Perlu Ambil Tindakan Kepada Ahli Dap Ben Singh Yang Persenda Al Quran


#AkhiAdifGorment 
Tindakan seorang menyokong DAP bernama Ben mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Presiden PAS kerana tidak puas hati dengan pendirian PAS untuk menolak pilihanraya kerajaan tempatan, amat mengecewakan. Inilah sikap yang seringkali dipamirkan bangsa DAP bila gagal menolak sesuatu hujah dengan fakta. Akhirnya, perkataan maki hamun akan menjadi modal mereka.

Namun apa yang mengecewakan saya, bangsa DAP yang menetap di Kota London tersebut telah menuduh Tuan Guru Haji Hadi sebagai seorang yang tidak boleh menerima DAP memerintah, sedangkan DAP dikatakan oleh Ben sebagai sebuah kerajaan yang “perform”. Saya hampir tak percaya dengan lawak bodoh Bangsa DAP yang malas membaca dan seolah-olah baru keluar dari gua dan terputus hubungan dengan dunia luar.

Apalah pencapaian DAP yang hendak kamu banggakan Ben?

1. Pencapaian menghapuskan cukai GST yang jelas meningkatkan pendapatan negara dan menggantikannya dengan cukai lapok dan tidak effisyen SST yang membolehkan peniaga DAP “under declare”, lari cukai, pindah harga dan meningkatkan kos sara hidup rakyat?

2. Pencapaian menipu nilai sebenar hutang negara tahun lepas RM686.8 billion yang dikatakan melebihi RM 1 Trillion?

3. Pencapaian menurunkan nilai Ringgit dari RM3.85 1 USD semasa pemerintahan BN kepada RM 4.20 sekarang?

4. Pencapaian menurunkan nilai indeks BSKL dari 1850 mata zaman Dato’ Sri Najib Razak Menteri Kewangan kepada 1683 kini?

5. Pencapaian apa yang kamu maksudkan Ben? Adakah pencapaian Guan Eng meranapkan Rezab BNM yang BN tinggalkan sebanyak USD 110 Billion yang kini tinggal USD 101.4 Billion?

6. Atau pencapaian menurunkan import negara, pencapaian menghalau pelabur asing, pencapaian menurunkan harga minyak sawit, getah, musang king? Sedarlah Bangsa DAP, kerajaan DAP adalah satu-satunya kerajaan yang terbukti gagal mengurus ekonomi negara. Satu-satunya yang Menteri DAP pandai buat ialah memindahkan kepakaran menjual tanah Pulau Pinang ke MOF. Sekarang ini satu persatu harta Umat Islam dijual oleh Menteri Kewangan DAP yang haprak ini.

7. Jika Ben berbangga dengan “Rule of Law” zaman Kuku Besi DAP, sejak Peguam Negara dilantik dikalangan pencinta Komunisme dan Ketua Hakim Negara dilantik dikalangan mereka yang membenci Islam, “Rule of Law” sudah bertukar menjadi “Law of The Jungle”. Hampir semua pemimpin Pakatan Harapan digugurkan dari pertuduhan di Mahkamah, bermula dengan Sivarasa Rasiah, Kes Akta Hasutan dan MCMC, Eric Paulsen, Akta Hasutan, Tian Chua, Tony Phua, Phang Li Khoon si penyogok dan Guan Eng, Bapa Rasuah Pulau Pinang, semuanya dibebaskan. Inikah pencapaian atau “performance” DAP yang kamu banggakan?

Itu sebabnya saya nak ingatkan kepada Bangsa DAP bernama Ben, sebelum menuduh Dato’ Sri Tuan Guru Hj Hadi duduk dalam tempurung kelapa “Coconut Shell”, pergilah tengok diri kamu di cermin terlebih dahulu, siapa sebenarnya ketinggalan zaman. Kamu bernasib baik kerana kamu tinggal di London, cubalah kamu hina Al Quraan di bumi Malaysia, kita tengok apa akan jadi dengan tempurung kepala kamu. saya tidak fikir ada umat Islam yang waras akan melepaskan kamu.



Satu-satunya kejayaan Bangsa DAP di Malaysia adalah kejayaan mereka menzahirkan sikap biadap dan tidak bertamadun mereka menghina agama Islam, memperlekeh hak Istimewa Melayu, mempersenda Bahasa Melayu dan memfitnah Raja-Raja Melayu, selain daripada itu, DAP dan sekutu Pakatan Harapan akan sentiasa dipandang Pakatan Haprak oleh Rakyat Malaysia.

Sebagai Mukmin yang hidup diakhir zaman ini, kita jangan terlalu takut dan lemah dengan agenda agenda musuh luar dan dalam islam yang selamanya ingin memusnahkan kesucian agama islam ini.
.
Segagah mana pun mereka (musuh islam) atau sekerdil mana pun kita (mukmin) jangan kita takut dan jadi pengecut, kerana keyakinan dan kebenaran yang kita imani ini adalah benar disisi Tuhan dan ia tetap akan bersama kita biarpun kita bakal terkorban segala harta dan nyawa.
.
Jika hari ini mereka yang berkuasa merombak dan merubah pada pendidikan agama, apakah kita mahu menangis dan merasa lemah? Jangan! Terlalu banyak lagi jalan yang boleh kita usahakan. Sebagai ibu dan bapa perkemaskanlah diri dengan ilmu agama. Usahakan belajar ilmu agama di mana mana pun, surau mahupun masjid lalu diajarkan kepada anak anak.
.
Boleh juga ibu bapa mencari rujukan rujukan buku agama untuk dibaca dan difahami bersama guru yang mereka ingin belajar dengannya. Dampingi orang orang soleh yang lebih berpengalaman dalam agama ini untuk dipelajari lalu diajarkan kepada ahli keluarga.
.
Jika perkembangan ilmu agama di sekolah sekolah telah disekat, masih terdapat banyak sekolah sekolah tahfiz yang sudah pastinya mengajarkan subjek agama kepada para pelajar disamping menghafal Al Quran.
.
Tidak sedikit juga sekolah sekolah agama persendirian yang wujud atas dana persendirian ataupun persatuan yang menjadikan opsyen lebih luas kepada ibu bapa untuk menghantar anak anak mereka belajar ilmu agama.
...
Pokok pangkalnya kita kena terus berusaha dan jangan kita lemah dan lelah. Kita punya panduan lengkap (Al Quran dan As Sunnah) sebagai rujukan yang dipandu oleh oleh alim ulama yang ikhlas.
.
Biarpun mereka (musuh islam) bekerja keras siang dan malam berfikir untuk merosakkan agama Tuhan, tetapi mereka sebenarnya sedang mempersiapkan diri mereka untuk menjadi penghuni neraka neraka Tuhan ekoran "kebijaksanaan" mereka melawan Tuhan.
.
Kita teruskan sahaja usaha dan tanggungjawab kita sebagai mukmin di alam fana ini. Kelak Tuhan akan membalas segala usaha kita dengan kebahagiaan yang hakiki. Wallahu'alam - MINDA RAKYAT


.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/perlu-ambil-tindakan-kepada-ahli-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Islam And The Qur An Attacked By Dap Member Ben Singh In London

Hadi Islam And The Qur An Attacked By Dap Member Ben Singh In London

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 467 hits
DAP member Ben Singh attacks PAS President Abdul Hadi Awang Islam and the Qur an in a dialogue session in London on Christmas Eve 2018 Ben Singh also did the same to former prime minister Najib Tun Razak when he visited London a few years g...
Kecoh Ini Punca Hadi Awang Kena Maki Oleh Ahli Dap Di Sidang Media Di London

Kecoh Ini Punca Hadi Awang Kena Maki Oleh Ahli Dap Di Sidang Media Di London

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 357 hits
Ahli DAP yang bernama Ben Singh telah menyerang Presiden PAS Tok Guru Abdul Hadi Awang di sidang media yang berlangsung di Holiday Villa London pada 24 Disember 2018 Ini adalah kerana PAS tidak menyokong local council elections Ben Singh me...
Dakwaan Azmin 20 Ahli Sertai Bersatu Adalah Tindakan Jahat Haniza

Dakwaan Azmin 20 Ahli Sertai Bersatu Adalah Tindakan Jahat Haniza

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 270 hits
MOHD YUNUS YAKKUB 21 Disember 2018 2 54 PM SHAH ALAM Khabar angin mengenai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama 20 a
Gesa Tindakan Tatatertib Buat Ahli Pertikai Leputusan Presiden

Gesa Tindakan Tatatertib Buat Ahli Pertikai Leputusan Presiden

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 197 hits
KUALA TERENGGANU PKR Terengganu menggesa tindakan tatatertib tanpa pilih kasih dikenakan terhadap mana mana ahli mahupun pemimpin yang mempertikai atau mengkritik kepemimpinan tertinggi pusatPengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu A...
Pembunuhan Adib Dap Perlu Akui Kenyataan 4 Menteri Dap Salahkan Polis Adun Dap Tindakan Salah

Pembunuhan Adib Dap Perlu Akui Kenyataan 4 Menteri Dap Salahkan Polis Adun Dap Tindakan Salah

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 409 hits
DAP masih enggan mengaku ataupun sengaja tak mahu faham mengapa kenyataan bersama dikeluarkan empat orang Menteri PH menuduh pihak polis adalah satu tindakan yang salah ADUN DAP ini juga tidak faham bahawa rusuhan yang hari kedua ada perbez...
Puad Bidas Sikap Kurang Ajar Ahli Dap

Puad Bidas Sikap Kurang Ajar Ahli Dap

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 199 hits
KUALA LUMPUR 26 Dis 8211 Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Ahli Dap Ben Singh yang mengemukakan soalan secara kasar biadap dan rasis terhadap Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang semasa sesi dialog di Londo...
Rahim To Sue Dap Man Over Attempts To Stop Him From Joining Ppbm

Rahim To Sue Dap Man Over Attempts To Stop Him From Joining Ppbm

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 381 hits
Former Melaka chief minister Abdul Rahim Thamby Chik and Kota Melaka MP Khoo Poay Tiong PETALING JAYA Former Melaka chief minister Abdul Rahim Thamby Chik is considering legal action against a DAP politician in the state for accusing him of...
Dap Mengarahkan Mahathir Tolak Rahim

Dap Mengarahkan Mahathir Tolak Rahim

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 529 hits
MELAKA Permohonan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Abdul Rahim Thamby Chik dan pengikutnya ke dalam mana mana parti komponen Pakatan Harapan Melaka akan ditolak kata Naib Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong Beliau menegaskan peneri...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba