Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor


Salam and hi

Hari ni nak share pengalaman aku nak dapatkan tajaan belajar waktu diploma dulu. Tak boleh lah nak harapkan tajaan Pa&Ma je sampai habis semester kan. Kos nak survive waktu zaman belajar untuk seorang anak bukannya murah woi tsk tsk. Maka di sinilah bermulanya langkah untuk berdikari.

So, tajaan waktu belajar ni ada macam-macam jenis;

1. Biasiswa/Scholarship
2. Pinjaman Belajar/Student Loan

Siapa yang ada rezeki nak dapat scholarship tu alhamdulillah lah. Biasiswa pun ada yang fully sponsored, ada yang sponsor separuh dari kos pengajian je. Tu depends on terms dia lah. Biasiswa ada banyak, boleh google je. Yang tak dapat biasiswa, macam mana nak survive?

Student loan lah.

Yang paling popular of courselah ptptn. Pelik lah kalau korang tak pernah dengar langsung. Pinjaman pelajaran ni pun ada certain dia jenis pinjaman boleh ubah. Means kalau kau meet total cgpa yang diorang dah tetapkan, pinjaman tu boleh convert to scholarship. Or maybe ada discount waktu bayaran balik pinjaman time dah kerja nanti.

In this case, aku apply pinjaman pelajaran negeri selangor since aku anak selangor dari kecik duduk situ en. Ni pun aku dapat info dari senior sekolah menengah aku. Yang negeri lain boleh apply kat website negeri masing-masing. Untuk pinjaman belajar ni, jangan expect korang dah comfirm dapat before enroll kolej tau. Macam aku, pinjaman ni aku dapat starting aku semester 2 sebab masa aku semester 1 dia baru bukak permohonan and interview apa semua.

Untuk kerajaan selangor, diorang ada sediakan macam-macam tajaan belajar. Antaranya;

1. Program Peduli Siswa- Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (pelajar IPTA/IPTS dalam negara)
2. Program Khas Biasiswa DYMM Sultan Selangor (khas bagi pelajar Sekolah Alam Shah)
3. Program Khas Biasiswa Sagong Tasi (bagi mahasiswa Anak Orang Asli)
4. Program Khas Universiti Islam Madinah, Arab Saudi (program kerjasama JAIS)
5. Program Khas Selangor Brain Bank (pengajian PhD luar negara)

Ni tertakluk dari masa ke semasa ye. And tak semua program diorang offer. Untuk pinjaman pelajaran negeri selangor, diorang ada offer untuk ijazah, diploma, dan sijil

Kadar pinjaman pun berbeza untuk setiap program. Kalau diploma macam aku kat unisza, setahun aku dapat RM4,900. Degree tinggi sikit. And valid untuk both institusi pengajian awam dan swasta tapi kadar pinjaman tetap sama je. Diorang akan masukkan duit straight dalam akaun bank kita then yuran pengajian kita yang kena settle sendiri. Kalau macam ptptn dia akan tolak duit yuran siap-siap

Cara nak mohon? Sesungguhnya korang kena alert dengan website tkwbn selangor. Tu je. Alert dengan tarikh permohonan dibuka, keputusan permohonan, panggilan temuduga dan sebagainya. Check dekat link ni; 
http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/index.php/tentang-kami/program-khas-peduli-siswa
Okay, based on pengalaman aku. Mula-mula isi borang secara online je. Kena make sure semua lengkap. Dokumen yang kena scan & upload pun semua wajib ada. Then kena tunggu dalam 2-3 weeks untuk diorang keluarkan senarai nama students yang layak untuk ke peringkat seterusnya, iaitu interview. 
Jangan terkejut eh nak apply loan study pun ada interview. Sebab diorang nak tapis yang betul-betul layak dan lebih memerlukan je. Untuk sesi temuduga, tak payah penin-penin risau nak kena balik selangor semata-mata nak datang interview kalau korang study jauh. Diorang yang akan datang ke ipt korang untuk interview korang. Sebab senang buat interview secara berpusat

Macam aku study kat unisza and sebelah kitorang umt je, so diorang gatherkan semua students dari unisza dan umt yang apply pinjaman selangor ni untuk interview kat tempat yang sama, kat unisza. Untuk interview ni pun, prepare lah sehabis baik ye, jangan konpiden sangat terus dapat sebab ada kawan aku dia fail lepas interview. 
Tips temuduga :
1. Bawak semua dokumen yang diperlukan. Masa submit borang online haritu kan dah upload semua dokumen tapi salinan je kan. So time interview ni bawak yang ori. Susun sijil ikut tahap akademik korang. 
2. Prepare dengan soalan yang bakal ditanya. Mungkin tak semua candidates akan dapat soalan yang sama but basically soalan-soalan macam ni je yang diorang akan pusing-pusing balik tanya. First, of course diorang akan tanya pasal latar belakang diri kau. Aku cerita mak aku kerja apa, tanggungan dia berapa orang, kenapa aku perlukan pinjaman ni. Salah satu soalan dia yang buatkan aku terdiam adalah, "kenapa tak mohon ptptn?" hahaha

Fyi, permohonan ptptn ni dibuka sebelum permohonan pinjaman pelajaran selangor ni so diorang mungkin expect aku mohon pinjaman ni sebab aku tak dapat ptptn padahal aku memang tak apply ptptn langsung sebab bagi aku proses permohonan ptptn tu lagi menyusahkan and ada interest bila nak bayar balik. Lepas tu dia tanya, "habis tu kalau awak tak dapat jugak pinjaman pelajaran selangor ni macam mana awak nak hidup kat universiti?" 
Aku pun tersengih-sengih macam kerang busuk sambil jawab, "entah lah hehe"
p/s : jangan tiru aku. aku tak prepare pun nak jawab soalan yang ni masa tu. lepas habis iv ni aku menangis sebab asyik teringat jawapan bodoh aku dekat panel tu. nasib baik aku lepas jugak interview ni maybe sebab dia kesian dengan aku tsk tsk
Nexttttt soalan yang biasa ditanya adalah pasal tempat belajar korang. Siapa nama canselor, naib canselor, dekan fakulti, isu semasa universiti, latar belakang course yang korang ambil, apa yang best dengan course/tempat belajar korang, nanti dah graduate bidang kerja apa yang korang boleh ceburi, apa yang korang boleh sumbangkan pada masyarakat lepas habis belajar nanti, etc. Semua ni aku google setengah jam sebelum iv do migrain aku nak hafal nama dekan universiti semua. So, korang hafal siap-siap eh

Lasttttttt of course dia akan tanya pasal selangor. Ko nak mintak tajaan dari selangor tapi satu apa pun ko tak tahu pasal kerajaan selangor. Jangan eh. Soalan famous dia nama sultan dan kerabatnya, nama-nama daerah yang ada kat selangor, menteri-menteri selangor, apa yang menarik di selangor, isu semasa negeri selangor, masjid diraja, dan sebagainya.

Ada lagi soalan famous lain yang bisa ditanya time interview;

"kenapa tak mohon ptptn sebelum ni?"

"awak memang anak selangor tapi sekarang duduk (negeri lain) kenapa tak mohon pinjaman negeri tu je? kami akan tengok alamat awak tau and kalau alamat awak selain negeri selangor ingat senang ke kami nak bagi?"

"kalau tak dapat pinjaman ni, awak nak mohon apa lepas ni?"

Yang soalan paling last tu sebenarnya paling trap lah and nasihat aku, ko acah-acah jelah tunjuk yang pinjaman selangor ni last choice korang. Jangan gatai nak sebut plan korang nak apply jpa ke apa ke. Tunjuk je yang korang betul-betul nakkan pinjaman ni.

