Perlis Catat 54 Kes Keganasan Rumah Tangga Sehingga Julai
 SITI  Berenee (dua kiri) menghadiri program kacau bubur merdeka di Pusat  Khidmat DUN Mata Ayer, Perlis, hari ini. - UTUSAN/NAZLINA NADZARI Oleh NUR NAZLINA NADZARI13 September 2020, 11:43 am Share on facebook Share on twitter Share on whatsapp Share on email Share on telegramKANGAR : Faktor kekangan hidup  berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik  Covid-19 sebelum ini dipercayai menjadi antara penyebab berlakunya  peningkatan kes keganasan rumah tangga di negeri ini.
Pengerusi Jawatan kuasa Pembangunan  Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Berenee Yahaya berkata, kekangan  itu melibatkan mereka yang kehilangan kerja sekali gus menyebabkan  tekanan hidup terumatanya bagi mereka yang bekerja harian dan tidak ada  pendapatan tetap.
Katanya, untuk rekod, sebanyak 54 kes  keganasan rumah tangga dilaporkan di negeri ini sejak awal tahun  sehingga Julai lalu dengan sebahagian besarnya kes semasa tempoh PKP.
Bagaimanapun katanya, data tersebut  hanya mengambil kira kes yang dilaporkan kepada polis dan tidak  mengambil kira percakapan secara lisan dan aduan kepada Jabatan  Pembangunan Wanita dan sebagainya.
“Kes keganasan tersebut melibatkan  pasangan berusia antara 27 hingga 40 tahun dengan kes paling ramai bagi  mereka yang berumur 30-an.
“Tindakan yang diambil pihak kami  bagi membanteras masalah tersebut adalah dengan memberi khidmat  kaunseling serta bantuan bekalan asas kepada keluarga yang memerlukan.
“Untuk kes seperti ini, kita ada  sediakan bantuan bekalan asas di Pusat Khidmat tetapi bukan secara  harian,” katanya ketika ditemui selepas Program Kacau Bubur Merdeka  Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer di Pusat Khidmat DUN tersebut di  sini hari ini.
Tambah Siti Berenee, beliau berharap  agar kes-kes tersebut tidak bertambah lagi walaupun Perintah Kawalan  Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan hingga hujung tahun ini.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/perlis-catat-54-kes-keganasan-rumah.html