Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Secara Percuma Di Besut Terengganu


Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Secara Percuma Di Besut Terengganu | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berat rasanya bila mengingat kembali saat Mak Sha pergi meninggalkan kami pada 11 November 2021 yang lepas. Tambah pula Sha tak ada di sana waktu itu kerana masih dalam perjalanan ke kampung. Segala urusan diserahkan kepada adik-adik dan keluarga terdekat di sana.

Sha hanya dapat tahu jenazah Mak akan diuruskan oleh satu NGO yang membuat perkhidmatan pengurusan jenazah di kawasan kami. Pada masa itu kebetulan suami baru cakap minggu lepas dia dan Mak ada sembang. Mak pesan kat suami, jika Mak meninggal di hospital, urus sahaja Mak di sana tak perlu bawa balik Mak ke rumah kerana tak nak menyusahkan orang




Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Secara Percuma Di Besut Terengganu
Dikhabarkan kepada Sha pada masa itu ada seorang kenalan keluarga memberi satu contact pihak pengurusan jenazah dan kami memilih mereka untuk menguruskan Mak. Jenazah Mak agak lama berada di wad sementara menunggu result swab test covid-19. Seperti yang kita maklum jenazah covid-19 akan diuruskan oleh pihak hospital. Alhamdulillah Mak bebas virus covid-19 dan terus dibawa ke sebuah masjid untuk diuruskan

Pengurusan jenazah ini melibatkan daripada urusan mandi, kafan, sembahyang jenazah dan perkhidmatan van jenazah. Daripada pemerhatian Sha perkhidmatan ini agak baru dimulakan kerana sebelum ini Sha tidak pernah dengar lagi. Walaubagaimanapun besarlah pahala bagi insan-insan yang memudahkan perjalanan jenazah

JNZA Gaung Global
JNZA Gaung Global adalah pihak yang bertanggungjawab menguruskan jenazah Mak pada 11/11/2021 yang lepas. Tak kiralah siapa yang ada disana didoakan semuanya diberkati, diberikan kesihatan yang baik selalu dan diberikan ganjaran di akhirat sana. Terima kasih kerana membantu dan melancarkan pengurusan ibu saya hari itu. Terima kasih kerana sempat menunggu saya tiba di rumah sebelum menyelesaikan pengebumian Mak di tanah perkuburan







Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pihak JNZA Gaung Global

Mengikut maklumat yang Sha dapati daripada facebook rasmi JNZA Gaung Global, mereka bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah sahaja. Apakah perkhidmatan lain itu?
Sekiranya anda berada dalam situasi di mana berlaku kematian atau memerlukan kenderaan untuk temujanji di hospital dalam kalangan ahli keluarga mahupun waris terdekat anda juga boleh menghubungi pihak JNZA Global. Inshaallah pihak mereka akan membantu menyelesaikan masalah anda tanpa mengenakan sebarang bayaran kerana perkhidmatan mereka adalah secara 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗩𝗜𝗗𝗨.
Disamping memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan meringankan beban masyarakat JNZA gaung global Jerteh Besut Terengganu menyediakan perkhidmatan seperti berikut.

antaranya :-


van komuniti [mengambil & menghantar pesakit yang tidak kritikal (temujanji)]van jenazah [seluruh semenanjung]kain kafanmandi jenazahkafan jenazahsolat jenazahkhidmat sukarelawan
 

Jadi jika korang sedang mencari perkhidmatan untuk menghantar dan mengambil ahli keluarga yang sakit dan ada temujanji bolehlah menghubungi pihak JNZA Gaung Global untuk mendapatkan perkhidmatan mereka

Sumbangan Kepada Pihak JNZA Gaung Global

Firman Allah SWT dalam Surah al-Muzzammil, ayat 20 yang bermaksud: “Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”
Bagi yang ingin menyampaikan sumbangan korang boleh hubungi terus pihak yang bertanggungjawab. Jika sumbangan korang dalam bentuk kewangan korang boleh terus membuat sumbangan di akaun JNZA Gaung Global :
CIMB BANK8604-11-8076


Untuk pertanyaan lebih lanjut korang boleh hubungi insan-insan dibawah, semoga ini membantu korang disaat memerlukan nanti

𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚𝗜 𝗞𝗔𝗠𝗜 :-𝟬𝟭𝟯𝟵𝟳𝟮𝟭𝟮𝟬𝟬 - 𝗘𝗡. 𝗔𝗭𝗜𝗭𝗨𝗟𝟬𝟭𝟮𝟵𝟲𝟬𝟬𝟵𝟴𝟴 - 𝗘𝗡. 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗠𝗘𝗗𝟬𝟭𝟯𝟵𝟭𝟭𝟮𝟮𝟮𝟮 - 𝗛𝗝. 𝗦𝗔𝗡𝗜𝟬𝟭𝟰𝟴𝟭𝟬𝟮𝟴𝟬𝟬 - 𝗘𝗡. 𝗬𝗨𝗛𝗔𝗜𝗭𝗜


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2021/11/perkhidmatan-pengurusan-jenazah-secara-percuma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Pencapaian Kj Dan Masalah Bekalan Air Di Besut Terengganu

Apa Pencapaian Kj Dan Masalah Bekalan Air Di Besut Terengganu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 310 hits
Apa pencapaian KJ dan masalah bekalan air di Besut TerengganuOleh yieMEGAMUNGKIN pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang juga UMNO sudah biasa bersikap kurang ajar mungkin sebab itu kita tidak hairanlah ramai pemimpin yang berada di bawah ...
E Denda Bermula 1 Disember Pertingkat Perkhidmatan Dan Pengurusan Kes

E Denda Bermula 1 Disember Pertingkat Perkhidmatan Dan Pengurusan Kes

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 194 hits
PUTRAJAYA 26 November Satu Modul Pembayaran Denda Dalam Talian akan dilaksanakan bermula 1 Disember ini Ia fokus Badan Kehakiman Malaysia bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan selaras tranformasi digital pengurusan kes di mahkamah Mod...
Fam Jawab Isu Pengadil Terengganu Lawan Johor Dt

Fam Jawab Isu Pengadil Terengganu Lawan Johor Dt

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 172 hits
Foto Media MB TerengganuKUALA LUMPUR Di sebaIik kenyataan netizen yang mendakwa pengadiI perIawanan ketika aksi Terengganu FC menentang Johor DaruI Ta zim sukar untuk meIayangkan kad kepada pemain skuad namun Iaporan peniIai pengadiI membuk...
Lokasi Menarik Di Terengganu Bahagian I

Lokasi Menarik Di Terengganu Bahagian I

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 758 hits
Baru baru ni selepas kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri saya dan beberapa orang rakan telah mengambil peluang ke negeri Terengganu untuk explore lokasi menarik yang baru yang baru di sana Lokasi yang sempat kami explore bersama pi...
Pru15 Umno Yakin Rampas Terengganu Daripada Pas

Pru15 Umno Yakin Rampas Terengganu Daripada Pas

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 219 hits
freemalaysiatoday com November 24 2021 6 30 PMKesediaan Umno Terengganu untuk merampas pentadbiran negeri itu daripada pimpinan PAS juga seiring pendirian parti berkenaan yang ingin bertanding solo pada pilihan raya umum ke 15 PETALING JAYA...
Pru15 Umno Yakin Akan Rampas Semula Terengganu Dari Pas Amanah Tak Ada Cita Cita Kah Nak Rampas Terengganu Dan Kelantan

Pru15 Umno Yakin Akan Rampas Semula Terengganu Dari Pas Amanah Tak Ada Cita Cita Kah Nak Rampas Terengganu Dan Kelantan

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 244 hits
November 25 2021 UMNO Terengganu optimis dapat menawan kembali negeri itu sekali gus merampas tampuk pimpinan kerajaan Pas Timbalan Pengerusi UMNO negeri Datuk Din Adam berkata aras keyakinan itu berpandukan keinginan yang dilontar dan disu...
Akok Berlauk Inti Daging Kuih Tradisional Terengganu Turun Temurun

Akok Berlauk Inti Daging Kuih Tradisional Terengganu Turun Temurun

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 328 hits
Akok Berlauk atau Baulu Berlauk Di tempat anda kuih ini dipanggil nama apa Walaupun nama yang berbeza mengikut tempat rasanya sama saja kerana kedua dua mempunyai adunan yang sama Menerusi resipi yang dikongsi saudara Muliadi Ramli ini cara...
Buat Aksi Bahaya Di Terengganu Kena Tahan Di Kelantan

Buat Aksi Bahaya Di Terengganu Kena Tahan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 187 hits
Buat aksi bahaya di Terengganu kena tahan di Kelantan Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan di rumahnya di Tumpat Kelantan kerana dipercayai menunggang motosikal dengan aksi berbahaya ketika datang ke Terengganu susulan video memap...
Menu Terengganu Di Celup Tepung Memang Padu

Menu Terengganu Di Celup Tepung Memang Padu

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 301 hits
Buat yang merindui menu dari Terengganu boleh cuba di Celup Tepung yang terletak di Setia Alam Antara menu popular di kedai ini ialah Nasi Dagang Nasi Minyak Terengganu Laksam serta Celup Tepung Team Makan Di Mana telah mencubanya dan terny...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Jangan Terpedaya Kolaborasi Dengan Zico Netizen Gesa Untuk Boikot Lagu Baru Jennie Bp Atas Sebab Ini



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil