Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi


Pasar Payang Terengganu – Waktu Operasi, Kemudahan & Tarikan Utama
Pasar Payang Terengganu adalah merupakan salah satu tempat menarik di Terengganu yang anda wajib singgah apabila berkunjung ke negeri ini. 
Pasar ini bukan sahaja terkenal dalam kalangan penduduk tempatan malah menjadi tumpuan pelancong yang datang dari pelbagai tempat. 
Kalau anda nak menyelami kehidupan masyarakat setempat sambil membeli belah, inilah tempatnya. Ada pelbagai jenis barangan yang anda boleh dapatkan di sini. Silap-silap, berjam-jam pun belum puas pusing satu pasar!
Nak tahu apa lagi yang menarik di Pasar Payang Terengganu ini, jom baca perkongsian di bawah. 
BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik di Terengganu 2025
Sejarah & Pengenalan Pasar Payang Terengganu  Pasar Payang Terengganu atau nama rasminya Pasar Kedai Payang adalah merupakan tarikan utama di Kuala Terengganu. 
Pasar ini terletak strategik di tepi Sungai Terengganu dan berhampiran Jeti Shahbandar. Ia sangat mudah diakses dan dikelilingi oleh pelbagai tarikan lain seperti Chinatown dan Masjid Abidin.
Pasar ini juga terletak berdekatan dengan Bazar Warisan dan Kompleks Stesen Bas MBKT. 
Sumber: Sinar Harian Nama “Pasar Payang” dipercayai diambil daripada perahu payang, iaitu sejenis bot tradisional yang digunakan oleh nelayan Terengganu untuk aktiviti perdagangan dan menangkap ikan sejak zaman dahulu. 
Ada juga pendapat yang mengatakan nama ini berasal daripada sebutan “tempayan”, merujuk kepada tempayan besar yang digunakan untuk menyimpan barang dagangan.
Pasar ini mula beroperasi sejak tahun 1960-an dan terus berkembang menjadi pusat jual beli utama bagi masyarakat tempatan. 
Pasar Payang kini beroperasi dalam sebuah bangunan dua tingkat yang moden namun masih mengekalkan suasana pasar tradisional. Terdapat dua bangunan utama yang sering dirujuk sebagai Pasar Payang 1 dan Pasar Payang 2:
@ceosekmung Comey doh pasor payang kite, macam Mall doh 😁 #CeoSekmung #terengganu #thisisterengganu #pasarpayang
♬ original sound – CEO_Sekmung – CEO_Sekmung Pasar Payang 1: Merupakan bangunan utama baharu dua tingkat yang menempatkan jualan produk kraftangan, batik, songket, kain sutera, barangan logam, pakaian tradisional serta cenderamata. Ia juga menempatkan sebahagian gerai makanan dan minuman tradisional Terengganu di bahagian tertentu.
Pasar Payang 2: Lebih memfokuskan kepada jualan barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, hasil laut, serta barangan runcit harian. Ada juga peniaga makanan dan kuih-muih tradisional di sini. 
Kedua-dua bangunan ini terletak bersebelahan, memudahkan pengunjung untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang lengkap – dari produk kraftangan, pakaian, hingga ke barangan basah dan makanan tradisional.
Selain membeli-belah, pengunjung juga boleh mencuba pelbagai makanan tradisional Terengganu seperti keropok lekor, sata, nasi dagang, dan kuih-muih yang sukar didapati di tempat lain.
BACA JUGA: 15 Makanan Negeri Terengganu – Wajib Cuba [2025]
Waktu Operasi Pasar Payang dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 6 petang. Walau bagaimanapun, pada hari Jumaat, kebanyakan peniaga akan menutup gerai mereka untuk solat Jumaat, terutamanya sekitar waktu tengah hari.
Namun, terdapat juga beberapa gerai yang tetap beroperasi pada hari tersebut, jadi anda masih boleh membeli-belah tetapi dengan pilihan yang lebih terhad.
Setiap hari, 7 pagi – 6 petang.  Sumber: Sinar Harian NOTA TAMBAHAN:
Pasar Payang juga dibuka pada cuti umum dan hujung minggu Jika anda ingin mengelakkan kesesakan, kunjungi pasar pada hari bekerja dan waktu pagi. Kebanyakan transaksi di Pasar Payang adalah secara tunai namun sesetengah kedai menerima pembayaran kad untuk pembelian besar. Pastikan anda berpakaian sesuai kerana suasana pasar boleh menjadi agak panas.  Kemudahan Berikut adalah antara kemudahan utama yang disediakan di Pasar Payang 1 dan Pasar Payang 2:
Eskalator & Lif: Kemudahan ini dapat memudahkan warga emas, ibu bapa dengan anak kecil dan OKU Bilik Persalinan Bayi: Bilik ini disediakan untuk kemudahan keluarga yang membawa anak kecil. Surau: Kemudahan surau untuk pengunjung dan peniaga menunaikan solat dengan selesa. CCTV & Keselamatan: Kamera litar tertutup dipasang di seluruh kompleks pasar untuk memastikan keselamatan pengunjung dan peniaga. Medan Selera: Terdapat medan selera di Pasar Payang 2 yang menawarkan pelbagai makanan tempatan, kuih-muih, dan minuman tradisional. Kemudahan Bayaran Tanpa Tunai: Banyak gerai kini menerima pembayaran melalui QR code, e-wallet seperti Touch ‘n Go, Boost, serta kad debit/kredit, selain pembayaran tunai. ATM: Mesin ATM disediakan untuk kemudahan pengunjung mengeluarkan wang tunai. Tempat Letak Kenderaan: Terdapat kawasan parkir yang luas dan mudah diakses untuk memudahkan pengunjung meletakkan kenderaan. Apa yang Menarik di Pasar Payang? Pasar Payang Terengganu menawarkan pelbagai jenis barangan untuk anda membeli-belah atau mencari ole-ole khas Terengganu. Antaranya ialah:
1. Koleksi Kain Tradisional & Kraftangan Eksklusif Tingkat atas Pasar Payang adalah syurga bagi pencinta tekstil dan kraftangan tempatan. Di sini, anda boleh menemui pelbagai jenis batik Terengganu, songket tenunan tangan, kain sutera, brokat serta kraftangan seperti beg rotan, barangan tembaga dan cenderamata unik. 
Sumber: DagangNews 2. Makanan & Kuih Tradisional Terengganu Di bahagian tingkat bawah pasar menawarkan pelbagai juadah tempatan yang autentik. Anda boleh mencuba keropok lekor yang rangup, sata, otak-otak, nasi dagang serta aneka kuih tradisional seperti akok, kuih lapis, seri muka dan sebagainya.
3. Hasil Laut & Barangan Basah Terengganu memang terkenal dengan hasil lautnya yang segar-segar. Terdapat pelbagai jenis ikan, sotong, udang dan hasil laut lain boleh didapati pada harga berpatutan di pasar ini. Selain itu, terdapat juga sayur-sayuran, buah-buahan tempatan dan rempah ratus yang anda boleh beli di sini.
Sumber: Amazing Terengganu 4. Suasana Meriah & Interaksi Budaya Suasana pasar ini memang sangat meriah dan sibuk dengan aktiviti jual beli dan tawar-menawar serta keramahan peniaga tempatan. Aktiviti jual beli di sini mencerminkan kehidupan harian masyarakat Terengganu.
5. Barangan Tradisional & Cenderamata Selain tekstil, anda juga boleh mendapatkan pelbagai barangan tradisional seperti keris, perhiasan tembaga, mainan tradisional dan perabot kecil yang mencerminkan warisan seni Terengganu. Sesuai sangat dijadikan untuk ole-ole. 
6. Lokasi Strategik & Mudah Diakses Pasar Payang ini juga terletak di lokasi yang sangat strategik. Ia terletak di tengah bandar Kuala Terengganu, berhampiran Jeti Shahbandar, Chinatown dan Bazar Warisan. 
7. Peluang Tawar – Menawar Di pasar ini anda boleh tawar menawar secara langsung dengan peniaga. Ini membolehkan anda membeli belah dengan harga terbaik. Jangan lupa gunakan kemahiran menawar anda sebaiknya!
BACA JUGA: 15+ Restoran Shellout Popular di Terengganu [2025]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pasar-payang-terengganu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pasar-payang-terengganu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Tarikan Utama

Panduan Ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Tarikan Utama

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 157 hits
Panduan ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Tarikan Utama Kalau anda teringin nak tengok gajah depan mata dalam persekitaran yang selamat anda boleh berkunjung ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah di Lanchang Pahang Pusat konservasi Ga...
Bagaimana Mendapatkan Kelulusan Pinjaman Mikro Di Malaysia Faktor Utama Dan Cadangan

Bagaimana Mendapatkan Kelulusan Pinjaman Mikro Di Malaysia Faktor Utama Dan Cadangan

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 150 hits
Apa yang mempengaruhi kelulusan pinjaman mikro di Malaysia Pinjaman mikro semakin popular sebagai alat untuk menyelesaikan masalah kewangan jangka pendek di Malaysia Walau bagaimanapun untuk mendapatkan pinjaman mikro peminjam perlu melalui...
Bunting Pelamin Cara Pengiraan Usia Hamil Tanda Waktu Subur

Bunting Pelamin Cara Pengiraan Usia Hamil Tanda Waktu Subur

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 94 hits
Bunting pelamin merujuk kepada kehamilan awal selepas bernikah yang sering disalah anggap sebagai hamil sebelum kahwin akibat kurang faham mengenai kiraan sebenar usia kandungan Penting untuk mengenali simptom awal penjagaan yang betul dan ...
Tunggu Detik Bersalin Bila Waktu Patut Pergi Hospital

Tunggu Detik Bersalin Bila Waktu Patut Pergi Hospital

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 84 hits
Menjelang saat bersalin tubuh ibu akan menunjukkan beberapa tanda awal kelahiran seperti kontraksi dan pecah air ketuban Namun penting untuk mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk ke hospital agar proses pemantauan dan kalahiran dapat di...
10 Kejayaan Utama Untuk Golongan Pekerja Di Bawah Pentadbiran Pmx

10 Kejayaan Utama Untuk Golongan Pekerja Di Bawah Pentadbiran Pmx

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 106 hits
HarapandailyMay 5 2025OLEH A ZahidSambutan Hari Pekerja 2025 menjadi detik bersejarah buat kaum pekerja di Malaysia Di bawah kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim pelbagai pencapaian penting telah diraih s...
Kenapa Anak Trauma Waktu Makan Elak Kesilapan Ini

Kenapa Anak Trauma Waktu Makan Elak Kesilapan Ini

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 96 hits
Kenapa anak trauma waktu makan Elak kesilapan ini Dalam dunia keibubapaan setiap detik bersama anak adalah peluang untuk mendidik membentuk emosi dan mengeratkan hubungan kekeluargaan Salah satu waktu yang sangat penting dalam sehari ialah ...
Wow Cantiknya Netizen Terpegun Tengok Wajah Fazura Tanpa Mekap

Boycott Pkr In Ge16 Greets Nurul Izzah S Victory Grassroots Foresee Rot From Prevalent Family Ties

Kalau Had Umur Pencen 65 Tahun

Sabah Activist Pans Bung S Claim Of Minimal Development Under Local Parties

Hiburan Hanya Ayam Dan Sambal Ramai Pertikai Kenapa Harga Ayam Gepuk Mahal Ini Sebabnya

Why The British Mini Still Captures Hearts Across The World

Rasa Nak Ulas Isu Tengah Viral Tapi

Koleksi Tumbuhan Spider Plant Dan Kaktus Di Laman Kecilku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam

Modread Selagi Nafas Ini Belum Berhenti Selagi Itu Kau Tetap Akan Ku Cintai Chord

Tips Penjagaan Rambut Ikal Mayang Agar Kekal Sihat Dan Cantik

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Posting Pmx Diserang Teruk