15 pemegang pas kerja yang mengisytiharkan mempunyai kelulusan dari sebuah universiti swasta di India 15 individu itu kini bekerja di Singapura dan mengisytiharkan me...
Polis Johor Kenal Pasti Quot Identiti Quot Lelaki India Yang Tular Dakwa Murtadkan Wanita Islam

Polis Johor Kenal Pasti Quot Identiti Quot Lelaki India Yang Tular Dakwa Murtadkan Wanita Islam

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 614 hits
nbsp JOHOR BAHRU Identiti seorang lelaki yang tular dalam media sosial baru baru ini kerana dipercayai memurtadkan seorang wanita Islam telah dikenal pasti Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ini susulan pemeriksaan poli...
Video China Dedah Rakaman Pertembungan Dengan Tentera India Jun Lalu Dianggarkan Lebih 20 Orang Maut

Video China Dedah Rakaman Pertembungan Dengan Tentera India Jun Lalu Dianggarkan Lebih 20 Orang Maut

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 168 hits
152 total views 152 views today China pertama kalinya kongsi rakaman video pertempuran bersama tentera India di sempadan yang menjadi pertikaian dua negara tersebut pada bulan Jun tahun lalu Menurut maklumat seramai empat tentera China terb...
Tragedi Uttarakhand Hishamuddin Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Kerajaan India

Tragedi Uttarakhand Hishamuddin Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Kerajaan India

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 164 hits
MALAYSIA berduka cita terhadap tragedi glasier pecah di Himalaya sehingga mengakibatkan kematian di negeri Uttarakhand India Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyatakan k...
Himalayan Glacier Bursts In India 100 150 Feared Dead

Himalayan Glacier Bursts In India 100 150 Feared Dead

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 169 hits
A general view during a flood in Uttarakhand state February 7 2021 in this still grab obtained from a video ReutersNEW DELHI Feb 7 As many as 150 people were feared dead after a Himalayan glacier broke and crashed into an Indian dam early o...
Teguran Bulan Ramadhan Buat Dj Era

Kakcik Yah Biodata Nenek 75 Tahun Jadi Content Creator Popular

When Politicians Choose Ego Over People

Lirik Lagu Qunut Subuh Bazli Unic

Ujian Sumatif 1 2025 Sekolah Rendah Bagi Tahun 1 Hingga 6

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Lenion Rechee Nuan Siku Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terengganu 26 Ditahan Lombong Emas Dan Mineral Secara Haram Rampasan Cecah Rm2 11 Juta

Penemuan Tunggul Kayu Bawah Tanah Lombong Arang Batu

Awas Sibutramine Dalam Ubat Kurus Boleh Membunuh

Himpunan Doa Pilihan Sebelum Berbuka Puasa

456 200 5 000 Hongkong456 Pgslot Top 2 By Lino Hongkong456 Co 8 Feb 2568

894 Reports Lodged Against Zamri Cops Await Agc S Orders