Pernah Merempat Di Jepun Kini Anak Kuala Krai Ini Orang No 3 Honda Malaysia


Bgi pemilik kenderaan jenama Honda di Malaysia, pastinya pernah terlihat wajah kacak Mohamed Akkbar Danial di Buletin Honda ataupun pada laporan media mengenai jenama tersebut.

Honda, jenama nombor satu di Malaysia (bagi kategori bukan nasional) dan nombor dua bagi keseluruhan pasaran tempatan (di belakang Perodua) telah membuka mata ramai akan prestasi syarikat kecil ini. Ya, Honda Malaysia dulunya sebuah syarikat yang kecil, dan kini menjadi satu-satunya cawangan Honda di seluruh dunia yang berjaya mendahului Toyota dan menduduki tangga pertama dalam pasaran jualan kenderaan bukan nasional.
SIAPA AKKBAR DANIAL?
Beliau ialah contoh yang baik akan semangat kental anak muda tempatan yang berada di negara asing tetapi masih mampu untuk berdiri tinggi dengan kejayaan karier sebelum kembali ke tanahair.
Berusi 43 Tahun berasal dari GUCHIL, KUALA KRAI dan kini menetap di Ara Damansara bersama isterinya, Dolina Hussein dan tiga orang cahaya mata, berumur 6, 11 dan 14 tahun.
PENDIDIKAN AWAL
Sekolah pertama beliau ialah SK Sultan Yahya Petra, dan kemudian mengikut ibunya, seorang guru sekolah ke SK Banggol Guchil. Ayah Akkbar bekerja sebagai Ketua Kerani di Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang. Ayah berasal dari Machang sementara ibunya berasal dari Kuala Pilah.
Akkbar duduk dua dari kiri Kemudian, Akkbar melanjutkan pelajaran beliau di Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu.
Selepas SPM, beliau menerima tawaran JPA untuk menyambung pelajaran di Jepun. Sebenarnya, selepas melihat abangnya yang belajar di New Zealand, Akkbar berangan untuk menyambungkan pelajarannya di Amerika Syarikat, United Kingdom atau Australia. Jepun langsung tiada di dalam angan-angan beliau.
Menurutnya lagi, ibunya mahukan Akkbar menjadi seorang doktor, dan itu merisaukan Akkbar kerana beliau lebih berminat dalam bidang kejuruteraan.

“Tambahan pula, saya takut darah”

PENGALAMAN PAHIT DI JEPUN
Tinggal di Jepun selama 12 tahun. Pernah ditahan di Jepun kerana Polis Jepun menganggap saya berasal dari Iran. Namun saya gagal menerangkan kepada mereka kerana masalah komunikasi. Bermula dari situ saya berusaha belajar bahasa Jepun dan alhamdulillah kini saya sangat fasih berbahasa Jepun.

CABARAN BELAJAR EKORAN KRISIS KEGAWATAN EKONOMI
Akkbar menghabiskan pengajian peringkat Associate’s Degree (Ijazah Bersekutu) di Toyota National College of Technology dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik selama tiga tahun.
Seterusnya beliau meyambungkan pengajian beliau dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik (Sarjana Muda) di Nagaoka University of Technology.
Kemudian Lulus dengan cemerlang dan professornya meminta beliau untuk sambungkan pelajaran ke taraf Masters. Sayangnya berlaku dalam tahun 1997 ke 1998, dimana kegawatan ekonomi menghalang Akkbar untuk mendapat sebarang biasiswa ataupun pinjaman dari badan kerajaan.
Tetap tidak berputus harap dan setia menunggu dengan harapan beliau akan mendapat sumber pembiayaan pendidikan beliau. Oleh kerana itu, beliau tidak mencari pekerjaan. DI Jepun, lazim untuk mahasiswa tahun akhir keluar mencari pekerjaan sebelum pengajian berakhir. Ini selalunya berlaku dalam bulan April. Akkbar menunggu sehingga Oktober, di luar musim mencari kerja.
TERPAKSA BEKERJA JUGA
Oleh kerana sumber kewangan terhad, Akkbar terpaksa mencari kerja di dalam bulan Oktober dan beliau diterima bekerja di sebuah kilang benang, sebuah industri yang semakin malap ketika itu di Jepun.
Kilang benang itu beribupejabat di Osaka tetapi Akkbar dihantar ke cawangan mereka di Totori. Syarikat itu merancang untuk melatih Akkbar dan kemudian menghantarnya balik ke Malaysia kerana ia mempunyai sebuah kilang di Terengganu.
Walaupun Akkbar diterima bekerja sebagai jurutera, beliau lebih diarah membuat kerja-kerja yang lain dan Akkbar mulai bosan. Beliau nekad untuk berhenti kerja selepas lima bulan di situ.
Ketika itu, Akkbar mulai sedar bahawa visa yang dipegangnya hanya membolehkan beliau bekerja sebagai jurutera sahaja. Hendak bekerja di 7-Eleven pun dia tidak akan diterima. Ditambah lagi ketika itu baru bulan September dan musim mencari kerja ialah pada bulan April.
KEPERITAN HIDUP DI JEPUN
Menambahkan lagi masalah Akkbar, beliau cuma ada seratus ke dua ratus Ringgit di dalam poketnya – nilai yang sangat kecil di Jepun. Akkbar sekali lagi nekad – dengan sebuah beg sandang, beliau mengembara pulang ke Nagaoka dalam keadaan sedih dan aib.

Sebagai seorang senpai (senior), Akkbar rasa sangat malu dengan kegagalan beliau. Sampai di Nagaoka, beliau terpaksa meminta simpati “kohai” atau junior beliau, iaitu rakan yang lebih muda dan masih lagi belajar. Beliau bernasib baik kerana dua orang kohai-nya menawarkan Akkbar tempat tinggal sementara Akkbar mencari peluang pekerjaan. Sehingga hari ini Akkbar ingat akan jasa kedua mereka, Fauzi dan Najib.
Oleh kerana beliau tidak berduit, Akkbar membantu kedua rakannya dengan cara memasak dan mengemas rumah. Beliau merasa sangat bersalah dan hampa; meskipun berjaya dalam pelajaran, tetapi terpaksa merempat meminta belas kasihan rakan.
Suatu hari, beliau ke universiti lamanya, mencari rakan-rakan dan peluang kerja. Setiausaha untuk salah seorang professornya terserempak dengan Akkbar dan bertanyakan apa yang Akkbar buat di situ. Setiausaha itu mendengar kisah Akkbar dan menyuruh Akkbar berjumpa dengan professor.
Esoknya, Akkbar berjumpa dengan Professor Kiyoshi Yatsui, orang yang menyuruh Akkbar menyambungkan pelajaran beliau di Jepun untuk membuat program Masters. Professor Kiyoshi Yatsui ialah salah seorang professor yang sangat disegani di universiti itu dan terkenal di seluruh dunia kerana ujikaji plasma beliau.
Professor Kiyoshi Yatsui sangat marah dengan apa yang berlaku, tetapi kemudian sejuk hati apabila mengetahui masalah kewangan Akkbar. Lantas beliau menawarkan bantuan kepada Akbbar untuk mencari pekerjaan, “Saya akan bantu awak untuk cari pekerjaan. Di mana awak hendak bekerja? Saya akan carikan,” ujar Professor Kiyoshi.
Secara kebetulan, suami kepada setiausaha Professor Kiyoshi ialah seorang pengurus besar di syarikat semi konduktor Nemic Lambda. Professor Kiyoshi terus meminta bantuan dan Akkbar dikehendaki pegi ke ibu pejabat syarikat itu dan melalui ujian bertulis. Beliau lulus ujian dengan cemerlang dan terus ditawarkan bekerja.
HANYA BEKERJA BAHAGIAN LOGISTIK
Syarikat itu tidak terus memberikan jawatan jurutera kepada Akkbar. Beliau dihantar ke sebuah pusat pengagihan stok di Shiga, dan beliau bekerja seperti buruh kasar di sana. Selepas tiga bulan, Akkbar bukan sahaja berjaya bekerja dengan cekap, tetapi terus menjadi rakan baik kepada komuniti di Shiga. Akkbar terus dipanggil balik ke ibu pejabat.
Akkbar masih tidak lagi diberikan jawatan jurutera, tetapi kali ini disuruh menjadi juruteknik mencari punca kerosakan teknikal komponen produk syarikat (produk syarikat ketika itu ialah “Uninterrupted Power Supply” atau UPS).
Ketika itu syarikat Jepun Advantest menjadi salah satu pelanggan besar syarikat Nemic Lambda. Beratus-ratus unit UPS mereka mempunyai masalah dan perlu diperbaiki. Akkbar dipanggil untuk ke Advantest untuk melakukan operasi baik-pulih itu. Di situ, Akkbar melalui satu kejadian yang sekali lagi menguatkan semangatnya untuk bekerja.
Ketika tiba di Advantest, seorang pengurus berbangsa Jepun terus memberi amaran kepada pekerjanya di dalam bahasa Jepun untuk memerhatikan “gaijin” atau bangsa asing itu, sambil menunjuk ke arah Akkbar. Pengurus itu tidak tahu Akkbar sangat fasih berbahasa Jepun, dan Akkbar hanya tunduk diam dengan rasa terhina.
CEMERLANG DALAM PEKERJAANNYA
Selepas seminggu, kerja Akkbar sudah siap dan mutu kerjanya dipuji oleh Advantest. Pengurus yang memberi amaran kepada pekerjanya datang berjumpa dengan Akkbar, dan dengan rasa sangat kesal, meminta Akkbar memaafkan kesalahannya kerana memandang rendah pada Akbar sebelum ini.
“Jika kami perlu berurusan dengan syarikat Nemic Lambda, orang yang saya akan panggil ialah anda Akkbar!” Itu janjinya, sebagai tanda hormat beliau. Ketika itu, Akkbar sedar beliau sudah diterima sebagai salah seorang dari mereka, salah seorang dari bangsa Jepun.

PULANG KE TANAH AIR
Selepas itu karier Akkbar terus melonjak naik. Beliau dinaikkan pangkat kepada jurutera penuh dan kemudian dihantar ke kilang Nemic Lambda di Jaya Gading, Kuantan, Pahang selama enam bulan. Usia beliau ketika itu baru 27 tahun, dan pada mulanya kakitangan Nemic Lambda di Kuantan berharap sebagai rakyat Malaysia, Akkbar boleh memberi sedikit ruang lega kepada kualiti kerja mereka di sana.
Akkbar faham dilema yang dihadapinya, tetapi beliau tetap menjalankan tugasan beliau. Beliau menjadi “rakyat Jepun” dan memberikan tekanan yang kuat tanpa belas kepada kilang itu untuk kembali pulih.
KEMUDIAN KEMBALI KE JEPUN
Selepas enam bulan di sana, kilang itu kembali sempurna dan Akkbar pulang balik ke kampungnya, Jepun.
Akkbar sebenarnya sudah lama meminati Honda. Kereta pertama dibelinya ialah Honda EG, dan selepas tiba dari Malaysia atas tugasan kilang di Kuantan itu, kereta beliau tertimbus di bawah bukit salji selama enam bulan. Kesemuanya rosak, dan beliau terpaksa menghantar keretanya untuk dilupuskan (scrap).
Sebagai ganti, beliau hendak membeli sebuah Honda CR-V (generasi pertama). Beliau pergi ke ATM untuk mengeluarkan duit dan Akkbar terkejut seketika melihat jumlah wang simpanannya. Selama ini, Akkbar hanya tahu bekerja dan bekerja dan tidak pernah hirau akan berapa simpanannya. Akkbar hiba melihat sejumlah besar duit simpanan di dalam akaunnya. Dari seorang yang pernah merempat, Akkbar sudah mula senang dan beliau terus membeli CR-V yang diminatinya (sedikit unik kerana selalunya, anak Melayu di Jepun akan membeli Honda Integra atau Honda Prelude, tetapi Akkbar memang tua sebelum waktunya dan sangat meminati CR-V). Sehingga kini, Akkbar tetap akan mempunyai sebuah CR-V di rumah, dari generasi pertama sehingga ke generasi terkini.
CRV – Kereta kegemaran Akkbar Akkbar juga meminta pelepasan dari JPA untuk terus bekerja di Jepun, tetapi sebagai syarat, Akkbar perlu menjadi Abang Long kepada pelajar-pelajar Malaysia di bandar beliau, sesuatu yang beliau memang mahu lakukan. Siapa tak kenal senpai Akkbar yang garang!
KARIER TERUS MELONJAK DI JEPUN
Karier Akkbar terus menjulang naik di Jepun dan beliau menjadi rebutan beberapa syarikat, termasuk pelanggan-pelanggan utama Nemic Lambda sendiri. Semuanya berjalan dengan sempurna sehingga pada tahun kesebelas Akkbar di Jepun, seorang sahabat sekerjanya membunuh diri kerana tekanan kerja yang terlalu tinggi. Kejadian itu membuka mata Akkbar kerana beliau bekerja rapat dengan mendiang.
Akkbar mula hilang punca dan merasai tiada lagi sebab kenapa beliau perlu tinggal di Jepun. Pada masa yang sama, beliau berkenalan dengan isterinya yang dijumpai dalam dunia IRC di saluran Alamak. Percintaan mereka berdua menambahkan lagi keinginan Akkbar untuk kembali ke Malaysia.
AKHIRNYA KEMBALI KE MALAYSIA
Akhirnya, selepas 12 tahun menjadi rakyat Jepun, Mohamed Akkbar Danial kembali ke Malaysia walaupun ditawarkan kenaikan pangkat dan pelbagai lagi peluang di Jepun dan di Amerika Syarikat.
Setibanya di Malaysia, Akkbar bertugas sebagai penasihat untuk sebuah syarikat Jepun di Johor. Selepas setahun, beliau ke Kuala Lumpur dan menetap di sana sambil bertugas sebagai penterjemah sambilan dengan gaji RM2,000 sehari. Oleh kerana kerja yang mudah, Akkbar menjadi kurang disiplin dan Akkbar tahu ini tidak sepatutnya berlaku. Akkbar terus mencari kerja tetap sebagai penterjemah teknikal bertaraf profesional untuk sebuah kilang di Sungai Way, Petaling Jaya.
MULA MEMASUKI DUNIA HONDA
Sebulan selepas itu, junior Akkbar di Jepun, Shahrul M Azmi menelefonnya dan memberi perkhabaran bahawa ada peluang pekerjaan di kilang Honda di Peguh, Melaka. Akkbar yang mahukan pekerjaan dengan sebuah organisasi besar terus bersetuju untuk memohon.
Ketika di Melaka, para pegawai atasan Honda Malaysia sudah mendengar perkhabaran Akkbar dan Presiden Honda Malaysia ketika itu, Seiji Kuraishi yang turun sendiri untuk menemuramah Akkbar. Kuraishi kini ialah Timbalan Presiden bagi Honda Global di Jepun.
Seiji Kuraishi, Timbalan Presiden Honda Global Akkbar berkata beliau mahu mencuba bekerja di dalam bidang pemasaran, tetapi Kuraishi bertanyakan apakah pengalaman Akkbar dalam bidang itu. “Tiada pengalaman tuan,” jawab Akkbar, “Tetapi saya cepat belajar dan saya akan belajar bidang itu dengan segera.” Berbekalkan bahasa Jepun yang sangat bagus, dan pengalaman bekerja di Jepun yang lama pada jawatan yang tinggi, Akkbar ditawarkan pekerjaan sebagai Eksekutif Kanan Perancangan Produk pada tahun 2003.
BANTU PERKEMBANG HONDA DI MALAYSIA
Hasil kerja kuat Akkbar dan rakan-rakannya di Honda Malaysia, Honda kini menjadi jenama bukan nasional nombor satu di dalam negara. Walaupun sudah berjaya dan mempunyai tapak yang kukuh, Akkbar tetap bekerja keras, cuma sekarang ini waktu hujung minggu beliau lebih ditumpukan kepada keluarga.
Akkbar di samping isteri dan anak-anak MEMBANTU PENDUDUK KUALA KRAI SEWAKTU BAH KUNING 2014
Akkbar dan keluarganya juga mula dikenali oleh penduduk Kuala Krai kerana rumah mereka menjadi pusat bantuan banjir. Akkbar juga berjaya meminta bantuan helikopter PLUS untuk menghantar bantuan ke kawasan kampungnya ketika banjir besar beberapa tahun dahulu.

Untuk mereka yang mempunyai latar-belakang dari kampung atau dari keluarga orang kebiasaan, jangan putus asa. Akkbar membuktikan dengan usaha yang gigih dan jujur, sesorang itu mampu untuk mencapai kejayaan kerjaya di peringkat tinggi.
AKKBAR KINI NAIB PRESIDEN HONDA MALAYSIA
Siapa sangka seorang yang pernah merempat di Jepun, kini sudah menjadi Naib Presiden syarikat kenderaan bukan nasional nombor satu di Malaysia!
Akbar Danial – Naib Presiden HONDA Malaysia Laporan di atas telah dibuat pada tahun 2016 oleh Hezeri Samsuri.
Pada tahun 2018, Mohamed Akkbar telah pun berangkat untuk berkhidmat di Ibu Pejabat Honda di Jepun.
The post Pernah Merempat Di Jepun, Kini Anak Kuala Krai ini Orang No.3 Honda Malaysia appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/pernah-merempat-di-jepun-kini-anak-kuala-krai-ini-orang-no-3-honda-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Anak Militan Isis Kini Terancam Tidak Punya Kewarganegaraan

Anak Anak Militan Isis Kini Terancam Tidak Punya Kewarganegaraan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 264 hits
Nasib anak anak dari perempuan anggota ISIS yang ditolak kembali ke negaranya kini menjadi perhatian internasional
Surya Paloh Sebut Jokowi Tak Pernah Beri Proyek Ke Anak

Surya Paloh Sebut Jokowi Tak Pernah Beri Proyek Ke Anak

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 227 hits
Surya Paloh Sebut Jokowi Tak Pernah Beri Proyek ke Anak Paloh menceritakan sebagai presiden Jokowi tidak pernah memanfaatkan jabatan untuk kepentingan pribadi kelompok maupun keluarga bahkan kepentingan partai pendukungnya sekalipun Dia men...
Anak Tak Pernah Salah Kalau Anak Cakap Kasar Mesti Ada Yang Tak Kena

Anak Tak Pernah Salah Kalau Anak Cakap Kasar Mesti Ada Yang Tak Kena

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 324 hits
Perasan tak anak anak bila besar cakapnya mengalahkan kita Kadang tu ibu ayah sendiri terkejut macam mana anak boleh cakap macam tu Ingat anak adalah peniru nombor satu Dari mana anak pandai cakap melalui apa yang dia dengar di sekelilingny...
Rezeki Allah Tak Pernah Salah Alamat Dulu Naik Motor Jer Susah Senang Bersama Kini Mampu Pakai Kereta

Rezeki Allah Tak Pernah Salah Alamat Dulu Naik Motor Jer Susah Senang Bersama Kini Mampu Pakai Kereta

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 764 hits
Rezeki Allah Tak Pernah Salah Alamat Dulu Naik Motor Jer Susah Senang Bersama Kini Mampu Pakai Kereta Sepasang KASUT boleh menjadi contoh terbaik bagi pasangan suami isteri Bentuknya sama namun berdampingan Waktu berjalan tidak pernah seren...
Pengalaman Buat Teater Waktu Belajar Dan Anak Baru Kini

Pengalaman Buat Teater Waktu Belajar Dan Anak Baru Kini

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 352 hits
Teater Culik yang pernah kami pentaskan di luar kampus sewaktu belajar Ringkasan Shakespeare ialah pementasan kami yang sering mendapat sambutan hangat Dipentaskan sebanyak lima siri pementasan Waktu aku belajar dahulu membuat persembahan t...
Bertahun Hidup Merempat Di Kebun Getah Bersama Anak Isteri Namun Selepas Peluk Islam

Bertahun Hidup Merempat Di Kebun Getah Bersama Anak Isteri Namun Selepas Peluk Islam

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 1017 hits
Lelaki Ini Hidup Merempat Selama Bertahun Tahun Dalam Kebun Getah Bersama Anak Isteri Namun Bila Dia Mengambil Keputusan Memeluk Islam Maka Rezki Allah Amat Mengejutkannya SubhanAllah Sesungguhnya Allah Maha Kaya Bertahun Hidup Merempat Di ...
Wahai Orangtua Jangan Pernah Paksakan Anak Masuk Sd Jika Umurnya Masih Segini

Wahai Orangtua Jangan Pernah Paksakan Anak Masuk Sd Jika Umurnya Masih Segini

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 252 hits
Sudah menjadi hal umum jika orangtua seolah berlomba lomba memaksakan anak masuk ke jenjang sekolah dasar meski tak jarang anak belum cukup usia Usia yang dianjurkan pemerintah untuk memulai jenjang pendidikan dasar adalah tujuh tahun Bukan...
Kerana Anak Emosi Nad Zainal Hancur Dari Jepun Terus Ke Hospital Yem Asma Rindu Mummy Daddy

Kerana Anak Emosi Nad Zainal Hancur Dari Jepun Terus Ke Hospital Yem Asma Rindu Mummy Daddy

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 343 hits
Aktres kecil molek Nad Zainal mengakui emosinya hancur berderai apabila melihat anak Fahad Ibrahim atau Yem rindu dan diserang asma semasa dia dan suaminya ke Jepun Perkara ini dinyatakan Nad di Instagramnya Kata Nad Yem selalunya tidak jik...
Ada 2 Anak Syurga Menunggu Sari Yanti Dedah Pernah Hamil 5 Kali

Ada 2 Anak Syurga Menunggu Sari Yanti Dedah Pernah Hamil 5 Kali

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 289 hits
Ada 2 anak syurga menunggu Sari Yanti dedah pernah hamil 5 kali Bulan lalu pelakon Sari Yanti terpaksa redha apabila kehamilan yang berusia tiga bulan disahkan oleh doktor mengalami keguguran Terbaru pelakon berusia 34 tahun itu mendedahkan...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya