Perkep Jspt 2018 Malam Santuni Budaya Kita
Hi dear readers! Selamat berhujung minggu. Malam Sabtu lalu, 28/12/2018( Jumaat Malam) Un hadir ke Majlis PERKEP JSPT bertemakan Malam Santuni Budaya Kita. Un sampai area Kl awal. Bagi elakkan suasana jalan jem! Stress owhh kalau jem, bosan dan jemu! Jadi lepas zohor dah gerak masuk Kl. Ingat nak singgah Prince Court, melawat boss lama ASP MAZRIE yang warded. Tapi, otw p sana, Un teringat nak call. Rupanya, dia dah keluar ward. Jadi, tak jadi p melawat dia. Un singgah cuci mata di ARIANI. Ter”shopping” jugalah.. adehh! Sampai Kl, UN rest di Masjid Al Bukhari. Sempat rehat sekejap lepas Asar dan bersiap di Masjid Al Bukhari. Tepat 630ptg Un pun gerak ke Berjaya Times Square. Adoiii…ingat dekat jalan pun okay lah. Rupanya tidak! Huhh! 630pm keluar dari pintu masjid, nak ke Berjaya Times Square tu tak jauh mana, tapi Un sampai tepat 7.15pm. Bayangkan jarak tak sampai 6km, tapi jangka masa tu punya lama! 😣😣 Majlis Bermula Dengan Perarakan Masuk Ybhg Datin. Sebelum majlis bermula, pastinya sessi mengabadikan kenangan dengan kenalan. Tak tahu bila lagi dapat bersama mereka. Ini mungkin majlis terakhir Un dengan PERKEP JSPT. Dan Majlis ini juga adalah bagi meraikan pertukaran pegawai dan anggota bertukar. Serius, walaupun Un tak berapa aktif PERKEP ketika di JSPT, namun kenangan dengan pegawai kanan dan staff di sini akan sentiasa melekat jauh disanubari. Cuma catatan ini akan membuatkan memori bersama mereka sentiasa segar diingatan. Memori Kenangan PERKEP JSPT ; Majlis Malam Santuni Budaya Kita Selepas ucapan, makan dan persembahan tepat jam 1200 malam. Cuma Un bukan cinderella yang perlu lari daripada Majlis sebelum detik tengah malam, so sempat lagi bergambar kenangan dan bersalaman mesra dengan tetamu sebelum berangkat. Selesai Majlis, Un terus gerak balik. opss sini parking daripada 715pm – 0001hrs, total Un kena bayar Rm10.00. Balik tu terus hantar kereta pasukan ke Balai, dan terus balik rumah. Pastinya, suami tercinta setia menanti. Dan lepas siap solat dan rehat seketika, terus lelapkan mata. Yang best, anak-anak tak sedar langsung. Depa ni once dah set otak ummi kerja malam, takkan terjaga lagi. Tapi kalau tahu Ummi ada di rumah, malam waktu lena tu, boleh depa bangkit cari Ummi. Adoii, tidur malam , mana mungkin tidur nyenyak. Paling tidak, 3/4 kali mesti bangun. Mana tidak, lepas sorang, sorang lagi cari Ummi. Ehmm.. redha la..mungkin ini pengorbanan seorang ibu. 😃 Telekung Kenangan Terima kasih PERKEP JSPT, atas hadiah cenderahati berupa telekung solat jenama Terawih Collection Fatimah Az-Zahra By Siti Nurhaliza. Tq so much. Akan terus terikat di hati. Tq.. 😍 Jumpa lagi dilain masa. 😘
The post PERKEP JSPT 2018 ; Malam Santuni Budaya Kita appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2018/12/perkep-jspt-2018-majlis-dinner/