Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Jika Ingin Berkahwin Dengan Orang Kurang Upaya
Cinta bukan sesuatu yang boleh dirancang. Kita tak boleh duga dimana dan bila kita akan jatuh cinta atau dengan siapa kita akan bercinta. Semua tu akan datang dengan sendiri nya. Siapa tahu suatu hari nanti kita memilih pasangan yang kurang upaya.
Perkara ni tak mustahil akan berlaku. Dan kita pun dah banyak baca tentang wanita atau lelaki yang sudi berkahwin dengan OKU. Tentu banyak yang perlu dipersiapkan sebelum kita teruskan dengan keputusan kita.
Bagi yang mungkin mempunyai perancangan mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang kurang upaya mungkin akan menghadapi beberapa masalah namun beberapa perkara di bawah sedikit sebanyak mampu membuatkan kita lebih bersedia dari sekarang.
Kewangan
Walaupun kerajaan menggalak kan pengambilan pekerja kurang upaya namun tidak banyak syarikat yang mampu untuk mengupah pekerja Kurang Upaya memandangkan golongan ini terhad pergerakan mereka.
Jadi masalah kewangan mungkin akan sedikit sebanyak memberi kesan pada rumahtangga yang dibina. Saya ada kenalan yang suaminya kehilangan sebelah kaki. Dan disebabkan tu dia hanya pernah diterima bekerja di dua syarikat pembersihan.
Dia tak mampu kekal di satu tempat kerja sebab persekitaran tempat kerja yang menyukarkan dia.Jadi dia diberhentikan. Sampai sekarang tak bekerja. jadi isterinya terpaksa menanggung perbelanjaan dapur dan bil.
Untuk itu apa yang dilakukan mereka ialah, sedaya upaya untuk berjimat. Suaminya tak lepas tangan dalam menguruskan rumahtangga. Dia tetap melakukan kerja-kerja rumah supaya isterinya dapat berehat selepas pualng kerja.
Pergerakan yang terhad.
Bukan semua orang bertuah seperti rakan saya yang suaminya masih mampu untuk membantu menguruskan kerja-kerja rumah. Ada yang pasangan nya hanya terlantar dan tidak mampu melakukan apa pun.
Mungkin akan muncul rasa tidak adil bila korang terpaksa menguruskan segalanya tapi pasangan korang hanya terlantar menonton tv.
Buang perasaan tersebut dan ingat kembali apa tujuan kita berkahwin dengan nya? Adakah kerana ingin melakukan segalanya bersama-sama, atau untuk menjaga nya seumur hidup kita.
Kita sendiri yang memilihnya jadi kuatkan semangat dan laluinya semampu yang korang boleh. Jangan fikir pasangan korang tak rasa apa-apa. Dah tentu dia pun sedih sebab tak mampu nak bantu korang.Jangan sesekali fikir dia tidak bertanggungjawab. Percayalah hatinya juga pedih.
Seperti ada orang ke tiga
Mempunyai pasangan kurang upaya bagaikan mempunyai orang ketiga dalam perkahwinan. Normal jika semakin lama korang mula rasa masalah tersebut mengganggu rumahtangga korang. Korang akan rasa rimas, rasa terbeban, rasa tak ada tempat mengadu, dan seolah-oleh korang melaluinya bersendirian.
Korang mungkin akan rasa tak perlu untuk meluahkan rasa letih dan bosan tersebut pada pasangan korang. Korang risau dia akan sedih dan kecewa. korang tak nak dia rasa rendah diri.
Tapi tak salah untuk mengadu dan menangis di bahunya. Dia juga patut tahu perasaan kita walaupun dia tak mampu untuk berbuat apa. Meluahkan perasaan dan berkongsi masalah mampu mengurangkan kesedihan yang kita tanggung. Siapa tahu mungkin pasangan kita tu adalah pendengar yang baik.
Perkahwinan adalah satu cara untuk kita melaluinya bersama-sama. jadi dia berhak tahu..
Apa pun yang dilalui jangan sesekali hilang hormat pada pasangan kita walaupun dia kurang upaya. Hormati dia dan banyak kan berkongsi rasa dengan nya agar dia tidak rasa semakin terpinggir. Bercampurlah dengan masyarakat sekeliling agar mereka juga akan beri perhatian pada pasangan kita.
Bayangkan jika kita keluar bekerja dan sesuatu berlaku pasa pasangan kita , sekurang-kurangnya ada jiran yang mampu beri pertolongan. Apa pun sebelum berkahwin kita perlu fikir semasak-masaknya kerana untuk hidup bersama orang kurang upaya ni besar cabaran nya dan memerlukan kesabaran yang tinggi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2019/10/perkara-yang-perlu-diberi-perhatian.html