Perlindungan Insurans Percuma Sehingga Rm10 000 Untuk Warga Selangor Bayi 30 Hari Pun Boleh Daftar


Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu dan segala perbelanjaan meningkat termasuk kos perubatan sudah tentu memberi kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Justeru menyedari betapa sukarnya perjuangan rakyat, kerajaan negeri Selangor mengambil inisiatif untuk meringankan bebanan rakyat dengan memperkenalkan perlindungan insurans am.
Perlindungan insurans am sehingga RM10,000 secara percuma meliputi kecederaan dan kehilangan upaya akibat kemalangan,khusus untuk rakyat negeri Selangor.
Kematian yang disebabkan kemalangan dengan perbelanjaan pengebumian berjumlah RM1,000 turut diberikan menerusi skim yang dikenali sebagai INSAN.
Bayi Sebulan Boleh Daftar Apa yang menariknya perlindungan insurans ini juga terbuka kepada bayi berumur 30 hari sehingga warga emas berusia 80 tahun dan dianggarkan akan memanfaatkan seramai 6 juta rakyat negeri ini.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, skim INSAN merupakan perlindungan hayat yang diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif kebajikan di samping memberi perlindungan menyeluruh kepada rakyat.
“Selepas melaksanakan pelbagai program, kita mahu rakyat dilindungi, ambil iktibar daripada wabak Covid-19 dan insiden banjir, rakyat perlu disedarkan tentang perlindungan dan kerajaan negeri memulakan inisiatif ini supaya perlindungan seumpama ini menjadi satu pemahaman dan sebahagian daripada pilihan.
Foto: mStar “Tidak ada ruginya perlindungan ini. Bukan untuk mempromosikan syarikat insurans tetapi dalam masyarakat maju di masa hadapan, perlindungan kesihatan sebagai contoh menjadi salah satu daripada keperluan dan prioriti masyarakat,” tegas beliau.
Malah beliau berkata, untuk berganjak ke sebuah negeri maju, masyarakat perlu terbiasa dan memahami kepentingan perlindungan terhadap diri sendiri.
Tambah beliau, ia dibuktikan juga dengan kos yang tidak begitu besar berbanding kos lain yang dilepaskan ketika menerima elaun atau gaji masing-masing.
“Sebahagiannya adalah untuk membudayakan skim perlindungan dan niat sudah pasti untuk melindungi serta sebagai tanda kita (kerajaan negeri) bertanggungjawab menjaga rakyat Selangor,” jelas beliau.
Foto: mStar Mengulas lanjut, ujar Amirudin, sejak diperkenalkan pada 1 Oktober lalu, pihaknya telah menerima lebih 40,000 pendaftaran.
Bagaimanapun, beliau menyasarkan lebih sejuta rakyat Selangor akan berdaftar pada akhir tahun ini manakala keseluruhan 6 juta sepanjang tempoh satu tahun pelaksanaan INSAN.
“Program ini akan disambung dari semasa ke semasa dan akan diperbaiki untuk kebaikan rakyat secara keseluruhan. Langkahnya juga mudah yang mana hanya perlu muat turun aplikasi wavpay atau hadir ke pusat khidmat supaya bantuan pendaftaran dapat dilakukan.
“Ia akan ambil masa sedikit tetapi tidak lebih 48 jam, biasanya jika tidak lulus pasti ada kekurangan tertentu seperti maklumat tak lengkap.
“Bagaimanapun jangan khuatir, anda boleh datang ke pusat khidmat MBI supaya pendaftaran dapat dilakukan,” jelas beliau sambil berkata ia bukanlah paksaan sebaliknya inisiatif untuk rakyat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Fintech Wavpay, Brahma Shakthi ketika ditemui mengulas tentang kerjasama dengan skim INSAN.
Menurutnya, kerjasama tersebut adalah untuk menyediakan platform khusus bagi inisiatif yang ditawarkan kerajaan negeri selepas pihaknya melihat potensi dunia digital yang sangat meluas di samping infrastruktur serta pola pengguna yang sangat memberangsangkan.
“Covid-19 telah mengubah landskap pengguna yang lebih cenderung untuk menggunakan platform digital. Jadi dengan kerjasama bersama MBI ini, seberapa banyak inisiatif kerajaan negeri dapat dipusatkan dalam satu platform.
“Pengguna khususnya rakyat negeri Selangor lebih mudah untuk membuat rujukan dan pendaftaran melalui aplikasi Wavpay (consolidate).
“Kami turut berminat untuk menawarkan khidmat kepada kepada kerajaan negeri yang lain, pada masa sama kajian dan penambahbaikan turut dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan pengguna menikmati perkhidmatan yang kondusif serta cepat,” katanya.
INSAN dilancarkan Amirudin semasa siri ketujuh Jelajah Selangor Penyayang yang bertempat di Stadium Sultan Suleiman, Klang, pada 23 Oktober lalu.
Setiap individu perlu mendaftar sendiri manakala ketua keluarga boleh mendaftarkan untuk anak-anak mereka.
Foto: mStar Aplikasi mobil e-Wallet Wavpay boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGalery.
Jadi apa tunggu lagi? Anak jati Selangor jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan skim perlindungan percuma ini ya!
Sumber: mStar

Jangan lepaskan peluang mendaftar sebagai peserta webinar Ya, Aku Mampu Susukan Anak! yang akan berlangsung Sabtu ini (29 Oktober 2022). Klik di sini untuk mendaftar https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di SINI https://t.me/pamadparents

The post Perlindungan Insurans PERCUMA Sehingga RM10,000 Untuk Warga Selangor. Bayi 30 Hari Pun Boleh Daftar! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/perlindungan-insurans-percuma-sehingga-rm10000-untuk-warga-selangor-bayi-30-hari-pun-boleh-daftar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bayi 38 Hari Alami Bengkak Usus Tersumbat Punca Dari Ibu Bagi Makan Kurma

Hiburan Bayi 38 Hari Alami Bengkak Usus Tersumbat Punca Dari Ibu Bagi Makan Kurma

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 168 hits
Baru baru ini seorang doktor di TikTok berkongsikan kisah seorang bayi berumur 38 hari mengalami bengkak usus selepas mendapati usus besarnya tersumbat dan disebabkan itu bayi berkenaan perlu menjalani pembedahan dengan segera Menurut dari ...
Hb Low Boleh Bahayakan Ibu Bayi Dalam Kandungan Sebab Tu Nurse Selalu Bising

Hb Low Boleh Bahayakan Ibu Bayi Dalam Kandungan Sebab Tu Nurse Selalu Bising

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 188 hits
Alahai merah lagi Hb aku bulan ni Habislah nanti nurse tanya macam macam Apa bahaya Hb rendah ni sebenarnya Bagi ibu ibu mengandung istilah Hb low atau Hb rendah adalah antara aduan yang paling kerap didengari Adakah anda faham apakah seben...
Penunggang Motosikal Buat Aksi Superman Boleh Didenda Rm15 000 Amp 5 Tahun Penjara Pdrm

Penunggang Motosikal Buat Aksi Superman Boleh Didenda Rm15 000 Amp 5 Tahun Penjara Pdrm

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 164 hits
Walaupun ramai yang tahu bahawa tindakan berlumba secara haram di jalan raya boleh mengundang risiko maut bukan sahaja pada diri malah pada pengguna jalan raya lain namun golongan tidak bertanggungjawab ini masih berdegil seolah olah mencab...
Selangor Bukan Sahaja Kaya Tetapi Beri 85 000 Lot Tanah Kepada Rakyat

Selangor Bukan Sahaja Kaya Tetapi Beri 85 000 Lot Tanah Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 118 hits
Selangor di bawah Pakatan Harapan sebelum ini dikenali sebagai negeri yang paling banyak memperkenalkan skim bantuan kepada rakyat sehingga menjadi ikutan Kerajaan Persekutuan Namun menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari K...
Empat Hari Bertahan Bayi Lelaki Selamat Dalam Kandungan Pergi Jua Ikut Arwah Ibunya

Empat Hari Bertahan Bayi Lelaki Selamat Dalam Kandungan Pergi Jua Ikut Arwah Ibunya

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 123 hits
Empat hari bertahan akhirnya bayi lelaki yang berjaya diselamatkan menerusi pembedahan kandungan selepas ibunya meninggal dunia akibat kemalangan ketika mengelak ular melintas di Kilometer 29 Kampung Charuk Padang Jalan Jeniang Sik Pedu Rab...
Tepergok Gali Tanah Makam Seorang Warga Di Jambi Kabur Dan Tinggalkan Mayat Bayi

Tepergok Gali Tanah Makam Seorang Warga Di Jambi Kabur Dan Tinggalkan Mayat Bayi

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 152 hits
Warga menemukan mayat bayi di Kelurahan Kampung Nelayan Kecamatan Tungkal Ilir Kabupaten Tanjung Jabung Barat Provinsi Jambi Bayi tersebut ditemukan di Tempat Pemakaman Umum Al Ikhlas
Koktail Buah Creamy Viral Sedap Ni Rahsia Kuahnya Boleh Tahan Sehingga 3 Hari

Koktail Buah Creamy Viral Sedap Ni Rahsia Kuahnya Boleh Tahan Sehingga 3 Hari

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 332 hits
Sejak kebelakangan ini ramai yang mula jual air koktail buah Minuman ini seolah olah jadi trending Dengan pelbagai campuran buah yang segar nata d coco atau jelly serta aiskrim vanila satu mangkuk tu memang tak cukup Dapat pula makan waktu ...
Hiburan Boleh Didenda Sehingga Rm50 000 Dan Dipenjara Berani Ke Netizen Nak Kecam Orang Lagi

Hiburan Boleh Didenda Sehingga Rm50 000 Dan Dipenjara Berani Ke Netizen Nak Kecam Orang Lagi

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 271 hits
Umum sedia tahu netizen di Malaysia tidak pernah berhenti mengecam individu individu di internet lebih lebih lagi golongan ternama dan selebriti Ini membuatkan Malaysia mengungguli tempat ke 6 di dunia dan tangga ke 2 di asia dalam masalah ...
Video Daftar Pelanggaran Berdendang Bergoyang Izin 3 000 Yang Datang 21 000

Video Daftar Pelanggaran Berdendang Bergoyang Izin 3 000 Yang Datang 21 000

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 149 hits
Tak cuma itu panitia penyelenggara hanya menyiapkan satu tenda kesehatan dengan lima petugas di dalamnya
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Mana Ada Sekatan Royalti Terengganu Kata Fahmi

Racists Are Those Disregarding Local Sensitivities Akmal To Tiong

Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Dua Tahun Kerajaan Madani Menguak Ke Depan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Buat Sendiri Sandwic Tebal 4 Tingkat Banyak Inti Confirm Kenyang

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid

Morcant Den F Rlorade Riddaren En Saga Om Mod Och F Rl Telse

Seketika Di Tugu Negara

Tak Bayar Hutang Lebih Rm1 Juta Barang Rumah Termasuk 4 Kereta Mewah Dsv Bakal Dilelong