Permintaan Minyak Sawit Malaysia Akan Naik Walaupun Indonesia Batal Levi Eksport


 
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan memantau perkembangan industri minyak sawit Malaysia susulan keputusan Indonesia membatalkan levi eksport komoditi itu. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Permintaan ke atas minyak sawit Malaysia akan terus meningkat di seluruh dunia, walaupun Indonesia memutuskan untuk membatalkan levi eksport minyak sawit bagi mengurangkan simpanan stok berlebihan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin.
Beliau memberi jaminan sekiranya kegelisahan pasaran berlaku, ia akan bersifat sementara.
“Walau apa pun, dunia memerlukan minyak sawit. Sudah pasti harga minyak sawit kita menjadi lebih mahal berbanding Indonesia disebabkan mereka mempunyai tenaga buruh dan akses mencukupi. Oleh itu, pengeluaran lebih murah.
“Bagaimanapun, keadaan ini hanyalah sementara. Justeru, saya tidak terlalu bimbang mengenainya,” katanya kepada Bernama.
Kerajaan Indonesia mengumumkan pengecualian levi eksport ke atas minyak sawit dan produk minyak sawit berkuat kuasa 15 Julai lalu hingga 31 Ogos ini, selepas mengenakan larangan eksport selama tiga minggu.
Kerajaan Indonesia berkata, keputusan itu dibuat untuk meningkatkan eksport dan mengurangkan inventori tinggi.
Baru-baru ini, Zuraida berkata, kementeriannya optimis China akan meningkatkan import minyak sawit.
Sementara itu, Timbalan Menterinya, Wee Jeck Seng berkata, kementerian itu akan memantau perkembangan industri minyak sawit Malaysia susulan keputusan Indonesia.
Katanya, perkembangan itu akan memberi kesan kepada Malaysia yang merupakan antara pengeluar terbesar produk minyak sawit.
Beliau berkata, perkara itu akan dilihat secara serius kerana ia sememangnya memberi impak kepada eksport minyak sawit negara.
Sementara itu, Zuraida menyuarakan keyakinan untuk meraih eksport sektor agrikomoditi bernilai RM300 bilion tahun ini.
Katanya, kementeriannya mengekalkan sasarannya menjelang penganjuran Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (Miaces) 2022 selama tiga hari mulai 26 Julai ini di Pusat Pameran dan Antarabangsa Malaysia (Mitec) di ibu negara.
Sasaran itu lebih tinggi dengan penambahan RM100 bilion berbanding nilai eksport RM204 bilion pada tahun lepas dan RM84 bilion pada 2020, katanya.
“Sasaran itu mampu dicapai dan Miaces akan menyokong usaha itu dan menambahkan lagi sehingga nilai eksport pada 2022 berjumlah RM300 bilion,” katanya.
Zuraida menjelaskan sidang kemuncak itu bakal menjadi platform lebih baik untuk memaparkan pencapaian sektor agrikomoditi, walaupun mengalami serangan dan tekanan dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah mengenai dakwaan buruh paksa.
Acara itu akan disertai 39 negara yang melibatkan penyediaan lebih 200 reruai oleh peserta industri tempatan dan antarabangsa.
Acara pada sidang kemuncak itu antara lain meliputi persidangan, padanan perniagaan, perbincangan meja bulat dan mesyuarat B2B untuk mendapat pendedahan, mengembangkan potensi pelaburan dan memaksimumkan keuntungan produktiviti perniagaan di pasaran antarabangsa.
Berikutan Malaysia menjadi negara tuan rumah bagi acara itu, Miaces dengan tema “Memajukan Agrikomoditi Dalam Ekosistem Lestari” akan memberi tumpuan terhadap sektor minyak sawit, getah, kayu, lada dan kenaf. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/permintaan-minyak-sawit-malaysia-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Airlangga Nilai Indonesia Dan Malaysia Kunci Ketersediaan Minyak Sawit Di Dunia

Airlangga Nilai Indonesia Dan Malaysia Kunci Ketersediaan Minyak Sawit Di Dunia

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 211 hits
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Airlangga Hartarto mengatakan bahwa Indonesia dan Malaysia menjadi kunci ketersediaan minyak sawit atau palm oil untuk dunia di saat minyak nabati dari Ukraina belum bisa dikeluarkan karena konflik
Bekalan Melebihi Permintaan Malaysia Perlu Eksport Semula Ayam Ke Luar Negara Kata Ngo

Bekalan Melebihi Permintaan Malaysia Perlu Eksport Semula Ayam Ke Luar Negara Kata Ngo

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 231 hits
Penafian Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan Kerajaan digesa untuk membenarkan semula eksport ayam ke luar negara memandangkan bekalan sudah pulih di pasaran selain pengeluaran melebihi permintaan Jurucakap sebuah
China Mahu Tingkatkan Import Minyak Sawit Dari Indonesia

China Mahu Tingkatkan Import Minyak Sawit Dari Indonesia

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 252 hits
CHINA menyatakan komitmen untuk meningkatkan import sebanyak satu juta tan metrik minyak sawit mentah dari Indonesia kata Presiden Joko Widodo Semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri China Li Keqiang di Beijing beliau berkata China juga ...
Indonesia Bikin Kerajaan Malaysia Resah

Indonesia Bikin Kerajaan Malaysia Resah

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 187 hits
Berkuat kuasa serta merta Indonesia akan membekukan sementara kemasukan semua pekerja ke Malaysia berikutan pelanggaran syarat syarat dalam memorandum persefahaman pekerja domestik antara kedua dua negara yang ditandatangani hanya tiga bula...
Pilihan Terminal Feri Dari Malaysia Untuk Ke Batam Indonesia

Pilihan Terminal Feri Dari Malaysia Untuk Ke Batam Indonesia

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 929 hits
3 ALTERNATIF PILIHAN TERMINAL PERKHIDMATAN FERI DARI JOHOR MALAYSIAUNTUK KE TERMINAL BATAM CENTRE INDONESIA BATAM MEGA FAMTRIP Untuk Pengembaraan AlongMurni kali ini AM ingin kongsikan pengalaman perjalanan AM dari Terminal Feri ke Batam Pe...
Malaysia Wajar Bersikap Menolak Kebanjiran Pekerja Indonesia

Malaysia Wajar Bersikap Menolak Kebanjiran Pekerja Indonesia

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 215 hits
Tindakan menghantar mereka pulang juga wajar jika sistem keselamatan negara mahu dicampurtangan oleh pihak Indonesia PALING PENTING Kita tidak tunduk pada Mana mana desakan yang tidak masuk akal Permasalahan pasti ada rahmat dan jalan kelua...
Baby Kat Malaysia Pun Sama Ke Sebab Pipi Talita Naik Ruam Ramai Beri Petua Pada Raja Ilya

Baby Kat Malaysia Pun Sama Ke Sebab Pipi Talita Naik Ruam Ramai Beri Petua Pada Raja Ilya

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 251 hits
Pelakon Raja Ilya baru baru ini bertanya kepada peminat di Instagram penyelesaian terbaik yang boleh dicuba susulan ruam yang dilihat muncul di bahagian wajah anak sulungnya Talita Kasihan melihat keadaan yang menimpa puteri pertamanya yang...
Minyak Makan Merah Sudah Dicetuskan Pengusaha Sawit Sejak 2010

Minyak Makan Merah Sudah Dicetuskan Pengusaha Sawit Sejak 2010

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 413 hits
Direktur Eksekutif Gabungan Industri Minyak Nabati Indonesia Sahat Sinaga mengatakan sebetulnya rencana pemerintah itu sudah lebih dulu dicetuskan oleh para pengusaha sawit sejak tahun 2010
Kerajaan Gugurkan Ahli Parlimen Pasir Salak Sebagai Duta Besar Malaysia Ke Indonesia

Kerajaan Gugurkan Ahli Parlimen Pasir Salak Sebagai Duta Besar Malaysia Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 500 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia menurut sumber kerajaan Sumber itu mengesahkan nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watika...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Bergambar Dengan Dekorasi Meriah Raya Jalinan Tradisi Di Kl East Mall

Last Day Bekerja Di Bulan Ramadhan

Dr Mahathir Urges Compassion For Cancer Stricken Jamal Yunos Says Past Grievances Should Be Set Aside

Lokasi Kami Di Sini Segera Daftar Sebagai Agent Mobile Stokis

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Pelancaran Vending Machine Itik Ke Ayam X Chef Dato Fazley Yaakob

Ayat Al Quran Mengubat Hati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turning Clutter Into Cash How An Estate Sale Can Be Your Best Financial Decision This Year

Gempa Di Myanmar 144 Terbunuh 732 Cedera Dalam Gempa Bumi 7 7 Magnitud

Lari Jangan Jalan 2 Terbaru Dari Brooks White Mountaineering X Reebok

Scam Kononnya Pmx Sediakan Pelaburan Ia Adalah Palsu Dan Fitnah Tak Pasti Jang

Zamri Vinoth Akan Terus Lawan Demi Kebenaran 13 Peguam Hadir Wakili Saya

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak