Perlis Benar Rapatkan Saf Solat Berjemaah Dengan Bersyarat Mulai 8 Januar


 Nurfeeza Ezreen
 PERLIS membenarkan saf dirapatkan semasa solat jemaah di masjid-masjid seluruh negeri Perlis bermula 8 Januari ini tetapi perlu mengikut beberapa syarat amalan merapatkan saf berjemaah. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah kebenaran bersyarat amalan merapatkan saf itu sudah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa Covid-19 selain peratusan tinggi vaksinasi lengkap dan peningkatan dos penggalak yang mencapai kadar 16.9% (30,575 penerima) berdasarkan maklumat terkini pada 2 Januari 2022, adalah didapati keadaan penularan wabak di Negeri Perlis berada dalam keadaan terkawal.
Sukacita dihebahkan berkaitan kebenaran bersyarat amalan merapatkan saf solat berjemaah di masjid-masjid seluruh Negeri Perlis yang berkuatkuasa pada 8 Januari sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan seperti ketetapan berikut:
A- AMALAN MERAPATKAN SAF
1- Jemaah yang hadir diwajibkan merapatkan saf ketika menunaikan solat dengan kadar jarak sejadah masing-masing berdasarkan syarat berikut:
i. Saiz sejadah adalah standard; dan
ii. Tidak berlaku sentuhan fizikal.
2- Walaubagaimanapun, jemaah yang tinggal serumah adalah diwajibkan merapatkan saf tanpa terikat dengan syarat-syarat seperti di atas.
B- PENGEKALAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) SEDIA ADA
3- Pada setiap masa, selain waktu menunaikan solat sama ada ketika selesai solat, ketika mendengar kuliah dan sepanjang tempoh berada di masjid, semua SOP keselamatan dan kesihatan hendaklah kekal dipatuhi. SOP berkenaan adalah seperti berikut:
i. Kekal melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.
ii. Memakai pelitup separuh muka (Digalakkan jenis N95 atau K95 serta memakai dua pelitup muka ‘double face masks’ serta ditambah baik dengan pemakaian bersama pelindung muka ‘face shield’;
iii. Membawa sejadah sendiri bersaiz standard;
iv. Mengambil wuduk sebelum ke masjid;
v. Mengimbas suhu badan dan melaksanakan rekod penjejakan sosial (mengimbas Kod QR Aplikasi MySejahtera atau mendaftar pada buku yang disediakan). Pematuhan terhadap SOP ini adalah diperketatkan; dan
vi. Tidak dibenarkan sebarang kontak sentuhan fizikal seperti bersalaman.
4- Jemaah yang menerima suntikan vaksin lengkap (sama ada dewasa, kanak-kanak atau warga emas) dibenarkan hadir ke masjid.
5- Walaupun melengkapi semua syarat di atas, pegawai bertugas dan jemaah masjid kekal dilarang untuk hadir ke masjid sekiranya terdiri daripada golongan seperti berikut:
i. Golongan yang berstatus PUI (Person Under Investigation), PUS (Person Under Surveillance) dan mereka yang memiliki risiko untuk dijangkiti;
ii. Golongan yang mempunyai gejala seperti demam, sesak pernafasan, sakit tekak, selesema dan sebagainya.
6- Selain itu, semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah termasuk jamuan adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP Kesihatan dan Keselamatan yang berkuatkuasa.
C- MASJID TERLIBAT
7- Semua masjid di seluruh Negeri Perlis adalah tertakluk kepada arahan SOP ini manakala surau atau tempat solat umum/awam kekal tidak dibuka. Larangan ini termasuk kepada agensi, institusi, parti, maahad tahfiz dan sebagainya melainkan dengan kebenaran khas daripada Yang Dipertua MAIPs melalui JAIPs.
Pada masa yang sama, baginda berharap agar seluruh rakyat Perlis sentiasa mematuhi segala SOP dan ketetapan ini agar nikmat kesihatan dan keselamatan yang dikurniakan oleh Allah SWT dapat disyukuri dengan kesungguhan mengimarahkan masjid selain meneruskan ikhtiar pencegahan penularan wabak Covid-19 dalam suasana norma dan kelaziman baharu. – SM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/perlis-benar-rapatkan-saf-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Saf Solat Jemaah Di Perlis Dirapatkan

Awani Ringkas Saf Solat Jemaah Di Perlis Dirapatkan

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 222 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
6138 Timbang Semula Penangguhan Kebenaran Rapatkan Saf Solat Ppim Sumberkini 26 12 2021

6138 Timbang Semula Penangguhan Kebenaran Rapatkan Saf Solat Ppim Sumberkini 26 12 2021

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 264 hits
PETALING JAYA Kecewa dengan penangguhan kebenaran merapatkan saf solat jemaah di masjid dan surau Persatuan Pengguna Islam Malaysia gesa keputusan tersebut dipertimbangkan semula Menurut ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan alasan menilai ...
6139 Ppim Kecewa Kebenaran Rapatkan Saf Masih Belum Diputuskan Malaysia Post 26 12 2021

6139 Ppim Kecewa Kebenaran Rapatkan Saf Masih Belum Diputuskan Malaysia Post 26 12 2021

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 291 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap Kementerian Kesihatan yang didakwa melengah lengahkan keputusan untuk membenarkan saf secara rapat solat jemaah di masjid dan surau di seluruh negara Kekecewaan itu diluahkan...
Johor Kurangkan Jarak Fizikal Solat Berjemaah

Johor Kurangkan Jarak Fizikal Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 192 hits
Oleh GAMBAR HIASAN Abd Razak Aid KERAJAAN Negeri Johor mengurangkan jarak fizikal pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah kepada setengah meter daripada satu meter sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam J...
Holding Bumn Pariwisata Harap Pt Twc Kelola Taman Mini Indonesia Indah Mulai 2022

Holding Bumn Pariwisata Harap Pt Twc Kelola Taman Mini Indonesia Indah Mulai 2022

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 235 hits
Menurut Dony Holding BUMN Aviasi dan Pariwisata terdiri dari beberapa perusahaan BUMN yang berada di bawah holding yakni bandara di mana bandara Indonesia ke depannya diharapkan akan menjadi bandara yang terbaik di dunia
Vaksin Pfizer Untuk Kanak Kanak 5 Hingga 11 Mendapat Kelulusan Bersyarat

Vaksin Pfizer Untuk Kanak Kanak 5 Hingga 11 Mendapat Kelulusan Bersyarat

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 194 hits
KUALA LUMPUR Pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang mengadakan mesyuarat ke 368 hari ini telah memberi kelulusan bersyarat untuk vaksin Covid 19 Pfizer digunakan pada kanak kanak berumur antara lima dan 11 tahun Menteri Kesihatan Khairy Jamaludd...
Kelantan Kutip Cukai Kayu Getah Mulai 1 Mac 2022

Kelantan Kutip Cukai Kayu Getah Mulai 1 Mac 2022

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 336 hits
Kelantan Kutip Cukai Kayu Getah Mulai 1 Mac 2022 Kelantan memperkenalkan kutipan cukai kayu getah dan tanah berimilik berkuat kuasa pada 1 Mac depan Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Abdul Khalim Abu Samah ket...
Vaksin Booster Covid 19 Untuk Lansia Mulai Diberikan

Vaksin Booster Covid 19 Untuk Lansia Mulai Diberikan

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 196 hits
Vaksin Booster Covid 19 untuk Lansia Mulai Diberikan Pemerintah resmi memulai penyuntikan dosis ketiga vaksin Covid 19 atau booster sebagai upaya menekan penyebaran virus corona varian Omicron Pada tahap awal booster diprioritaskan untuk ke...
Permit 33 Bazar Ramadan Mbsa Dibuka Mulai Isnin Depan

Permit 33 Bazar Ramadan Mbsa Dibuka Mulai Isnin Depan

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 252 hits
SHAH ALAM Permohonan bazar Ramadan di 33 lokasi tapak dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dibuka selama sebulan bermula Isnin depan
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy