Perlu Cari Alasan Yang Kukuh Untuk Buat Orang Teruja Dan Share Secara Sukarela




Pernahkah anda jumpa dan terbaca posting mohon sokongan agar bisnes yang dia usahakan dikongsikan supaya viral dan mendapat sambutan?
Tentu pernah kan.
Biasanya, apa yang anda buat?
Share ke tak?
Saya ada jadi admin di beberapa grup Facebook. Selalu dapat posting macam tu.
Minta posting iklan bisnesnya diluluskan. Lebih kepada minta simpati sebenarnya. Supaya semua orang boleh baca dan bantu dia kongsikan posting tersebut.
Biasanya, bila tengok orang buat posting macam tu. Minta simpati supaya bisnes dia maju atas dasar kena tolong dan bersimpati dengannya, timbul rasa serba salah. Lebih-lebih lagi jika produk atau bisnesnya tak ada apa-apa yang menarik.
Pertamanya, timbul rasa kesian sebab dah tentu dia dah mula jem dalam kepala. Dah tak nampak lagi jalan lain untuk pastikan bisnes dia berjaya naik dan mendapat sambutan dari pelanggan.
Kalau tak, takkan sampai dia terpaksa buat posting macam tu.
Yang kedua, kesian juga. Sebab, kalau sebelum buat macam itu, satu usaha bersungguh-sungguh pun belum ada, untuk cari cara berkesan supaya orang teruja nak share bisnes yang dia buat.
Ertinya, tak betul-betul perah akal. Tandanya ada potensi untuk dia bungkus sebelum cukup usia setahun berniaga.
Tak ada bisnes yang akan maju tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Tiada benda percumaJika anda pernah dengar tentang 'Puan Ainon Bisnes School', dia punya mazhab bisnes selalu ulang ayat di bawah ..

Dunia Bisnes ni sangat kejam.
Kejam bukan sebab zalim atau tak ada hati perut. Tapi disebabkan tekanan persaingan berebut pasaran. Bukan sengaja jadi macam tu.
Lagipun, dunia bisnes bukanlah satu makhluk bernyawa.
Dunia bisnes hanyalah satu imaginasi realiti yang merupakan satu zon yang terbentuk dengan berdasarkan kreativiti ciptaan manusia.
Ia merupakan himpunan idea, himpunan sikap, himpunan tabiat, budaya, aktiviti, dan seribu satu macam lagi yang membentuk keadaan dipanggil dunia bisnes.
Dunia yang tak jelas siapa ketua mengawalnya.
Ia berlaku berdasarkan undang-undang alam yang telah Tuhan tetapkan. Macam kerasnya bila dinamakan batu. Macam sesatnya seseorang bila masuk berkawan dengan orang zalim.
Ia merupakan dunia aksi dan reaksi. Kalau buat cam ni jadi cam ni, kalau buat camtu jadi macam tu. Sangat kompleks.
Jadi, tak perlu nak marah.
Tak perlu nak kecam dengan pendapat yang Puan Ainon Bisnes School utarakan itu.
Hanya orang yang berpengalaman masuk dunia bisnes akan faham apa yang dimaksudkan sebagai dunia bisnes adalah satu dunia yang kejam.
Jesteru dunia kejam, maka biasanya takkan ada orang nak share buta-buta, free macam tu saja.
Melainkan yang buat posting tu kawan baik. Saya kenal. Maka saya share atas dasar kawan.
Kawan tentulah nak bantu kawan. Lagipun saya tahu macam mana kawan saya tu.
Tapi kalau lansung tak kenal, kenapa saya nak share?
Cam mana nak pastikan samada betulkah dia layak?
Betulkah produk dia bagus?
Betulkah dia ok?
Dan macam-macam lagi persoalan timbul.
Perlu alasan kukuh untuk shareUntuk putuskan samada nak share atau tidak, pertimbangannya sudah tentu akan tertumpu pada apa yang dikongsikan.
Itulah yang biasanya saya buat.
Tengok apa yang dia post. Apa isi kandungan bisnesnya. Macam mana persembahannya. Dia buat bisnes apa, kat mana. Siapa dia dan macam-macam lagi.
Akan saya usaha juga buat, supaya dapat satu alasan untuk membolehkan saya share.
Kalau ceritanya sangat hebat, persembahannya sangat hebat. Bisnes yang dia buat luar biasa, sudah tentu ada saja orang nak share. 
Bukan share atas dasar kesian.
Tapi atas sebab ada sesuatu yang berbaloi untuk dikongsikan kepada orang lain.
Belum cukup bagus untuk dikongsiSetiap hari, jujur saya cakap, sentiasa saya akan fikirkan persoalan yang sama. Macam mana nak buat supaya orang share bisnes perkhidmatan yang saya usahakan.
Ada beberapa bisnes yang dah lama saya buat.
Paling lama, dari tahun 1998 salah satu syarikat saya dah wujud. Tapi sekalipun tak pernah saya buat perangai minta tolong share page bisnes yang saya ada dengan alasan, saya tengah teruk berniaga.
Tak buat sebab saya tahu bukan macam itu nak minta orang share.
Kalau orang share sebab kesian, macam mana saya nak baiki diri. Macam mana saya nak hidup lama dalam dunia persaingan yang kejam ni?
Cara paling mudah yang saya amalkan adalah pergi cari kawan-kawan yang kenal.
Bukan nak minta tolong.
Tapi nak dapatkan bantuan moga-moga dia akan jumpa orang yang perlukan produk atau servis yang saya ada tawarkan, lalu dia share atas dasar kenal siapa saya.
Ertinya perlu cari orang yang tahu siapa diri anda dan bagaimana karakter anda sebenarnya. Samalah juga jika di media sosial sekalipun. Perlu cari orang yang anda kenal.
Orang tak share blogKeadaan sama berlaku pada semua tulisan yang saya buat di blog-blog yang saya ada.
Dah tentu sangat seronok sampai mampu kembangkan hidung, jika artikel dan blog saya ada orang 'share & like'.
Tapi malangnya, itu bukanlah satu perkara yang sering berlaku.
Walaupun saya dah curahkan apa yang saya rasa paling baik termampu dibuat dalam penulisan. Dalam cara peyampaian. Dalam topik yang cuba diketengahkan.
Tapi terima saja hakikat kalau ianya belum cukup bagus, memang takkan ada orang nak share.
Jadi cara terbaik yang saya boleh buat adalah, terus menulis dan menulis.
Mencuba dari berbagai sudut. Semakin banyak saya berlatih, semakin banyak saya buat, semakin meningkat potensi adanya artikel yang akan orang share.
Itu sajalah yang mampu orag biasa macam saya lakukan.
Itupun bila dah berjaya hasilkan tulisan yang mendapat sambutan, bersepah orang plagiat pulak. Depa kidnap, bubuh dalam blog depa dan jadi jauh lebih viral dari apa yang berlaku pada penulis asal.
Nak marah?
Tak payah lah nak tertekan sangat. Itu dah jadi lumrah.

Sama macam buat sales dalam apa saja bisnes
Kalau anda jumpa 100 orang dapat jual satu. Maka, kalau nak jual 10 kenalah usaha jumpa 1000 orang. 
Insyaallah akan ada potensi untuk berjaya jual 10. Itupun hanya potensi. Belum tentu jadi. Tapi kalau tak buat, janganlah harap akan jadi.
Kemudian, bila produk anda mendapat sambutan, orang mula share. 
Bila orang share, ramai orang tahu.
Bila ramai orang tahu dan berminat, maka kaki plagiat akan terjun tiru apa yang anda buat.
Kalau tak lindungi hak cipta dan  buat paten, air mata sajalah jadi hiasan pipi. Teruk remuk rendam lagi bila yang plagiat tu pi paten dan dakwa dia yang empunya produk.
Macam mana tak nak kata dunia bisnes itu ganas dan kejam?
Perlu praktikal dan ada nilai hebatAda 2 posting yang saya buat dalam FB sebelum ini. Berupa pertanyaan, pilihan terhadap proses pembelian.
Posting pertama pasal nak beli Jam Loceng.
Soalannya,
‘Katakan ketika anda nak beli jam loceng berharga RM30, promoter bagi tahu ada jam yang sama, dijual di cawangan kedai satu lagi. Tapi kena memandu 20 minit untuk ke sana. Dan harganya hanya RM20 sahaja’
Adakah anda teruskan beli jam itu juga kat situ atau anda batalkan sebab fikir elok beli kat tempat satu lagi dengan harga yang lebih murah.
Kalau saya, memang akan batalkan pembelian. Saya akan pergi beli kat cawangan satu lagi. Tak semestinya saya pergi masa itu juga. Saya akan bookmark. KIV dan cari kesempatan lain bila ke sana nanti.
Diskaun lebih dari 33%. Itu jumlah yang agak tinggi. Berbaloi untuk tangguhkan dan jimat RM10.
Tapi, yang saya hairan, ada ramai jawab, mereka akan beli juga.
Ertinya nilai diskaun 33% bagi mereka, tidak mencukupi.
Lebih menarik, ada yang tak mahu jawab ya atau tidak. Siap ada yang suruh fikir dulu perlu atau tidak nak beli jam tu.
Ada yang kondem juga, jam RM30 mana ada kualiti … perghh!
Semua itu buatkan saya berfikir yang soalan saya sendiri telah gagal.
Bukan saja tak mampu tarik ramai orang untuk berikan jawapan, malah tak mahu berikan kerjasama untuk fikir dan fokus pada soalan pilihan ‘ya’ atau ‘tidak’ yang sangat mudah tu.
Bayangkan betapa perkara sangat simple sebegitu tidak berjaya disampaikan dengan jelas dan baik sehingga mampu mendorong orang jawab dan lebih penting lagi menjawab dengan betul.
Apatah lagi usaha anda untuk jual barang atau servis!
Itu maksudnya dunia yang sangat kejam. Tak ada perasaan.
Perlu terima. Sebab memang tak boleh kawal semua itu.
Perkara sama juga berlaku pada soalan ke-2.
Tentang beli TV yang berharga RM890.
Keadaan yang sama dengan diskaun RM10 juga.
Ertinya kalau dia pergi beli kat cawangan satu lagi harganya hanya RM880.
Majoriti besar jawab 'tidak'.
Ertinya mereka akan terus beli saja tak mahu buang masa pergi beli ke cawangan satu lagi untuk penjimatan hanya RM10.
Memang logik pun. 
Diskaunnya hanyalah 8.9% sahaja. Kurang dari 10% pun. Memang kukuh untuk teruskan saja pembelian di situ tanpa perlu buang masa ke kedai yang satu lagi.
Kedua-dua soalan tersebut adalah untuk lihat kesan terhadap perkara praktikal dan nilai yang boleh pengaruhi orang ramai bertindak. 
Kedua-dua soalan itu dibuat untuk melihat kesan praktikal dan kesan nilai.
Apa yang saya belajar, untuk pastikan orang share apa saja yang anda hasilkan, ianya perlulah praktikal dan perlu ada nilai tinggi.
Kalau tak, tak payahlah nak buat apa-apa ayat minta dikasihani.
Takkan ada orang nak layan.
Nilai dengan harga tak samaDari pemerhatian saya, majoriti orang punya sikap yang tidak waras terhadap harga sesuatu barang.
Memang tak ada satu panduan yang sangat jelas dalam menentukan bagaimana harga sesuatu barang itu ditentukan dengan betul.
Bayangkan harga satu lukisan RM100 juta !. Macam mana nak rasionalkan harga sebegitu?
Satu lagi contoh, kenapa orang sanggup bercuti habis RM10 ribu, Beli jam tangan puluhan ribu dan beli beg prada yang ribu riban. Tapi bila nak bayar parking hanya RM1 dia buang masa 20 minit cari parking Free?
Nak kata dia tak ada duit, salah.
Nak kata dia tak tahu nilai harga betul dan sesuai, nampak macam ada kemungkinan yang sangat besar.
Itu antara bukti atau tanda yang cara kita tentukan harga mahal atau murah adalah sangat subjektif dan tidak waras.
Dalam soalan pasal parking tersebut, seorang kawan saya jawab sebab dia tak nampak apa nilai yang dia dapat bila parking kena bayar.
Betul juga.
Tapi jika itu jawapannya, sama juga yang dia tidak nampak apa nilai buang masa pusing 20 minit.
Baginya, masa tidak bernilai?
Sehingga dia samakan 20 minit terbuang dengan penjimatan RM1. Itu belum masuk lagi kos minyak dan kos emosi mencari.
Ringkasnya, manusia punya persepsi buat penilaian, adalah sangat pelik dan luar biasa.
Itu satu lagi contoh kenapa betulnya andaian yang dunia bisnes adalah kejam.
Tak ada sesiapa dapat kawal setiap individu punya cara menilai dan tentukan harga dan keutamaan.
Bayangkan apa berlaku pada pasaran yang biasanya dibentuk oleh jutaan atau ratusan ribu manusia!
Satu perkara yang saya belajar yang sangat betul selama ini sejak berniaga adalah, segala keputusan yang manusia buat adalah berdasarkan emosi. Bukanlah berdasarkan rasional.
Pertimbangan, yang kita rasa sangat baik dan logik serta rasional sebenarnya didahului oleh emosi. 
Rasional hanya datang kemudian. Kerja rasional hanya untuk berikan ketenangan supaya kita yakin keputusan emosi itu adalah betul.
Itu saja.
Dan emosi pula sangat volatile.
Naik turun tak terkawal oleh seribu satu macam pemboleh ubah. Genetik, keadaan sekeliling, malam dan siang, cerah dan gelap, jantina, cantik dan huduh, warna, cuaca, kesihatan, cerita sebelumnya, jangkaan selepasnya … macam-macam lagi.
Anda perlu faham semua itu. Sediakan sesuatu yang amat bernilai. Sangat praktikal. Sehingga emosi teruja dan terkesan untuk kongsikan cerita anda.
Itu satu kerja yang sangat sukar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/05/perlu-cari-alasan-yang-kukuh-untuk-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gubernur Sumsel Ke Pns Jalan Mulus Jangan Cari Alasan Tambah Libur

Gubernur Sumsel Ke Pns Jalan Mulus Jangan Cari Alasan Tambah Libur

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 121 hits
Oleh karena itu PNS yang bolos kerja tanpa alasan jelas akan diberikan sanksi disiplin secara tegas Berbeda halnya jika yang bersangkutan sedang sakit sehingga bisa dipertimbangkan dan dimaklumi
Cari Wang Lebih Antara Alasan Penerima Bantuan Jkm Terus Mengemis

Cari Wang Lebih Antara Alasan Penerima Bantuan Jkm Terus Mengemis

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 326 hits
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JKM Kelantan Mohamad Md Nor berkata pengemis dan peminta sedekah lebih aktif sepanjang Ramadan kerana lebih ramai yang menderma pada bulan mulia ini PETALING JAYA Mencari wang lebih dan mempun...
Jika 307 Alasan Telah Gagal Di Mahkamah Rayuan Apakah 94 Alasan Di Mahkamah Persekutuan Mampu Membebaskan Najib

Jika 307 Alasan Telah Gagal Di Mahkamah Rayuan Apakah 94 Alasan Di Mahkamah Persekutuan Mampu Membebaskan Najib

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 189 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Razak mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya di Mahkamah Persekutuan berhubung mengapa beliau harus dibebaskan daripada tuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta Rayuan di Ma...
Rayuan Akhir Najib 94 Alasan Dikemukakan Untuk Mahkamah Persekutuan

Rayuan Akhir Najib 94 Alasan Dikemukakan Untuk Mahkamah Persekutuan

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 144 hits
KUALA LUMPUR Berbanding 307 alasan yang dikemukakan pada peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mengemukakan 94 alasan bagi rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan Putrajaya Difahamkan pet...
Mantan Perdana Menteri Najib Razak Kemuka 94 Alasan Dalam Petisyen Mohon Di Bebaskan

Mantan Perdana Menteri Najib Razak Kemuka 94 Alasan Dalam Petisyen Mohon Di Bebaskan

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 156 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya berhubung mengapa beliau harus dibebaskan daripada tuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta Antara...
Aming Ungkap Alasan Kembali Berpenampilan Seksi Layaknya Perempuan

Aming Ungkap Alasan Kembali Berpenampilan Seksi Layaknya Perempuan

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 129 hits
Mengenakan makeup wig hingga buah dada palsu Aming merasa lebih bebas dan gembira
Hiburan Rosak Usus Bagi Alasan Anak Lapar Ibu Dikecam Selamba Suap Bubur Dekat Bayi Baru Lahir Beberapa Jam

Hiburan Rosak Usus Bagi Alasan Anak Lapar Ibu Dikecam Selamba Suap Bubur Dekat Bayi Baru Lahir Beberapa Jam

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 182 hits
Sedia maklum sistem penghadaman bayi yang baru saja dilahirkan belum masih kuat untuk diberikan makanan biasa dan selalunya ibu ibu akan mula memberi makanan selepas umur mereka cecah 6 bulan Bagaimanapun masih ada lagi golongan ibu bapa ya...
3 Alasan Mengapa Lebaran Jadi Momen Tepat Untuk Beli Gadget Baru

3 Alasan Mengapa Lebaran Jadi Momen Tepat Untuk Beli Gadget Baru

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 278 hits
Momen lebaran jadi waktu yang tepat buat beli gadget baru karena kamu bisa dapatkan sejumlah keuntungan
Bagi Tugas Sapa Warga Alasan Presiden Jokowi Dan Wapres Maruf Amin Salat Id Terpisah

Bagi Tugas Sapa Warga Alasan Presiden Jokowi Dan Wapres Maruf Amin Salat Id Terpisah

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 170 hits
Wakil Menteri Agama Zainut Tauhid menjelaskan Presiden Joko Widodo sudah berbagi tugas dengan Wakil Presiden Ma ruf Amin Mereka melakukan salat terpisah untuk menyapa masyarakat di seluruh Indonesia
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever