Permohonan Najib Irwan Serigar Untuk Dnaa Kes Pecah Amanah Rm6 6 Bilion Ditolak



Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah supaya dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tuduhan pecah amanah terhadap harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion.
(Harian Metro) – Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan itu dan memberi masa hampir empat bulan kepada pendakwaan untuk menyerahkan dokumen lengkap kepada pihak pembelaan sebelum menangguhkan perbicaraan ke 14 November ini.
Muhammad Jamil berkata, semua dokumen belum diserahkan kepada pembelaan bagi membolehkan mereka menyerahkan pernyataan pembelaan kepada pendakwaan sebelum perbicaraan bermula, yang sepatutnya berlangsung hari ini.
Beliau turut mengingatkan semua pihak untuk bersedia ketika kes diteruskan pada tarikh berkenaan kerana mahkamah tidak akan memberikan sebarang penangguhan lagi.
“Tiga bulan adalah mencukupi untuk pendakwaan menyerahkan (dokumen) kepada pembelaan. Sila ambil maklum ini adalah tarikh akhir perbicaraan, tiada lagi penangguhan,” katanya.
Terdahulu, peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee mewakili Najib dan Datuk Seri K Kumaraendran bagi Mohd Irwan Serigar memohon anak guam mereka dilepas tanpa dibebaskan kerana belum diserahkan dokumen lengkap untuk menyediakan kes pembelaan.
Kumaraendran berkata, dokumen yang belum diserahkan adalah penting kerana ia merujuk kepada pernyataan saksi pembelaan dan kenyataan yang dirakamkan saksi kepada pegawai penyiasat.
“Saya ingin mengambil maklum bahawa kami belum menerima dokumen itu sejak perintah terakhir dibuat, di mana pendakwaan menyatakan mereka akan memohon dokumen itu dinyahklasifikasikan.
“Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya berkata mereka tidak tahu bila dokumen itu akan dinyahklasifikasikan. Jika pendakwaan bertegas perbicaraan diteruskan tanpa dokumen, anak guam saya tidak akan mendapat perbicaraan yang adil.
“Justeru, saya minta kes ini DNAA, di mana jika mereka (pihak pendakwaan) bersedia dengan dokumen yang diperlukan, anak guam saya bersedia menghadapi pertuduhan,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Farhan mengguna pakai alasan yang sama bagi memohon DNAA terhadap Najib, berikutan senarai dokumen yang diminta adalah sama pentingnya terhadap pembelaan bekas perdana menteri itu .
“Dokumen adalah berkaitan dengan Minit Kementerian Kewangan dan kelulusan Kabinet yang menjurus kepada elemen utama pertuduhan pecah amanah yang dihadapi kedua-dua tertuduh.
“Dokumen ini sepatutnya sudah lama dinyahklasifikasi. Malah, ada dua lagi jilid dokumen yang belum diserahkan kepada pembelaan yang pihak kami tidak tahu apa pun status, apa jenis dokumen, bila akan diserahkan dan cara mana akan diserahkan,” katanya
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi membantah permohonan DNAA atas alasan proses menyahklasifikasi dokumen bergantung sepenuhnya kepada kementerian yang terbabit dan pihak pendakwaan tidak mempunyai kuasa untuk menentukannya.
Pada prosiding sebelum ini, mahkamah diberitahu dokumen yang perlu dinyahklasifikasi antaranya Minit Kementerian Kewangan, kelulusan Kabinet dan dokumen daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Pada 25 Oktober 2018, Najib dan Mohd Irwan Serigar mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).
Mereka didakwa melakukan semua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
The post Permohonan Najib, Irwan Serigar untuk DNAA kes pecah amanah RM6.6 bilion ditolak appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/07/22/permohonan-najib-irwan-serigar-untuk-dnaa-kes-pecah-amanah-rm6-6-bilion-ditolak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Badan Peguam Bawa Kes Dnaa Zahid Ke Mahkamah Rayuan

Badan Peguam Bawa Kes Dnaa Zahid Ke Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 347 hits
malaysiakini comBadan Peguam Malaysia berpaling kepada Mahkamah Rayuan untuk mencabar keputusan Peguam Negara yang menarik balik kes rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi Badan profesion undang undang itu memfailkan no...
Hiburan Najib Razak Masih Belum Langsaikan Tunggakan Cukai Rm1 7 Bilion Kepada Lhdn

Hiburan Najib Razak Masih Belum Langsaikan Tunggakan Cukai Rm1 7 Bilion Kepada Lhdn

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 362 hits
Bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak masih belum melangsaikan tunggakan cukai berjumlah RM1 7 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Menurut Kementerian Kewangan LHDN telah mengambil tindakan sewajarnya namun perkara ters...
Agc Tolak Permohonan Guan Eng Gugur Kes Rasuah

Agc Tolak Permohonan Guan Eng Gugur Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 207 hits
Jabatan Peguam Negara hari ini menolak representasi difailkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk menggugurkan empat pertuduhan rasuah terhadapnya membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang ber...
Sebanyak Rm53 9 Juta Kerugian Kes Jenayah Komersial Di Pahang Dalam Tempoh Enam Bulan

Sebanyak Rm53 9 Juta Kerugian Kes Jenayah Komersial Di Pahang Dalam Tempoh Enam Bulan

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 211 hits
KUANTAN Jumlah kerugian kes jenayah komersial di Pahang menunjukkan peningkatan iaitu RM53 9 juta dengan 1 037 kertas siasatan dibuka dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Noor Hisam Nordin berkata berb...
Kes Jana Wibawa Pn Muhyiddin Pmx Tak Paya Berlari Berjogging

Kes Jana Wibawa Pn Muhyiddin Pmx Tak Paya Berlari Berjogging

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 155 hits
Permohonan Muhyiddin Yassin untuk menyemak keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat tuduhan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa akan diketahui pada 20 Ogos ini Keputusan itu ditetapkan oleh panel lima hakim ...
Ha Ha Ha Peguam Kes Cerai Kebas Bekas Suami

Ha Ha Ha Peguam Kes Cerai Kebas Bekas Suami

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 250 hits
KOSMOABUJA nbsp Seorang wanita di Nigeria kecewa setelah mendapati bekas suaminya mengahwini peguam yang membantunya dalam kes perceraian mereka lapor laman berita Legit Berdasarkan nbsp hantaran di laman Facebook wanita yang identitinya ti...
Resepi Kacang Buncis Tumis Pecah Telur

Resepi Kacang Buncis Tumis Pecah Telur

papar berkaitan - pada 28/7/2024 - jumlah : 275 hits
kacang buncis tumis pecah telurBahan bahan Kacang buncisTelur sebijiLada merah di tumbukBawang besar di tumbukBawang putih di tumbukStgh kiub pati ikan bilisSedikit garamCara memasak Panaskan minyak tumis bahan bahan yang di tumbuk semua hi...
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Speed Read A Custom Bmw R Ninet 100 Years Edition And More

Ezzanie Jasny Biodata Pelakon Drama Dia Bukan Syurga

Razarudin Sah Tamat Kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun Ini

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 App Terbaik Untuk Simpan Duit Melabur Secara Automatik

Pemergian Tok Ngah Awal Pagi Tadi

Netizen Dakwa Nampak Bekas Suami Aprena Manrose Bersama Perempuan Free Hair Undur Diri Maksudnya Memang Kena Sondol Kot

Lelaki Maut Tunang Parah Selepas Kereta Dinaiki Bertembung Dengan Lori Di Simpang Melati Muadzam Shah

Pesuruhjaya Polis Lempar Telur Separuh Masak Ke Muka Pelayan Restoran

7 Bintang Membentuk Boy Group Baharu Dalam Final Big Stage Alpha 2025