Perketat Kuarantin Elak Gelombang Kedua Covid 19 Seperti Australia


Bekas perdana menteri, Najib Razak menggesa kerajaan untuk mengetatkan peraturan kuarantin berikutan laporan kluster baru Covid-19 membabitkan kes-kes yang diimport.
Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji keputusannya mengizinkan mereka yang pulang dari luar negara menjalani pengawasan sendiri di rumah, dan mereka yang melanggar kuarantin perlu dipenjarakan dan bukannya dibebaskan dengan denda RM1,000.
“Jika kos merupakan faktor kenapa membenarkan kuarantin di rumah, saya percaya mereka yang tiba atau pulang dari luar negara mampu menampung kos bagi kuarantin 14 hari dalam pusat kuarantin rasmi negara atau dalam hotel-hotel yang telah disyorkan kerajaan.
“Suruh mereka bayar sendiri.
“Mereka yang tiba dari luar negara perlu dianggap sebagai kes suspek dan dikendalikan sebegitu sehingga sampai ke pusat kuarantin atau hotel,” katanya.
Najib memberikan peringatan mengenai gelombang kedua jangkitan Covid-19 dengan mengambil contoh apa yang terjadi di Australia akibat kelemahan sistem kuarantin di negara itu.
Gambar fail, pusat kuarantin ketika tempoh PKP. “Warga Malaysia tidak mahu apa yang menimpa negara Australia sekarang yang kini mengalami gelombang kedua Covid akibat kelemahan sistem kuarantin mereka berlaku di Malaysia
“Saya percaya Rakyat Malaysia tak larat untuk mengulangi PKP 6 minggu lagi setelah kita sudah berkorban dua bulan.
“Kerugian kepada ekonomi kita jika kita terpaksa mengulangi tempoh PKP adalah sangat besar,” tegas beliau pada suatu hantaran di media sosial malam tadi.
Malaysia pada mulanya melakukan kuarantin terhadap individu yang pulang dari luar negara di pusat kuarantin sementara di hotel-hotel khas dengan perbelanjaan ditanggung kerajaan.
Kuarantin wajib itu dilaksanakan selama 14 hari bagi memastikan seseorang itu benar-benar bebas daripada wabak Covid-19.
Bagaimanapun, mulai 1 Jun, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara perlu membayar separuh kos kuarantin, iaitu RM150 sehari atau RM2,100 selama dua minggu.
Sementara itu, bagi bukan warganegara Malaysia termasuk pemastautin tetap dan tanggungan warganegara Malaysia mereka perlu membayar kos penuh kuarantin.
Bagaimanapun, kerajaan pada 10 Jun lalu menetapkan mereka yang pulang dari luar negara hanya perlu melakukan kuarantin di kediaman masing-masing.
Negara ‘berisiko tinggi’
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah membenarkan keputusan itu dengan alasanhanya sebilangan kecil mereka yang kembali dari luar negara positif Covid-19.
Pada 5 Julai, dua rakyat Malaysia kembali dari Novgorod, Rusia, pada 5 Julai dan seorang didapati positif Covid-19 semasa ketibaan dan diasingkan.Manakala yang lain dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.
Semasa menjalani kuarantin di rumah, pesakit mengalami simptom dan kemudian diuji positif Covid-19, bahkan ayah pesakit juga turut dijangkiti.
Sejak itu, kluster Covid-19 lain yang melibatkan kes import juga telah dikesan, termasuk tiga daripada empat kluster baru yang dilaporkan semalam.
Kluster PUI Pitakwa, membabitkan seorang warga negara Malaysia yang pulang dari Nigeria yang dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu kerana mengalami gejala Covid-19 yang teruk.
Dia didapati telah mempunyai kontak rapat dengan 44 orang termasuk ahli keluarga, penumpang dan krew kapal terbang, pemandu teksi serta rakan sekerja dan daripada jumlah itu dua didapati positif Covid-19.
Kluster PUI Shirala pula membabitkan seorang bukan warga negara golongan profesional yang telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Kluster Musytari melibatkan tiga pelaut yang bekerja di atas kapal yang berada di perairan Malaysia di luar Sarawak ketika salah seorang daripada mereka jatuh sakit. Kapal ini mempunyai sejarah lawatan ke Jepun dan Singapura.
The post ‘Perketat kuarantin, elak gelombang kedua Covid-19 seperti Australia’ appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/18/perketat-kuarantin-elak-gelombang-kedua-covid-19-seperti-australia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Bandar Melbourne Kembali Dikenakan Sekatan Dalam Usaha Memerangi Gelombang Kedua

Covid 19 Bandar Melbourne Kembali Dikenakan Sekatan Dalam Usaha Memerangi Gelombang Kedua

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 316 hits
AUSTRALIA Gelombang kedua jangkitan Virus Parti Komunis China yang melanda telah memaksa pihak berkuasa untuk mengenakan sekatan terhadap kira kira 5 juta orang di kota kedua terbesar di negara itu Pihak berkuasa mengatakan bahawa mereka a
52 Kes Baharu Dilaporkan Hong Kong Hadapi Gelombang Ketiga Pandemik Covid 19

52 Kes Baharu Dilaporkan Hong Kong Hadapi Gelombang Ketiga Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 217 hits
Hong Kong mengambil langkah mengetatkan beberapa peraturan termasuk sekatan perjalanan dan penjarakan sosial kerana negara itu kini sedang berdepan gelombang ketiga kes penularan Covid 19 Setakat ini bandar tersebut telah melaporkan 52 kes ...
Benda Dirisaukan Terjadi Jua Gelombang Kedua Cov1d 19 Mula Melanda Sarawak K3s Cecah Dua Angka

Benda Dirisaukan Terjadi Jua Gelombang Kedua Cov1d 19 Mula Melanda Sarawak K3s Cecah Dua Angka

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 160 hits
Siapa sangka kes p0s1tif COV1D 19 di Sarawak kembali mencecah dua angka apabila 10 kes baharu direkodkan hari ini sekali gus mencetuskan gelombang kedua pand3mik di negeri itu Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Timbalan Ketua Menteri ...
Wanita Kuarantin Tular Makan Di Restoren Sah Positif Covid 19

Wanita Kuarantin Tular Makan Di Restoren Sah Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 256 hits
IPOH Seorang pesakit di bawah pengawasan wabak koronavirus yang tular makan di sebuah restoran di Meru Raya di sini telah dikenal pasti dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Menurut sumber wanita berusia 7...
Gubernur Banten Jelaskan Penurunan Kasus Covid 19 Hingga Gelombang Phk Besar Besaran

Gubernur Banten Jelaskan Penurunan Kasus Covid 19 Hingga Gelombang Phk Besar Besaran

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 188 hits
Padahal pada pekan sebelumnya Provinsi Banten masuk dalam 10 besar Provinsi dengan penyebaran Covid 19 tertinggi
Covid 19 Jangan Benarkan Individu Dari Luar Negara Kuarantin Di Rumah

Covid 19 Jangan Benarkan Individu Dari Luar Negara Kuarantin Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 200 hits
Susulan pengumuman KKM semalam terdapat tiga kluster baharu membabitkan individu pulang dari luar negaraBEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan menyemak segera polisi membenarkan mereka yang tiba dari luar untuk me...
Mahu Elak Covid 19 Lelaki Di India Ini Memakai Penutup Muka Diperbuat Daripada Emas

Mahu Elak Covid 19 Lelaki Di India Ini Memakai Penutup Muka Diperbuat Daripada Emas

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 319 hits
Hampir separuh tahun sejak pandemik COVID 19 mulai menular dapat dilihat pelbagai cara dan telatah daripada orang ramai seluruh dunia dalam usaha untuk mengelakkan daripada dijangkiti wabak yang menjadi pandemik ini Terbaharu tular seorang ...
Detik Bersejarah Pusat Kuarantin Covid 19 Maeps Ditutup Operasinya Hari Ini

Detik Bersejarah Pusat Kuarantin Covid 19 Maeps Ditutup Operasinya Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 219 hits
Selepas hampir empat bulan beroperasi sebagai pusat kuarantin untuk Covid 19 hari ini nbsp Pusat Kuarantin amp Rawatan Covid 19 Berisiko Rendah MAEPS Serdang telah pun menamatkan operasinya Hal ini susulan daripada pesakit terakhir yang ber...
Covid 19 Orang Ramai Perlu Terus Waspada Elak Penularan Jangkitan

Covid 19 Orang Ramai Perlu Terus Waspada Elak Penularan Jangkitan

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR 5 JULAI Orang ramai diingatkan berwaspada terutamanya yang berada di kawasan awam bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid 19 dalam komuniti susulan jumlah kes positif kini kembali mencecah dua angka Meskipun hanya tiga kes p...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Traditional Seats No More A Factor In Pn Says Gerakan