Perjalanan Anwar Bakal Berakhir



TATKALA gelombang ketiga koronavirus (Covid-19) ketika ini semakin kuat membadai Malaysia, timbul pula satu polemik politik yang menggemparkan rakyat sejak tiga minggu lalu.

Dua hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 diadakan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman mengejut bahawa beliau memiliki majoriti sokongan ahli Parlimen yang ‘meyakinkan’ untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau turut menyatakan menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk dipanggil menghadap pada tarikh 22 September lalu, namun acara menghadap terpaksa ditangguhkan kepada esok susulan Seri Paduka Baginda gering dan menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.

Lebih menarik, Anwar turut menyatakan sebuah kerajaan ‘bumiputera Islam’ bakal terbentuk, dengan spekulasi 121 ahli Parlimen dikatakan bakal menyokong beliau termasuk 19 ahli Parlimen daripada parti UMNO.

Drama politik terkini negara menjadi semakin panas apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui, beliau tidak dapat menghalang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Anwar kelak.

Angka 112

Namun, apabila sebahagian besar Ahli Parlimen UMNO dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan dakwaan itu, persoalannya adakah Anwar benar-benar mempunyai angka sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan?

Mengikut amalan demokrasi pembentukan kerajaan Malaysia, mana-mana parti atau gabungan memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen bagi memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan.

Malangnya di atas kertas, Anwar ketika ini hanya mempunyai sokongan 91 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) terdiri wakil rakyat DAP (42 kerusi), PKR (38 kerusi) dan Amanah (11).

Menurut sumber PH, bagi mendapatkan majoriti mudah membentuk kerajaan, Anwar memerlukan tambahan sekurang-kurangnya 21 kerusi Parlimen, yang perlu datang daripada ahli Parlimen parti selain PH.

Ditambah dengan status Parlimen Batu Sapi, Sabah terpaksa dikosongkan pada 2 Oktober lalu susulan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong daripada Warisan, setiap kerusi adalah sangat penting kepada Anwar bagi memastikan ‘Langkah Anwar’ pada 13 Oktober ini berjaya.

“Terdapat beberapa senario yang boleh memungkinkan ‘Langkah Anwar’ pada kali ini berjaya. Pertama, beliau sememangnya bakal menerima sokongan lebih 20 Ahli Parlimen UMNO yang berada di bawah kem Zahid, ditambah sokongan Ahli Parlimen GPS melebihi 15 orang.

“Kedua, beliau masih menerima sokongan kem Mahathir dan Warisan seramai 14 ahli Parlimen, meyakinkan tiga ahli Parlimen lain daripada mana-mana parti untuk menyokongnya serta meraih kembali sokongan sekurang-kurangnya empat bekas ahli Parlimen PKR yang kini berada dalam kem bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Senario ketiga pula, selain sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN melebihi 20 orang, Anwar mungkin berjaya ‘mencuri’ sokongan beberapa Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang pernah lompat parti dan meraih kembali sokongan Warisan bagi mendapatkan ‘angka’ meyakinkan sekurang-kurangnya melebihi 120 kerusi,” kata sumber PH itu kepada Sinar Harian semalam.

Sekalipun Anwar terbukti memiliki sokongan mencukupi, Presiden PKR itu masih berdepan pelbagai cabaran bagi meyakinkan Seri Paduka Baginda dalam pertemuan di Istana Negara esok.

“Kalau Anwar terbukti ada ‘angka’ sokongan, Agong mungkin akan meminta perkara itu dikemukakan dalam sidang Parlimen pada 2 November hadapan bagi mengelakkan institusi diraja dijadikan bahan kemarahan rakyat.

“Selain itu, Anwar juga sebenarnya berdepan dilema untuk memperjelaskan sokongan yang diterima kepada Agong kerana sokongan itu perlu dibuktikan bukan bersyarat untuk tujuan pembubaran Parlimen, tetapi sokongan mutlak dengan tidak lagi bersifat majoriti tipis,” kata penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian.

Bagi Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman pula, ‘Langkah Anwar’ kali ini perlu dipandang serius dan dilihat lebih meyakinkan berbanding sebelum ini.

Lebih menarik, beliau menegaskan, inisiatif itu buat pertama kalinya dilaksanakan Anwar secara persendirian dan tidak melalui pakatan politik.
“Langkah politik yang dibuat Anwar juga dilihat tepat pada masanya dan tidak akan mengundang kemarahan rakyat.

“Selain populariti (Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin merudum gara-gara kerajaan double standard dalam menangani kes Covid-19, Yang di-Pertuan Agong juga sedar langkah pembubaran Parlimen tidak menjamin situasi politik lebih stabil,” katanya.

Mohammad Redzuan juga tidak menolak kemungkinan satu bentuk penjajaran politik baharu berteraskan ‘kerajaan bumiputera Islam’ dijangka terbentuk.

“Ramai tidak menyedari kemungkinan sokongan diberikan oleh ahli Parlimen kepada Anwar adalah secara individu dan bukan lagi berbentuk kepartian.

“Justeru, tiada masalah untuk Ahli Parlimen UMNO dan DAP duduk di bawah satu bumbung walaupun mereka sebelum ini dilihat sukar bekerjasama,” katanya.

Persoalannya, dengan sejarah Anwar sudah tiga kali membuat pengumuman mempunyai cukup majoriti untuk menjadi kerajaan, adakah Anwar dapat merealisasikan impiannya untuk duduk di kerusi empuk Perdana Menteri di Putrajaya kali ini?

#Sumber :   SH 

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/perjalanan-anwar-bakal-berakhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebuntuan Akhirnya Berakhir Hajiji Bakal Ketua Menteri Sabah Yang Baru

Kebuntuan Akhirnya Berakhir Hajiji Bakal Ketua Menteri Sabah Yang Baru

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 417 hits
2 675 total views 2 675 views today Pengerusi Perikatan Nasional Datuk Hajiji Noor menerima sokongan sebulat suara untuk dikantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu esok Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Hajiji yang juga Ketua Badan...
Tudia Trump Tanya Pembantu Bimbang Hidupnya Bakal Berakhir Seperti Rakan

Tudia Trump Tanya Pembantu Bimbang Hidupnya Bakal Berakhir Seperti Rakan

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 467 hits
Adakah saya akan mati kerana Covid 19 Trump dan isterinya Melania disahkan positif Covid 19 pada Jumaat Foto ReutersDONALD Trump dilaporkan bertanya kepada pembantunya sama ada dia akan meninggal dunia kerana Covid 19 Soalan itu muncul sele...
Sampai Bila Anwar Hanya Jadi Bakal Pm

Sampai Bila Anwar Hanya Jadi Bakal Pm

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 281 hits
RAYUSA TIGA hari sebelum Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke 16 Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan apabila mengadakan sidang media pengumuman beliau mempunyai majoriti ahli Parlimen untuk mengetuai Pakatan Harapan membent...
Tun Mahathir Gambarkan Bakal Perdana Menteri Anwar Ibrahim Seorang Lupa Diri Tak Kenang Budi

Tun Mahathir Gambarkan Bakal Perdana Menteri Anwar Ibrahim Seorang Lupa Diri Tak Kenang Budi

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 400 hits
HARI INI Tun Dr Mahathir Mohamad menDEDAHkan sesuatu yang sudah lama kita ketahui mengenai BAKAL PERDANA MENTERI Anwar Ibrahim seorang yang lupa diri dan tak kenang jasa Berikut kenyataan yang dibuat oleh Tun hari ini A Tun M Saya atur peng...
Is Muhyiddinout Merely A Hashtag Campaign By The Pro Anwar Ibrahim Group Or A Sign That The People Are Genuinely Fed Up

Is Muhyiddinout Merely A Hashtag Campaign By The Pro Anwar Ibrahim Group Or A Sign That The People Are Genuinely Fed Up

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 338 hits
Puchong 7 Oct 20 I m not into any of these trending stuff but all the same it bugs me that PM Muhyiddin Yasin is taking a beating on popular social media after his latest special public broadcast on Covid 19 Abang Din had always scored for ...
Anwar S Claim Of Forming Govt Weakens Muhyiddin Says Dap

Anwar S Claim Of Forming Govt Weakens Muhyiddin Says Dap

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 256 hits
A former deputy defence minister said today irrespective of whether Anwar Ibrahim has the majority to form a new government the PKR president s claim has weakened the prime minister Liew Chin Tong cited a similar claim made by Anwar in 2008...
Mp Yang Menyokong Anwar Termasuk Orang Azmin Ali

Mp Yang Menyokong Anwar Termasuk Orang Azmin Ali

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 387 hits
Anwar ada sokongan yang cukup kata orang kanan Najib SITI NUR ZAWANI MISCON Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo mengakui menerima maklumat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya sudah mempunyai sokongan daripada ...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Curang Itu Pilihan Tapiiii


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel

Indonesian Architects Week In Kuala Lumpur 2024

Amira Syahira Ragam Melayu Chord

Cara Buat Black Garlic Secara Homemade

Kisah Seram Hostel