Pernah Makan Bunga Durian Orang Sarawak Dan Indonesia Cukup Suka Ni
Bunga durian, sayur alami yang hanya ada satu atau dua kali musim dalam setahun. Dalam dunia masakan ia bukanlah sesuatu yang baharu. Di Sarawak bunga durian adalah sayur yang cukup disukai. Menurut rakan admin yang berasal dari Sarawak, rasanya garing dan manis.
Tetapi awas, jangan silap cara penyediaannya. Bunga durian mempunyai getah atau lendir pada setiap putik debunga atau biji bunga durian.
kredit foto: https://ift.tt/2mM7ITj
kredit foto: https://ift.tt/2mM7ITj
kredit foto: https://ift.tt/2mM7ITj
Sebelum dimasak, ia perlu dibersihkan dengan membuang setiap biji-biji bunga yang ada di hujung bunga durian kerana rasanya agak pahit. Eloknya dicelur atau direbus dalam air panas beberapa minit, kemudian ditoskan dan disimpan di tempat yang kering.
kredit foto: https://ift.tt/2n9FxOq
Bunga durian yang ‘fresh’ dan sedap dimakan ialah yang berwarna putih kecerahan. Kalau dah berwarna perang bila dimakan tidak garing sebaliknya akan menjadi lembik dan berair pula bila dimasak. Dah siap proses ini, anda boleh goreng dengan bawang dan ikan bilis atau boleh juga dimasak sebagai kuah lemak dengan mengikut cara masak lemak sayur yang lain. Jom kita cuba masak bunga durian, mana tahu sesuai dengan selera anda.
1. BUNGA DURIAN GORENG BELACAN ( sumber: nazronshahahmad.blogspot.my)
BAHAN-BAHAN:
200gm bunga durian (dicelur dahulu bagi lembut)2 sm belacan(dibakar dan ditumbuk)2 ulas bawang putih/diketuk1 biji bawang besar/dihiris1 biji cili merah/dihiris1/2 cawan airGaram secukup rasaMinyak secukupnya untuk menggorengCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, cili sehingga layu sedikit.Kemudian masukkan belacan yang telah di sebatikan dengan 1/2 cawan airAkhir sekali masukkan bunga durian dan kacau sehingga sebati dan kuahnya pekat. Bunga durian siap untuk dihidangkan.2. ASAM LEPAS BUNGA DURIAN (sumber: zanavilla.blogspot.my)
BAHAN- BAHAN :
3 ekor ikan kembung200gm bunga durian5 biji bawang merah /ditumbuk2 sm halia/ditumbuk2 sm belacan/ditumbuk3 batang serai/diketuk2 sudu makan pes cili kering2 keping asam gelugur3 cawan airGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan bahan tumbuk, serai, pes cili, asam gelugur dan air ke dalam periuk.Masakkan di atas api sederhana sehingga merene, kemudian masukkan ikan diikuti bunga durian.Masukkan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih . Bila masak boleh lah ditutup api.Boleh dihidang bersama ikan masin dan nasi panas.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/09/pernah-makan-bunga-durian-orang-sarawak.html