Permohonan Semakan Psp Perkeso


PERMOHONAN & SEMAKAN PSP PERKESO


APA ITU PSP PERKESO
Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO disediakan khusus untuk pekerja dan majikan yang berdaftar dengan PERKESO (Akta 4) yang telah mendapat kebenaran beroperasi oleh MITI bagi melakukan saringan COVID-19 di semua panel klinik HSP dan PSP PERKESO. Saringan ini adalah percuma dan kos ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PSP PERKESO

Hanya pekerja yang mendaftar sebagai pencarum PERKESO layak untuk menjalani saringan ini. Pekerja perlu mendaftar secara individu melalui Portal PSP PERKESO.
KAEDAH SARINGAN
Saringan akan dijalankan melalui penyedia perkhidmatan yang telah dilantik oleh PERKESO dan mematuhi garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pekerja boleh menyemak senarai penyedia perkhidmatan melalui Portal PSP PERKESO di pautan pautan   https://psp.perkeso.gov.my/psp-service-provider.html
Saringan ini akan dilaksanakan melalui 2 fasa iaitu:
Saringan Fasa Pertama
Saringan bagi fasa pertama akan memfokuskan saringan kepada pekerja syarikat yang berada di zon merah atau kuning serta syarikat yang mempunyai pekerja asing. Bagi pekerja yang menjalani saringan dalam fasa pertama, saringan akan dijalankan melalui pengambilan sampel daripada hidung dan mulut melalui penyedia perkhidmatan yang dilantik.
Saringan Fasa Kedua
Saringan fasa kedua dijangka bermula pada minggu pertama bulan Mei 2020 setelah sistem saringan melalui Klinik Panel PSP PERKESO disiapkan. Saringan ini akan dijalankan kepada pekerja yang masih belum menjalani saringan semasa fasa pertama.
Saringan bagi pekerja dalam fasa kedua akan dijalankan melalui sampel yang diambil melalui sampel titis darah oleh Klinik Panel PSP PERKESO. Saringan ini perlu dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada hari pertama (Hari 1) dan hari ketujuh (Hari 7) sebelum keputusan saringan boleh dikeluarkan.
Selain ujian saringan, sejarah perubatan pekerja turut akan diambil termasuk sejarah perjalanan ke luar negara, pendedahan pekerja kepada kes positif COVID19, menghadiri perhimpunan atau terdedah kepada orang yang menghadiri perhimpunan.
.
PERKESO menasihati kepada semua pengguna portal ini supaya menjaga keselamatan diri semasa menjalankan tugas dan terus mematuhi arahan kerajaan dari semasa ke semasa.
BACA : SEMAKAN STATUS ERP & PSU
SENARAI PENYEDIA PERKHIDMATAN SARINGAN FASA 1 PSP PERKESO / PERKESO PSP SCREENING PHASE 1 SERVICE PROVIDER
Senarai penyedian perkhidamatan saringan Fasa 1 PSP PERKESO.
GARIS PANDUAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN PERKESO

Baca garis panduan PSP PERKESO
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAFTAR PSP PERKESO
Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk urusan daftar PSP PERKESO:
1.Nombor kad pengenalan bagi warganegara Malaysia atau nombor Keselamatan Sosial Pekerja Asing (KSPA) bagi pekerja asing;
2.Kod majikan PERKESO; dan
3.Nombor rujukan Surat Kelulusan Beroperasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Bagi perkhidmatan penting (essential services) yang tiada nombor kelulusan MITI, majikan perlu menghubungi PERKESO bagi mendapatkan nombor yang diperlukan.
PERMOHONAN & SEMAKAN PSP PERKESO
CARA PENDAFTARAN & PERMOHONAN PSP PERKESO
Sila layari laman permohonan PSP PERKESO disini, lengkapkan borang PSP yang mempunyai beberapa bahagian berikut :
1.Maklumat majikan –
Kod Majikan PERKESO / PERKESO Employer Code
Nombor Rujukan Surat Kebenaran Beroperasi (MITI) / Employment Permit Reference Number (MITI)
View Sample – No. Rujukan Surat Kebenaran Beroperasi MITI
* Sila dapatkan maklumat Kod Majikan PERKESO dan Nombor Rujukan Surat Kebenaran Beroperasi (MITI) daripada majikan anda.
* Please get your PERKESO Employer Code and Employment Permit Reference Number (MITI) information from your employer.
 
2.Maklumat peribadi – maklumat peribadi pekerja
3.Sejarah perjalanan & kontak rapat – sejarah perjalanan & kontak rapat pekerja.
4.Deklarasi
5.Akaun bersetuju & masukan kod Captcha
6.Klik DAFTAR, Anda akan menerima satu email setelah anda menghantar permohonan ini untuk mengesahkan alamat emel anda adalah benar.
7.Pendaftaran & permohonan anda berjaya.

PROSES PERMOHONAN PSP PERKESO
PENDAFTARAN PSP PERKESO  TIDAK BERJAYA
Sekiranya pendaftaran tidak berjaya dilakukan, pekerja perlu menyemak semula maklumat yang dimasukkan. Sekiranya masih tidak berjaya, pekerja perlu berurusan dengan majikan masingmasing bagi memastikan nama pekerja telah didaftarkan sebagai pencarum PERKESO dan telah dimasukkan ke dalam Portal ASSIST PERKESO.
PENDAFTARAN PSP PERKESO  BERJAYA
Setelah pendaftaran berjaya, pekerja akan menerima nombor pengesahan (validation key) di dalam profil masing-masing di Portal PSP PERKESO. Pekerja boleh menyemak senarai panel perkhidmatan untuk menjalani saringan. Majikan/ Pekerja perlu  menghubungi penyedia perkhidmatan terlebih dahulu bagi penetapan temujanji.
Saringan pekerja adalah berdasarkan temujanji dengan penyedia perkhidmatan iaitu sama ada di premis pekerja atau hadir ke premis penyedia perkhidmatan yang ditetapkan bagi tujuan pengambilan sampel. Pekerja perlu membawa dokumen pengenalan diri (kad pengenalan atau passport) dan menyediakan nombor pengesahan (validation key) bagi pengesahan oleh penyedia perkhidmatan.
Keputusan saringan akan mengambil masa dalam tempoh 48 jam selepas sampel diambil. Pekerja boleh menyemak keputusan saringan melalui Portal PSP PERKESO.
Keputusan PSP PERKESO adalah SULIT dan hanya diketahui oleh pekerja, penyedia perkhidmatan dan PERKESO sahaja. Sekiranya keputusan adalah positif, panel perkhidmatan akan membuat notifikasi kepada KKM mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, pekerja boleh memaklumkan sebarang keputusan saringan secara sendiri kepada majikan masing-masing.

KEPUTUSAN SARINGAN PSP PERKESO
Pekerja akan mendapatkan keputusan saringan melalui profil peribadi yang telah didaftarkan. Keputusan saringan adalah sulit dan hanya diketahui oleh pekerja, panel perkhidmatan dan PERKESO sahaja. Sekiranya keputusan adalah positif, pegawai perubatan yang terlibat dalam pengambilan sampel berhak untuk menghantar notifikasi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan keputusan tersebut.


The post PERMOHONAN & SEMAKAN PSP PERKESO appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/permohonan-semakan-psp-perkeso.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendaftaran Login Semakan Keputusan Saringan Psp Perkeso

Pendaftaran Login Semakan Keputusan Saringan Psp Perkeso

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 770 hits
PENDAFTARAN LOGIN SEMAKAN KEPUTUSAN SARINGAN PSP PERKESO PROGRAM SARINGAN PRIHATIN PERKESO merupakan program ujian saringan bagi COVID 19 yang dijalankan kepada pekerja termasuk pekerja asing bagi syarikat yang dibenarkan beroperasi semasa ...
Permohonan Dan Semakan Kwsp Yang Dipermudahkan

Permohonan Dan Semakan Kwsp Yang Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 432 hits
Untuk menyenangkan semua pencarun KWSP kini anda hanya boleh pergi ke laman web untuk membuat permohonan baru dan membuat semakan Tak perlu ke KWSP berdekatan SOALAN LAZIM I LESTARI KWSPSeperti dimaklumkan Perdana Menteri ahli boleh memohon...
Permohonan Semakan Dana Khas Rm1500 Bkss

Permohonan Semakan Dana Khas Rm1500 Bkss

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 1947 hits
PERMOHONAN SEMAKAN DANA KHAS RM1500 BKSS Kerajaan Sarawak mengumumkan bernilai RM1 1 bilion dalam usaha meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Serdehana Perusahaan mikro penjaja serta peniaga kecil di negeri itu PKS Perusahaan Mikr...
Permohonan Semakan Status Rentas Negeri Online

Permohonan Semakan Status Rentas Negeri Online

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 616 hits
Bg yg terkandas akibat PKP anda blh membuat permohonan rentas negeri bermula esok melalui aplikasi Gerak Malaysia Menurut PDRM memberi masa tiga hari utk orang ramai melakukan pergerakan antara negeri Permohonan juga blh dibuat secara bertu...
Permohonan Dan Semakan Pengeluaran I Lestari Online

Permohonan Dan Semakan Pengeluaran I Lestari Online

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 741 hits
Cara mudah mohon dan semak keputusan pengeluaran i Lestari KWSP secara online Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan satu kaedah baharu untuk memohon dan menyemak keputusan pengeluaran i Lestari yang lebih senang dan pantas iaitu ...
Semakan Permohonan Program Bantuan Majikan Covid 19 E Cap Kepada Pks

Semakan Permohonan Program Bantuan Majikan Covid 19 E Cap Kepada Pks

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 749 hits
SEMAKAN PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID 19 e CAP KEPADA PKS PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID 19 maklum bahawa penularan pandemik COVID 19 telah menyebabkan persekitaran perniagaan yang sukar kepada sektor perniagaan dan banyak syarika...
Permohonan Rayuan Dan Semakan Bkss

Permohonan Rayuan Dan Semakan Bkss

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 655 hits
PERMOHONAN RAYUAN DAN SEMAKAN BKSS PENGENALAN BKSS adalah satu inisiatif kerajaan negeri Sarawak untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah dengan jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4 000 sebulan dan kumpulan bujang yang berumur...
Daftar Login Permohonan Semakan Geran Khas Prihatin

Daftar Login Permohonan Semakan Geran Khas Prihatin

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 1509 hits
DAFTAR LOGIN PERMOHONAN SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN CARA DAFTAR GERAN KHAS PRIHATIN Sebelum mula memohon anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu untuk mendapatkan ID GKP Selepas itu baru boleh buat permohonan baru Berikut ialah langkah ...
Cara Termudah Membuat Permohonan I Lestari Tanpa Id Dan Kata Laluan

Cara Termudah Membuat Permohonan I Lestari Tanpa Id Dan Kata Laluan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 695 hits
Anda pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Anda nak keluarkan wang dari akaun 2 untuk pengeluaran i Lestari tak Jika anda berniat dan tak tahu cara termudah untuk melakukannya maka baca panduan ini kerana anda boleh membuat permohonan bah...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids