Permainan Dunia Akhirat 50 1 Dunia 49 9


Dunia Ini Satu Permainan
Perhatikan 4 ayat Al-Quran berikut:

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (6:32)

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (29:64)

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). (47:36)


Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (57:20)


Allah SWT telah melabelkan dunia ini empat kali di dalam Al Quran sebagai satu permainan. Apa yang kita faham dengan perkataan permainan? Kalau di zaman modern ni, permainan bolehlah kita fahami seperti game yang dimainkan oleh anak-anak kita seperti Sony Playstation dan X-box. Jadi, mengapakah Allah SWT melabelkan dunia ini sebagai satu permainan?


1. Dunia Ini Tidak Bernilai Di Sisi Allah SWT


Rasulullah SAW bersabda, “Seandainya dunia punya nilai di sisi Allah walau hanya menyamai nilai sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir seteguk air pun.” (HR. At-Tirmidzi no. 2320, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani  dalam Ash-Shahihah no. 686)


Kenapa sebelah sayap nyamuk dijadikan perumpamaan kepada nilai dunia dan seisinya? Ini sebenarnya dikaitkan dengan kisah Namrud Raja Babylon.


Susulan dari kisah Ibrahim AS tidak hangus dibakar dalam api menyebabkan menentangan Namrud semakin hebat keatas Ibrahim AS. Ketika Ibrahim AS menemuinya, dengan rasa egonya Namrud berkata "Kumpulkan pengikutmu dan aku akan bawa pula pengikutku." Malahan dia berkata, "Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai Malaikat, maka kirimlah kepadaku untuk berperang denganku, jika sanggup ambillah kerajaanku ini." Begitulah sombongnya Namrud Raja Babylon.



Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan Allah SWT dengan tentera nyamuk.

Namrud mempunyai tentera sebanyak 700,000 (tujuh ratus ribu) penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”
Maka Ibrahim AS bermunajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukMu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah s.w.t. memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud.”

Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.

Ibrahim AS merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah SWT berfirman kepadanya:
“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika 1000 (seribu) di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Penderitaan Namrud sudah tidak tertanggung sehingga kepalanya menjadi sangat sakit. Akibat serangan nyamuk itu, Namrud sudah tidak mampu memerintah. Akibat tidak tahan dengan penderitaan, beliau mengetuk kepalanya dengan tongkat besinya. Namrud mati akibat kepalanya pecah kerana diketuk dirinya sendiri. Dia mati dalam kekufuran kerana tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT.

Ada riwayat mengatakan, takkala pecahnya kepala Namrud maka keluarlah nyamuk tadi yang telah membesar seumpama seekor burung Ciak (Allahu'alam) dan nyamuk itu telah kehilangan sebelah sayapnya yang terputus semasa usahanya mengejar Namrud. Maka tawaran Allah s.w.t. kepada nyamuk tersebut sebagai ganjaran atas tugasnya membinasakan Namrud adalah; dunia dan segala isinya. Namum dengan ilham daripada Allah ta'ala, nyamuk tersebut hanya memohon untuk mendapatkan kembali sebelah sayapnya yang terputus itu. Maka disini jelaslah nilai Dunia dan segala isinya tidak lebih dari sebelah sayap nyamuk. 

Dunia: Segala yang muda akan tua, hidup akan mati, yang ada akan rosak dan binasa.
Akhirat: Ahli syurga itu muda dan hidup selamanya. Istana syurga itu kekal selamanya.
Sudah jelas antara dunia dan akhirat yang mana lebih bernilai disisiNya.

2. Markah Untuk Menang

Apabila kita bermain game, matlamat kita ialah untuk menang. Untuk menang, mestilah ada cara pengiraan markahnya. Untuk menang permainan dunia ini, insan hanyalah perlu mendapat markah 50.1%. Maksudnya pahala yang dikumpulkan oleh insan mestilah melebihi dosa yang dikumpulkan oleh insan walau hanya sebanyak 0.1% sahaja sudah dikira menang.

Apakah akibatnya sekiranya insan kalah dalam permainan dunia? dosa-dosa insan yang melebihi pahala itu mestilah dibersihkan dengan api neraka dulu sebelum insan dibenarkan untuk masuk ke syurga Allah SWT. Bayangkan kalau insan hanya melebihi sedikit sahaja dosanya dari pahalanya dan dimasukkan ke dalam neraka selama satu detik. Sehari di akhirat ialah seribu tahun di dunia. Oleh itu, satu detik di akhirat ialah bersamaan dengan 1000 tahun / 24 jam / 60 minit / 60 saat = 0.011574 tahun atau 4.224 hari. 

Sanggupkah insan dibakar oleh api neraka selama empat hari? Kalau tak sanggup, berusahalah dengan bersungguh-sungguh membuat amal soleh agar pahala insan adalah lebih dari dosanya dan membawanya ke syurga.

3. Carilah Akhirat Tapi Jangan Kau Tinggalkan Dunia

Perhatikan ayat Quran berikut:

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (28:77)

Dalam ayat di atas, walaupun Allah SWT menyuruh kita untuk mencari pahala akhirat, Allah SWT juga menyuruh kita agar tidak melupan dunia. Jadi bagaimanakah caranya untuk tidak melupakan dunia itu? Dengan ayat berikutnya iaitu berbuat baik kepada hamba-hamba Allah SWT sebagaimana Allah SWT berbuat baik kepada kita.
Untuk mencari akhirat, Allah SWT tidak menyuruh kita untuk beribadat 24 jam kepadanya. Cukup dengan menunaikan kesemua rukun Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji. Jadi apakah yang perlu kita lakukan diwaktu yang lain itu? Dengan berbuat baik kepada hamba-hamba Allah SWT iaitu bermuamalat dengan makhlukNya kerana bermuamalat dengan makhlukNya juga dikira sebagai kebaikan disisiNya dan akan diberi pahala olehNya.
Perhatikan hadis berikut:
“Ada tiga orang mendatangi rumah isteri-isteri Nabi SAW bertanya tentang ibadah Nabi SAW. Ketika mereka diberitahukan, seakan-akan mereka merasa remeh. Dan mengatakan, “Dimana kita dari (ibadahnya) Nabi SAW? Beliau telah diampuni oleh Allah dosa yang lalu maupun yang akan datang. Salah satu di antara mereka mengatakan, “Saya akan solat malam selamanya.” Yang lain mengatakan, “Saya akan berpuasa selamanya dan tidak berbuka.” Dan lainnya mengatakan, “Saya akan menjauhi wanita dan tidak menikah selamanya.” Rasulullah SAW datang dan bersabda, “Apakah anda semua yang mengatakan ini dan itu? ‘Demi Allah, sesungguhnya aku adalah yang paling takut kepada Allah SWT dan paling bertakwa kepada-Nya. Akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat (malam) dan beristirahat dan aku menikahi wanita. Siapa yang tidak menyukai sunnahku (kebiasaanku), maka dia bukan dari (golongan)ku.” (HR. Bukhari, no. 5063 dan Muslim, no. 1401).Jelas berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis di atas, cara untuk mencari akhirat itu ialah dengan menyeimbangkan urusan dunia dan akhirat itu. Matlamat kita ialah akhirat tapi jadikanlah dunia ini sebagai jambatan untuk akhirat. Jadikanlah dunia ini sebagai alat untuk mendapatkan akhirat. Akhirat itu penting, tapi dunia itu juga jangan ditinggalkan kerana sebenarnya Allah SWT menjadikan dunia ini juga untuk kita. Segala yang halal di dunia ini semuanya adalah kenikmatan yang diberi oleh Allah SWT kepada kita.4. Akhirat 50.1% Dunia 49.9%Pada pendapat saya, formula yang paling berkesan untuk menyeimbangkan dunia dan akhirat ialah dengan menggunakan formula ini : Akhirat 50.1% Dunia 49.9%. Maksud formula ini ialah dalam usaha kita untuk mencari pahala akhirat, kita mestilah menyeimbangkan kedua-duanya dengan kadar yang seimbang. Jadikanlah dunia ini jambatan dan ladang ke akhirat. Janganlah terlalu taksub sehinggakan kita abaikan dunia kita iaitu orang-orang di sekeliling kita. Berusahalah untuk membawa sekali orang-orang di sekeliling kita iaitu suami/isteri, saudara kandung, anak-anak dan kawan-kawan bersama-sama kita ke syurga Allah SWT.

Imam Ibnu Katsir -semoga Allah merahmati beliau- menyebutkan dalam kitab tafsirnya,{ وَلا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا } أي: مما أباح الله فيها من المآكل والمشارب والملابس والمساكن والمناكح، فإن لربك عليك حقًّا، ولنفسك عليك حقًّا، ولأهلك عليك حقًّا، ولزورك عليك حقا، فآت كل ذي حق حقه.“Janganlah engkau melupakan nasibmu dari kehidupan dunia yaitu dari yang Allah SWT bolehkan berupa makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan menikah. Rabbmu masih memiliki hak darimu. Dirimu juga memiliki hak. Keluargamu juga memiliki hak. Isterimu pun memiliki hak. Maka tunaikanlah hak-hak setiap yang memiliki hak.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 6: 37).Pesan Nabi Muhammad SAW:"Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari." [HR Al-Asyakin]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lautan-biru.blogspot.com/2020/07/permainan-dunia-akhirat-501-dunia-499.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Dapat Dunia Akhirat Terlepas

Pas Dapat Dunia Akhirat Terlepas

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 313 hits
Osman Don IsmailApabila aku lihat ketua ketua Parti PN ini hanya seorang sahaja yang mewakili Parti agama dan kerjasama mereka tiada diikat dengan sebarang syarat matlamat seperti kehendak PAS sebelum ini iaitu Pembentukan menjadi kerajaan ...
Siapakah Suami Di Akhirat Jika Isteri Berkahwin Lebih Dari Seorang Di Dunia

Siapakah Suami Di Akhirat Jika Isteri Berkahwin Lebih Dari Seorang Di Dunia

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 409 hits
Siapakah suami di Akhirat jika isteri berkahwin lebih dari seorang di dunia Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Andainya seorang wanita berkahwin...
Hadits Arbain 40 Hidup Di Dunia Hanya Sebentar

Hadits Arbain 40 Hidup Di Dunia Hanya Sebentar

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 321 hits
Hadits Arbain ke 40 ini membicarakan bahwa kita hidup di dunia ini hanya sebentar Posting ditampilkan lebih awal di
Stadion Jakabaring Resmi Tuan Rumah Piala Dunia U 20 Renovasi Dikebut

Stadion Jakabaring Resmi Tuan Rumah Piala Dunia U 20 Renovasi Dikebut

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 759 hits
Penetapan stadion Gelora Sriwijaya Jakabaring Palembang sebagai tuan rumah Piala Dunia U 20 tahun depan disambut baik pemerintah setempat Semua persiapan termasuk revitalisasi dan renovasi dikebut sesuai target
Adik Buat Suprise Scan Perempuan Keluar Lelaki Terpaksa Bersalin Anak Meninggal Dunia Terbelit Tali Pusat

Adik Buat Suprise Scan Perempuan Keluar Lelaki Terpaksa Bersalin Anak Meninggal Dunia Terbelit Tali Pusat

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 401 hits
Hati ibu mana yang tidak sedih jika bayi dalam kandungan disahkan meninggal dunia Penat lelah membawanya dan tiba tiba diberitahu si kecil itu sudah tiada Ia kenyataan yang menyakitkan tetapi harus juga diterima dengan reda Sesungguhnya ia ...
Dari Dunia Media Sosial Ke Dunia Mahkamah

Dari Dunia Media Sosial Ke Dunia Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 319 hits
PETANG semalam dua lagi surat tuntutan telah saya kemukakan kepada dua lagi pemimpin DAP iaitu Wong Kah Woh dan Mohd Farid Mohd Azmi menjadikan jumlah kesemua surat tuntutan yang telah saya kemukakan kepada pemimpin DAP ialah 10 Daripada 10...
Menaker Ida Minta Piala Dunia 2022 Di Qatar Libatkan Pekerja Indonesia

Menaker Ida Minta Piala Dunia 2022 Di Qatar Libatkan Pekerja Indonesia

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 337 hits
Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah menerima courtesy call Dubes LBBP Qatar untuk Indonesia Fawziya Edrees Salman Al Sulaiti di Kantor Kementerian Ketenagakerjaan Jakarta hari Jumat
Jepun Catat Rekod Dunia Pesta Liar Paling Ramai

Jepun Catat Rekod Dunia Pesta Liar Paling Ramai

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 670 hits
Jepun telah mencatatkan rekod dunia baru dengan mengumpulkan 250 orang lelaki dan 250 orang wanita yang setuju untuk melakukan hubungan seks Semua peserta ini melakukannya di tempat yang sama pada masa yang sama bagi melengkapkan pesta seks...
Periode Januari Hingga Mei 78 Orang Meninggal Dunia Akibat Dbd

Periode Januari Hingga Mei 78 Orang Meninggal Dunia Akibat Dbd

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 395 hits
Kepala Dinas Kesehatan Jawa Barat Berli Hamdani mengatakan hal ini perlu diwaspadai oleh semua pihak Terlebih pada saat pandemi Covid 19 yang terjadi ada kesulitan untuk melakukan fogging
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash