Permintaan Tak Munasabah Umno Gagalkan Penubuhan Gabungan Baru


PETALING JAYA: Pengumuman gabungan baru terdiri daripada ahli Parlimen Umno dan PAS yang dinanti-nantikan semalam tidak berlaku kerana pemimpin Pakatan Harapan merasakan ia permintaan “keterlaluan” Umno, FMT mendapat tahu daripada satu sumber yang mengikuti mesyuarat tertutup antara pemimpin politik sejak semalam.

“Mereka (pemimpin Umno) meminta terlalu banyak, jadi rundingan itu dihentikan sementara. Oleh itu tiada pengumuman,” katanya kepada FMT ketika spekulasi berhubung cubaan PPBM dan pemimpin bersekutu dengan Mohamed Azmin Ali akan meninggalkan puak dalam Pakatan Harapan yang mahu Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri.

Difahamkan, pemimpin Umno antara lain mahu Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan juga Tengku Adnan Tengku Mansor dilantik ke jawatan tertinggi dalam gabungan baru yang dirancang itu.

“Permintaan mereka segera ditolak.”

Sumber itu turut mendakwa Umno mencadangkan bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dimasukkan dalam Kabinet baru.

“Dr Mahathir Mohamad sedar Tok Mat disukai semua kaum dan lebih diplomatik, tetapi tidak boleh melantiknya kerana beliau tidak memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu.”

Sumber itu berkata, kebimbangan terhadap masa depan kerajaan negeri pimpinan PH turut dibincangkan.

“Ia adalah ‘status quo’ untuk semua negeri, walaupun jika gabungan baru ditubuhkan, kecuali untuk Selangor dan Pulau Pinang, yang akan jatuh ke tangan pembangkang jika tiada ahli PH mencukupi menyertai gabungan baru itu.”

Sebarang gabungan baru mungkin melihat penyatuan parti berasaskan Melayu seperti PPBM, Umno dan PAS, dengan beberapa ahli PKR yang bersekutu kepada Azmin.

Sumber itu berkata, perbincangan masih “diteruskan” berhubung “barisan baru” dengan 124 ahli Parlimen sudah menyuarakan sokongan mereka untuk penubuhan gabungan baru.

“Sekurang-kurangnya 10 ahli Parlimen dari Amanah dan DAP kekal neutral.”

Semalam, Lembah Klang “sibuk” dengan cakap-cakap Mahathir akan memimpin satu langkah politik untuk menubuhkan gabungan baru terdiri daripada Umno dan PAS.

Langkah itu mungkin menyingkirkan DAP dari Putrajaya dan menghalang rancangan peralihan kuasa yang dijanjikan untuk Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Mahathir.

Hari ini, Anwar ditemani isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin PH, Lim Guan Eng serta Mohamad Sabu, menemui Mahathir di kediamannya di Seri Kembangan.

Ia difahamkan Pejabat Perdana Menteri sudah membatalkan semua mesyuarat rasmi Mahathir.

Perkembangan terbaru itu menyusul sidang media pada tengah malam Jumaat yang menyaksikan Mahathir secara tegas mengumumkan beliau masih berkuasa dan rakan kongsi dalam PH memberi kepercayaan kepadanya untuk terus kekal sebagai perdana menteri selagi beliau mahu.

Sumber sama memberitahu FMT, “ketegangan mendalam” berlaku ketika mesyuarat lewat malam itu yang sepatutnya menetapkan tarikh pengunduran Mahathir.

“Dalam mesyuarat itu, ada di kalangan mereka yang terlalu mendesak Mahathir. Tetapi, Mahathir berkeras beliau akan melepaskan jawatan selepas mesyuarat APEC,” katanya merujuk Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik yang akan diadakan di Kuala Lumpur November nanti.

“Anwar kata ‘okey’ tetapi sesetengah pemimpin dari Amanah ‘mendesak’ Mahathir.”

Sumber itu berkata, beberapa pemimpin PH mencadangkan Anwar dilantik sebagai timbalan perdana menteri, atau sekurang-kurangnya menyertai Kabinet.

“Tetapi, tiada menteri yang hadir dalam mesyuarat itu menawarkan kerusi mereka.

“Ya, ada yang tidak sabar dan hanya terus mendesak Anwar menjadi perdana menteri seterusnya.” - www.freemalaysiatoday.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2020/02/permintaan-tak-munasabah-umno-gagalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langsung Gabungan Baru Bersatu Umno Kem Azmin Gps Pas Warisan Di Istana Negara

Langsung Gabungan Baru Bersatu Umno Kem Azmin Gps Pas Warisan Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 455 hits
Diterbitkan Hari ini 6 20 petangBERITALANGSUNG Malaysiakini membawakan liputan langsung berkenaan perkembangan susulan pertemuan kumpulan kumpulan politik yang bermula pagi ini Sumber Bersatu Umno kem Azmin GPS PAS Warisan di Istana Negara7...
Tun M Bentuk Gabungan Baru Najib Setuju Bersatu Umno Pas Warisan Gps

Tun M Bentuk Gabungan Baru Najib Setuju Bersatu Umno Pas Warisan Gps

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 544 hits
Najib sahkan tandatangan SD sokong gabungan baharuSHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli Parlimen UMNO dilaporkan sudah bersetuju dengan gabungan baharu yang bakal dibentuk di Putrajaya tetapi dengan syarat tert...
Kerajaan Baru Malaysia Terbentuk Dengan Gabungan Bersatu Umno Pas Serpihan Pkr Serta Gps

Kerajaan Baru Malaysia Terbentuk Dengan Gabungan Bersatu Umno Pas Serpihan Pkr Serta Gps

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 1145 hits
EPISOD menarik mewarnai senario politik tanah air apabila beberapa parti politik mengadakan pertemuan rahsia di beberapa lokasi di ibu negara dipercayai ada kaitan dengan perkembangan pembentukan kerajaan baharu Di Menara Yayasan Selangor d...
Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 594 hits
Kita ada pilihan sama ada nak membakarnya atau hulur tangan bina baru TS Anuar MusaBaca dan fahamkan mengapa Umno bertindak menyokong Tun M dibawah TS SAnnuarMusa Segalanya bermula dari dlm PH sendiri Apabila kami di beri bayangan 14 15 Ahl...
Pengerusi Umno Johor Jadi Menteri Besar Yang Baru

Pengerusi Umno Johor Jadi Menteri Besar Yang Baru

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 343 hits
Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baru Beberapa sumber yang dekat dengan istana berkata acara itu diadakan di Istana Bukit Serene Johor Bahru Terdahulu beberapa adun Umno dan Bersatu yang dihub...
Ph Johor Sanggah Gabungan Baru Dakwa Masih Majoriti

Ph Johor Sanggah Gabungan Baru Dakwa Masih Majoriti

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 303 hits
Malaysiakini Seramai 28 orang ahli Dewan Undangan Negeri Johor tampil menyatakan sokongan terhadap Pakatan Harapan selepas Istana Johor berkenan mengumumkan gabungan baru mengambil alih kerajaan negeri Dalam sidang media di Johor Bahru Gran...
Ph Tumbang Di Johor Istana Umum Gabungan Baru

Ph Tumbang Di Johor Istana Umum Gabungan Baru

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 373 hits
Gabungan baru akan menggantikan pentadbiran Pakatan Harapan di Johor kata setiausaha sulit sultan Johor Jaba Mohd Noah
Pembangkang Sabah Rancang Gabungan Politik Baru

Pembangkang Sabah Rancang Gabungan Politik Baru

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 260 hits
KOTA KINABALU Beberapa pemimpin utama pembangkang Sabah bertemu di Penampang hari ini dalam satu perkembangan yang dilihat sebagai percubaan baru untuk membentuk satu pakatan politik dan dipercayai bersetuju untuk bergabung dalam sebuah par...
Bersatu Dan Umno Bentuk Kerajaan Baru Di Johor

Bersatu Dan Umno Bentuk Kerajaan Baru Di Johor

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 553 hits
BERSATU Dan UMNO Bentuk Kerajaan Baru Di Johor Susulan kemelut politik yang melanda negara kita beberapa buah negeri juga turut mengalami perubahan dalam pembetukan kerajaan BERSATU Dan UMNO Bentuk Kerajaan Baru Di Johor Salah satu negeri y...
Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl

Every Scratch On This 1955 Bsa Gold Star Tells A Story

Benedict Tandang Mansang Rerigang Pulai Lelingai Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pintu Masuk Utama Ke Piramid Besar Giza

Aaron Wooi Yik End Title Drought With Bac Victory

Flood Situation In Sabah Worsens

Rm500 000 Fine Or Jail For 3r Violations Warns Fahmi

Rahsia Monsun Timur Laut Di Sebalik Hujan Angin Dan Gelombang

Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau