Permohonan Baru Str 2023
PERMOHONAN BARU STR 2023 (Kemaskini Maklumat Pemohon)
Sekiranya anda belum membuat permohonan SPR, di sini kami akan kongsikan mengenai tarikh terkini permohonan baru MySTR 2023 dan cara membuat permohonan. Semoga membantu.
APA ITU STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
KELAYAKAN STR
Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
ISI RUMAH
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
BUJANG
Kahwin; atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
Had umur adalah 21-59 tahun; dan
Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN STR
Berikut adalah merupakan jumlah bayaran asas STR yang akan diterima mengikut katagori iaitu:
KATEGORI
PENDAPATAN
BILANGAN ANAK / NILAI BANTUAN
0
1-2
3-4
≥5
Isi Rumah
RM2,500 dan ke bawah
RM1,000
RM1,500
RM2,000
RM2,500
RM2,501 – RM5,000
RM500
RM750
RM1,000
RM1,250
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
RM5,000 dan ke bawah
RM600
–
–
–
Bujang
RM2,500 dan ke bawah
RM350
–
–
–
Bayaran tambahan sebanyak RM600 akan diterima oleh kategori miskin tegar:
Bantuan tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan
Kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100
TARIKH BAYARAN STR
Berikut adalah merupakan tarikh pembayaran STR mengikut fasa iaitu:
BIL
FASA PEMBAYARAN
TARIKH PEMBAYARAN
1
Fasa 1
Bermula 17 Januari 2022 secara berperingkat
2
Fasa 2
April 2023*
3
Fasa 3
Julai 2023*
4
Fasa 4
November 2023*
5
Tambahan RM600
(RM100 sebulan baucar untuk barangan makanan asas)
Julai 2023*
Ogos 2023*
September 2023*
Oktober 2023*
November 2023*
Disember 2023*
Nota: *Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
KELAYAKAN TAMBAHAN RM600 STR
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
TARIKH PERMOHONAN BAHARU STR
Permohonan baharu boleh dibuat pada:
iSecara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
SIAPA YANG PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BARU STR
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
CARA PERMOHONAN BARU STR
Kaedah permohonan STR adalah seperti berikut:
Permohonan Secara Dalam Talian
Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR LHDNM; atau Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM Atau Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:
Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
Pemohon:
Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN;
Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN;
Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN
Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Pasangan:
Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS);
Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
Anak:
Anak Kandung
Salinan Sijil Lahir; dan
Salinan MyKad / MyKid
Anak Angkat
Salinan MyKad / MyKid; dan
Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
NOTA: Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Baru STR, anda boleh layari pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
ARTIKEL BERKAITAN:
MySTR: STR Login Masuk Kemaskini
KEMASKINI STR 2023 ONLINE (Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah)
PENGELUARAN STR DI BSN (Status Tiada Akaun/Gagal Kredit)
The post PERMOHONAN BARU STR 2023 (Kemaskini Maklumat Pemohon) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/permohonan-baru-str.html