Perjanjian British Siam 1909 Tidak Sah



Garis sempadan antarabangsa yang kini terpakai di antara Malaysia dan Thailand telah dilukis oleh pihak Siam dan British menerusi Perjanjian British-Siam 1909. Garis sempadan itu dibuat tanpa merujuk kepada sultan-sultan Melayu pada ketika itu.

Sungai Golok yang sekangkang kera itu telah dijadikan sempadan negara di antara Malaya dan Siam, memisahkan masyarakat Melayu di Kelantan dengan bekas rakan senegara mereka di Yala, Pattani dan Narathiwat yang kini menjadi milik Thailand.

Garis sempadan antarabangsa yang merentasi Bukit Puteh di Perlis memaksa masyarakat Melayu di wilayah Satun untuk tidak lagi dianggap sebagai rakyat Kedah mahupun Perlis.

Sebagai contoh, Kampung Ko Puyu (Pulau Puyu) dan Kampung Ko Yao (Pulau Panjang) didiami hampir seratus peratus masyarakat Melayu.

Perkampungan ini hanya terletak kurang dari 20 kilometer dari Kuala Perlis dan berjarak lebih dekat dengan tanah besar Semenanjung Malaysia berbanding Pulau Langkawi.

Masyarakat di sini bertutur dalam loghat Kedah tetapi garis sempadan yang dilukis secara sesuka hati oleh British dan Siam ini telah menyaksikan orang-orang Melayu di sini tercerai daripada saudara-saudara mereka di Kedah dan Perlis.

Sejauh Manakah Perjanjian ini Sah? Undang-undang antarabangsa mengesahkan hanya negara berdaulat berhak menandatangani perjanjian antarabangsa.


Perjanjian British-Siam dimeterai di antara Siam dan British pada tahun 1909 tanpa rela pemerintah kerajaan-kerajaan Melayu.

Undang-undang antarabangsa ada menetapkan bahawa sesebuah entiti politik itu boleh diiktiraf sebagai sebuah negara apabila ianya memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Ini termasuk mempunyai wilayah yang berpenduduk, memiliki kerajaan yang berfungsi dan kapasiti untuk menjalin hubungan antarabangsa dengan negara-negara lain.

Negeri-negeri di utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sebenarnya tidak pernah dijajah Siam dan Inggeris.

Jadi, bagaimana Siam dan Inggeris boleh membuat Perjanjian Inggeris - Siam 1909 atau juga dikenali Perjanjian Bangkok 1909 menyebabkan negeri-negeri berkenaan diletakkan di bawah naungan Inggeris.

Perjanjian ini ditandatangani di Istana Raja Siam di Bangkok pada 10 Mac 1909 dan diratifikasikan pada 9 Julai 1909.

Negeri berkenaan memang mengadakan hubungan dengan Siam dan menghantar ufti atau bunga emas sebagai tanda 'damai' dan mengakui kekuatan Siam. Ia tidak membawa maksud negeri itu dijajah Siam.

Memandangkan Kedah dan kerajaan-kerajaan Melayu ini bukanlah jajahan atau negeri bawahan yang ditadbir secara langsung oleh Siam atau British, kerajaan British dan Siam tidak berhak untuk melukis garis sempadan antarabangsa seperti yang termaktub di dalam Perjanjian British-Siam 1909 tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan pemerintah-pemerintah Melayu yang mana wilayah kerajaan-kerajaan mereka terkesan akibat syarat-syarat perjanjian ini.

Sebelum Perjanjian British-Siam 1909 dimeterai, kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu di utara Semenanjung Malaysia ini melampaui sempadan moden Malaysia-Thailand yang membentang dari Kuala Sungai Golok di Kelantan ke perbukitan Bukit Puteh di Perlis.

Kedah sebuah negeri berdaulat serta telahpun menjalin hubungan antarabangsa dengan negara-negara lain seperti Siam dan kerajaan British.

Buktinya, pihak British membuat perjanjian dengan Sultan Kedah bagi mendapatkan Pulau Pinang pada tahun 1786 dan seterusnya Seberang Prai pada tahun 1798.

Jika Kedah adalah milik Siam, pihak Siam sudah pasti akan memaksa pegawai British untuk membuat perjanjian serahan ini (penyerahan Pulau Pinang dan Seberang Prai) dengan mereka dan bukannya dengan Sultan Kedah.

Kerajaan-kerajaan Melayu yang lain seperti Kelantan, Terengganu dan juga Perlis memenuhi syarat-syarat ini memandangkan kesemua kerajaan ini mempunyai kapasiti untuk menjalin hubungan antarabangsa dengan negara-negara lain.

Ini jelas terbukti daripada amalan turun-temurun pengiriman berbalas bunga emas dan hadiah yang berlangsung di antara kerajaan-kerajaan Melayu ini dengan Siam. Amalan itu tidak membawa kepada maksud Siam menjajah atau memiliki negeri-negeri Melayu.


Lagipula, setelah tamat Perang Dunia kedua, kerajaan British telah menugaskan Sir Harold Mac Michael untuk mendapatkan persetujuan sultan-sultan Melayu dari Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk menyerahkan kedaulatan mereka bagi memudahkan pembentukan Malayan Union pada tahun 1946.

Sekiranya sultan-sultan ini tidak berdaulat, kenapa perlu pihak British untuk mendapatkan persetujuan mereka?

Fakta-fakta ini membuktikan secara langsung dan tidak langsung bahawa kerajaan-kerajaan Melayu ini adalah kerajaan yang berdaulat.

Maxim perundangan 'nemo dat quod nan habet' ada menyebut bahawa ‘tiada siapa boleh memindahkan pemilikan lebih daripada apa yang dia miliki’.


Tindakan kerajaan British dan Siam yang mengorbankan wilayah tradisi orang-orang Melayu bagi tujuan cita-cita imperialistik mereka adalah suatu yang tidak patut berlaku kerana bukan hak mereka.  


Sama ada perjanjian ini adalah sah atau tidak menurut undang-undang antarabangsa, kenyataannya adalah agak mustahil bagi Malaysia untuk mempersoalkan keesahannya kerana perjanjian zaman penjajahan ini telahpun diakui dan digunapakai tanpa sebarang bantahan selama lebih daripada 100 tahun.


Orang Melayu patut mengambil iktibar daripada kesan Perjanjian British-Siam 1909 ini sebagai suatu pengajaran. Dalam keadaan lemah, akan ada pihak lain yang mengambil kesempatan untuk membahagikan-bahagikan orang Melayu yang menyebabkan kesan lebih lemah.

Dalam situasi politik negara sekarang, Melayu boleh dilemahkan melalui persempadanan kawasan pilihan raya. Jangan pendang mudah perkara ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hwaliman.blogspot.com/2019/12/fpp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Silat Sah Milik Malaysia

Silat Sah Milik Malaysia

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 563 hits
Macam kontroversi je tajuk ni kan tapi itu kejayaan yang diterima oleh apabila berjaya mengenepikan jiran Indonesia apabila berjaya muncul sebagai pemilik mutlak sukan itu Menerusi yang berlangsung di Bogota Colombia bermula 9 Disember lalu...
Pink Lady Body Perfection Sah Halal Dari Jakim Dan Lulus Kkm

Pink Lady Body Perfection Sah Halal Dari Jakim Dan Lulus Kkm

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 1527 hits
Salam dan Hi Ramai sangat sangat yang nak cuba Pink Lady Body Perfection ni Mana tak nya testimoni dan feedback yang positif dari pengguna memang banyaaaakkk sangat sangat Berjuta juta feedback positif Tapi masalah nya sekarang takut nak cu...
K Clique Sah Tu Satu Chord

K Clique Sah Tu Satu Chord

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 287 hits
G mBalikG mPutaran realiti terbalikG mYang bayang bayang baG mPutaran realiti terbalik G mBalik G mPutaran realiti terbalik G mYang bayang bayang baG mPutaran realiti terbalik G mSalam kata seruSatu hala tujuG mJangan salah lakuNanti tumpan...
Bedak Talkum Suchi Halus Dan Gebu Sah Digunakan Ketika Ihram Pula Tu

Bedak Talkum Suchi Halus Dan Gebu Sah Digunakan Ketika Ihram Pula Tu

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 644 hits
Salam dears Mama ni jenis yang lepas mandi ja mesti nak tabur bedak talkum kat badan Bila dah tabur bedak tu rasa wahhh segarnya Siapa yang sama ngan Mama Haa kita geng Sekarang ni kan Mama dok guna bedak talkum Suchi dan Mama suka So baran...
Nama Wiranto Dicoret Anggota Dewan Penasehat Hanura Sebut Munas Tidak Sah

Nama Wiranto Dicoret Anggota Dewan Penasehat Hanura Sebut Munas Tidak Sah

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 189 hits
Partai Hanura pun saat ini menggelar Munas yang diantaranya membahas pemilihan Ketum Hari menyatakan Munas yang dipaksakan dengan Ketum yang sudah diberhentikan dan tetap melaksanakan Munas tanpa persetujuan tertulis dari Ketua Dewan Pembin...
Uas Nikah Siri Istri Sah Dulu Saya Bego Sekarang Kamu Nikmati Akibatnya

Uas Nikah Siri Istri Sah Dulu Saya Bego Sekarang Kamu Nikmati Akibatnya

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 331 hits
Seorang wanita berinisial AS istri anggota TNI Serda UAS kembali curhat di media sosial Facebook Ia curhat terkait kondisi terbaru rumah tangganya yang kini dalam proses perceraian di pengadilan gara gara ulah pelakor Meski sudah masuk taha...
Himpunan Pkm Ros Sah Enam Pertubuhan Tidak Berdaftar

Himpunan Pkm Ros Sah Enam Pertubuhan Tidak Berdaftar

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 305 hits
Tiga lagi berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 BANGI Enam daripada sembilan pertubuhan yang menghadiri Majlis Peringatan Perjanjian Damai Hatyai Anjuran Parti Komunis Malaya di Kajang pada 1 Disember lalu adalah pertubuhan tidak berdafta...
Pemain Bintang Sah Penyertaan Terbuka Australia

Pemain Bintang Sah Penyertaan Terbuka Australia

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 332 hits
SEMUA pemain lelaki dalam kelompok 50 teratas dunia dan pemain wanita dari Belarus Victoria Azarenka mengesahkan penyertaan pada musim pertama Grand Slam di Terbuka Australian dekat Melbourne Park pada Januari menurut jurucakap penganjur ha...
Lafaz Talak Melalui Whatsapp Sah Jika

Lafaz Talak Melalui Whatsapp Sah Jika

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 428 hits
Suraya Roslan LAFAZ talak melalui Whatsapp yang jelas daripada suami kepada isterinya adalah sah sekiranya disertakan dengan niat Bagaimanapun Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menegaskan talak yang dilakukan...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Last Day Bekerja Di Bulan Ramadhan

Bergambar Dengan Dekorasi Meriah Raya Jalinan Tradisi Di Kl East Mall

Dr Mahathir Urges Compassion For Cancer Stricken Jamal Yunos Says Past Grievances Should Be Set Aside

Lokasi Kami Di Sini Segera Daftar Sebagai Agent Mobile Stokis

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Pelancaran Vending Machine Itik Ke Ayam X Chef Dato Fazley Yaakob

Ayat Al Quran Mengubat Hati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turning Clutter Into Cash How An Estate Sale Can Be Your Best Financial Decision This Year

Gempa Di Myanmar 144 Terbunuh 732 Cedera Dalam Gempa Bumi 7 7 Magnitud

Lari Jangan Jalan 2 Terbaru Dari Brooks White Mountaineering X Reebok

Scam Kononnya Pmx Sediakan Pelaburan Ia Adalah Palsu Dan Fitnah Tak Pasti Jang

Zamri Vinoth Akan Terus Lawan Demi Kebenaran 13 Peguam Hadir Wakili Saya

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak