Perlukah Dua Niat Untuk Mandi Wajib Bagi Dua Hadas Besar



SOALAN:
Selepas saya ‘bersama’ dengan suami pada waktu malam, saya mendapati pada waktu pagi sebelum solat subuh keesokan harinya, darah haid saya keluar. Adakah selepas saya habis haid nanti, saya perlu berniat mandi wajib bagi mengangkat hadas daripada bersetubuh dan haid, atau saya perlu berniat mengangkat hadas haid sahaja?

JAWAPAN:
Allah SWT mensyariatkan mandi wajib bagi seseorang yang berjunub sebelum melakukan beberapa ibadah seperti mendirikan solat, tawaf, memegang mushaf al-Quran, beriktikaf di masjid dan seumpamanya berdasarkan firman Allah di dalam al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) -kecuali kamu hendak melintas sahaja- hingga kamu mandi bersuci.” (Surah al-Nisa’: 43)

Begitu juga, firman Allah SWT lagi:

وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ
“Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.” (Surah al-Maidah: 6)

Para ulama’ telah menetapkan beberapa perkara yang menyebabkan wajibnya mandi ke atas seseorang sebelum dia melaksanakan ibadah. Perkara-perkara tersebut sepertimana yang disebut di dalam kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah ialah:

Jima’ atau tenggelamnya hasyafah (kepala zakar) ke dalam faraj.Keluar air mani.Keluar darah Haid.Keluar darah Nifas.Keluar darah Wiladah.Mati.
(Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 114-117)

Selain daripada itu, para ulama’ meletakkan syarat fardu bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:

Niat.Menghilangkan najis jika sekiranya ada pada badan.Meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan.
(Rujuk Matan Ghoyah wa al-Taqrib: 21)

Berkaitan perbahasan niat, perbuatan berniat hendaklah dilakukan ketika membasuh basuhan pertama ke atas anggota badan. Manakala berkaitan bilangan niat untuk sebab-sebab hadas yang banyak, Syeikh Hasan al-Kaf menerangkan di dalam kitabnya ini dengan menyebut:

مَسْأَلَةٌ : إِذَا اجْتَمَعَ عَلَيْه غُسْلَانِ وَاجِبَانِ فَأَكْثَرَ (كَالجِمَاعِ وَ خُرُوجِ المَنِيّ) فَهَلْ تَكْفِي عَنْهُمَا نِيَّةُ وَاحِدَةٌ؟
الجواب: نَعَمْ تَكْفِى نِيَّةٌ وَاحِدَةٌ لَهُمَا. وَ مِثْلُهُ فِي غُسْلِ السُنَّةِ
Permasalahan: “Jika sekiranya berkumpul dua atau lebih sebab yang menyebabkan wajib untuk mandi junub seperti jimak dan keluar air mani contohnya, adakah memadai dengan satu niat sahaja?” Jawapan: “Ya, memadai dengan satu niat sahaja bagi kedua-dua sebab tersebut. Sama juga bagi mandi sunat (iaitu memadai satu niat sahaja untuk dua mandi sunat).” (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 118)

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa cukup sekadar satu niat sahaja untuk mandi wajib tersebut bagi dua atau lebih sebab yang mewajibkan mandi bagi seseorang tersebut. Justeru, tidak perlu untuk dia berniat untuk mandi wajib bagi dua hadas seperti hadas jimak dan keluar darah haid. Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman terhadapnya serta memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syariat-Nya dengan sebaiknya. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/perlukah-dua-niat-untuk-mandi-wajib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kegiatan Tambang Di Pulau Kecil Wajib Kantongi Izin Kkp

Kegiatan Tambang Di Pulau Kecil Wajib Kantongi Izin Kkp

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 160 hits
Kasubdit Pulau pulau Kecil dan Terluar Kementerian Kelautan dan Perikanan Ahmad Aris menegaskan komitmen pemerintah dalam memastikan keberlangsungan ekosistem kawasan pulau pulau kecil Salah satunya dari aktivitas pertambangan
Prabowo Pastikan Tidak Akan Ada Wajib Militer

Prabowo Pastikan Tidak Akan Ada Wajib Militer

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 323 hits
Dia mengungkapkan konsep pertahanan rakyat semesta telah menjadi doktrin pertanahan yang dianut oleh Bangsa Indonesia sejak kemerdekaan Saat ini dirinya akan memodernisasi saja
Walaun Pas Sesat Wajib Bodoh

Walaun Pas Sesat Wajib Bodoh

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 280 hits
WALAUN PAS SESAT WAJIB BODOHCerita Benar Pemuda Pas diTanjung Piai Sedih untuk saya ceritakan mengenai nasib PAS diTanjung Piai Saya adalah pemuda Pas dari Jerantut Pahang Telah turun berkonvoi dengan menaiki motorsikal seramai lebih kurang...
Radio Wajib Dengar Pembahruan Clc Dan Glic Untungkan Bersatu

Radio Wajib Dengar Pembahruan Clc Dan Glic Untungkan Bersatu

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 246 hits
Have reforms to government linked companies benefited Bersatu By 10 Nov 201919Prof Terence GomezA recent report by Institute for Democracy and Economic Affairs found that the government s reconfiguration of government linked companies may b...
Olah Pasta Jadi Finger Food Anak Pasta Buddies Stick Mama Wajib Cuba

Olah Pasta Jadi Finger Food Anak Pasta Buddies Stick Mama Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 331 hits
Aneka pasta seperti spageti bolognis carbonara dan sebagainya mungkin sudah biasa bagi anak kita Apa kata cuba kelainan dengan jadikan pasta ini sebagai finger food buat anak Olah gabungan pasta bersama bahan lain dan jadikan menu sampingan...
5 Tempat Awesome Wajib Lawat Sekitar Bandaraya Shah Alam

5 Tempat Awesome Wajib Lawat Sekitar Bandaraya Shah Alam

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 465 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraBaru ni aku ada terlibat dengan satu Lawatan Singkat Media FAM trip yang dianjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam dan Concorde HotelProgram 2 hari 1 malam ini mengeteng...
Per 2021 Styrofoam Untuk Makanan Hingga Jaket Kulit Wajib Sertifikasi Halal

Per 2021 Styrofoam Untuk Makanan Hingga Jaket Kulit Wajib Sertifikasi Halal

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 253 hits
Kepala Pusat Registrasi dan Sertifikat Halal Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal Matsuki menyebutkan ada beberapa kategori produk di luar makanan dan minuman yang akan diwajibkan sertifikasi halal salah satunya kategori barang gunaan
Wanita Ini Kongsi Info Penting Ibu Bapa Wajib Tahu Tentang Carseat Setelah Hadir Taklimat Jpj

Wanita Ini Kongsi Info Penting Ibu Bapa Wajib Tahu Tentang Carseat Setelah Hadir Taklimat Jpj

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 364 hits
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian bermula Januari 2020 Menerusi Facebook Wana Abas wanita ini berkongsi
Flyz Media Sosial Alternatif Facebook Gaya Tempatan

Terima Kasih 2024 Selamat Tahun Baru 2025

Ringgit Closes Out 2024 As Top Performer Among Major Asian Currencies

8 Makanan Viral Di Malaysia Sepanjang 2024 Dah Pernah Cuba Tak

Apak Harry Khalifah Joget Tahun Baru Chord

Dua Anggota Polis Cedera Dirempuh Kereta Dipandu Wanita Warga Singapura Yang Membawa Dadah

Doa Malam 1 Rajab

Ubat Tahan Sakit Urat Cara Penggunaan Yang Betul


echo '';
Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian


Voice Commerce For E Commerce

Selamat Datang 2025 Menanti Yang Baik Baik Saja

Senarai Tarikh Cuti Umum Kelantan 2025

Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk E Filing 2025

Lepas 2 Bulan Vivy Akan Buat Umrah Dan Berlaku Sekarang Hahahahaha

Blog Semakin Terabai