Permulaan Baharu Ismail Izzani







KEMUNCULAN penyanyi remaja, Ismail Izzani memberi pilihan baharu kepada pencinta muzik tempatan sekali gus menjadikan dirinya berbeza dengan kebanyakan penyanyi baharu yang digelar Budak Baru Nak Up (BBNU) ketika itu.

Bermula dengan Sabar sehinggalah Nyawa, Ismail, 20, atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri sentiasa menampilkan bunyi segar dalam lagu yang dipersembahkan.

Terbaharu, buat kali pertama, Ismail Izzani yang pernah digelar Justin Bieber Malaysia tampil dengan lagu berentak R&B dan hip hop.

Lagu berjudul Ada Cara itu disifatkan Ismail sebagai sesuatu yang jauh berbeza daripada semua single yang pernah dilancarkan sekali gus mengetengahkan sisinya yang lebih matang dalam berkarya.

"Ramai tahu muzik saya sinonim dengan lagu pop seperti lagu Sabar, tapi itu hanyalah 60 peratus daripada saya. Genre utama saya adalah R&B dan itu yang saya mahu sampaikan menerusi Ada Cara.

"Lagu Sabar adalah zaman saya bergelar 'budak', tapi menerusi lagu ini saya mahu tunjukkan kematangan saya dari segi imej dan muzik saya.

"Jujurnya, lagu ini adalah langkah besar untuk saya tapi berasakan ini adalah masa yang sesuai untuk permulaan baharu bagi diri saya," katanya.

Menurut Ismail yang juga anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam, lagu itu juga bagi memenuhi permintaan ramai peminatnya yang lebih menggemari dirinya menyanyi lagu rancak.

"Ramai yang mahukan saya tampil dengan lagu seperti lagu Luar Biasa dan Bidadari. Sebab lagu Nyawa yang saya keluarkan awal tahun ini adalah lagu balada.

"Saya tak menafikan Nyawa kurang mendapat sambutan berbanding Luar Biasa dan Bidadari. Tak mengapa, sekurang-kurangnya dalam profil nyanyian saya, saya sudah mempunyai sebuah lagu balada akustik," katanya.

Ismail juga berkongsi yang mana Ada Cara sudah dirangka dari tahun lalu, namun terpaksa ditunda pelancarannya ekoran kurang yakin.

Mesej yang disampaikan menerusi lagu itu juga dikatakan agak berat, kerana ia berkisarkan mengenai percintaan di antara pasangan yang berbeza agama.

Pun begitu tegas Ismail, ia bukanlah mengenai dirinya sebaliknya pengalaman rakannya yang dijadikan sebagai ilham.

Dalam masa sama, tidak hanya dari segi muzik dan tarian, Ismail juga mengakui dia mahu tampil lebih segar dari segi imejnya.

Disebabkan itu, Ismail mengambil keputusan untuk aktif bersenam dan membina otot badan supaya tampil lebih matang.

"Sebenarnya sudah lama saya mula membina badan, tapi saya berhenti sekejap. Apabila saya berhasrat untuk tampil dengan imej baharu, jadi saya fikir mengapa tidak kembali membina badan.

"Saya kerap ke gimnasium, berlatih dan menjaga pengambilan pemakanan. Saya tak mahu lagi orang nampak saya seperti budak yang dulu, saya mahu mereka lihat saya pada yang lebih matang," katanya.

Namun, Ismail tidak dapat mengelak komen netizen yang mengatakan dia gemar menayang badan di laman sosial.

"Bukan saya saja berbuat demikian, ada artis lain juga, jadi ia bukan isu. Sebenarnya gambar yang dimuat naik itu juga sebagai motivasi pada orang di luar sana.

"Ramai juga yang bertanya bagaimana saya membina badan dan sekiranya kita melihat pada sudut positif, ia adalah motivasi yang baik bagi pengikut saya," katanya.

Bagi Ismail, dengan sikapnya yang konsisten ke gimnasium dan menjaga pemakanan, secara tidak langsung membantu dirinya lebih berdisiplin.

Dalam perkembangan lain, Ismail juga terbabit dalam penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta yang bakal ditayangkan di slot Lestary, TV3.

Drama terbitan Zeel Productions itu menampilkan gandingan Ismail bersama Naim Daniel, Shasha Abedul dan ramai lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/10/permulaan-baharu-ismail-izzani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Izzani Ada Sebab Kukuh Rakam Muzik Video Dalam Gereja

Ismail Izzani Ada Sebab Kukuh Rakam Muzik Video Dalam Gereja

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 900 hits
Melakukan penggambaran muzik video untuk lagu terbaharunya berjudul Ada Cara di sebuah gereja penyanyi muda Ismail Izzani berkata dia bersedia untuk berdepan dengan kecaman netizen yang kurang senang dengan tindakannya itu Sedar pemilihan l...
Rakam Muzik Video Dalam Gereja Ismail Izzani Sedia Dikecam Ada Sebab Kukuh

Rakam Muzik Video Dalam Gereja Ismail Izzani Sedia Dikecam Ada Sebab Kukuh

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 609 hits
Saya bersedia dengan segala kemungkinan demikianlah kata penyanyi Ismail Izzani yang memberitahu dia bersedia untuk berdepan dengan kecaman netizen yang kurang senang dengan tindakannya yang melakukan penggambaran muzik video untuk lagu ter...
Lirik Lagu Ada Cara Ismail Izzani

Lirik Lagu Ada Cara Ismail Izzani

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 1035 hits
Jika ada caraKau akan ku jagaSelamanya mampu ku bersabarSelamanya tetap bersama Jika ada caraKau takkan ku sangkarSelamanya mampu ku bersabarSelamanya tetap bersama Aku aku tahu kau siapaHaluan kamu berbezaDia kan atur semuaTak perlu kau cu...
Hiburan Ada Hubungan Dengan Ismail Izzani Penyanyi Shalma Eliana Akui Dah Matang Dalam Bercinta

Hiburan Ada Hubungan Dengan Ismail Izzani Penyanyi Shalma Eliana Akui Dah Matang Dalam Bercinta

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 736 hits
Rasanya semua sudah maklum yang penyanyi Ismail Izzani kini sedang hangat bercinta dengan seorang gadis yang juga penghibur Shalma Eliana Shalma yang merupakan penyanyi lagu Janji Terindah mengakui hubungan yang terjalin bersama penyanyi it...
Telemovie Gangguan Psiko Stalker Lakonan Shalma Eliana Ismail Izzani Ziana Zain

Telemovie Gangguan Psiko Stalker Lakonan Shalma Eliana Ismail Izzani Ziana Zain

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 1264 hits
Saksikan telefilem Gangguan Psiko Stalker adaptasi novel Ganggu karya Ayumi Syafiqah Akan ditayangkan pada Sabtu ini 26 September 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD JUDUL GANGGUAN PSIKO STALKERWAKTU SIARAN Sabtu 26 September 2020 ...
Ismail Izzani Ada Cara Chord

Ismail Izzani Ada Cara Chord

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 806 hits
Am F Dm F EAmJika ada caraFKau akan ku jaga DmSelamanya mampu ku bersabar F ESelamanya tetap bersamaAmJika ada caraFKau takkan ku sangkar DmSelamanya mampu ku bersabar F ESelamanya tetap bersamaAm FAku aku tahu kau siapa DmHaluan kamu berbe...
Menteri Kabinet Sangkal Dakwaan Anwar Dapat Sokongan Bentuk Kerajaan Baharu

Menteri Kabinet Sangkal Dakwaan Anwar Dapat Sokongan Bentuk Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 490 hits
KUALA LUMPUR Beberapa menteri kabinet memanfaatkan media sosial masing masing untuk menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau mendapat sokongan kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan persekutuan yang b...
Kerajaan Muhyiddin Telah Jatuh Anwar Umum Dapat Sokongan Majoriti Untuk Bentuk Kerajaan Baharu

Kerajaan Muhyiddin Telah Jatuh Anwar Umum Dapat Sokongan Majoriti Untuk Bentuk Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 501 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional Anwar berkata beliau telah mendapat perkenan untu...
Tiga Kematian Covid 19 Di Catatkan Sebanyak 147 Bilangan Kes Baharu Hari Ini

Tiga Kematian Covid 19 Di Catatkan Sebanyak 147 Bilangan Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 418 hits
PETALING JAYA Tiga kematian akibat Covid 19 dicatatkan hari ini dengan bilangan kes baharu terus meningkat kepada 3 angka iaitu 147 Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 133 kematian dicatatkan setakat ini Daripada 147 kes ba...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B