Perlu Ke Minta Izin Suami
PERLU KE MINTA IZIN SUAMI?
Uish, usah di argue dengan ayat,
"Saya minta izin suami saya dahulu ya."
Walaupun duit tu hasil kerja dan duit kita, hormat suami dengan minta izin dari suami itulah datangnya keberkatan apa sahaja kita buat tau.
Usahlah mendabik dada sangat menghina sesiapa yang minta izin dari Suami.
Dahulu Cikgu iEta pun pernah bersetuju pada yang sindir-sindir customer ni. Tapi selepas fikirkan, salah satu punca keberkatan dalam berniaga, bekerja dan rezeki tu datangnya dari keizinan dan keredhaan Suami, Cikgu iEta sudah kurang enjoy dengan pendapat itu. Kena jaga oih daulatnya Tuan Suami. 😁
BOLEH KE MENGUMPAT CUSTOMER?
Sebenarnya jugakan, tak elok tau kita mengumpat menyindir customer. Itulah antara puncanya customer akan lagi menjauh daripada kita. Bukan hanya menjauh sebab rupa atau bau sahaja. Mengumpat customer, ini pun antara punca customer menjauh dari kita. Orang akan hilang respect terus. Mungkin juga akan berkecil hati dengan kita.
Tapi kalau kita tu artis, jerung atau otai di laman sosial, its ok. Suka hatilah Nak. Mak tak kisah. 🤣
KENAPA CIKGU iEta TULIS MACAM NI?
Sebab Cikgu iEta pun berniaga. Berniaga ni hobi. Sama dengan menulis. Dua-dua ni hobi. Sebab dari kedua-dua hobi inilah Cikgu iEta selalu dapat duit.
Cikgu iEta pun customer yang berjaya juga tau. Berjaya membeli-belah dari kalangan rakan-rakan di laman sosial Cikgu iEta. Tahu-tahu je terima whatsapp nak beli. Tahu-tahu je terima whatsapp nak belajar. Tahu-tahu je, eh ada dalam group ni. Peduli apa kan? Ada duit, belilah. Ada duit belajarlah. 😆
Sama juga dengan yang join program Cikgu iEta atau membeli produk-produk niaga Cikgu iEta. Kadang diorang tak like tak add pun Cikgu iEta di facebook, tak follow pun di Instagram. Tahu-tahu je terima whatsapp,
"Puan saya dah payment." Hah best gila dapat Customer dan Client macam ni tau. Hehe.
Off course Cikgu iEta sokong pendapat perlu minta izin dari suami. Sebab Cikgu iEta pun buat apa-apa memang dah jadi amalan, minta izin dari suami. Walaupun nak pergi coaching Usahawan, menulis entri Blog, terima Job Client di Blog, buat kursus, terima jemputan Client dan pergi berniaga apatah lagi lah hendak membeli apa sahaja.
Nak makan, nak kencing nak berak tak adalah minta izin. Agak-agaklah pun kan? 😅
Redha Suami adalah syurga dan kejayaan seorang isteri. Pedulilah apa orang nak kata pun. Mesti minta izin. Sebab Cikgu iEta sendiri sangat hormatkan suami. Lebih mudah suami Cikgu iEta izinkan sebab Suami tahu Cikgu iEta mendahulukan dia dan menghormati dia. 😁
Perlu ke minta izin suami? Ya, memang perlu.
SUMBER : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218353025996855&id=1228493878
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.blogieta.com/2020/08/perlu-ke-minta-izin-suami.html