Perjuangan Tidak Pernah Selesai
Lama rasanya tak borak dekat sini. Since 4 July ea? Hurm....
Kemanakah daku menghilang? Aku pun tak tahu...malas naudzubillah tak payah cakaplah.
Minggu lepas secara rasminya, lappy kesayangan, my very first laptop, peneman zaman belajar sudah pun pergi selamanya....pergi ke cahaya. Hahahaha
So wassap guys, amacam pagi raya? Btw, in case korang wonder, aku update entri ni guna phone je. Feel dia tadakla sebest lappy, tapi aku cuba untuk bagi yang blog ni still dimiliki oleh tuan yang masih bernyawa...
Banyak giler cerita nak diceritakan since last entri. Dari Shah Alam ke Perak, kemudian ke Negeri Sembilan. Tup, tup sekarang dah dekat Sarawak.
Jauhkan perjalanan dia. Tapi satu pun takda entri. Pastu bila nak campur semua cerita tu dekat sini, opkoslah dia jadi caca marba macam cincau soya ais kacang perisa petai.
Macam sekarang, tengah nak update tetiba rasa lapar nak makan cheeskut. Maka kemudianla kita sambung.
Still tak makan lagi cheesekutnya. Baru nak bangkit mencari makanan. Kerepek ubi pun kerepek ubilah. Sebelum tu aku dedicate satu lagu untuk hari ni. Bolehla korang layan sambil baca entri merepek ni.
[embed]https://youtu.be/HJBXt21VpJ8[/embed]
Cerita Satu: Bunuh Diri
Sejak dari dulu lagi aku selalu wonder "what's the point of living if it just contradicts"? Biasalah kadang pemikiran macam ni dia serang, aku pun takleh kawal. Lagi-lagi musim awal PKP dulu.
Dahlah kena buang kerja (even aku pun happy lepas kena buang), pastu duduk pulak kuarintin sensorang an. Dengan pelbagai komitmen hidup yang semakin hari semakin tinggi, siapa je tak fikir nak bunuh diri weh?
Hari-hari kot fikir. Dengan suara-suara yang terngiang-ngiang bisik suruh ambik je pisau kat dapur tu. Nak lawan tak mudah. Nak ikut, kita tahu apa hukum bunuh diri.
Ada waras yang kawal. Takde akal, silap hari bulan aku sendiri boleh kecundang. Pastu aku sendiri akan end up dengan keluhan 'entahlah wei...aku penat hidup...'
Pastu shallow minded people akan terus hukum kau. Susah kan jadi dewasa...so senang cerita, tak payah lahir langsung itu mungkin lebih mudah hidup.
Cerita Dua: Perak
Bayangkan kau menganggur, nak lari dari dunia tapi takde duit. Pastu kau patah balik ke cerita satu tadi. Dalam berkira-kira macam orang gila, tetiba ada member offer short gateway.
Maka, ke Peraklah kita. Kebetulan ada member kat sana, throwbacklah sampai ke Lumut.
Aku tak tahu apa yang Lumut ada sampai pergi sana, aku rasa lega...takde dah pemikiran cerita satu membelengu jiwa.
Takde dah suara² yang menjerit katakan aku tak berguna. Dia macam...pergi...mungkin suara tu perlukan laut gamaknya. Perlukan closure kata mereka.
Sebenarnya tak habis pun dua hari satu malam tu untuk pusing satu Perak. Sempatlah ke Batu Gajah, Ipoh dan Lumut. Pangkor mungkin next mission. InsyaAllah.
Cerita Tiga: Nilai
Nilai ni misi last minit jugak. Dua hari sebelum tu aku rogerlah mana member Ca yang terdekat ajak steamboat bersama.
Awalnya total classmate 24 orang. Tolak yang quit dan tinggal yang betul stay sampai hujung adalah dalam 19 orang. Dari lapan orang yang aku ping, enam orang dapat hadirkan diri. Okaylah kan....
Jadilah trip satu hari ke Nilai. Steamboat dekat Dapur Arang tu je. Bolehlah..tapi tak seberbaloi mana.
Habis steamboat lepak Dataran Nilai. Memasing update life memasing. Cerita cabaran dunia kedewasaan. Sedikit selingan throwback dan falsafah prinsip hidup. Adalah satu dua ambush...biasalah...takdelah nama member kalau tak burn member kan.
Esoknya, mana yang masih berhampiran, kitaorang sarapan sekali. Kat sini lagi sedap dan worth it untuk lepak lama². Kedai mamak je pun.
Habis pada tu, chowla. Ke Gombak la kita.
Cerita Empat: Kuala Lumpur
Barai tak barai kita teruskan perjalanan. Selepas ambik member kitaorang satu lagi dekat Gombak, kitaorang decide untuk lepak di Sunway Putra Mall sebab dah lama tak lepak situ. Last rasanya 2017. Time tu nak merasa restoran DC.
Macam biasa, steamboat lagi. Tapi kali ni di Seoul Garden saja.
Kalau keluar dengan member sorang ni dia kena pandai decipher sikit. Sebab orangnya tak banyak bercerita. Dia lebih suka kita yang initiate dan mudi perbualan.
Aku dengan dia since first class CTU dekat blok C. Ramah, baik, cantik, manis orangnya. Senang kata dia memang perempuan melayu terakhirlah. Ramai sebenarnya peminat dia. Tapi dia sek² yang mininum 50k. Hahaha
Lepas bersteamboat, macam biasa jugak...ke Dataran lah kita. Kali ni Dataran Merdeka.
Masa ni diorang cakap aku tak best sebab ralit shoot gambar sana sini samapi lupa member. Well, siapalah tak teruja nak polish skill photography kan bila view tu kita suka. Sampai tertunggang terbalik panas phone dek kerana asyik bergambar.
Sorrylah, phone aku sejak dua menjak ni memang the best buddies everla. Dialah lagu, dialah buku, dialah laptop, dialah kamera...dialah segalanya. Mungkin sebab tu laptop aku pergi dulu...
None none none, adalah pukul 11 malam jugak aku sampai rumah. Masa ni mood socialize aku sumpah drain giler!
Drain dia sampai tarik aku kembali ke cerita satu. Penat!
Cerita Lima: Lowyat
Sebelum cerita Lowyat ni, ada sorang bekas kawan kerja dulu ajak lepak. Perempuanlah. (saja mention sebagai reference cerita semata) Aku macam separuh hati sebenarnya lepak time ni. Sebab kitaorang berkawan tak sampai setahun.
Dalam hidup aku, term kamceng, member, buddies hanya akan wujud selepas aku dengan dia/mereka/sesiapa sahaja yang datang berkawan lebih dari tiga tahun.
Kurang dari tiga tahun, kau still dekat luar maze hidup aku. Kategori acquaintance citer dia. Itu cara aku...
Berbalik pada cerita Lowyat.
Time ni member aku ajak teman dia cari gadget kat sana. Aku pun, disebabkan penganggur berjaya, plus banyak cerita yang tak habis dicerita, lepaklah dengan dia.
Allah, kau tahu jelah Lowyat macam pasar ikan. Boleh kena social anxiety aku kalau berlama dekat situ. Rimas!
Pusing-pusing habis setiap level diteroka sampai patah kaki, alih-alih barang yang dicari tu rupanya takde production lagi. Haigoo.....
Dengan laparnya...maka ke sebelah (kedai apa ea sebelah Lowyat tu...aduh lupa pulak) hurm...haa Times Square..maka mencari makanan di Times Squarela kitaorang. Itupun tak banyak kedai best.
Play safe, macam biasa SR (Secret Recipe) la tempat pilihan.
Habis cerita, dah siap hantar dia balik maka sampai rumah sekitar lepas isya' jugaklah aku. #baraibhai
Cerita Enam: Pertiwi
Aku sendiri tak expect yang aku akan pulang beraya selepas hampir setahun enam bulan tak balik sini.
Ini pun gara-gara adik aku dah sampai level pressure gunung berapi buat aku balik. Kalau tak mungkin masih hidup dalam cerita satu.
Orang yang paling happy dengan kewujudan aku kat sini opkoslah kawan sekolah rendah yang dah berapa tahun tak jumpa. (Eh, eh perasannya hidup!) Kes terjumpa semula pun sebab kakak aku.
So, amacam perasaan dah sampai tanah kuda laut ni?
Bebas berantai.
Itu jawapan aku....
Seronok ya seronok. Happy itu tidaklah sangat. Dia just adanya...
Kalau kau nak compare 12 dengan 16, opkoslah aku akan pilih 3.
Atau mungkin aku kena lengkapkan 18.6 tahun kehidupan pencarian ini bagi melengkapkan kajian MSL hidup aku. (yang faham, faham. Yang tidak, tidaklah...)
Bagi aku, perjuangan ni sampai bila-bila takkan pernah selesai. Masih dan sentiasa berjalan even aku taip ni dah tahap melunjur kaki bengkok tubuh di kerusi opis. Aku patut start minum susu Anlene bagi kuatkan tulang supaya jadi macam Michelle Yeoh.
Konklusi
Ayam belaan ayah aku belakang rumah berkokok macam lagu Mohram.
[embed]https://youtu.be/wvsbUhxI0K4[/embed]
Ini Mohramnya.
Tapi takde siapa percaya. Mungkin sebab bukti tu takde dan semua orang tak sampai ke tahap imaginasi aku.
Mungkinlah...
Korang yang selalu jadi silent reader aku mesti kenot brain jugak kan? Apahal perjuangan tidak pernah selesai punya konklusi ayam berkokok Mohram?
Adeh sakit tulang...(betulkan duduk jap...) adeh hilang dah apa yang aku taip tadi....
Konklusi yang sebenar:
Kalau suka orang, cakap. Jangan pendam sorang.
Tak jatuh pun nilai kau kalau approach atau initiate orang untuk keep in touch
Bila orang da approach usah layan macam sampah. Kau pun ditanam berulat jugak.
Ego biar bertempat. Kalau boleh, campak ke laut mati. Takde dalam sejarah ego pernah menyelamatkan dinasti.
Mahu yang terbaik, jadi yang terbaik. Terbaik bukan maksum, tapi manusia yang sentiasa letak neraca baik buruk dihadapan sebelum terjun.
Sentiasa upgrade level kematangan dari semua sisi baru kau faham istilah ready.
Biar dikata gila sekalipun seisi dunia menolak cita.
Kau benci orang, sebab kau lapar. Bila kau rasa orang benci kau, kau yang tak cukup tido. Simple!
Bila hidup bagi kau pisau, pilihan samada kau sembelih nafsu dalam diri atau sembelih orang yang menghalang nafsu mencapai impian.
Ditatap dongak pada langit gelap mencari awan kebiruan,
Dipasung rasa menanti pelangi bekerlipan,
Dibiar hati berbelah penuh penyesalan,
Ditimbang neraca tiada pernah kepuasan,
Penghujungnya kitakan pergi kesendirian,
Pilihan kau pergi dengan senyuman atau dihurung kehampaan...
Selamanya perjuangan tiada pernah punya jawapan....
Tapi masa, akan tetap rungkai segala kekeliruan.....
////
Itu saja laporan untuk 7/12 ini dari aku, saya, orang dan sofieadie. Oh, the other is yuhaadie. Papehal roger.
Sampai bertemu lagi dengan tahun palindrome. Semoga seorang aku ini menyerap segala apa yang ditulisnya. Dan Salam Aidil Adha buat warga Midgard!
(aku nak up gambar, tapi tak dapat....harey tollah..makanya, gambar lama je lah)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sofieadie.com/2020/07/perjuangan-tidak-pernah-selesai.html