Perjuangan Keadilan Yang Panjang




TUJUAN inkues adalah bagi menentukan punca kematian seseorang. Namun keputusan inkues tidak semestinya boleh menentukan perkara tersebut.
Ini kerana Majistret yang bertindak sebagai Koroner dalam prosiding inkues juga boleh membuat keputusan terbuka (open verdict), atau dalam bahasa orang awam, ‘tidak dapat memutuskan punca kematian’.
Ini seperti dalam keputusan inkues kematian pembantu politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock, dibunuh tidak, bunuh diri pun tidak. Keputusan inkues itu kemudian dirayu hingga ke Mahkamah Rayuan.
Prosiding inkues juga tidak berhak meletakkan tanggungjawab jenayah kepada mana-mana pihak, senang cakap seperti mensabitkan si A terhadap kematian si B. Lagi pun di Malaysia, bidang kuasa Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak.
Jadi kenapa perlu inkues? Tiada sebab khusus digariskan kenapa Majistret perlu menjalankan inkues bagi sesuatu kes kematian, itu atas pertimbangan Peguam Negara selaku Pendakwa Raya untuk mengarahkan Majistret melakukannya.
Ini mengikut Kanun Acara Jenayah dan amalan ketika ini Koroner dikendalikan seorang hakim Mahkamah Sesyen. Dalam kes kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kemudiannya inkues dibuat atas arahan Peguam Negara dan berdasarkan kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini, inkues diarahkan selepas penemuan dapatan tertentu polis menerusi rakaman percakapan saksi, lakonan semula dan hasil bedah siasat pihak forensik patalogi yang hanya boleh didedahkan di mahkamah kelak.
Hari ini berakhir prosiding inkues tersebut selepas 41 hari pendengaran dan melibatkan 30 saksi dipanggil. Sepanjang tempoh prosiding yang memakan masa lima bulan ini pelbagai isu melingkari perjalanannya.
Mungkin tidak pernah berbangkit dalam prosiding inkues sebelum ini hal seperti melibatkan peguam Syazlin Mansor dalam kemelut dengan Peguam Negara dan beberapa isu lagi. Berkerut dahi juga memikirkannya yang mengundang pelbagai komen termasuk dari pengamal undang-undang.
Namun secara umum, inkues memberi peluang kepada semua pihak berkepentingan melibatkan diri dalam proses siasatan Koroner. Dalam kes ini, antara yang diputuskan sebagai pihak berkepentingan termasuk keluarga Allahyarham Adib dan Jabatan Bomba.
Keputusan inkues ini dijangka diketahui tidak lama lagi. Jika bukan keputusan terbuka, maka tahulah rakyat Malaysia apakah punca yang menyebabkan kematian Muhammad Adib dalam kejadian rusuhan akhir tahun lalu berdasarkan siasatan Koroner.
Sekadar maklumat, rayuan kepada keputusan inkues jika ada yang tidak berpuas hati boleh dilakukan selain siasatan semula boleh dilakukan pihak berkuasa kerana tiada had masa ke atas kes jenayah.
Apa pun, sudah banyak masa diambil dan ini baru bab punca kematian. Ternyata perjuangan menuntut keadilan kepada Allahyarham Adib yang meninggal dunia akhir tahun lalu masih panjang. -UTUSAN ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/25/perjuangan-keadilan-yang-panjang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Pengurusan Sertamerta Perancangan Holistik J Panjang Dr Ahmad Yunus

Air Pengurusan Sertamerta Perancangan Holistik J Panjang Dr Ahmad Yunus

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 304 hits
Air Rakyat S gor berdepan krisis keperluan utama Dr Ahmad YunusMASALAH gangguan air di Selangor makin kerap dan makin meruncing Sebagai sebuah negeri termaju di Malaysia dengan kepadatan penduduk yang tinggi Kerajaan Negeri Selangor pimpina...
Selamat Cuti Hari Sarawak Banyak Cuti Hari Minggu Yang Panjang Tahun 2019

Selamat Cuti Hari Sarawak Banyak Cuti Hari Minggu Yang Panjang Tahun 2019

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 698 hits
Salam Isnin Cuti hari Isnin ni jadi kita pergi bercuti selama 3 hari Tahun 2019 ni agak banyak juga cuti weekend yang panjang di Sarawak hehe Jadi kita manfaatkannya untuk bercuti dan merehatkan minda Untung la orang bekerja di Sarawak Dan ...
Terkini Lra Ssp Fasa 1 2 3 Dan Lra Rantau Panjang Mula Beroperasi

Terkini Lra Ssp Fasa 1 2 3 Dan Lra Rantau Panjang Mula Beroperasi

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 380 hits
LRA SSP Fasa 1 2 3 Dan LRA Rantau Panjang Mula Beroperasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor fasa 1 2 dan 3 serta LRA Rantau Panjang yang ditutup semalam susulan pencemaran diesel telah mula beroperasi semula pada kira kira pukul 3 30 pagi ta...
Perseteruan Panjang Fahri Hamzah Vs Elite Pks Sampai Minta Sita Aset

Perseteruan Panjang Fahri Hamzah Vs Elite Pks Sampai Minta Sita Aset

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 179 hits
Fahri dipecat karena dinilai berlebihan membela Setya Novanto dalam kasus Papa Minta Saham
Ayam Kari Sedap Campur Kacang Panjang Terung

Ayam Kari Sedap Campur Kacang Panjang Terung

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 928 hits
Resepi ayam Cara memasak ayam kari sedap giler Resepi berbuka puasa cara masak ayam kari how to cook chicken curry Cara masak tengok sini ye Resepi masakan ayam bahagian sayap Masakan kari ayam dengan menggunakan kari babas Cara masak ayam ...
Kebijakan Baru Paskibraka Putri 2019 Bercelana Panjang

Kebijakan Baru Paskibraka Putri 2019 Bercelana Panjang

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 210 hits
Kementerian Pemuda dan Olahraga akan mengganti ketentuan bagi anggota putri Pasukan Pengibar Bendera Pusaka Nasional 2019 Jika biasanya mereka menggunakan rok tahun ini diganti dengan celana panjang Kebijakan baru ini adalah bagian mekanism...
Kemenpora Sebut Celana Panjang Paskibraka Putri Sesuai Aturan

Kemenpora Sebut Celana Panjang Paskibraka Putri Sesuai Aturan

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 229 hits
Tidak hanya dalam Perpres aturan pengenaan celana panjang ini dibahas Aturan yang sama juga terdapat pada Peraturan Kapolri Nomor 6 Tahun 2018 Tentang Pakaian Dinas Lalu ada pula pada Peraturan Menteri Pertahanan RI Nomor 9 Tahun 2017 Tenta...
Tips Mudah Nak Tahu Panjang Tangkai Penghubung Bingkai Dan Lebar Kanta Sebelum Beli Cermin Mata

Tips Mudah Nak Tahu Panjang Tangkai Penghubung Bingkai Dan Lebar Kanta Sebelum Beli Cermin Mata

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 573 hits
Bagaimana cara anda membeli cermin mata Lazimnya ramai yang mencuba satu persatu cermin mata yang disukai untuk menguji samada saiznya sesuai dengan wajah ataupun tidak Tahukah anda sebenarnya ada satu cara mudah untuk anda membeli cermin m...
Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh