Perlukah 1 Malaysia Lockdown
Assalammualaikum | Perlukah 1 Malaysia LOCKDOWN ?
kalau kau tak rasa apa tentang Negara kita yang semakin menakutkan ni kau patut takde dalam Malaysia kau patut terbang pergi pluto. sorry to say 🙏🏻
Seperti yang tengah tersebar luas mengenai TOTAL LOCKDOWN 1 Malaysia selama 2 minggu bermua 1 June 2021 sehingga 14 June 2021. Pastinya banyak aspek akan mengalami tekanan dan kesan daripada lockdown ni, Bukan sahaja golongan rendah tetapi bahkan untuk semua pasti terkesan dengan keputusan lockdown. Tetapi pastinya disebalik keputusan yang diputuskan ini harapnya dapat memberi imbak yang baik kepada Negara pada masa yang akan datang.
Kes semakin hari semakin meningkat, bahkan sudah mencecah 8k, seram sejuk rasanya bila melihat kes semakin menaik dari masa ke semasa, sampai nak keluar pun kena fikir 10 kali 😭 Tapi geram rasa dengan segelintir manusia yang rasa kebal diri tak dengar cakap, asyik keluar tanpa ada apa kerja dan mendapat penyakit, akhirnya akan menyalahkan kerajaan kerana kurang prihatin. Lebih lagi golongan yang kuat menipu, kata sihat tapi sakit, kata bukan dari kawasan zone merah tetapi dari zon merah. Golongan yang menyebarkan dengan merahsiahkan perjalanan mereka. Rasanya, golongan macamni layak sangat masuk dalam lokap bagi dia rasa lockdown yang betul.
semakin hari semakin banyak diberitakan tentang pemergian yang menyedihkan disebabkan penyakit ini, kaella baca rasa luluh hati apatah lagi buat kaum keluarga yang betul-betul mengalaminya. Tak dapat nak bayangkan tak dapat nak peluk cium untuk kali terakhir pemergian 😭😭 buat yang masih memiliki keluarga, bersyukurlah dan jagalah diri sebaik mungkin. Kita takkan tahu penyakit ni, tapi ia dah mulah mengganas dan menyebarkan dengan meluas. Hati-hati.
Buat segelintir manusia yang otaknya di lutut, kalau rasa dah cukup lama hidup mohon jangan libatkan orang lain, mohon jangan pentingkan diri sendiri demi kebebasan hidup. Merana di akhirnya itu sakit rasanya, sangat sakit.
Apa pun, sentiasa bersihkan diri, patuhi SOP, patuhi arahan jangan ingkar. Segala yang terjadi itu pasti ada hikmahnya, muhasabah diri dan cuba perbaiki diri dari masa ke semasa
#PutuskanRangkaianCovid19 #KitaJagaKita #LindungiDiriLindungiKeluarga
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thekaellaaaa.blogspot.com/2021/05/perlukah-1-malaysia-lockdown.html