Perjalanan Balik Kampung Lebuhraya Sesak


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulilah kali ini aku nak berkongsi cerita santai-santai sahaja. Kalau diikutkan memang agak lambat sebenarnya untuk aku balik ke kampung disebabkan macam baru sahaja lepas raya tu dah balik ke Lembah Klang. Tetapi sebab ada kenduri saudara mara & juga sedikit urusan yang perlu diselesaikan, jadi awal bulan 6 aku perlu balik ke kampung yang terletak di daerah Kulim Kedah

Aku berkira-kira sama ada mahu pulang pada 2hb atau 3hb tetapi disebabkan perasaan malas tu macam ada, jadi aku pun mengambil keputusan untuk pulang pada hari Jumaat, 3hb. Pada 4hb iaitu pada cerita ini ditulis aku menghadiri majlis perkahwinan di Georgetown, Penang

Sebelum pulang ke kampung, kebiasaannya aku akan menyediakan dan memeriksa beberapa perkara. Pertamanya adalah keadaan kereta. Memandangkan sekarang aku sudah mempunyai kereta, jadi aku kenalah menjaga dan pastikan ia dalam keadaan baik. Sebelum pulang, aku pastikan minyak sudah diisi penuh, Touch n' Go sudah ditopup mengikut jumlah yang cukup

Bila selesai bab kenderaan dan sebagainya, seterusnya adalah mengemas barang. Kali ini aku bawa balik barang tidaklah banyak sangat. Beberapa pakaian untuk kenduri dan selebihnya baju biasa sahaja. Kebiasaannya malam sebelum aku bertolak pulang pakaian semua sudah dipack. Tetapi kali ini aku agak malas. Jam 9 pagi jumaat itu baru aku mula mengemas barang dan selesai menyimpan barang dalam kereta pada jam 10.45 pagi. Maka bermulalah perjalanan aku pulang ke Kulim, Kedah tepat jam 11.00 pagi

KL - JALAN DUTA
Perjalanan keluar sahaja dari kawasan rumah sudah sesak ya! Tapi itu sudah menjadi kebiasaan, menuju ke Tol Jalan Duta tidaklah sesak mana. Cuma di kawasan persimpangan bertol sahaja. Tapi untuk tol aku tak risau sebab Touch n' Go sudah disi. Oh ya, aku juga dah beli dua tin kopi untuk diminum bagi perjalanan yang agak lama ini

Aku meneruskan perjalanan seperti biasa, tetapi aku perasan kenderaan memang agak banyak. Perjalanan lancar sahaja sehinggalah dikawasan Slim River, Bidor dan sekitarnya. Kenderaan memang banyak dan lebuhraya mula sesak. Kemudiannya, aku memang sudah merancang untuk berhenti di RnR RTC Perak


RTC Perak merupakan salah satu rnr yang aku suka sebab luas juga tempat makannya lebih menarik. Terutamanya kalau perjalanan diwaktu malam, makan di hadapan restoran nasi kandar tu memang best, dengan kipas besarnya. Haha. Tetapi kali ini masuk sahaja ke kawasan RTC Perak aku nampak banyak kenderaan. Ini termasuklah kereta persendirian, bas, dan lori

Mencari tempat meletak parking pun agak sukar. Kemudian aku ke tandas, dan tandas memang penuh. Aku nampak banyak pelajar sekolah asrama yang bersama keluarga. Kemudian, aku terfikir, "Eh, baru cuti sekolah ke?" Okay, rupanya Jumaat ini merupakan hari terakhir persekolahan untuk pelajar sekolah. Patutlah banyak sangat kenderaan

Di RTC Perak aku tak makan pun, sekadar berehat, mengurus diri dan sebagainya sahaja. Kemudiannya, aku teruskan perjalanan lagi. Perjalanan dari RTC Perak (Simpang Pulai) sehingga ke Terowong Menora sangat lancar. Tak banyak pula kereta. Mungkin aku bernasib baik kerana kenderaan yang banyak belum lagi bertolak


Aku berhenti di RnR kedua iaitu di RnR Sungai Perak untuk mengisi minyak dan ke tandas. Macam biasa, untuk menghilangkan kebosanan memandu seorang diri, menghilangkan mengantuk dan sebagainya, aku memang kena berhenti di beberapa RnR

Selepas di RnR Sungai Perak, aku meneruskan perjalanan dan sebenarnya perjalanan lancar sahaja, cuma jumlahnya agak banyak. Sehinggalah masuk ke sempadan Pulau Pinang. Masuk sahaja ke negeri ini jalan mula sesak. Aku lihat dalam waze memang lebuhraya berwarna merah. Trafik sesak 15 minit sehinggalah ke Tol Juru

Okay, selepas Tol Juru pula jalan memang sesak, dan aku masih berbaki 40km sebelum ke persimpangan Kulim. Memang sesak sangat lebuhraya di persimpangan Jambatan Pulau Pinang. Mungkin ramai yang baru pulang berkerja (tapi baju jam 4.45 petang). Mungkin keluar awal sebab hari jumaat.
Masuk sahaja ke persimpangan Kulim, dan terus ke Lebuhraya Butterworth- Kulim perjalanan mula menjadi lancar. Melalui dua tol, kemudian meneruskan perjalanan sehingga ke Kulim Hi-Tech, kemudian teruskan lagi sehinggalah sampai ke Taman Desa Aman, Padang Meiha

AKHIRNYA SAMPAI
Perjalanan dari KL ke Kulim yang kebiasaannya mengambil masa 4-5 jam menjadi 6-7 jam. Agak luar biasa ya, tetapi tidaklah seperti mana kesesakkan yang aku nampak terjadi pada hari sabtu. Mungkin jika aku bertolak dari KL lewat sedikit selepas tengahhari, mungkin perjalanan lebih lama & kesesakan lebih teruk

Tapi bagi aku perjalanan 4-6 jam tidaklah teruk sangat. Kalau masih diingat aku pernah menaiki bas bertolak dari Kulim ke Kuala Lumpur mengambil masa 9 jam. 9 jam atas bas nak buat apa?! HAHA

Kalau nak balik kampung sebenarnya aku suka bertolak waktu malam. Sebab suasananya leih sejuk, gelap, taklah cerah sangat. Kemudian, jumlah kenderaan yang sangat kurang. Ada sekali tu, boleh dikatakan setiap RnR aku singgah sebab mengantuk sangat. Ketika itu aku memang tak minum kopi tapi sekarang dah minum kopi hanya untuk perjalanan jarak jauh, mengantuk tu memang dah tak ada

Aku rasa sampai sini sahajalah aku berceloteh panjang yang mana boleh sahaja aku ceritakan Perjalanan Balik Kampung Agak Sesak. Tetapi sahaja aku huraikan dalam bentuk lebih panjang juga aku dah lama tak menaip panjang sebegini rupa. Apa-apapun semoga kehidupan anda sentiasa dirahmati dan diberikan rezeki yang melimpah ruah

SEKIAN
Ihsan Gambar : Google

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/06/perjalanan-balik-kampung-lebuhraya-sesak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Balik Kampung Tapi Check In Hotel Homestay

Balik Kampung Tapi Check In Hotel Homestay

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 290 hits
Balik Kampung Tapi Check In Hotel HomestayTrend check in hotel atau pun homestay bila balik kampung terutama pada musim perayaan dah menjadi sesuatu yang normal di kalangan masyarakat kita Kalau dulu memang agak mustahil ianya berlaku tetap...
Hiburan Sebab Nak Balik Kampung Penggangur Sanggup Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Polis

Hiburan Sebab Nak Balik Kampung Penggangur Sanggup Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Polis

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 195 hits
Hanya kerana mahu pulang ke kampung seorang penganggur ditahan kerana mencuri sebuah kereta dan melarikan kanak kanak lelaki dalam kejadian di Gambang Pihak polis berjaya mematahkan cubaan suspek melarikan kereta serta kanak kanak lelaki it...
Curi Kereta Larikan Budak Semata Mata Mahu Balik Kampung

Curi Kereta Larikan Budak Semata Mata Mahu Balik Kampung

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 171 hits
Polis berkata suspek menurunkan kanak kanak berusia sembilan tahun itu di tepi Jalan Kuantan Maran selepas kenderaan dilarikannya dikejar ibu mangsa menggunakan kenderaan rakannya PETALING JAYA Seorang penganggur mencuri kereta dan melarika...
Saya Anak Kampung Lasak Mahu Anak Nikmati Alam Tok Ti Bawa Ke Taman Klcc

Saya Anak Kampung Lasak Mahu Anak Nikmati Alam Tok Ti Bawa Ke Taman Klcc

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 122 hits
Jika nak dibandingkan zaman kita dulu dengan zaman anak anak sekarang jauh sangat berbeza Dulu keluar main pagi balik petang pun ibu ayah tak risau Namun sekarang anak bermain depan rumah tanpa pengawasan pun ibu bapa dah bimbang apatah lag...
Patutlah Dapat 30k Share Di Fb Resipi Colek Kampung Ni Memang Padu

Patutlah Dapat 30k Share Di Fb Resipi Colek Kampung Ni Memang Padu

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 282 hits
Sedapnya Colek Kampung ni Kalau biasa anda makan mangga atau jambu cicah dengan gula dan kicap je apa kata lepas ni cuba resipi pencicah perkongsian saudari Siti Yani ni Bahan tak banyak tapi hasilnya memang mengecurkan liur Selain mangga m...
Perbedaan Ayam Bangkok Dengan Ayam Kampung

Perbedaan Ayam Bangkok Dengan Ayam Kampung

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 631 hits
Eksistensi ayam bangkok di arena pertarungan tidak bisa digoyahkan walaupun dengan harga yang mahal tetapi pecintanya selalu bertambah tiap waktunya Apalagi jika intensif dengan latihan dan makanan yang baik menambah kekuatan dari ayam itu ...
Penduduk Kampung Jumpa Peluru Bom Lama Di Belakang Rumah

Penduduk Kampung Jumpa Peluru Bom Lama Di Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 283 hits
Penduduk kampung jumpa peluru bom lama di belakang rumah Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 4 Jun 2022 11 42PM
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri