Perkembangan Baby Newborn Anas


Perkembangan Baby Newborn Anas | Masa Aneeq dulu Fadzi tak ada pun buat entry pasal perkembangan dia. Dan Fadzi rasa agak menyesallah sikit sebab banyak perkembangan Aneeq yang Fadzi dah tak ingat.



Jadi kali ini, untuk Anas, Fadzi nak buat perkembangan Anas setiap bulan. Nak tulis buat kenangan apa yang terjadi pada Anas, apa yang Anas boleh buat setiap bulan. Nanti bila dah tua, Anas dah besar dan rasa rindu pada dia, boleh lah Fadzi throwback dekat entry blog ni je. 
Perkembangan Baby Newborn AnasOkay, perkembangan untuk Anas masa dia mula-mula baru lahir. Dari keluar perut Mak sampailah 4 minggu. Cukup masuk umur Anas sebulan.


Minggu 1Dalam minggu pertama ni, Anas duduk di hospital. Kebanyakan masanya Anas duduk dekat dalam Nursery. Tak banyak perkembangan yang Fadzi boleh nampak sebab Fadzi datang ke hospital pun sekejap sekejap je. Sempatlah juga direct breastfeed Anas. 

Tapi tiap kali Fadzi datang untuk melawat dan susukan Anas, nurse yang jaga kata Anas aktif, tak nangis teruk pun. Setakat ook ekk ook ekk nak susu atau buntut dah basah je.

Minggu 2Minggu kedua ni pulak Anas dah boleh keluar hospital. Most of the time Anas masih kuat tidur sebab ada jaundis sikit. Jadi Fadzi dan Zul lebih kepada nak menyusukan setiap 2 jam, dan tukar diapers bila Anas berak.
Dalam minggu ini jugak, Fadzi dan Zul cuba untuk biasakan diri handle baby baru. Ye lah kan. Dah lama tinggal kerja-kerja menjaga baby kecik ni. Nak kena biasakan mandi, basuh berak dan kencing Anas.

Fadzi selalunya burp kan Anas, cara dukung. Waktu tu Anas mula cuba untuk angkat-angkat kepala dia. Tapi Fadzi kena tahan lah kepala dia supaya tak terjatuh ke belakang. 

Anas pulak bila dah masuk minggu kedua ni, dah pandai gerak gerak badan untuk pusing. Tapi of course dia tak pusing badan lagi. Cumanya ada lah nampak effort dia untuk pusing kan badan. Itu pun waktu dia lapar cari susu.

Hujung hujung minggu ni baru Fadzi berkesempatan untuk buat tummy time untuk Anas. Itu pun dua dua nampak kekok sangat. Fadzi letak Anas atas perut dan dada Fadzi. Anas duduk je situ. Dia just try nak pusing kepala je dan cuba untuk angkat. Maybe sebab tak larat lagi.
Cuba tegakkan kepala semasa dukung pada bahuCubaan untuk pusing badanAngkat kepala sekejap sekejap semasa dukung untuk burp dan tummy time
Minggu 3Masuk minggu ketiga ni, Fadzi dah start selalu kan buat tummy time dengan Anas. Hari pertama minggu ini Anas boleh angkat kepala agak lama jugak masa tummy time. 

Hujung hujung minggu ketiga ni, Fadzi perasan mata Anas dah boleh follow objek. Tapi kena letak objek tu dekat betul dengan mata Anas.

Dalam minggu ni Fadzi perasan yang Anas lebih kerap terjaga. Kalau 2 minggu sebelum ni, Anas lebih suka tidur je. Tapi masuk minggu ni, Anas selalu terjaga terutamanya pada belah malam. 

Minggu ketiga ni juga Fadzi perasan yang Anas lebih kerap minum susu berbanding dengan minggu lepas. Mungkin sebab minggu lepas Anas masih ada kuning. Sekarang kuning dah hilang dan kerap berjaga. Mungkin juga sebab perut dia dah makin membesar dan mampu untuk minum dengan lebih banyak.

Sekarang ni bila nak dukung Anas, Fadzi kena lebih berhati-hati sebab Anas dah pandai menendang. Walaupun tak kuat tapi risau jugak lah terutamanya masa nak mandikan Anas. Risau terjatuh dari dukungan masa dia tendang kuat.

Fadzi paling suka bila ada masanya Fadzi berborak dengan Anas, dia akan buat bunyi ohh ahh. Macam dia tengah membalas apa yang kita cakap pada dia. Fadzi layankan saja, konon-konon faham apa yang Anas cakap kan.
Tegakkan dn angkat kepala lebih lama masa tummy time dan dukung semasa burpMata ikut objekLebih kerap berjaga terutama pada waktu malamLebih kerap menyusuMula pandai menendangBuat bunyi ohh ahh
Minggu 4Tangan Anas dah mula menggenggam baju. Masa Anas menyusu, Anas akan grab belakang badan Fadzi atau dia akan genggam baju Fadzi. Masa Zul mandikan Anas pun dia sempat genggam baju Zul. Hujung-hujung minggu keempat ni pulak, Anas dah pandai grab dada Fadzi masa menyusu. Siap kena cakar woih. 

Bila kiteorang dukung Anas, mata Anas pandang je dekat muka kiteorang. Mungkin sebab pengelihatan baby kan agak terhad. Jadi bila kiteorang dukung die, baru dia nampak jelas muka mak ayah dia. Pandangan Anas ke arah muka pun makin lama. Tenung bukan main lama dan kusyuk tau.

Kaki Anas makin kuat. Setiap kali mandi dalam bath tub atau sink, Anas akan gunakan kakinya untuk menendang. Makin risau dibuatnya.

Hujumg-hujung minggu keempat ni, baru Fadzi perasan yang Anas suka tengok cermin. Fadzi bila nak burp kan Anas, Fadzi berdiri sebelah dengan cermin besar. Fadzi perasan yang kepala Anas asyik pusing ke belah kiri. Bila Fadzi tengok semula, rupa-rupanya Anas tengah tengok cermin. Genggam baju orangPandang muka dengan lebih lama apabila didukungMakin kuat menendangSuka tengok cermin
Setakat sebulan dengan baby baru ni, Fadzi masih lagi waras hahahha. Kurang tidur pada waktu malam itu dah pasti. Minggu ni Zul dah mula kerja dan Fadzi yang handle Anas dan Aneeq waktu siang.

So far, masih mampu nak kawal. Aneeq pun dengar cakap tapi kena pandai ambil hati dia. Bab memasak pun masih sempat. Anas pun behave je. Menangis kalau nak lapar, diapers penuh dan bosan berbaring dalam bilik.

Sekarang ni dah nak masuk umur sebulan Anas ni. Mesti makin banyak ragamnya. Semoga Fadzi dapat handle kedua dua Anas dan Aneeq dengan minda yang waras selalu. Heee.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.fadzirazak.com/2018/10/perkembangan-baby-newborn-anas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baby Newborn Anas Kena Tahan Wad Sebab Tak Kencing Dalam Masa 24 Jam Selepas Bersalin

Baby Newborn Anas Kena Tahan Wad Sebab Tak Kencing Dalam Masa 24 Jam Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 795 hits
Baby Newborn Anas Kena Tahan Wad Sebab Tak Kencing Dalam Masa 24 Jam Selepas Bersalin Entry sebelum ni Fadzi ada cerita kan pasal pengalaman bersalin dekat Avisena Specialist Hospital kan Korang boleh baca dekat sini Dalam entry kali ni Fad...
Lazada Malaysia Big Baby Fair

Lazada Malaysia Big Baby Fair

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 333 hits
Happy friday uolls Bestlah tu esok dah weekend Bagi yang ada anak anak tu mesti dah berhutang janji nak bawa anak pergi jenjalan ataupun masak makanan kesukaan diorang kan Pss meh sini nak bisik sikit Korang tau tak Lazada ada buat Lazada B...
Lopaq Chempel Phatah Gebooz Baby Cinet Lepak Santai

Lopaq Chempel Phatah Gebooz Baby Cinet Lepak Santai

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 326 hits
Lopaq Chempel Phatah Gebooz Baby Cinet Lepak santai Sakan Dah hidup bebas kat luar malas pulak memasing nak masuk rumah Cuma si Lopaq je yang masuk semalam Tu pun sebab dia sedih Snowzura hilang tak balik balik Sampai nak makan pun tak lalu...
Bayi Dah Sebesar Limau Gelagat Sam Syatilla Scan Baby Excitednya Sama Macam Mengandung Yang First Juga

Bayi Dah Sebesar Limau Gelagat Sam Syatilla Scan Baby Excitednya Sama Macam Mengandung Yang First Juga

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 366 hits
Wah cepatnya membesar adik Syeriv Syatilla kata dah sebesar sebiji limau Jom tengok gelagat Syatilla Sam masa buat pemeriksaan dan imbasan kepada bayi dalam kandungan ini Walau pun ini adalah kehamilan ketiga pasangan ideal Shaheizy Sam Sya...
Baby Batuk Sampai Tak Cukup Nafas Berjangkit Daripada Orang Yang Datang Melawat

Baby Batuk Sampai Tak Cukup Nafas Berjangkit Daripada Orang Yang Datang Melawat

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 267 hits
Jika sebelum ini kami pernah menulis kisah seorang bayi berumur 15 hari yang telah dijangkiti virus Adeno di mana berjangkit daripada orang yang melawatnya menyebabkan kematian Nampaknya kali ini kes yang hampir sama terjadi lagi kepada bay...
Tni Gagalkan Penyelundupan Baby Lobster Tujuan Singapura Senilai Rp 1 5 M

Tni Gagalkan Penyelundupan Baby Lobster Tujuan Singapura Senilai Rp 1 5 M

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 217 hits
Perwira Pelaksana Lanal Dumai Letkol Laut Saiful Simanjuntak mengatakan petugas sempat kejar kejaran dengan pelaku penyelundupan baby lobster itu
Hand Me Downs You Should Never Accept For Your Baby

Hand Me Downs You Should Never Accept For Your Baby

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 311 hits
Let s face it baby items are expensive and it isn t long before your baby outgrows said items So it s only understandable and cost efficient as well to recycle or share secondhand items with relatives or friends That being said there are ju...
Baby Yusoff Buat Muka Ikut Abah Nak Pergi Kerja

Baby Yusoff Buat Muka Ikut Abah Nak Pergi Kerja

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 340 hits
aliffsyukriterlajaklaris Kesian yusoffalqardawi nak ikut abah View this post on Instagram kesian yusoffalqardawi nak ikut abah baju sy dari razman razmikualalumpurA post shared by Ohabangkosmetik on Oct 23 2018 at 10
Lovingly Signed Personalized Baby Gifts

Lovingly Signed Personalized Baby Gifts

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 370 hits
Assalamualaikum Berita gembira untuk mereka yang sentiasa buntu ketandusan idea untuk mencari hadiah istimewa untuk si kecil yang baru lahir Biasanya kalau kita menerima berita gembira ahli keluarga atau rakan baik selamat melahirkan baby m...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor