Perjalanan Menyambut Adik Konvo Di Utm Skudai Johor
PERJALANAN MENYAMBUT ADIK KONVO DI UTM SKUDAI, JOHOR... Happy Convocation, Adib ! Ya, kakak mana yang tidak berbangga dengan kejayaan adik sendiri? Masa Adib konvo diploma dulu, aku tak ada disisi. Jadi, aku tak lepaskan peluang melihat adik aku konvo untuk degree pula
Perasaan iri tu aku tolak jauh-jauh. Iri dengan kejayaan adik sendiri sebenarnya. Sebab aku SPM saja. Bukan aku mengeluh SPM tu punca kegagalan, cuma aku juga menyimpan impian menyimpan segulung ijazah. Tapi, ALLAH SWT sebaik perancang. Aku tidak mampu
28 APRIL 2019
Kami bertolak pagi dari Rawang ke Johor Bharu. Pagi tu awalnya aku suruh Is pakai pampers. Bergaduh kami berdua. Masing-masing taknak susahkan sesiapa. Lastly, Is decide taknak pakai pampers. Aku hanya berdoa Allah SWT permudahkan urusan kami semua
Lepas tu singgah R&R Seremban untuk makan. Ramai sungguh manusia, kami take turn tempat duduk. Mujur ada rakyat Malaysia yang baik hati, sebab nampak Is naik wheelchair, so dia satu family berikan kami tempat duduk. Alhamdulillah
Perjalanan diteruskan dan kami check-in di Scholar Inn, UTM Skudai. Biliknya kecil, tapi bersih. Dekat dengan UTM, jadi senang lah Adib nak ulang-alik untuk settle semua prosedure pasal konvo dia ni haa...
Lepas Asar, kami ziarah Tok Aunty Teh, lepas tu rumah Tok Anjang pula. Sambil lepak tu, letak Umar atas Walid (Is) dia. Haaa lepas nak balik tu, ada drama pula. Is tak boleh bangun untuk masuk kereta. Mujur ada Uncle Yus suami Aunty Ime datang tolong. Memang Allah SWT dah tulis. Alhamdulillah, case closed. Is dapat masuk dalam kereta
29 APRIL 2019
Pagi tu Mama Abah order breakfast McDonald's je. Lepas tu tengahari kami bersiap-siap untuk pergi ambil gambar. Masa ambil gambar, Umar asyik nak dekat Walid dia lagi. Pada aku, Umar ni dia suka duduk atas wheelchair Walid dia
ADIK PUNYA KONVO,KAKAK YANG OVER-SHADOW😆😆
Haha.. Dan yes, sekali lagi Is susah nak bangun. Terus Mama marah aku sebab letak Umar atas peha Is. Hmm mana la aku expect benda tu. Sobsss ..
Settle bergambar, rehat dalam bilik. Lepas tu masing-masing kebulur lapar. So kami drop makan di Restoran Shahab. Dekat je juga dengan UTM Skudai ni haa. Nasi dia, lauk dia semuanya sedap. Alhamdulillah.
Malam tu kami pergi bazar karnival dekat UTM Skudai ni juga. Dari hari pertama nak pergi tapi sebab nak ziarah sana-sini, hold lahh dulu. Malam tu hujan, sampai ke ke karnival tu pun hujan masih renyai. Aku dah memang tak selesa basah-basah mengadap lopak air ni, tapi terpaksa redha
Tengah jalan-jalan cari baju seluar, Adib call Yah, cakap Syamel tengah perform. Apa lagi...... Yah cepat-cepat tarik aku, ajak pergi tengok Syamel. Lastly, kami dapat bergambar dengan Syamel sekali. Adib selaku peminat kipas susah mati Syamel pun tak sempat bergambar. Yang tak berapa minat ni pula yang beria. Hohoho ~
30 APRIL 2019
Adib pergi sambut konvo seorang diri. I mean... dengan kawan-kawan dia je. Kami satu family duduk dalam bilik. Sebab Adib ada anak kecik. Si Umar tu la.. Dia bukan boleh crowded, mengamuk je kerja
Kami pagi-pagi dah pergi makan dekat Lepak Place Taman Universiti. Lepas tu lepaklah bilik, kemas-kemas nak check-out pula. Dalam pukul 12 tengahari, kami start check-out. Lepas check-out, pergi mana ntah, bergambar kejap
- OVER -
Lepas tu Mama singgah R&R untuk buang air. Is pun join sama. Malang tak berbau, masa Is nak masuk dalam kereta semula, Is jatuh. Mungkin Allah SWT tuliskan ianya berlaku, ada seorang hamba Allah bergegas tolong kami angkat Is. Tak sempat berkenalan. Masing-masing panik. Apapun, terima kasih sangat pada hamba Allah itu. Beria-ria dia angkat Is. Kalau harap Abah Mama je, tak tahu lah
LAST BUT NOT LEAST........
Tahniah kepada adikku, Amzar Adib bin Muthal'lib. Moga selepas ini dilimpahi rezeki yang tidak putus, dan semakin berjaya, dan emmbanggakan Abah dan mama.
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
Terima kasih Allah SWT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aunitalib.com/2019/05/perjalanan-menyambut-adik-konvo-di-utm-skudai-johor.html