Pernah Naik Rayani Air Rayani Air Pulangkan Semula Wang Tempahan Tiket Pelanggannya
Siapa pernah dengar Rayani Air? Rayani Air telah pun ditutup akibat kejatuhan syarikat penerbangan tersebut. Semasa baru diwujudkan, cikguzim pun penah naik Rayani Air.
Waktu mula dibuka memang ada banyak offer tambang murah. Saya pernah naik flight direct dari Kuching ke Langkawi menggunakan syarikat ini. Tapi kini ia dah pun ditutup. Sekejap sahaja bertahan Rayani Air
Ini Rayani Air dari Kuching ke Langkawi, waktu ni ada promosi waktu baru dibuka awal tahun 2016. Flightnya agak uzur maklum la flight lama. Waktu AirAsia baru muncul dulu pun mereka pakai flight lama juga. Sekarang baru maju dan masih survive
Benda baru, mestilah kena selfie hehe. Kenangan waktu cuti sekolah Mac 2016
Waktu balik naik Malindo dari Langkawi ke Sepang
Ini berita yang cikguzim ambil dari pengasasnya:
Pengasas syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Ravi Alagendrran untuk kesekian kali mengumumkan untuk memulangkan wang tempahan tiket pelanggannya secara berperingkat
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayani Air Sendirian Berhad itu membuat kenyataan di laman Facebook miliknya pada 9 Julai lalu setelah memaklumkan pemulangan gaji bekas staf yang tertunggak akibat kejatuhan syarikat itu
Berikut merupakan kirimannya
Salam sejahtera
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada anda atas sokongan anda kepada Rayani Air selama ini. Sekali lagi kami ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan dan kekurangan selama kami cuba memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda
Pihak pengurusan Rayani Air akan membuat bayaran balik kepada pelanggan yang telah membeli tiket secara tunai secara berperingkat. Untuk tujuan itu, anda dipohon untuk menghantar email kepada kami di alamat
[email protected] dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:
(1) Nama penumpang(2) Sektor penerbangan(3) Tarikh dan masa penerbangan(4) No. penerbangan(5) Harga tiket(6) Salinan tiket (sebagai bukti)(7) No. akaun bank (serta nama pemegang akaun untuk tujuan pembayaran online)
Pihak pengurusan akan membuat semakan ke atas maklumat yang anda berikan dengan rekod jualan tunai syarikat sebelum bayaran balik dibuat
Sekian, terima kasih
Ikhlas daripada,Ravi AlagendrranRayani Air Sdn Bhd
Berikutan menerima respon yang banyak daripada para pelanggan, Ravi memaklumkan bahawa mereka sedang meneliti setiap emel yang diterima bagi memastikan ketepatan bayaran balik
Pelanggan Rayani Air yang dihormati,
Susulan daripada pengumuman bayaran balik tiket penerbangan Rayani Air yang telah dibeli secara tunai, kami telah menerima banyak maklumbalas. Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas email anda
Kakitangan kami sedang meneliti setiap emel yang diterima dan menyemak data rekod syarikat bagi memastikan ketepatan bayaran balik. Pihak kami akan memberikan respon secara berperingkat berikutan lambakan email yang diterima
Sekian, terima kasih
Ikhlas daripada,Ravi AlagendrranRayani Air Sdn Bhd
Walaupun setelah beberapa tahun dilanda tekanan, usaha memulangkan wang pelanggan secara berperingkat ini patut dipuji kerana ia menggambarkan kejujuran dan integriti pemilik syarikat
Kepada pelanggan yang terlibat, anda bolehlah hantarkan maklumat anda ke emel yang telah diberi
Sumber: Ravi Alagendrran
Kalau masih ada Rayani Air ni mesti dapat memberi saingan kepada syarikat penerbangan lain. Banyak saingan banyak la tiket murah hehehe. Harap MAS juga dapat membaiki kedudukan kewangan mereka juga.
Teruskanlah memberi tiket2 murah kepada pelanggan. Kesian la dekat orang golongan pertengahan macam cikgu ni hehehe...Hmmm tengah nak cari tiket nk bercuti ke luar negara ni..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2019/07/rayani-air-pulangkan-semula-wang.html