Perjalanan Dari Pulau Pinang Ke Terengganu Melalui Lebuh Raya Timur Barat


JUMAAT | 02.09.2022
Kebiasaannya, pada waktu cuti sekolah saya dan encik suami akan mengelak untuk ke tempat-tempat tumpuan ramai. Kita beri peluanglah kepada keluarga yang mempunyai anak bersekolah untuk berjalan-jalan, disamping itu dapat juga mengurangkan kesesakan di jalan raya

Tapi berbeza dengan cuti sekolah kali ini, adik-beradik encik suami merancang untuk berkumpul di Besut, Terengganu. Lokasi dipilih kerana ada salah seorang daripada mereka yang baru saja berpindah dari Sabah ke Terengganu. Kiranya sambil berjumpa ahli keluarga, kami dapat menziarahi tempat baru di mana adik ipar sekeluarga menetap

Disebabkan lokasinya yang agak jauh dan laluan yang tak biasa kami lalui, encik suami ambil cuti pada hari Jumaat dan Isnin. Jadinya hari Jumaat perjalanan pergi, hari Sabtu & Ahad aktiviti bersama keluarga, manakala hari Isnin perjalanan balik. 4 hari 3 malam, cukup masa dan tidak tergesa-gesa. Bolehlah santai menikmati perjalanan dan singgah sana sini


Perjalanan Melalui Lebuhraya Timur Barat
Saya agak teruja dengan trip kali ini kerana kami akan melalui Lebuh Raya Timur Barat buat kali kedua, setelah melalui jalan ini buat kali pertama sekitar 14 tahun lalu. Sudah terlalu lama

[Info]Lebuh Raya Timur-Barat (Laluan Persekutuan ) mula dibina pada tahun 1967. Proses pembinaannya kerap kali terganggu akibat perbuatan khianat pengganas komunis yang sering sahaja menyerang hendap pekerja binaan sepanjang Perang Insurgensi Komunis ataupun Darurat Kedua dari tahun 1967-1989, menyebabkan pembinaan lebuh raya ini memakan masa yang sangat panjang. Malah, semasa lebuh raya ini dibuka pun pihak tentera mengawal ketat lebuh raya ini dan pemandu hanya boleh menggunakan lebuh raya ini pada waktu siang sahaja dan perlu melapor diri setiap kali menggunakannya.
Hari ini, Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE: E15) sepanjang 17 km merupakan laluan masuk utama ke Lebuh Raya Timur-Barat dari arah Koridor Utara atau Bandar Raya George Town (Pulau Pinang) yang melibatkan laluan Butterworth (Pulau Pinang) - Kulim (Kedah) - Baling - Gerik (Perak) - Jeli (Kelantan) - Tanah Merah - Machang - Pasir Puteh. Ia adalah merupakan sebahagian daripada Lebuh Raya Timur-Barat yang akan menghubungkan Butterworth, Kulim, Kuala Ketil, Baling, Gerik dan seterusnya Kota Bharu, Kelantan. (Sumber rujukan : wikipedia & Facebook @lebuhrayatimurbarat)
Perjalanan kami bermula waktu pagi dari rumah di Simpang Ampat, PP masuk ke Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) dan selepas itu terus saja tak perlu belok mana-mana sejauh 290 km. Sehinggalah tiba di penghujung jalan simpang tiga, ada pilihan belok kiri untuk ke Pasir Puteh/Kota Bharu dan belok kanan untuk ke Jerteh/Kuala Terengganu. Kami membelok ke kanan untuk ke Besut

Saya kongsikan beberapa foto di laluan Lebuh Raya Timur Barat :
Lokasi : Kupang, KedahPemandangan indah hijau alam dilatari langit biru dan awan putih. Laluan yang berliku selalunya menyajikan keindahan alam yang mempesona

Semi terowong di Gerik, PerakKita akan melalui dua buah binaan semi terowong (rockshed). Seingat kami, dulu cuma ada satu saja semi terowong di laluan ini. Nampaknya sekarang dah ada dua semi terowong. Boleh tonton video di hujung entri ini untuk ‘merasai’ pengalaman melalui semi terowong

Apa tujuan binaan semi terowong begini? Tujuannya untuk melindungi jalan raya dari runtuhan tanah bukit (sebelah kanan dalam gambar). Jadinya kalaupun terjadi tanah runtuh, tidaklah terputus laluan penting ni
 Jambatan Tasik Temenggor di Gerik, PerakSatu lagi keunikan di laluan Timur-Barat ini - terdapat dua buah jambatan yang merentasi Tasik Temenggor di mana terdapat sebuah pulau kecil di sini, iaitu Pulau Banding.
Maksudnya, jambatan ini menjadi penghubung di antara tanah besar-pulau-tanah besar. Tapi kami tak perasan pun sedang masuk-keluar pulau! Kecuali jika kita lihat peta, barulah jelas mana tanah besar dan mana pulau

Lokasi : Jeli, KelantanPerjalanan yang mempesona buat saya kerana disajikan pemandangan hutan dan perbukitan di kanan kiri jalan. Maklumlah, laluan Timur-Barat ini merentasi Banjaran Bintang dan Banjaran Titiwangsa. Jadi memang puaslah saya menikmati keindahan hutan dan merasai udara yang nyaman sewaktu menurunkan tingkap kereta

Lokasi : Jeli, KelantanSepanjang perjalanan, kami melalui empat lokasi yang terdapat sekatan jalan raya termasuk satu daripadanya tidak ada pihak berkuasa yang bertugas. Dalam gambar ni merupakan lokasi sekatan jalan raya yang terakhir

Alhamdulillah, kami akhirnya tiba di Besut, Terengganu sekitar pukul 2.50 petang. Jumlah masa perjalanan kami adalah sekitar 7 jam 30 minit dengan jarak sejauh 341 km, termasuk berhenti di beberapa tempat untuk makan atau sekadar melihat-melihat

Kami singgah di dua tempat yang saya rasa menarik di laluan Lebuh Raya Timur Barat, iaitu Hentian Royal Belum dan R&R Amiza Titiwangsa. Menarik kerana pemandangannya, boleh lihat dalam video di hujung entri ini. Catatannya InsyaAllah pada entri akan datang. 

Info & Panduan
Sedikit info/panduan bagi kalian yang belum pernah melalui Lebuh Raya Timur Barat :Walaupun laluan ini dipanggil ‘lebuh raya’, ianya bukanlah seperti Lebuh Raya Utara Selatan di mana kita perlu bayar tol dan terdapat banyak hentian rehat. Di Lebuh Raya Timur Barat, tiada tol dan tiada hentian rehat dengan kemudahan tandas percuma.Terdapat dua tempat hentian untuk kita berhenti rehat, makan, solat dan ke tandas iaitu di Hentian Royal Belum dan R&R Amiza Titiwangsa. Kedua-duanya terletak di Gerik, Perak. Bayaran sebanyak 50 sen dikenakan untuk menggunakan tandas.Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan kerana ada tempat yang tiada liputan talian telefon 🚫, ini menyukarkan untuk kita mendapatkan bantuan.Pastikan minyak diisi penuh sebelum melalui jalan ini kerana tiada stesen minyak di tengah hutan (Gerik-Jeli).Laluan ini juga merupakan laluan gajah. Terdapat beberapa papan notis memaklumkan tindakan yang perlu kita lakukan sekiranya tiba-tiba gajah memunculkan diri. Antaranya - jangan buat sebarang perlakuan yang menarik perhatian gajah seperti membunyikan hon, menyalakan lampu kenderaan atau datang dekat untuk merakam foto.
Ada lagi yang lain? Boleh tambah di ruangan komen. Berkenaan keadaan jalan raya pula, bagi pendapat kami jalan di laluan ini berada pada keadaaan yang baik. Cuma ada beberapa tempat laluan memotong (dua lorong) yang tiada papan tanda bermula/berakhirnya dua lorong, agak bahaya bila tengah memotong  tiba-tiba jadi satu lorong. Seperkara lagi, kita perlu berhati-hati kerana ada tempat yang bahu jalannya mendap/runtuh. Maklumlah, kita sedang melalui perbukitan memang sentiasa ada risiko begitu



Video berdurasi 01:23 minit memaparkan perjalanan di laluan Lebuh Raya Timur Barat







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/09/perjalanan-dari-pulau-pinang-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Mee Goreng Sotong Di Restoran Mee Sotong Depan Uitm Pulau Pinang

Makan Mee Goreng Sotong Di Restoran Mee Sotong Depan Uitm Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 225 hits
restoran Mee Sotongrestoran Mee SotongNi antara specialist mee goreng la kat Penang ni terutamanya Penang sebelah tanah besar Aku kira first time makan kat sini Sebelum ni dok ushar je dari jauh Kali ni aku nekad nak singgah restoran mee so...
Cadang Bina Kasino Bertaraf Dunia Di Pulau Pinang Mana Bersatu Dan Pas

Cadang Bina Kasino Bertaraf Dunia Di Pulau Pinang Mana Bersatu Dan Pas

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 170 hits
MOHD ALI HASHIMCadangan Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Baljit Singh seperti mana yang diwar warkan ingin membina kasino bertaraf dunia di Pulau Pinang adalah tidak wajar sama sekali Malah Naib Ketua Pemuda AMANAH Pulau Pinang M...
Pulau Pinang Tarik Balik Gelaran Datuk Seri Utama Yang Dikurniakan Kepada Najib

Pulau Pinang Tarik Balik Gelaran Datuk Seri Utama Yang Dikurniakan Kepada Najib

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 176 hits
Yang Dipertua Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dilaporkan telah bersetuju untuk menarik balik keahlian Darjah Utama Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkuat...
Pru15 Pm Yakin Bn Mampu Rampas Pulau Pinang

Pru15 Pm Yakin Bn Mampu Rampas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 216 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjangkakan Barisan Nasional bersedia menawan semula Pulau Pinang daripada pemerintahan pembangkang Keyakinan Perdana Menteri itu hadir apabila beliau berkunjung ke Pulau Mutiara kelmarin dan ...
Tol Percuma Sebulan Sempena Lebuh Raya Suke Dibuka

Tol Percuma Sebulan Sempena Lebuh Raya Suke Dibuka

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 183 hits
Tol percuma selama sebulan akan diberikan mulai tengah hari ini sempena pembukaan Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang fasa pertama yang mampu menjadi laluan alternatif utama di beberapa lokasi strategik seperti MRR2 Jalan Ampang dan Jalan Loke...
Banyak Mana Rahsia Dap Dan Lebih Dari 350 Penerima Wang 1mdb Dari Pulau Pinang Telah Disembunyikan

Banyak Mana Rahsia Dap Dan Lebih Dari 350 Penerima Wang 1mdb Dari Pulau Pinang Telah Disembunyikan

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 213 hits
PricewaterhouseCoopers adalah auditor dan penasihat cukai untuk Goldman Sachs Mereka juga dilantik sebagai pentadbir untuk 1MDB Bukan ke ini conflict of interest Berapa banyak maklumat telah PWC rahsiakan untuk memelihara Goldman Sachs Dan ...
5g Dah Sampai Di Pulau Pinang Tapi Belum Tersedia Di Seberang Perai

5g Dah Sampai Di Pulau Pinang Tapi Belum Tersedia Di Seberang Perai

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 228 hits
Yes hari ini secara rasmi telah melancarkan rangkaian 5G mereka di Pulau Pinang Terdahulu pelancaran 5G tertumpu di kawasan termasuk KL Putrajaya Cyberjaya Johor Ipoh Hingga ke hari ini Yes satu satunya syarikat telekomunikasi yang menjual ...
Skuad Hoki Lelaki Pahang Mula Langkah Kanan Menewaskan Pulau Pinang 3 2

Skuad Hoki Lelaki Pahang Mula Langkah Kanan Menewaskan Pulau Pinang 3 2

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 233 hits
nbsp KUALA LUMPUR Skuad hoki lelaki Pahang memulakan misi untuk merampas pingat emas acara itu dengan langkah kanan apabila menewaskan Pulau Pinang 3 2 pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini Ketua jurulatih Pa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab