Permohonan Fasa Kedua Ketiga Bsh 2019 Dibuka Bermula Semalam


PUTRAJAYA: Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 masing-masing bagi fasa kedua dan ketiga dijadual diagihkan pada Mei dan Ogos depan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, bayaran fasa pertama BSH 2019 sudah dilaksanakan pada 28 Januari lalu dan memanfaatkan empat juta isi rumah dengan bayaran RM300 bagi setiap isi rumah membabitkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.
“Untuk menerima bayaran BSH 2019 selanjutnya, pemohon yang layak perlu mendaftar dan mengemaskini maklumat isi rumah.
“Secara amnya, isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan layak untuk menerima BSH.
“Tempoh pendaftaran BSH 2019 dibuka mulai semalam hingga 15 Mac ini. Pemohon yang layak dialu-alukan untuk membuat permohonan melalui beberapa kaedah iaitu dengan pengisian borang (offline) yang boleh didapati secara percuma di mana-mana Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM selain memuat turun borang permohonan di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my.

“Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi BSH, https://bsh.hasil.gov.my,” katanya hari ini.
Katanya, selain kaedah itu kerajaan juga akan mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kemudahan pendaftaran setempat, terutama untuk membantu pendaftaran isi rumah dari kawasan pedalaman yang terpencil serta golongan tertentu seperti yang terlantar.
“Kementerian Kewangan akan mewujudkan jalinan usahasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri yang pernah menjalankan kerja pendaftaran sebelum ini,” katanya.
Menurut kenyataan itu, proses pendaftaran dan pengemaskinian maklumat isi rumah dilaksanakan bagi memastikan hanya isi rumah yang layak menerima BSH.

“Langkah itu penting bagi memastikan sumber negara digunakan dengan berhemah serta bersasaran kepada golongan B40 dan mengelakkan ketirisan bantuan kepada golongan yang berada.
“Pendekatan BSH adalah selaras dengan keprihatinan kerajaan untuk menyasarkan bantuan hanya kepada golongan yang layak menerimanya, iaitu golongan yang amat perlukan bantuan bagi menghadapi kos sara hidup,” katanya.
Selain itu, katanya kadar inflasi pada tahun lalu adalah hanya pada tahap satu peratus berbanding dengan 3.7 peratus untuk tahun 2017.
“Kadar inflasi 2018 adalah tahap terendah dalam tempoh sembilan tahun, menunjukkan bahawa langkah Kerajaan menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkesan dalam menyederhanakan kenaikan harga.
“Seterusnya, Kerajaan akan terus berusaha untuk mengurus perkara ini melalui langkah seperti BSH, serta mengadakan kajian khas ke atas struktur kos yang menyebabkan kenaikan harga setengah barangan keperluan naik lebih tinggi daripada kadar inflasi rasmi.

“Usaha ini dilakukan demi membantu rakyat menangani tekanan kos sara hidup serta memastikan kenaikan harga barang keperluan terkawal,” katanya.
sumber :bharian
The post Permohonan fasa kedua, ketiga BSH 2019 dibuka bermula semalam appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/permohonan-fasa-kedua-ketiga-bsh-2019-dibuka-bermula-semalam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019 Untuk Penjawat Awam Dan Swasta Kini Dibuka

Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019 Untuk Penjawat Awam Dan Swasta Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 599 hits
Dalam pembentangan Belanjawan 2019 yang lalu Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk tujuan pembiayaan perumahan buat rakyat Malaysia Melalui dana ini pembeli rumah layak untuk mendapatkan dana daripada k...
Undian Fasa Kedua Era Digital Muzik Awards 2018 Kini Bermula

Undian Fasa Kedua Era Digital Muzik Awards 2018 Kini Bermula

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 267 hits
ERA Digital Muzik Awards 2018 kini kembali lagi setelah meraih kejayaan dalam siri pertama dan kedua pada tahun 2016 dan 2017 The post appeared first on
Semakan Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2019 Smka Sabk Kaa Krk Sekolah Kawalan Negeri

Semakan Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2019 Smka Sabk Kaa Krk Sekolah Kawalan Negeri

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 945 hits
Semakan Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2019 SMKA SABK KAA KRK Sekolah Kawalan Negeri Jika anda ada anak yang akan memasuki Tingkatan 1 tahun depan anda mungkin boleh memanfaatkan maklumat di bawah ini sebagai rujukan Mungkin ada anak yang...
Informasi Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Maipk 2019

Informasi Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Maipk 2019

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 339 hits
Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2019 Untuk makluman menerusi portal MAIPk sukacitanya MAIPk akan membuka tawaran Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal khusus bagi pelajar Tingkatan 1 4 dan 5 bagi sesi persekolahan 2019 Tawaran ini terbu...
Informasi Permohonan Biasiswa Fair Lovely 2019 Secara Online

Informasi Permohonan Biasiswa Fair Lovely 2019 Secara Online

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 478 hits
Dalam inisiatif memperkasakan kaum wanita untuk mengejar masa depan yang cerah Fair Lovely menawarkan biasiswa berjumlah RM200 000 untuk dibahagikan kepada 40 mahasiswi yang layak Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Biasi...
12 Kategori Tidak Layak Mohon Bsh 2019 Termasuk Bujang Bawah 59 Tahun

12 Kategori Tidak Layak Mohon Bsh 2019 Termasuk Bujang Bawah 59 Tahun

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 726 hits
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pembayaran BSH 2019 fasa pertama yang akan dibayar pada 28 Januari nanti Setiap penerima BSH tahun lepas akan menerima Bantuan Sara Hidup RM300 pada tarikh tersebut kecuali pemohon kategori bujang d...
Honor Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar 5g Pada Pertengahan Kedua 2019

Honor Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar 5g Pada Pertengahan Kedua 2019

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 324 hits
Huawei telah pun hadir dengan gambar acah mengatakan mereka akan memperlihatkan telefon pintar 5G mereka pada acara MWC 2019 kelak Selari dengannya semestinya ramai yang akan tertanya tanya bilakah sub jenama pengeluar berkenaan iaitu Honor...
Persoalan Lazim Mengenai Kemaskini Bsh 2019

Persoalan Lazim Mengenai Kemaskini Bsh 2019

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 359 hits
SOALAN LAZIM BANTUAN SARA HIDUP 2019B KEMAS KINI PERMOHONAN BAGI PENERIMA FASA PERTAMA BSH 2019 1 S Saya berumur 70 tahun dan menerima bayaran Fasa pertama BSH 2019 tetapi tidak dapat hadir untuk kemas kini Adakah permohonan BSH 2019 saya t...
Panduan Permohonan Upu Online 2019 Serta Tarikh Penting

Panduan Permohonan Upu Online 2019 Serta Tarikh Penting

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 612 hits
Makluman awal bagi lepasan SPM STPM Setaraf yang ingin memohon untuk permohonan UPU 2019 The post appeared first on
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya

Menangis Dan Menyesal Makcik Bakar Motosikal Mengaku Salah Di Mahkamah

Sementara Tunggu Pesanan Masuk Rider Ambil Peluang Baca Al Quran Atas Motosikal