Permohonan Bantuan Ipt Perak Dibawah Insentif Siswa Yayasan Perak


Permohonan Bantuan IPT Perak Dibawah Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) 7 Bantuan IPT Perak merupakan satu inisiatif penting oleh kerajaan Negeri Perak untuk membantu para pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Bantuan ini ditawarkan bagi meringankan beban kewangan pelajar serta keluarga mereka, terutamanya dalam urusan persediaan awal seperti pembayaran yuran, penginapan, dan kos-kos berkaitan. Pelajar yang berkelayakan boleh memohon bantuan ini secara dalam talian dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Apa Itu Bantuan IPT Perak? Permohonan Bantuan IPT Perak Dibawah Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) 8 Bantuan IPT Perak, Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) Dalam Dan Luar Negara ialah bantuan permulaan secara ‘one-off’ yang diberikan kepada pelajar dari Negeri Perak yang melanjutkan pengajian di IPT dalam atau luar negara.
Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar dalam persediaan awal mereka seperti urusan visa, tiket penerbangan, yuran pendaftaran, dan penginapan. Selain itu, bantuan ini juga mengiktiraf kecemerlangan akademik anak negeri Perak yang berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi, sekaligus menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap pendidikan anak-anak negeri.
Baca info mengenai Bantuan IPT Negeri Selangor.
Syarat-Syarat Bantuan IPT Perak Berikut dibawah adalah merupakan syarat-syarat permohonan bantuan IPT Perak, Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP):
Kemasukan pengajian sepenuh masa atau separuh masa di semester pertama tahun pertama di peringkat Sijil, Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda. Anak kelahiran Negeri Perak sama ada: Pemohon atau ibu bapa lahir dan menetap di Negeri Perak. Pemohon atau ibu bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Perak lebih dari 10 tahun. Pemohon atau ibu bapa lahir di Perak tetapi sedang bermastautin di luar negeri dengan bukti mastautin lebih 10 tahun. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas kecuali bagi pengajian di peringkat Sijil Kolej Vokasional (16 tahun) dan Diploma Kolej Vokasional (17 tahun). Pendapatan isi rumah ibu bapa atau pemohon sendiri tidak melebihi RM7,500 sebulan. Tidak menerima bantuan lain dari mana-mana agensi atau jabatan. Kadar Bantuan IPT Perak Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) Bantuan ini disalurkan secara ‘one-off’ berdasarkan peringkat pengajian:
Sijil & Diploma Vokasional: RM300 Diploma: RM500 Ijazah Sarjana Muda: RM1,000 Kadar bantuan ini hanya terpakai bagi pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan RM7,500 ke bawah.
Dokumen yang Diperlukan untuk Bantuan IPT Perak Berikut ialah dokumen yang diperlukan untuk permohonan Insentif Siswa (Dalam dan Luar Negara):
Borang permohonan yang lengkap. Salinan surat tawaran terkini dari IPT. Salinan pengesahan setuju terima tawaran (jika ada). Salinan MyKad pemohon, ibu dan bapa. Salinan penyata akaun bank pemohon. Salinan slip bank-in yuran pendaftaran (jika ada). Salinan penyata pencen ibu bapa atau pasangan. Salinan surat pengesahan bermastautin, surat kematian, surat cerai, atau sijil nikah (jika berkaitan). Nota: Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh pihak berkuasa yang diiktiraf seperti ADUN, penghulu, ketua kampung, pengetua, atau pegawai dari gred tertentu.
Cara Mohon Bantuan IPT Perak Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut: Permohonan Bantuan IPT Perak. Pemohon perlu mengisi borang dengan lengkap dan memuat naik dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan.
Permohonan juga boleh dilakukan secara fizikal di Pejabat Yayasan Perak atau Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN.
Maklumat Pertanyaan Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pemohon boleh merujuk laman web rasmi Yayasan Perak di pautan berikut: Yayasan Perak – Insentif Siswa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/09/bantuan-ipt-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib Bantuan Ipt Sarawak

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib Bantuan Ipt Sarawak

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 114 hits
Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib merupakan salah satu bentuk bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Biasiswa ini bertujuan untuk menyokong pelajar cem...
Permohonan Bantuan Pendaftaran Ipt Johor Rm500 One Off Dari Yayasan Pelajaran Johor

Permohonan Bantuan Pendaftaran Ipt Johor Rm500 One Off Dari Yayasan Pelajaran Johor

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 111 hits
Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor menawarkan Bantuan Pendaftaran IPT Johor sebanyak RM500 secara one off kepada pelajar yang layak Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar pelajar yang bakal melanju...
Permohonan Bantuan Ipt Pahang Geran Pra Siswazah Dan Pasca Siswazah Yayasan Pahang

Permohonan Bantuan Ipt Pahang Geran Pra Siswazah Dan Pasca Siswazah Yayasan Pahang

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 127 hits
Jom mohon bantuan IPT Pahang Yayasan Pahang menyediakan bantuan pendidikan kepada anak anak negeri Pahang yang ingin melanjutkan pengajian mereka di peringkat pra siswazah dan pasca siswazah melalui skim Geran Pra Siswazah dan Geran Pasca S...
Permohonan Bantuan Ipt Yayasan Jcorp Bantuan Kewangan Pendidikan Johor

Permohonan Bantuan Ipt Yayasan Jcorp Bantuan Kewangan Pendidikan Johor

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 240 hits
Jom mohon Bantuan IPT Yayasan JCORP Dalam usaha untuk menyokong pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi Yayasan Johor Corporation menawarkan Bantuan IPT Bantuan ini bertujuan untuk membantu mengurangkan beban k...
Permohonan Bantuan Ipt Kedah Dibawah Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi

Permohonan Bantuan Ipt Kedah Dibawah Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 133 hits
Permohonan Bantuan IPT Kedah Dibawah Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi 7 Info bantuan IPT Kedah Kerajaan Negeri Kedah menyediakan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban pelajar dan keluarga mereka khususnya bagi mereka...
Permohonan Bantuan Ipt Melaka One Off Pelbagai Peringkat Oleh Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

Permohonan Bantuan Ipt Melaka One Off Pelbagai Peringkat Oleh Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 92 hits
Ketahui Permohonan Bantuan IPT Melaka One Off Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Bantuan IPT Melaka One Off ini bertujuan meringa...
Bantuan Komputer Riba Ans 2024 Dibawah Yayasan Negeri Sembilan

Bantuan Komputer Riba Ans 2024 Dibawah Yayasan Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 130 hits
Bantuan Komputer Riba ANS 2024 Dibawah Yayasan Negeri Sembilan 5 Pada tahun 2024 Yayasan Negeri Sembilan telah melancarkan inisiatif Bantuan Komputer Riba ANS 2024 untuk pelajar yang memerlukan di Negeri Sembilan Program ini bertujuan untuk...
Permohonan Bantuan Budi Ipt Sabah One Off Rm1500 Rm2000

Permohonan Bantuan Budi Ipt Sabah One Off Rm1500 Rm2000

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 190 hits
Permohonan Bantuan BUDI IPT Sabah Kerajaan Negeri Sabah menawarkan bantuan pendidikan bagi pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat IPT melalui inisiatif Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara one off atau dikenali sebagai BUDI Ba...
Permohonan Bantuan Ipt Kelantan Di Bawah Majlis Agama Islam Kelantan

Permohonan Bantuan Ipt Kelantan Di Bawah Majlis Agama Islam Kelantan

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 128 hits
Info Bantuan IPT Kelantan Bantuan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi di bawah Majlis Agama Islam Kelantan merupakan salah satu inisiatif untuk membantu pelajar pelajar asnaf yang kurang berkemampuan dari negeri Kelantan Tuj...
Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

Lady Renounces Malaysian Citizenship In Video Gets Bashed By Nationalist Netizens

Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn