Permohonan Rumah Ppr Cara Permohonan Manual Online Semakan


PERMOHONAN RUMAH PPR(PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT):CARA PERMOHONAN MANUAL/ONLINE & SEMAKAN

APA ITU RUMAH PPR
Rumah PPR atau Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
Permohonan Rumah PPR masih dibuka bagi setiap negeri bagi yang layak.
Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek dan permohonan rumah PPR di seluruh Malaysia.
JENIS RUMAH PPR
Rumah PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu:
PPR Disewa
Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
PPR Dimiliki
Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.
Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
Apa Ciri-ciri Rumah PPR?
Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005).
Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat; Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres; Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi; Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air; Kemudahan Asas:
Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai, Surau/Ruang Solat, Gerai Makan/Ruang Niaga Tadika Kemudahan OKU Taman Permainan/Kawasan Lapang Rumah Sampah SEMAKAN SENARAI PROJEK PPR
Senarai penuh projek di setiap negeri boleh disemak di pautan berikut: https://teduh.kpkt.gov.my/project
SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN RUMAH PPR
Syarat-syarat bagi Program Perumahan Rakyat adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia Berumur 18 tahun ke atas Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan Pemohon belum memiliki rumah Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri CARA PERMOHONAN RUMAH PPR MANUAL
Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat secara manual dengan menghubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR setiap negeri di SINI
CARA PERMOHONAN RUMAH PPR ONLINE
Bagi permohonan secara online, pemohon boleh memohon Rumah PPR melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) pada portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my
APA ITU PORTAL TEDUH?
TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.
Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan rumah PPR online melalui Portal TEDUH:
CARA BUAT PERMOHONAN RUMAH PPR GUNA PORTAL TEDUH
DAFTAR PORTAL TEDUH
Daftar Portal TEDUH Layari Portal TEDUH https://teduh.kpkt.gov.my/ Pemohon perlu mendaftar akaun sebelum log masuk ke SPRN Lengkapkan butiran diri untuk proses pendaftaran. LOG MASUK PORTAL TEDUH
2. Aktifkan Akaun & Log Masuk
Setelah berjaya mendaftar, semak e-mel dan klik pautan yang diberi untuk pengaktifan akaun.
Klik pada ‘Log Masuk Pemohon’ menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.
3. Pilih Skim
Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan.
Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim.
Ini bagi memudahkan pemohon mengenalpasti projek yang dibuka untuk permohonan.
Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’ sama ada ingin memohon PPR Disewa atau PPR Dimiliki.
NOTA: Anda juga boleh memohon Program Rumah Transit secara online melalui Portal TEDUH.
APA ITU PROGRAM RUMAH TRANSIT
Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.
Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun.
Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.
4. Masukkan Maklumat Pemohon
Masukkan Maklumat pemohon, Maklumat Pendapatan, Maklumat Pasangan, dan Maklumat Tanggungan yang diperlukan seperti di paparan.
Setelah lengkap, klik butang ‘Simpan’.
5. Pilih Projek
Klik pautan ‘Projek’ untuk memohon projek.’ Klik ikon projek yang dipapar atau menggunakan carian projek menggunakan nama projek dan negeri. Klik butang “Mohon Unit Ini” untuk memohon unit PPR di dalam projek tersebut. Klik butang “Ya” untuk meneruskan proses dan butang “Tidak” untuk membatalkan proses pengesahan. 6. Muatnaik Dokumen Sokongan
Muatnaik Dokumen Sokongan seperti yang dipaparkan mengikut keperluan.
Muat naik dokumen di dalam format hanya PDF dan saiz dokumen tidak melebihi 3MB.
7. Pengesahan & Hantar
Tandakan pengesahan maklumat permohonan dan klik butang “Sah & Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana,Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62100 Putrajaya.
Waktu Perkhidmatan :
Isnin hingga Khamis
9:00 am – 1:00 pm
1:00 pm – 2:00 pm (Rehat)
2:00 pm – 4:30 pm
Jumaat
9:00 am – 12:00 pm
12:00 pm – 2:45 pm (Rehat)
2:45 pm – 4:30 pm
Skim PPR :
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)
Bahagian Pemantauan Swasta :
Tel : 03-8891 4200
Teknikal / Masalah Sistem :
Tel : 03-8891 4475
Emel : [email protected]
Meja Bantuan : https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk
The post PERMOHONAN RUMAH PPR(PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT):CARA PERMOHONAN MANUAL/ONLINE & SEMAKAN appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/permohonan-rumah-pprprogram-perumahan-rakyatcara-permohonan-manual-online-semakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Jkm 2020 2021 Daftar Cara Permohonan Semakan Status Pembayaran Online

Bantuan Jkm 2020 2021 Daftar Cara Permohonan Semakan Status Pembayaran Online

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 1466 hits
BANTUAN JKM 2020 2021 DAFTAR CARA PERMOHONAN SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN ONLINE Untuk membantu rakyat Malaysia meringankan bebanan hidup perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang mem...
Permohonan Giatmara Online Manual Sesi 2021 Dengan Elaun Rm200 Sebulan

Permohonan Giatmara Online Manual Sesi 2021 Dengan Elaun Rm200 Sebulan

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 648 hits
PERMOHONAN GIATMARA ONLINE MANUAL SESI 2021 DENGAN ELAUN RM200 SEBULAN Berita baik kepada yang berminat permohonan GIATMARA bagi Sesi Januari 2021 telah mula dibuka bermula September 2020 Pelajar yang mematuhi syarat kelayakan dan sihat tub...
Isuri Kwsp Cara Daftar Semakan Status Bantuan Suri Rumah

Isuri Kwsp Cara Daftar Semakan Status Bantuan Suri Rumah

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 835 hits
iSURI KWSP CARA DAFTAR SEMAKAN STATUS BANTUAN SURI RUMAH Insentif khas yang diberi nama i Suri adalah khusus untuk golongan suri rumah yang kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri ruma...
Bantuan Musim Tengkujuh Risda 2020 Cara Borang Permohonan Semakan Bmt

Bantuan Musim Tengkujuh Risda 2020 Cara Borang Permohonan Semakan Bmt

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 1102 hits
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020 CARA BORANG PERMOHONAN SEMAKAN BMT APA ITU BMT BMT ialah Bantuan Musim Tengkujuh RISDA ini adalah khas untuk pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah Mereka akan menerima bantuan sekali seb...
Hiburan Tak Kisah Persepsi Orang Dalimawati Syukur Dapat Rumah Ppr

Hiburan Tak Kisah Persepsi Orang Dalimawati Syukur Dapat Rumah Ppr

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 307 hits
Mendedahkan dirinya langsung tidak pernah kisah dengan sebarang persepsi umum mengenai status artis yang mendiami kediaman Program Perumahan Rakyat pelakon senior Dalimawati akui impiannya untuk mempunyai kediaman sendiri sejak sekian lama ...
Cara Mudah Buat Kimchi Di Rumah Bahan Bahan Pun Senang Dapat

Cara Mudah Buat Kimchi Di Rumah Bahan Bahan Pun Senang Dapat

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 520 hits
Apabila bercakap tentang Korea Selatan secara otomatik mesti akan teringat makanan tradisi masyarakat Korea Selatan iaitu kimchi Pengalaman ke Korea Selatan sebelum ini menjadi detik
Cara Buat Jamu Sendiri Di Rumah Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja

Cara Buat Jamu Sendiri Di Rumah Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 574 hits
Bismillah AssalamualaikumCara Buat Jamu Sendiri Di Rumah Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja Wanita memang sinonim dengan perkataan jamu orang dulu dulu percaya bahawa jamu dapat mengembalikan kecantikan dalaman serta luaran kewanitaan apatah l...
Cara Bayar Baki Cukai Pendapatan Secara Online Yang Mudah

Cara Bayar Baki Cukai Pendapatan Secara Online Yang Mudah

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 2322 hits
Cara Bayar Baki Cukai Pendapatan Secara Online Yang Mudah Mudahnya nak bayar baki cukai pendapatan kita Iaitu baki cukai yang terkurang bayar dan kita nak kena bayar sendiri Bukan buat tolakan dari gaji tu ya Maksudnya cukai berjadual yang ...
Tabung Usahawan Negeri Sembilan Cara Permohonan Pembiayaan Rm3000

Tabung Usahawan Negeri Sembilan Cara Permohonan Pembiayaan Rm3000

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 565 hits
TABUNG USAHAWAN NEGERI SEMBILAN CARA PERMOHONAN PEMBIAYAAN RM3000 Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan pembiayaan Tabung Usahawan Negeri Sembilan bagi membantu usahawan mikro di Negeri Sembilan sebanyak RM3000 Pada tahun 2020 Keraj...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches

Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa