Perlukan Rm5 000 Ayah Oku Selepas Kemalangan Van Terbakar Anak Hidap Kanser


Ditakdirkan menjadi OKU selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, si ayah ini tetap gagahkan diri menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga bagi menyara isteri dan empat anak yang masih kecil.
Walaupun melalui pelbagai ujian sebelum ini, ia bukan alasan kerana bagi ayah ini selagi diberi kudrat dari Allah, dia tetap mahu berikan yang terbaik. Bagaimanapun ketika dia mahu bangkit, Allah sekali lagi menguji apabila anak perempuannya pula disahkan mengalami kanser darah yang turut memerlukan perbelanjaan besar.
Apa yang bagusnya keluarga ini, mereka menganggap ujian yang diberikan itu sebagai tanda Allah nak bagi ganjarannya di kemudian hari. Namun betullah orang kata, rezeki tak pernah salah alamat. Kehadiran aktivitis masyarakat, Puan Natipah Abu ibarat satu lorong terang bakal mewarnai hidup keluarga ini.

Berikut perkongsian kisah keluarga Encik Buyamin. Mana tahu sedikit sebanyak sumbangan sempena bulan mulia ini memudahkan kehidupan keluarga Encik Buyamin dan pahalanya terus berpanjangan buat kita.
Tak pernah putus asa, Allah uji tandanya Dia sayang
Encik Mohd Buyamin Bin Samsudin, 43 tahun merupakan seorang pemegang kad OKU fizikal akibat satu kemalangan jalan raya yang menimpanya.

Beliau mencari rezeki dengan berniaga menjual air balang di pasar malam. Bila tiba musim cuti sekolah, rezekinya berlipat ganda kerana air balangnya selalu mendapat tempahan dari tuan rumah yang menganjurkan majlis perkahwinan.
Bagaimanapun tahun 2018, beliau berhadapan dengan kegetiran hidup yang bukan kepalang bila anak keduanya yang pada ketika itu berusia 3 tahun disahkan mengidap kanser darah dan perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Besar Pulau Pinang sehinggalah ke hari ini.
Izzati – 6 tahun, perjuangannya melawan kanser masih panjang tetapi bulan ini, Izzati yang selalu berulang alik ke Hospital Pulau Pinang dengan keretapi kerana kereta buruk ayah tidak boleh pergi jauh, gagal hadir untuk rawatan susulan. Pandemik melanda .. beliau tidak lagi dapat menjual air balang di pasar malam. Bahkan air balang tidak lagi ditempah untuk sebarang majlis perkahwinan atau keramaian seperti dulu lagi.
Encik Buyamin benar-benar ‘terduduk’ kerana hilang satu-satunya sumber pendapatannya selain wang Elaun Pekerja Cacat (EPC JKM) RM450 sebulan.
Encik Buyamin kemudiannya mengambil keputusan untuk berniaga ais batu pula. Menjual ais batu kepada peniaga-peniaga warung dan gerai makan.
Dengan van buruknya … dia bergerak mengedar ais batu kepada pelanggan. Pendapatannya sebagai penjual ais tidaklah seberapa. Ais dibeli secara tunai di kilang tetapi kebanyakan pelanggannya berhutang bila membeli dari dia.
Dalam tempoh setahun menjual ais batu ini, ada beberapa orang pelanggannya terpaksa tutup kedai dan gagal melunasi hutang.
Mereka menyerahkan barang-barang yang ada di kedai makan mereka kepada Encik Buyamin sebagai timbal balas bagi melunaskan hutang mereka walaupun hakikatnya barang-barang itu tidak bernilai pun.
Van terbakar ketika sedang dalam perjalanan menghantar ais kepada pelanggan Van yang digunakan terbakar
Di saat baru hendak bangkit ini jugalah, tiba-tiba Encik Buyamin diuji sekali lagi bila van yang digunakan untuk ke hulu-ke hilir mencari rezeki itu terbakar ketika dia dalam perjalanan menghantar ais kepada pelanggannya.
Tidak berputus asa, beliau menggunakan kereta buruknya untuk berniaga ais walaupun kereta itu tidak boleh mengisi banyak beg ais. Tetapi daripada berpeluk tubuh dan berputih mata, dia meneruskan juga walau untungnya hanya sekupang dua.
Ramadhan Al Mubarak .. perniagaan menjual ais batunya terhenti lagi. Satu-satunya mata pencarian yang dia tahu masih terbuka luas peluangannya ialah berniaga air balang semula.
Tetapi mustahil sekali kerana van yang terbakar itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Dia tidak punya kewangan yang cukup untuk membaikinya.

Harap ada sinar baru
Tak akan dia hendak berpeluk tubuh dan mengharapkan wang bantuan Elaun Pekerja Cacat dari JKM semata-mata sedangkan ada 5 mulut yang perlu disuapnya.
Mujurlah dia tidak perlu menanggung kos sewa rumah kerana tinggal di rumah pusaka orang tuanya.
Semoga sedekah kita ini dapat mencukupkan anggaran jumlah kos yang diperlukan untuk memperbaiki semula van tersebut dan dapatlah beliau mencari rezeki buat keluarganya.
Ramadan yang penuh barakah ini, semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat.
Jazakumullahu khair kepada semua penyumbang di luar sana. Langit Ramadan yang barakah …
“Puasa adalah untukku, dan Aku sendiri yang akan memberikan balasannya…” (HR. Bukhari dan Muslim).
Sekiranya anda ingin sama-sama hulurkan sumbangan tak kiralah berapa jumlahnya sekalipun untuk Encik Buyamin menggunakan semula vannya itu, boleh salurkan ke akaun Natipah Abu 552107617521 (Maybank). Semoga Encik Buyamin sekeluarga dan kita semua dimurahkan rezeki olehNya. Amin.
Kredit: Natipah Abu

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Perlukan RM5,000..Ayah OKU Selepas Kemalangan, Van Terbakar & Anak Hidap Kanser  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/perlukan-rm5000-ayah-oku-selepas-kemalangan-van-terbakar-anak-hidap-kanser/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Lelaki Melecur Motosikal Terbakar Selepas Kemalangan

Dua Lelaki Melecur Motosikal Terbakar Selepas Kemalangan

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 165 hits
Oleh ASLIZA MUSA ANGGOTA bomba membantu dua mangsa kemalangan yang melecur setelah motosikal ditunggang terbakar di Kampung Pasir Garam Kampung Gajah hari ini IHSAN JBPM PASIR SALAK Dua lelaki melecur selepas terlibat kemalangan yang mengak...
Kursus Golf Sebagai Profesional Kedi Untuk Asnaf Maiwp Elaun Sehingga Rm5 000 Selepas Tamat Latihan

Kursus Golf Sebagai Profesional Kedi Untuk Asnaf Maiwp Elaun Sehingga Rm5 000 Selepas Tamat Latihan

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 272 hits
Bagi membantu golongan asnaf keluar dari kemiskinan secara terus menerus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah cuba untuk menyediakan peluang kerjaya kepada asnaf Wilayah Persekutuan untuk bekerja sebagai Profesional Kedi Jadi selain...
Nak Jadi Ayah Yang Hebat Tak Perlu Pun Berhabis Ribu Ringgit Cukup Bawa Bersiar Siar Selamanya Anak Akan Ingat

Nak Jadi Ayah Yang Hebat Tak Perlu Pun Berhabis Ribu Ringgit Cukup Bawa Bersiar Siar Selamanya Anak Akan Ingat

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 215 hits
Tanyalah mana mana anak sekalipun siapakah idola mereka Pasti jawapan mereka Ayah saya Nak jadi macam ayah Ayah ibarat super hero buat anak anak ayahlah pelindung keluarga sebab itulah tugas sebagai ayah sangat berat Ayah perlu menunjukkan ...
Marah Pun Buat Lagi Sekarang Nampak Anak Salah Sedangkan Puncanya Ibu Ayah

Marah Pun Buat Lagi Sekarang Nampak Anak Salah Sedangkan Puncanya Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 202 hits
Sebagai ibu bapa selalunya kita lebih terdorong untuk mencari apakah kaedah terbaik untuk menghukum anak agar dia tidak mengulangi perbuatannya yang tidak kita senangi Kita jarang mencari punca apa sebabnya anak berkelakuan sebegitu Apakah ...
Brenda Song Lahirkan Anak Pertama Macaulay Culkin Pemeran Kevin Home Alone Resmi Jadi Ayah

Brenda Song Lahirkan Anak Pertama Macaulay Culkin Pemeran Kevin Home Alone Resmi Jadi Ayah

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 267 hits
Sandang status sebagai ayah di usia 40 tahun Culkin dikaruniai seorang anak laki laki Selamat
Anak Lelaki Perlu Keluar Dari Rumah Mak Ayah Bila Sudah Berkhawin

Anak Lelaki Perlu Keluar Dari Rumah Mak Ayah Bila Sudah Berkhawin

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 176 hits
Perkahwinan merupakan satu alam baru bagi mereka yang memilih untuk menamatkan zaman bujang mereka Perkahwinan datang dengan tanggungjawab yang perlu dipenuhi dan dilaksanakan oleh si suami dan juga si isteri Sebagai ibubapa kita perlu biar...
5 Benda Ni Anak Belajar Daripada Seorang Ayah Walaupun Nampak Mereka Tak Tahu Apa Apa Anak Cepat Tiru

5 Benda Ni Anak Belajar Daripada Seorang Ayah Walaupun Nampak Mereka Tak Tahu Apa Apa Anak Cepat Tiru

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 201 hits
Sebagai seorang ayah anda perlu berwaspada dengan tingkah laku anda bila berhadapan dengan anak anak Anak anak cenderung menjadikan ayahnya sebagai role model dalam hidupnya Pernah tak dengar bila cikgu tanya anak anak anda nak jadi apa bes...
Serba Tak Kena Apa Anak Buat Semua Kita Marah Rupa Rupanya Dia Nak Perhatian Mak Ayah Je

Serba Tak Kena Apa Anak Buat Semua Kita Marah Rupa Rupanya Dia Nak Perhatian Mak Ayah Je

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 393 hits
Bila badan letih otak penat mulalah rasa stres Kita rasa tak berdaya sehingga ada masanya kita lepaskan amarah pada anak anak Tambah lagi bila mereka buat hal Memang teruk kita marahkan anak Bukanlah tidak rasa bersalah tetapi rasa stres me...
Tak Bermaya Muntah Terminum Cecair Beracun Jauhkan Dari Anak Ini Tindakan Pantas Mak Ayah Boleh Lakukan

Tak Bermaya Muntah Terminum Cecair Beracun Jauhkan Dari Anak Ini Tindakan Pantas Mak Ayah Boleh Lakukan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 233 hits
Malang tidak berbau Adakalanya tanpa kita sedari dan sedikit terleka anak anak mudah berdepan dengan pelbagai benda disekeliling mereka yang boleh mencederakan mereka Minyak atau cecair yang mengandungi pelbagai bahan terlarang yang berada ...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun