Permohonan Pelan Penyelesaian Hutang Lppsa
PERMOHONAN PELAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP) LPPSA(Semak Kategori 1 & 2)

Kepada pesara kerajan yang ingin menyelesaikan hutang, kini Kerejaan telah memperkenalkan kaedah Pelan Penyelesaian Hutang (DSP) kepada peminjam yang bersara / meninggalkan perkhidmatan. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU PENYELESAIAN HUTANG (DSP)
Pelan Penyelesaian Hutang (Debt Settlement Plan, DSP) bagi memulihkan dan menyelesaikan hutang sivil pelanggan yang meninggalkan perkhidmatan atau bersara tidak berpencen melalui penjadualan semula bayaran balik pembiayaan. DSP membantu peminjam meneruskan bayaran ansuran bulanan di dalam tempoh pembiayaan asal berbanding bayaran penyelesaian sekaligus.
KATAGORI PENYELESAIAN HUTANG (DSP)
Pelan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
DSP 1
DSP 2
SYARAT KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP)
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan DSP yang ditetapkan mengikut katagori iaitu:
KRITERIA
DSP 1`
DSP 2
SYARAT PEMOHON
Kelayakan
Meninggalkan Perkhidmatan/ Bersara Tidak Berpencen TIDAK termasuk diberhentikan kerja (masalah tatatertib)
Bukan seorang penghutang penghakiman atau bankrap
Tidak layak DSP 1
Bukan seorang Bankrap
Mempunyai kemampuan bayaran balik
SYARAT KELULUSAN
Status Akaun
Tunggakan tidak melebihi 12 ansuran bulanan semasa kelulusan
Hartanah belum dilelong
Hartanah belum dilelong
Tempoh Permohonan
Tidak melebihi 12 bulan dari tarikh tamat / meninggalkan perkhidmatan
Tiada had
Kadar Faedah/Keuntungan
Ditentukan oleh LPPSA mengikut pelan
Sekiranya tunggakan melebihi 3 ansuran bulanan, kadar 7% setahun akan dikenakan ke atas baki pembiayaan sehingga tamat tempoh pembiayaan/ penyelesaian penuh.
7% setahun sehingga tamat tempoh pembiayaan
Bayaran Balik
Ansuran bulanan bermula sebulan selepas kelulusan
Tempoh Pembiayaan asal
Tidak berubah
Syarat-Syarat Lain Pembiayaan
Tidak berubah
TARIKH PERMOHONAN KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP)
Pelan DSP ini boleh dimohon bermula 1 Oktober 2022
DOKUMEN DIPERLUKAN
Dokumen yang wajib diperlukan:
DSP 1
DSP 2
Surat pengesahan dan sokongan majikan
Surat Permohonan
Borang Rayuan Bayaran Balik
3 bulan Slip Gaji/ Pengesahan majikan/ Penyata KWSP yang terkini
3 bulan Penyata Akaun Bank (bagi yang berniaga)/ bukti pendapatan lain
Surat akuan bersumpah (sekiranya tiada item 3 dan 4)
Dokumen sokongan lain (sekiranya perlu)
CARA PERMOHONAN KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP)
Kepada anda yang ingin membuat permohonan DSP, berikut adalah merupakan caranya:
Layari Permohonan melaui saluran Portal DSP.
Pada paparan utama klik pada borang permohonan mengikut kelayakan anda iaitu:L
Borang Permohonan DSP 1
Borang Permohonan DSP 2
Isikan dengan lengkap maklumat yang diperlukan
Setelah lengkap klik Hantar
Penerimaan tawaran melalui saluran Portal DSP dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kelulusan.
CARA BAYARAN ANSURAN KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP)
Bagi tujuan pembayaran balik pembiayaan, bayaran perlulah dibuat dengan menggunakan nombor Akaun Virtual CIMB (VA) 98<> yang dikhususkan kepada peminjam melalui kaedah yang tertera dibawah:
Tunai di Kaunter CIMB seluruh Malaysia, atau;
Online melalui IBG, IBFT, RENTAS, Maybank2U atau CIMBClicks, atau;
Mesin layan diri CIMB Bank – ATM dan Deposit Tunai.
Nota: Tatacara pembayaran (E-bayaran) boleh dirujuk pada pautan https://myfinancing.lppsa.gov.my/my/e-bayaran
SOALAN LAZIM ( FAQ) KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG
Anda boleh merujuk soalan lazim menerusi pautan di bawah:
Soalan Lazim DSP
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk saluran berikut:
Portal Pelan Penyelesaian Hutang (DSP)
Hubungi pegawai LPPSA di talian 0388801600
Portal Pertanyaan /Aduan Rasmi LPPSA: https://etiket.lppsa.gov.my
ARTIKEL BERKAITAN:
MyPESARA:CARA GUNA SEMAKAN NO AKAUN & PENYATA PENCEN(Muat Turun Aplikasi)
BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2023 (Tarikh Bayaran Bantuan Khas Penjawat Awam)
PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT 2023:PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-SEKTOR AWAM/SWASTA/PESARA KERAJAAN
The post PERMOHONAN PELAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP) LPPSA(Semak Kategori 1 & 2) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/pelan-penyelesaian-hutang-dsp.html