Perodua Ativa Specifications And Price Malaysia
Perodua Ativa, SUV terbaru keluaran Perodua (Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd) secara rasminya telah dilancarkan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin yang disiarkan secara langsung di platform media sosial malam Rabu lepas
Sports utility vehicles @kenderaan utiliti sukan (SUV) adalah kereta kompak yang telah lama dinantikan dan dinamakan Ativa. Pengeluar kereta kompak Perodua ni akan menyasarkan akan menghantar secara purata sebanyak 3,000 unit sebulan
SUV Perodua Ativa merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build, merintis kejayaan Perodua bagi gaya, keselamatan, teknologi, tahap dan nilai peralatan
Perodua Ativa price MalaysiaHarga Ativa bermula daripada RM61,500 bagi varian X atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia, RM66,100 bagi varian H dan RM72,000 bagi varian AV utama
Perodua Ativa SpecificationsSUV baharu dengan lima tempat dudukKenderaan cas turbo pertama PeroduaModel Perodua yang pertama menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 kilometer (km) per liter (L).Model kenderaan cekap tenaga (EEV) Perodua yang kelima ini mempunyai enjin turbo 1.0L tetapi prestasinya sama dengan 1.5L dengan kecekapan bahan api yang tinggi.Dibina menggunakan suspensi dan ‘underbody’ yang baru dibangunkan dikenali sebagai platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA)Perodua Ativa mempunyai badan yang lebih ringan dan lebih kuat, keselamatan pelanggaran yang dipertingkatkan, prestasi bunyi dan getaran yang ditambah baik dan penyesuaian yang tinggi untuk teknologi masa depan.Teknologi keselamatan terkininya antara penekanan terbesarnya, dengan sistem brek kecemasan autonomi dan kawalan pengekalan lorong (LKC) menjadi penawaran yang standard untuk seluruh rangkaiannya.Enjin kecil tapi bertenaga
Perodua Ativa dihasilkan oleh 54 pereka dan jurutera yang bekerjasama dengan Daihatsu bagi model ini sejak tahun 2018
Setakat ini, Kira-kira 5,000 tempahan Perodua Ativa telah diterima sejak ia dibuka untuk tempahan pada 19 Februari lepas. Penghantaran pula bermula 4 Mac
Sekali imbas tengok design SUV Perodua Ativa ni ni lebih kurang macam Haval. Sesiapa yang berminat tu boleh baca perodua ativa review dulu. Kot berkenan kat hati dan ada bajet, bolehlah membeli
Perodua ativa price monthly bergantung pada interest dan juga down paymentnya. Kenalah tanya salesman perodua yang lebih pakar.
kredit : sinarharian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/03/perodua-ativa-specifications-and-price.html