Perjalanan Menaiki Bas Tenom Kk Makan Seafood Di Kk


ISNIN | 08.04.2019
PERJALANAN MENAIKI BAS EKSPRES TENOM - KOTA KINABALU (KK)Jika sewaktu datang ke Tenom kami menaiki keretapi, untuk kembali semula ke KK kami memilih untuk naik bas ekspres. Ia bertujuan untuk penjimatan masa, merasa pengalaman jenis pengangkutan berbeza dan tentunya dapat melihat pemandangan baru

Beli tiket bas di sini - Tung Ma Nui Luk Express. Ini satu-satunya kaunter tiket bas ekspres yang ada di Tenom. Tiket tak boleh beli terlalu awal. Contohnya macam tiket kami untuk trip pukul 12 tengahari, hanya boleh dibeli pada sebelah pagi sehingga sebelum masa bas bergerak. Kami beli tiket kira-kira 20 minit sebelum pukul 12. Semalam kami sudah mendapat jaminan dari kerani kaunter - bahawa tak akan ada masalah kami tak dapat tiket sebab hari Isnin tak ramai orang nak naik

Masa berjalan kaki dari hotel menuju ke kaunter tiket inilah kami sepakat menukar plan asal - cancel ke Keningau dan terus sahaja ke KK. Alasan...nak merasa makan seafood di KK malam nanti. Walaupun saya bukan penggemar seafood, tapi rugi jugak tak mencuba alang-alang dah sampai KK kan.

Tiket bas kami. Bas yang kami naik ni dua tingkat. Mulanya kerani jual tiket tu nak bagi kami duduk tingkat atas. Cepat-cepat saya minta tingkat bawah je. Setelah berbelas tahun tak pernah naik bas, rasa tak yakin pulak nak naik bas duduk tingkat atas untuk satu perjalanan jauh. Lagi pulak bakal melalui jalan berbukit. Huhu.

Tenom - KKHarga tiket : RM20
Dari Tenom, bas akan berhenti di Keningau (turun/ambil penumpang). Dan ada beberapa kali bas berhenti di tepi jalan untuk ambil penumpang. Tak pasti mereka dah beli tiket awal tapi tak naik di stesen, atau macam mana. Bas ni jugak nampaknya boleh bawa barang besar. Penumpang ni naik di tepi jalan dan bawa sekali drawer plastik bertingkat ni

Perjalanan melalui laluan berbukit di Jalan Kimanis menyajikan pemandangan indah! Kehijauan di kanan kiri jalan dan nampak ada rumah-rumah di lereng bukit. Saya yang merasa pening kepala sejak masuk bas (sebab bau diesel kuat), terus jadi sihat bila lalu jalan ni..haha! Siap berkabus tebal lagi kat satu kawasan ni, masa ni pukul 1.40 petang tau. Kalau naik kereta sendiri bolehlah berhenti macam mereka tu...syoknya

Sekitar pukul 2 petang, bas berhenti di sini (ni kira RnR la kot). Tanpa sepatah kata, driver bas turun. Mujur la saya dah baca pengalaman orang lain - bas akan berhenti sekejap untuk kita ke tandas dan beli makanan. Cepat-cepat ajak suami turun. Sempat ke tandas dan beli makanan, terus naik bas. Untuk makanan Muslim, kami beli dari penjual bertudung yang membuka meja jualan di luar bangunan ini. Tak lama lepas kami naik bas, terus hon dibunyikan (panggil penumpang kembali ke dalam bas). Huh...memang ngam-ngam je dia bagi masa

Sempat lagi ambil gambar ni sebelum bas meneruskan perjalanan ke KK. Pemandangan yang cantik bagi saya. 
Ok, masa untuk makan-makan! Nanti sebelum sampai di stesen bas KK, pembantu driver akan bawa plastik sampah dan berjalan dari belakang ke depan untuk kutip sampah kita. Ehee...macam dalam kapal terbang pulak

Alhamdulillah...setelah melalui perjalanan selama 3 jam 30 minit, kami tiba di stesen bas KK. Sepatutnya boleh sampai lebih awal, tapi sebenarnya semasa di Keningau bas ada berhenti di sebuah bengkel (bunyi macam baiki tayar). Takpelah, janji selamat sampai. Seterusnya...kami buat carian servis Grab untuk ke hotel. Tak sabar nak berehat

-------------------------------------------------
MAKAN SEAFOOD DI KKKami menginap di Classic Kinabalu Hotel, sebuah hotel bajet (bilik kami berharga RM99) yang bersih dan selesa untuk berehat. Boleh berjalan kaki ke Pasar Filipina dan sekitarnya. 
Lepas berehat, sekitar pukul 5 lebih kami mula berjalan kaki ke arah Pasar Filipina. Suasana sekitar sangat meriah - ada pasar malam. Kami terus je berjalan untuk mencari tempat makan seafood. Sampai la jumpa satu kawasan yang meriah ni, terletak di tepi laut dan tak jauh dari Pasar Besar Kota Kinabalu. Saya tak pasti nama tempat ini secara tepat

Banyak sangat kedai nak dipilih. Nak bandingkan harga pun susah sebab udang je ada macam-macam jenis/saiz. Akhirnya kami pilih ke kedai ni. Sebab boleh duduk makan betul-betul tepi laut. Konon seronoklah kan makan tepi laut di waktu senja

Lobster ni harganya RM180/kg. Yang ni sekitar RM300. Harga di sini termasuk siap masak. Bergambar percuma, kita bergambar jelah yek..haha

Inilah rupa kedai makan di sini. Khemah tetap, lantai berjubin, sebelah kiri tu laut. Ramai juga pelancong asing yang makan di sini

Hidangan kami...ermm, macam banyak sangat pulak bila dah siap masak. Saya tak minat makan udang, jadinya saya makan ikan dan sotong tu je. Yang sedap kat tekak kami cuma sotong goreng tepung dan sayur kailan ikan masin, ikan dan udang rasa pelik masakannya. Ikan tu masak tiga rasa, tapi macam curah sos je. Dan ikan tak goreng garing. Agak susah payah juga nak habiskan benda yang tak kena tekak ni kan. Ni bukan tak bersyukur dengan rezeki, tapi sekadar cerita pengalaman kami makan di sini

Lebih membuat rasa sebal, air buah gelas biasa di caj RM7 dan sayur kailan tu RM10. Kesilapan kami di sini adalah tak bertanya harga sebelum order. Anggap ni macam kedai makan biasa, harga tak melambung. Kecuali seafood memang kita tau harga masa pilih. Total makan-makan kami - RM102

Lagi kurang selera saya, bila sekumpulan pelancong asing di meja sebelah (meja bercantum dengan meja kami) minum air arak tin. Siap cheers bagai. Meja depan pun sama. Masa mereka datang tak nampak pulak bawak air tin ke apa, tapi lepas tu tengok dah ada air arak tin atas meja masing-masing. Hmmm....🤔
Ok, pengalaman pertama kali makan seafood di KK tapi tak menyenangkan. Bagus jugak, tidaklah teringat-ingat dan nak pergi sini lagi. Haha

----------------------------------------------------Sampai di sini jelah catatan mengenai trip ke Sabah (trip keretapi ke Tenom lebih tepat). Yang penting, misi naik keretapi lama ke Tenom dah tercapai. Alhamdulillah

Penerbangan balik adalah pada pukul 7 petang esok. Esok siangnya kami cuma berjalan sekitar bandar KK dan menghabiskan masa di rumah adik ipar di Kinarut

Kos keseluruhan trip kami untuk 2 orang selama 4 hari 3 malam :Tiket kapal terbang AA (basic) - RM680.24Tiket ERL - RM19.60Parking kereta Salak Tinggi - RM27Hotel - RM219Tiket keretapi/teksi/bas Sabah - RM138.40Makan-makan - RM263.75Ole-ole - RM67.20Tiket Taman Pertanian Sabah - RM20TOTAL : RM1,435.19
Saya sertakan di sini untuk rujukan sendiri. Setakat tulis di kertas / komputer, susah nak cari balik


*SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN*Mohon maaf jika ada penulisan dan komen saya yang tak berkenan di hati ya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2019/05/perjalanan-menaiki-bas-tenom-kk-makan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasar Malam Istimewa Di Makan Kitchen Doubletree Hilton Kuala Lumpur Sempena Ramadan

Pasar Malam Istimewa Di Makan Kitchen Doubletree Hilton Kuala Lumpur Sempena Ramadan

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 912 hits
Beberapa saja lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan Makan Kitchen DoubleTree Hilton bakal menghidangkan tetamu dengan bufet Ramadan bertema Pasar Malam Istimewa Pelbagai jenis masakan dan hidangan tempatan Malaysia bakal diperkenalkan bua...
Setnov Dikabarkan Makan Di Restoran Padang Kpk Serahkan Ke Kalapas

Setnov Dikabarkan Makan Di Restoran Padang Kpk Serahkan Ke Kalapas

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 332 hits
Terpidana kasus korupsi e KTP Setya Novanto dikabarkan ketahuan mampir di Restoran Padang saat berobat di RSPAD Gatot Subroto Seharusnya Setnov ditahan di Lapas Sukamiskin
Jom Makan Kembali Semula Di Rangkaian Hotel Hilton Sempena Ramadan

Jom Makan Kembali Semula Di Rangkaian Hotel Hilton Sempena Ramadan

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 596 hits
Jika anda ingin menikmati pengalaman berbuka dengan sajian autentik dan tradisional serantau di Hilton Garden Inn Desa Millenia Puchong Selangor tersedia hidangannya Bermula 13hb Mei hingga 31hb Mei Hilton Garden Inn menjemput pelanggan unt...
Makan Kacang Pool Yang Sedap Di Restoran Kacang Pool Haji Johor Bahru

Makan Kacang Pool Yang Sedap Di Restoran Kacang Pool Haji Johor Bahru

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 1716 hits
Makan Kacang Pool Yang Sedap di Restoran Kacang Pool Haji Johor Bahru Assalamualaikum Hai lama Cik Rose tak menulis tentang Jalan Jalan Cari Makan Jadinya hari ni rasa nak berkongsi satu tempat makan best dengan pembaca blog Cik Rose Tempat...
Niat Mahu Menyusukan Anak Tak Pernah Skip Makan Nasi Puas Hati Tengok Anak Sihat

Niat Mahu Menyusukan Anak Tak Pernah Skip Makan Nasi Puas Hati Tengok Anak Sihat

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 487 hits
Pengalaman menyusukan anak lain lain Ada yang dipermudahkan ada yang terpaksa melalui cabaran diperingkat awal Namun itulah momen yang akan diingati oleh kaum ibu bila anak anak dah besar Pengalaman ibu ini melalui perjuangan menyusu anak b...
Bahaya Makan Durian

Bahaya Makan Durian

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 399 hits
Manfaat dan bahaya durian Sebelumnya kita telah menjelaskan manfaat durian secara umum bagi kesehatan tubuh Sementara kali ini sebagai sambungan dari artikel sebelumnya kita akan melihat dalam skop lebih luas sekalipun artikelnya agak ringk...
Jalan Cari Makan Best Kat Johor Bahru

Jalan Cari Makan Best Kat Johor Bahru

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 652 hits
Lama dah buat jalan jalan cari makan kebetulan nak pergi Johor Bahru buatlah shortlist tempat makan menarik kat Johor Bahru Banyak juga pula pilihan nak pergi sampaikan pening nak pilih mana tempat makan best kt johor Banyak tempat makan be...
Makan Dan Minum Di Restoran Mangkuk Ayam Lagi Halal Dan Sedap

Makan Dan Minum Di Restoran Mangkuk Ayam Lagi Halal Dan Sedap

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 697 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Kali ini Maha nak bawa korang ke sebuah restoran yang menyajikan makanan kesukaan rakyat Malaysia seperti Mee Kari Asam Laksa Rojak dan banyak lagi...
Tangan Ayah Ada Satu Aura Ajaib Bila Suap Semua Orang Makan Terasa Makin Sayang Dan Dikasihi

Tangan Ayah Ada Satu Aura Ajaib Bila Suap Semua Orang Makan Terasa Makin Sayang Dan Dikasihi

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 341 hits
Ayah adalah orang yang paling sibuk dalam keluarga Dia akan keluar awal pagi dan pulang lewat Semuanya demi keluarga Jika ada satu masa jika anda mahu rapatkan ukhwah dengan ayah adalah ketika waktu makan Dengan menyuap makan kepada anak me...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord