Permasalahan Berkhatan Kanak Kanak Obes Ibubapa Sila Ambil Perhatian





Pada musim berkhatan , saya mengkhatankan hampir 100 orang kanak-kanak. Kebanyakannya dijalankan di Hospital tempat saya bekerja sekarang di dalam bentuk pakej. Ada juga jemputan oleh kawan-kawan untuk membantu menjalankan khatan di masjid-masjid. Alhamdulillah, secara keseluruhannya tidak ada masalah.

Walaupun begitu, boleh dikatakan hampir 20% kanak-kanak yang berkhatan terdiri daripada kanak-kanak yang obes atau terlampau gemuk.

Berkhatan untuk kanak-kanak obes boleh menjadi satu masalah. Ini kerana tisu persekitaran di kawasan kemaluan tebal dengan lemak. Ini menjadikan 'kepala' seolah-olah tenggelam ke dalam dan yang tinggal cuma kulit sahaja. Tidak banyak doktor di klinik yang sanggup mengkhatankan mereka yang terlalu obes kerana kesukaran tertentu.

Di sini saya senaraikan 5 masalah utama untuk pemahaman kita bersama.
Masalah 1 : Memberi Bius Setempat

Masalah utama ialah untuk memberi bius setempat. Terdapat saraf-saraf di kawasan sekeliling kemaluan yang perlu dibius supaya berkhatan mudah dijalankan. Adakalanya, kesukaran timbul untuk mengenakan bius setempat di kawasan ini kerana lemak yang tebal. Ini kadangkala, menyebabkan bius boleh terlebih dan menyebabkan tisu menjadi bengkak dan menyukarkan tugas. Adakalanya bius pula terkurang dan pesakit pula boleh merasa kesakitan.


Masalah 2 : Bius habis awal

Kesan ubat bius setempat ialah di antara 90 minit hingga 2 jam. Ubat bius yang diberi bergantung kepada lemak badan. Bagi mereka yang gemuk, ada masanya ubat bius setempat tidak tahan lama. Cucuk sekejap jer dah hilang sakit. Ini kerana secara mudahnya ubat bius larut di dalam lemak lebih cepat.
Masalah 3 : Masa Menjalankan Khatan yang Lebih Panjang

Masalah juga boleh berlaku ketika menjalankan khatan itu sendiri. Kanak-kanak memang secara tabi'inya takut dengan khatan. Siapa tidak? Macamana rasa macho sekali pun, apabila di atas katil berkhatan, pasti peluh jantan akan menitik. Jika tidak, takkan ada yang baru nak khatan bila berumur 25 tahun. Itupun sebab nak kahwin tahun depan. Yang datang untuk temankan khatan pulak tunang sendiri.... Eeeeeeee... malu!!!!

Saya sendiri perlu bantuan dua orang untuk mengkhatankan kanak-kanak yang terlalu obes. Seorang sebagai pembantu dan sorang lagi untuk menekan kawasan lemak di atas kemaluan supaya khatan boleh dijalankan. Itu sekiranya anak tersebut tidak meronta dan menangis. Sekiranya meronta, mungkin 4-5 orang diperlukan untuk membantu memegang dan memujuk.

Dalam masa yang sama, saya juga berdoa supaya tidak ada banyak pendarahan. Oleh itu, di dalam kes khatan untuk anak yang obes, masa untuk berkhatan itu sendiri lebih panjang daripada biasa. Jangan terlupa bahawa kesan bius pula adalah lebih singkat daripada biasa.

Masalah 4 : Penjagaan Selepas Berkhatan

Masalah penjagaan selepas berkhatan juga perlu diberi perhatian. Biasanya sebaik sahaja selepas khatan, 'kepala' akan masuk ke dalam dan kelihatan seolah-olah hilang. Bagi ibu-bapa, masalah untuk membersihkan selepas kencing atau cuci harian terjadi kerana seolah-olah 'tidak ada apa-apa yang nak dicuci.

Jika dibiarkan sahaja nanti boleh menyebabkan jangkitan dan melambatkan penyembuhan. Kuman pun boleh duduk di bawah pelipat lemak itu. Oleh itu jangan risau, sewaktu kencing, tekan tisu di sekeliling agar kemaluan itu sedikit terkeluar. Lepas itu cuci sahaja dengan air bersih dan lap kering-kering selepas itu.

Masalah 5 : Tak cukup Potong

Anggaran untuk membuang berapa banyak kulit boleh menjadi sukar kepada mereka yang obes kerana kesukaran mengagak. Bagi kanak-kanak yang boleh dirasa 'kepala'nya ia tidak menjadi sukar. Bagi yang tidak rasa.. kita terpaksa buang kulit dengan cara menganggar sahaja. Bagi yang berpengalaman, ia agak sukar. Apatah lagi bagi yang kurang berpengalaman mengkhatankan kes-kes sebegini.

Untuk mengetahui potong kulit itu cukup atau tidak, agak sukar dikesan pada peringkat awal. Terutama bagi kanak-kanak yang obes. Ini kerana badan seseorang oleh berubah. Dulu masa kanak-kanak badan gemuk dan tak boleh nampak kaki pun masa berdiri, tapi sekarang bila dah besar, kurus dan slim melim pula.

Bila dah kurus, baru perasan masa doktor potong dulu, kulit tidak banyak dibuang jadi ia kembali tertutup atau tertutup separuh. Jadi fungsi khatan tadi tidak mencapai sasarannya. Saya pernah menceritakan di dalam blog saya tentang kisah seorang guru yang saya khatankan kali kedua kerana kulit kepalanya tertutup semula.

Jika ini berlaku, tiada pilihan lain selain daripada datang untuk berkhatan semula.


Kesimpulan

Berkhatan di kalangan kanak-kanak obes boleh dijalankan secara bius setempat. Sekiranya tidak dapat dijalankan, maka mungkin ibu bapa terpaksa menunggu anak-anak kurus sedikit atau lebih dewasa. Ini kerana hormon testesterone yang dirembes semasa anak lelaki menjadi dewasa boleh membantu membesarkan kemaluan dan berkhatan boleh dilakukan selepas itu.

Adakalanya doktor mencadangkan bius tidur atau bius penuh (general anaesthesia) untuk memudahkan khatan. Sekianya bius penuh, suntikan bius setempat tidak perlu diberi sebelum khatan dan kanak-kanak tidak meronta. Ini lebih memudahkan khatan. Bius sepenuhnya adalah satu alternatif tetapi kalau boleh dielakkan, lebih baik dielakkan kerana kos yang tinggi dan risiko-risiko bius penuh pula. Sekiranya ingin dijalankan juga dan menetapi syarat-syarat pakar bius, maka ia boleh dijalankan.


Kredit : Dr.Azwan
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/04/permasalahan-berkhatan-kanak-kanak-obes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Marah Cuma Suara Memang Tinggi Video Kanak Kanak Berniaga Tarik Perhatian Nak Beli Pun Rasa Takut Ni

Tak Marah Cuma Suara Memang Tinggi Video Kanak Kanak Berniaga Tarik Perhatian Nak Beli Pun Rasa Takut Ni

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 317 hits
Nada seorang kanak kanak yang seolah olah marah ketika sesi jual beli dilakukan walaupun sebenarnya tidak tular di aplikasi TikTok dan dikongsi oleh seorang lelaki dikenali sebagai Sapik Video pendek dikongsi memaparkan kepetahan seorang ka...
Sama Betul Muka Tok Ti Masa Kecik Dato Siti Nurhaliza Kongsi Foto Aafiyah Make Up Tarik Perhatian Netizen

Sama Betul Muka Tok Ti Masa Kecik Dato Siti Nurhaliza Kongsi Foto Aafiyah Make Up Tarik Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 183 hits
KEMUNCULAN Aafiyah anak sulung penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin di Instagram penyanyi itu sering kali menjadi tumpuan Mana tidaknya gelagat Aafiyah sering menjadi tumpuan peminat Terbaharu menerusi Instagramnya ...
Lucinta Luna Pamer Body Goals Usai Turun 11 Kg Ini 5 Potretnya Yang Curi Perhatian

Lucinta Luna Pamer Body Goals Usai Turun 11 Kg Ini 5 Potretnya Yang Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 240 hits
Beberapa bulan belakangan ini Lucinta Luna menjalani diet sehat didampingi seorang dokter ahli gizi Hasilnya ia sukses menurunkan berat badan hingga 11 kilogram Penampilan Lucinta pun kini semakin cantik dan memesona Intip potret terbarunya...
Kata Kata Jep Sepahtu Makan Dalam Tapi Bermakna Undang Perhatian Ramai

Kata Kata Jep Sepahtu Makan Dalam Tapi Bermakna Undang Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 251 hits
Jep Sepahtu siapa tidak mengenali beliau dan bukanlah sesuatu nama yang asing di dalam dunia hiburan cukup sepontan dalam berkata kata dan beliau adalah bintang selebriti yang dihormati ramai Seorang yang merendah diri dan tidak pernah lupa...
Video Mahal Nama Diorang Ni 3 Beradik Bernama Lamborghini Ferrari Celica Und4ng Perhatian Netizen

Video Mahal Nama Diorang Ni 3 Beradik Bernama Lamborghini Ferrari Celica Und4ng Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 138 hits
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka termasuklah nama yang diberikan ketika mereka lahir Kata orang nama anak kan doa ibu bapa jadi mestilah nak yang membawa maksud baik Seorang wanita menjadi viral di TikTok selepas...
Lukisan Orang Utan Katak Di Dewan Rakyat Curi Perhatian Sultan Selangor

Lukisan Orang Utan Katak Di Dewan Rakyat Curi Perhatian Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 146 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli karya seni itu selepas melihatnya dan menggantung lukisan berkenaan di bilik bacaan peribadi PETALING JAYA Sebuah lukisan memperlihatkan suasana di Dewan Rakyat dipenuhi orang u...
Isu Hina Nabi Uthaya Sila Debat Dengan Dr Zakir Naik Toqqi Ppim Samudera My 12 04 2022

Isu Hina Nabi Uthaya Sila Debat Dengan Dr Zakir Naik Toqqi Ppim Samudera My 12 04 2022

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 222 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia tidak mahu mana mana pihak cuba mengganggu keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini dengan apa cara sekalipun Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi berkata tindakan seorang penulis yang meme...
Hiburan Kes Covid 19 Kanak Kanak Meningkat Kkm Mohon Vaksin Anak Sebelum 1 April

Hiburan Kes Covid 19 Kanak Kanak Meningkat Kkm Mohon Vaksin Anak Sebelum 1 April

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 159 hits
Biarpun akan datang negara Malaysia akan melalui fasa baharu iaitu Fasa Endemik namun pihak Kementerian Kesihatan mengesyorkan golongan ibu bapa untuk segera membawa anak mereka ambil vaksin Dalam pada itu pihak KKM turut berkata ia sebaik ...
Polis Tahan Bapa 3 Kanak Kanak Buat Aksi Bahaya Dalam Kereta

Polis Tahan Bapa 3 Kanak Kanak Buat Aksi Bahaya Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 232 hits
Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata tindakan lelaki itu memang tidak bertanggungjawab kerana membenarkan kanak kanak berkenaan mengeluarkan separuh badan dari kereta IPOH Polis menahan bapa kepada tiga kanak kanak yang membu...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran