Perlukah Ibu Hamil Ambil Sebarang Vitamin Ataupun Suplemen Kesihatan Sepanjang Kehamilan


Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan? Adakah bakal ibu masih tercari-cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan?
Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.

Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.
Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.
Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil?
Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:
Asid Folik
Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.
Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.
Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:
Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu. Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik. Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis. Zat Besi
Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.
Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.
Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.
Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
Kalsium
Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).
Asid Lemak Perlu
Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.
Vitamin D
Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

Tips pengambilan vitamin dan suplemen
Sebelum membeli sebarang vitamin atau suplemen, baca label dengan teliti bagi memastikan dos dan kandungan yang tepat dan selamat dipilih agar sesuai dengan keperluan ibu.
Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang penggunaan ubat serta gaya hidup bagi menentukan vitamin dan suplemen kesihatan yang terbaik dan selamat diambil.
Pastikan ibu hamil tidak mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selain yang dicadangkan oleh doktor ataupun ahli farmasi.
Bagi mengelakkan loya, cuba ambil suplemen kesihatan pada waktu malam sebelum tidur. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selepas makan bagi mengurangkan iritasi dengan perut kosong.
Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asif folik, zat besi, vitamin D dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin B seperti B6 dan B12, potassium, zink dan vitamin E.
Multivitamin bagi kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, kerana jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Ibu hamil juga perlu mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi seperti hati dan juga produk berasaskan hati seperti minyak hati ikan (fish liver oil). Bagaimanapun, vitamin A boleh diambil dalam bentuk provitamin A, iaitu betakarotin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan dan selamat untuk bayi.
Sumber: MyHealth Portal

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/


Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Perlukah Ibu Hamil Ambil Sebarang Vitamin Ataupun Suplemen Kesihatan Sepanjang Kehamilan? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/perlukah-ibu-hamil-ambil-sebarang-vitamin-ataupun-suplemen-kesihatan-sepanjang-kehamilan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Hamil Menangis Teringin Roti Buaya Ibu Mentua Usaha Buatkan Seronok Bila Dapat

Wanita Hamil Menangis Teringin Roti Buaya Ibu Mentua Usaha Buatkan Seronok Bila Dapat

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 201 hits
Ketika hamil macam macam ragam si ibu Mengidam makanan adalah normal dan ada masanya teringin sesuatu yang pelik dan sukar nak cari Kalau setakat nak makan menu yang biasa biasa atau tahu di mana nak dapatkan mudahlah untuk si suami Namun k...
Kekurangan Nutrien Boleh Menyebabkan Kelahiran Pramatang Setiap Ibu Hamil Wajib Tahu Tanda Tanda Kelahiran Pramatang

Kekurangan Nutrien Boleh Menyebabkan Kelahiran Pramatang Setiap Ibu Hamil Wajib Tahu Tanda Tanda Kelahiran Pramatang

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 150 hits
Kelahiran pramatang bermaksud atau kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 36 Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka Tentu sahaja tiada sesiapa yang mahu melaluinya kerana kelahiran pramatang i...
Elak Ular Melintas Ibu Hamil Maut Bayi Dalam Kandungan Selamat Selepas Dibedah

Elak Ular Melintas Ibu Hamil Maut Bayi Dalam Kandungan Selamat Selepas Dibedah

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 206 hits
Akibat mengelak seekor ular melintas seorang ibu yang sarat mengandung meninggal dunia manakala bayinya berjaya diselamatkan selepas motosikal ditunggangi wanita itu terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 29 Kampung Charuk Pa...
Ingat Anak Pertama Je Anak Kedua Pun Sama Isteri Hamil Suami Yang Terkena Alahan Teruk

Ingat Anak Pertama Je Anak Kedua Pun Sama Isteri Hamil Suami Yang Terkena Alahan Teruk

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 150 hits
Alahan di trimester pertama sememangnya cukup ditakuti bagi ibu hamil Mana tidaknya terpaksa melalui tempoh waktu yang pening loya dan muntah muntah serta alah pada bau bau pada tempoh tiga bulan pertama bukanlah waktu yang indah Tambah bur...
Tahniah Madammu Perjalanan Ivf Penuh Liku Berhasil Dirinya Kini Hamil 5 Minggu

Tahniah Madammu Perjalanan Ivf Penuh Liku Berhasil Dirinya Kini Hamil 5 Minggu

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 149 hits
Sudah menjadi impian setiap wanita yang berkahwin untuk merasai nikmat mengandung dan melahirkan zuriatnya sendiri Bukan semua orang dikurniakan rezeki untuk mudah lekat Sesetengah wanita terpaksa melalui pelbagai liku liku mencabar hanya k...
Hamil Anak Kedua Tasya Kamila Ungkap Jenis Kelamin Calon Bayi Dan Pengalaman Ngidam

Hamil Anak Kedua Tasya Kamila Ungkap Jenis Kelamin Calon Bayi Dan Pengalaman Ngidam

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 127 hits
Usia kehamilan Tasya Kamila udah menginjak 7 bulan Semoga bumil sehat terus sampai miracle baby nya lahir nanti ya
Perut Nampak Berisi Netizen Dakwa Puteri Sarah Hamil Anak Ketiga

Perut Nampak Berisi Netizen Dakwa Puteri Sarah Hamil Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 143 hits
Tindakan pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsi foto dirinya di laman Instagram menarik perhatian ramai apabila didakwa sedang berbadan dua Menerusi sebuah hantaran pelakon berusia 37 tahun itu mengenakan pakaian berwarna krim dan tudung mer...
Hamil Anak Kedua Intip Potret Baby Bump Felicya Angelista Yang Mulai Membesar

Hamil Anak Kedua Intip Potret Baby Bump Felicya Angelista Yang Mulai Membesar

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 125 hits
Kebahagiaan kini tengah dirasakan oleh Felicya Angelista dan Caesar Hito Bagaimana tidak kini Feli tengah mengandung anak keduanya meski baby Bible baru berusia satu tahun Telah memasuki minggu ke 28 perut Feli pun kian membesar Hamil anak ...
Suka Buat Muka Lucu Waktu Isteri Hamil Anak Dah Lahir Ikut Sebiji Gaya Ayah

Suka Buat Muka Lucu Waktu Isteri Hamil Anak Dah Lahir Ikut Sebiji Gaya Ayah

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 174 hits
Tak salah pun kalau kita nak obses dengan anak sendiri Semua yang anak buat terutamanya waktu dia baru lahir kita akan rakam untuk dijadikan kenangan Yalah anak anak ni cepat membesar Tak lama pun tahu tahu anak dah masuk sekolah Artikel Me...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst