Permohonan Kolej Vokasional Sekolah Menengah Teknik 2023


Permohonan Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik 2023
Permohonan Sekolah Khusus dan MRSM bagi tahun 2023 kini sedang dibuka. Adakah anda sudah memilih laluan yang menjadi minat anda?
Salah satu daripada pilihan yang boleh dipertimbangkan adalah kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional, iaitu aliran (TVET).
Tahukah anda apakah itu aliran TVET dan bagaimana haluan kerjaya yang boleh dipilih dalam bidang ini?
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang aliran TVET, syarat kemasukan ke Sekolah Teknik @ Kolej Vokasional di Malaysia.
Apakah TVET? Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri.
Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.
Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.
Lulusan program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan program akademik.
Kelebihan ini berpotensi untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada lulusan TVET.
Berikut merupakan program yang ditawarkan bagi aliran kemahiran (TVET) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia:
Program KV (menjurus kepada Diploma) di Kolej Vokasional (KV)Aliran Teknikal – Sekolah Menengah TeknikProgram Kemahiran / Apprenticeship di KV / Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Apakah perbezaan antara aliran di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik?
Jom ketahui selanjutnya.
KOLEJ VOKASIONAL Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) merupakan satu pelan induk TVET negara bagi memantapkan lagi sistem pendidikan vokasional yang dimulakan sejak 2013 sehingga 2020, di mana berlakunya penstrukturan semula sekolah menengah vokasional dan sekolah menengah teknik kepada Kolej Vokasional (KV).
Langkah ini di ambil bagi menyokong agenda transformasi ekonomi negara dalam menghasilkan tenaga kerja mahir yang kompeten. TPV telah mengubah persepsi masyarakat yang beranggapan pendidikan vokasional sebagai pendidikan kelas kedua dan menjadikannya setaraf dengan aliran perdana.
KV menawarkan dua (2) peringkat pengajian iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Murid lepasan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) daripada sekolah menengah harian yang berminat dan cenderung mengikuti aliran vokasional berpeluang menyambung pengajian di peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat DVM.
KV menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) di mana ia mengutamakan pembelajaran secara praktikal (hands-on) berbanding teori. Kini, terdapat 87 buah KV menawarkan pengajian dalam pelbagai program vokasional di peringkat SVM dan DVM.
Pengiktirafan SVM oleh Lembaga Peperiksaan (LP) adalah setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lulusan SVM juga akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3. Bagi mereka yang memenuhi syarat, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat DVM. Proses akreditasi program DVM dilaksanakan oleh Malaysia Qualifications Agency (MQA) dan Malaysia Board of Technologists (MBOT).
Graduan DVM akan berpeluang menjadi tenaga kerja mahir yang kompeten, menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi dan menjadi usahawan dalam bidang.
Bidang Pengajian Kolej Vokasional
Teknologi Elektrik dan ElektronikHospitalitiTeknologi AwamTeknologi Mekanikal dan PembuatanPerniagaanTeknologi MaklumatSeni RekaPerkhidmatan MasyarakatPertanianPembuatan dan PemprosesanPertanian Secara ringkasnya, Kolej Vokasional menawarkan
Pengajian selama 4 tahun (8 semester)Guna sistem semesterMenamatkan pengajian dengan Diploma Vokasional Malaysia (DVM)Tiada SPM tetapi peluang untuk terus bekerja SEKOLAH MENENGAH TEKNIK Penawaran aliran teknikal di Sekolah Menengah Teknik (SMT) adalah untuk pelajar yang cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan pelajar yang berminat terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik (STEM).
Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang menawarkan bidang seperti berikut:
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Kejuruteraan Mekanikal
Perdagangan
Pertanian Setelah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari sama ada di institut pendidikan tinggi awam (IPTA) atau institut pendidikan tinggi swasta (IPTS) dalam pelbagai bidang khususnya kejuruteraan dan seterusnya menjadi tenaga profesional.
Menawarkan kursus bidang Teknikal sahajaSistem pembelajaran yang sama seperti sekolah biasaTempoh pengajian adalah 2 tahun (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)Pelajar menduduki SPM dan akan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya Perbezaan Antara Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik Untuk perbezaan yang lebih jelas sila rujuk jadual di bawah:
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Syarat Kelayakan Umum Pemilihan kemasukan murid ke KV/SMT bergantung kepada syarat-syarat umum dan khusus yang telah ditetapkan dan keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid (AJKPM)Berikut merupakan syarat umumkemasukan murid iaitu :Calon adalah Warganegara Malaysia;Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM;Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun Semasayang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3);Calon sihat tubuh badan;Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA;Calon bebas daripada masalah mental;  danCalon berminat dengan program dipohon         *syarat khusus bergantung kepada program yang ditawarkan dan perubahan syarat bergantung pada tahun semasa
Cara Permohonan Permohonan Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2023 telah dibuka mulai 30 September – 30 November 2022.
Permohonan boleh dibuat melalui pautan *https://spskt4.moe.gov.my/*
Maklumat Lanjut
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
+603 – 8884 5154
+603 – 8889 5047
[email protected]
Laman web: https://bpltv.moe.gov.my/kv-smt/
Permohonan : https://spskt4.moe.gov.my/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/permohonan-sekolah-teknik-kolej-vokasional/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permohonan-sekolah-teknik-kolej-vokasional

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Sekolah Menengah Teknik Dan Kursus Ditawarkan

Senarai Sekolah Menengah Teknik Dan Kursus Ditawarkan

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 602 hits
Sekolah Menengah Teknik atau singkatannya SMT merupakan pilihan terbaik selepas bagi pelajar yang berminat dalam bidang teknikal Walaupun SMT pernah dipandang rendah kononnya sebagai sekolah untuk pelajar yang kurang bijak persepsi ini sebe...
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Sesi 2023 2024

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Sesi 2023 2024

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 462 hits
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2023 2024 Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Pentaksiran Tingkatan 3 pada 15 April 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenal...
Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2022 2023

Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2022 2023

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 253 hits
Apakah yang dimaksudkan dengan kokurikulum sekolah Ia adalah sebuah kegiatan atau aktiviti yang dirancang dari proses pengajaran dan dijalankan atau dilaksanakan di luar bilik darjah Kegiatan ini membuka peluang kepada pelajar untuk menamba...
Permohonan Maktab Tentera Diraja 2023

Permohonan Maktab Tentera Diraja 2023

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 638 hits
PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS MAKTAB TENTERA DIRAJA Tingkatan 4 bagi Tahun 2023 Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja Malaysia bagi tahun 2023 kini dibuka mulai 30 September hingga 30 November 2022...
Permohonan Kemasukan Asrama Semai Bakti Felda Tingkatan 1 Tahun 2023

Permohonan Kemasukan Asrama Semai Bakti Felda Tingkatan 1 Tahun 2023

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 316 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Asrama Semai Bakti Felda Tingkatan 1 Tahun 2023 kini dibuka Pengurusan Asrama Semai Bakti FELDA melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA mengalu alukan murid tahun 6 sesi perse...
Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2023

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2023

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 414 hits
SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR 2023 KINI KEMBALI Berita baik ini buat semua pelajar sekolah rendah menengah IPT dalam luar negara untuk memohon dana ini Dana ini adalah secara one off bagi setiap peringkat pelajaran Para pelajar b...
Budget 2023 Rm100 Ewallet Credit To Be Given To M40 Malaysians

Budget 2023 Rm100 Ewallet Credit To Be Given To M40 Malaysians

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 235 hits
PETALING JAYA Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz says that RM100 in ewallet credit will be allocated for M40 Malaysians under Budget 2023 While tabling the Budget the Finance Minister said that RM800mil has been allocated for the ew...
Budget 2023 Stamp Duty Exemption Increased For Premier Properties

Budget 2023 Stamp Duty Exemption Increased For Premier Properties

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 253 hits
PETALING JAYA Houses worth from RM500 000 to RM1mil will enjoy an increase in stamp duty exemption from 50 to 75 until Dec 31 2023 Stamp duties for transfer of property between families is subject to a stamp duty of RM10 The allocation for ...
Budget 2023 Rm500 Cash Aid For Women From Bkm Households Who Give Birth Next Year

Budget 2023 Rm500 Cash Aid For Women From Bkm Households Who Give Birth Next Year

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 194 hits
KUALA LUMPUR Women from households receiving Bantuan Keluarga Malaysia who give birth in 2023 will receive one off cash assistance of RM500 under the CahayaMata Keluarga Malaysia programme Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Ab...
Syaitan Dah Mulakan Meroboh Tembok

Ronda Ronda Aeon Tebrau City Petang Jumaat

Negeri Sembilan Tandem Paragliding Free Flight In Pedas

The Bold Four A 1976 Honda Cb500f Caf Racer From Brazil

Localsend Teknologi Baru Untuk Kemudahan Memindahkan Fail

11 Fakta Ini Sebenarnya Palsu Tapi Ramai Yang Percaya

The Latest Ai News We Announced In January

Arti As Samad Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Anggota Ganggu Seksual Aktivis Polis Siasat Dakwaan

Suami Isteri Kebas Emas Rumah Terbakar

Kerajaan Dituntut Nyata Pendirian Hormat Majlis Fatwa

Anwar S Anti Corruption War Faces Collapse Without Comprehensive Whistleblower Protection Reforms

Puasa Ayyamul Bidh Februari 2025 Bertepatan Nisfu Syaban

Al Ulum