Last sekali bila dia tanya, "ada apa-apa soalan tak?" korang jangan cakap TAK ADA. Korang tanya jelah apa-apa pasal pinjaman selangor yang korang nak tahu. Even kalau korang dah tahu sebab dah baca sebelum ni pun korang tanya je. Mana tau ada soalan korang yang bagi diorang macam "wow bagusnya budak ni kesian pulak kalau tak luluskan budak ni" haaaa.

Kalau korang tak boleh jawab semua soalan masa interview ni pun it's okay. Asalkan korang jangan nampakkan sangat diri korang tu tak tahu apa-apa langsung. At least yang basic-basic tu kena tahu jugak sebab nanti panel tu nak lepas kan korang pun macam tak yakin je yang ko ni boleh bawak study hahaha. 
p/s : jangan risau, interview ni dalam bahasa melayu je and one to one interview, bukan grouping. kalau grouping pun macam aku haritu dia interview dua orang sekali je.
...............................................................................................................................................................

Then lepas beberapa minggu tunggu keputusan interview, aku dapat sms dari suk (setiausaha kerajaan) selangor untuk check portal. Bila check portal, alhamdulillah aku dapat. And diorang bagi masa around 2 weeks je kot rasanya untuk settlekan semua dokumen untuk siapa yang dah comfirmed ditawarkan pinjaman selangor ni.

Banyak benda kena settlekan, kena print 3 salinan lah, nak ada cop penjamin lah, nak kena matikan setem dekat lhdn lah. Ikut je arahan yang dia bagi masa korang buka portal selangor tu. Cuma yang paling leceh ko kena ada akaun muamalat. Iye memang akaun muamalat JE. Tak tau lah pulak sekarang diorang suruh guna akaun bank apa.

Masa aku kat unisza dulu, aku dapat pinjaman ni dalam bulan 8 camtu kot and birthday aku kan bulan 12 so masa tu sebenarnya aku belum cukup umur 18 tahun (pffffft) lagi untuk buka akaun bank sendiri. Jenuh gak lah mak aku kena fly dari selangor ke terengganu balik hari semata nak teman aku bukak akaun bank muamalat haih. Yang dah cukup umur tu pergi jelah bandar sendiri ajak kawan teman ke, bukak akaun bank muamalat sendiri.

Lepas dah ada akaun bank muamalat, balik tu aku terus update maklumat pasal akaun bank. Then terus settlekan balance dokumen yang masih belum lengkap. Kalau ada yang kena ada cop pengesahan universiti apa semua tu make sure korang buat awal-awal sebab ada certain office kena tunggu 2-3 hari baru boleh dapat pengesahan apa semua. Settle semua tu korang kena attend majlis penyerahan dokumen perjanjian pinjaman pelajaran negeri selangor kat pejabat SUK selangor. Kemain kau.


Dewan time majlis tu lebih kurang gini. Aku stress sebab kena tunggu lama je. Turn ikut no angka giliran. Nak habis awal, datang lah awal. Bila nombor dah dipanggil, naik pentas then pergi ke nombor meja yang korang dah ditetapkan. Habis orang tu sign apa semua dah boleh balik then tunggu jelah duit masuk hewhew.

Nampak macam lagi susah ek dari mohon ptptn? Entahlah hahaha. Takpe kan memang dari zaman dulu lagi semua benda memang kena bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Pembayaran balik pinjaman adalah dalam tempoh 6 bulan selepas korang tamat belajar. Tapi kalau dah habis diploma, korang nak sambung degree, korang boleh mohon penangguhan pembayaran pinjaman sebab korang sambung study.

Ada apa-apa soalan tanya jelah kat bawah :)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://messarah.blogspot.com/2019/07/tajaan-belajar-pinjaman-pelajaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Selangor Menyasarkan Keinginan Untuk Menjadi Negeri Pintar Terulung Di Asia Tenggara Menjelang 2025

Kerajaan Selangor Menyasarkan Keinginan Untuk Menjadi Negeri Pintar Terulung Di Asia Tenggara Menjelang 2025

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 285 hits
Konsep bandar pintar bukanlah sesuatu yang baru Teknologi seperti peranti berhubung digunakan untuk memudahkan hidup orang ramai dan juga meningkatkan kualiti hidup rakyat secara pukal Di forum Selangor Regional Powerhouse Menteri Besar Sel...
Hakim Kalam Jamaie Negeri Selangor 2019

Hakim Kalam Jamaie Negeri Selangor 2019

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 572 hits
AssalamualaikumAlhamdulilah Terima Kasih kepada team hakim kalam jamaie negeri Selangor 2019 Sesungguhnya banyak ilmu dapat saya peroleh daripada kalian yang sangat hebat di sepanjang sesi penghakiman peringat negeri ini SMK SG Pusu Gombak ...
Cara Pendaftaran Permohonan Pinjaman Ptptn Sii Nurul

Cara Pendaftaran Permohonan Pinjaman Ptptn Sii Nurul

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 437 hits
AssalamualaikumBismillahSebelum mendaftar permohonan pinjaman PTPTN pastikan korang telah buka akaun SSPN Boleh buka akaun ni di mana mana bank ejen PTPTN Ejen PTPTN adalah seperti BSN CIMB AGRO Bank Bank Rakyat Bank Islam dan Maybank Langk...
Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah Kini Dibuka

Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 665 hits
Bagi pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam khususnya biasiswa pendidikan amat bermakna bagi mereka Terdapat banyak syarikat baik kerajaan dan swasta yang telah memberi tawaran berupa biasiswa pendidikan kepada yang layak Jika sebelum ini ...
Membimbangkan Selangor Catat Kadar Kemalangan Dan Kematian Tertinggi Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia

Membimbangkan Selangor Catat Kadar Kemalangan Dan Kematian Tertinggi Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 610 hits
Boleh dikatakan pada setiap hari terdapat kemalangan jalan raya yang berlaku di dalam negara Malaysia Kemalangan berlaku atas beberapa faktor dan antaranya ialah kecuaian pemandu keadaan kenderaan dan juga fizikal jalan raya yang rosak Kema...
Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Selangor

Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 378 hits
Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Selangor Portal kerja kosong terkini membuka peluang pekerjaan di Majlis Sukan Negeri Selangor yang bertarikh 22 Julai dan akan ditutup pada bulan Ogos ini Kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta b...
Pendakian Gunung Angsi Negeri Sembilan

Pendakian Gunung Angsi Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 768 hits
Assalamualaikum This is my first mountain climbing Hehe excited siket sebab selalunya hiking bukit bukit je D Gunung Angsi ni terletak di Negeri Sembilan alaa yang dekat dengan Ulu Bendul tempat mandi mandi tu Ketinggian ialah 824m Rasanya ...
Pertama Kali Naik Keretapi Di Retro Klang Acara Flashmob Awam Pertama Di Selangor

Pertama Kali Naik Keretapi Di Retro Klang Acara Flashmob Awam Pertama Di Selangor

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 505 hits
Ok kejadian hujung minggu lepas ni mane ini adalah pengalaman pertama kali I naik keretapi Poyo tak bajet orang have have sebab tak penah naik keretapi Tapi frank speak memang tak pernah kalau ETS or LRT tu selalu lah sebab itu public trans...
Politik Selangor Kusut Mb Keluar Group

Politik Selangor Kusut Mb Keluar Group

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 300 hits
MalaysiaGazette Menteri Besar Selangor Amirudin ShariKUALA LUMPUR Keadaan politik di Selangor menjadi kusut dengan sebaran khabar angin bahawa terdapat usaha untuk menjatuhkan Speaker Dewan Undangan Negeri Ng Suee Lim dan Menteri Besar Amir...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord