Perjalanan Antara Zon Di Sarawak Perlu Permit Kekerapan Penerbangan Dikurangkan


KUCHING, 29 Julai — Kerajaan Sarawak mewajibkan perjalanan di antara Zon Satu yang merangkumi Kuching, Samarahan dan Serian, dan  Zon Dua (Sri Aman hingga ke Limbang) perlu mendapat permit polis, berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata langkah itu susulan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) untuk melaksanakan sekatan perjalanan berikutan peningkatan jumlah kes baharu COVID-19 di negeri berkenaan sejak kebelakangan ini.
“Keperluan ini (permit) terpakai untuk syarikat penerbangan, bot ekspres dan perkhidmatan bas antara bahagian yang beroperasi di antara dua zon terbabit. Syarikat penerbangan, pengusaha bot dan bas perlu memastikan hanya yang ada permit polis dibenarkan menaiki pengangkutan yang berkenaan dan melakukan perjalanan di antara kedua-dua zon,” katanya dalam kenyataan.
Katanya peraturan itu turut terpakai kepada mereka yang akan melakukan perjalanan pada atau selepas 1 Ogos sekalipun tiket dibeli lebih awal sebelum penguatkuasaan peraturan tersebut.
“Agensi kerajaan yang berkaitan termasuk Lembaga Sungai Sarawak, Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis telah diarah memantau pematuhan terhadap arahan yang dikeluarkan oleh SDMC berkaitan sekatan perjalanan yang bertujuan menjaga keselamatan orang ramai dan menyekat penularan pandemik COVID-19,” katanya.
Lee berkata kekerapan penerbangan keluar-masuk Sarawak serta penerbangan destinasi dalam negeri bagi tempoh 1 hingga 14 Ogos juga telah dikurangkan sebagai antara langkah untuk mengekang penularan penyakit itu.
Berdasarkan maklumat tambahan yang dilampirkan bersama kenyataan itu, kekerapan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di antara Kuala Lumpur dan Sibu telah dikurangkan dari tiga kali seminggu kepada sekali seminggu, sementara penerbangan Kuala Lumpur-Bintulu dikurangkan daripada tiga kali kepada dua kali seminggu.
Penerbangan mingguan AirAsia di antara Kuala Lumpur dan Kuching akan dikurangkan daripada 56 kepada 14 penerbangan; Kuching-Bintulu (daripada 21 kepada tujuh penerbangan); Kuching-Miri (daripada 21 kepada tujuh penerbangan);  Kuching-Kota Kinabalu (daripada 14 kepada tujuh penerbangan); dan untuk penerbangan antara Kuching dan Johor daripada 14 kepada tujuh penerbangan.
Penerbangan AirAsia di antara Sibu dan Kuala Lumpur pula dikurangkan daripada 21 kepada empat penerbangan; Sibu-Johor Bahru (daripada tujuh kepada empat penerbangan); Bintulu-Kuala Lumpur (daripada 14 kepada tujuh penerbangan); Miri-Kuala Lumpur (daripada 21 kepada tujuh penerbangan); Miri-Kota Kinabalu (daripada 10 kepada lima penerbangan); dan Miri-Johor Bahru daripada tiga kepada dua penerbangan.
Sumber: BERNAMA
The post Perjalanan Antara Zon Di Sarawak Perlu Permit, Kekerapan Penerbangan Dikurangkan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/30/perjalanan-antara-zon-di-sarawak-perlu-permit-kekerapan-penerbangan-dikurangkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarawak Mungkin Laksana Sekatan Perjalanan Jika Kes Covid 19 Terus Meningkat Abdul Karim

Sarawak Mungkin Laksana Sekatan Perjalanan Jika Kes Covid 19 Terus Meningkat Abdul Karim

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 224 hits
Kuching Sarawak mungkin mengenakan sekatan perjalanan terhadap pelancong atau masyarakat luar yang ingin memasuki negeri itu jika situasi penularan tempatan COVID 19 terus meningkat Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk ...
Sarawak Pay App Congested As Users Flood The App To Be Rewarded With Cash

Sarawak Pay App Congested As Users Flood The App To Be Rewarded With Cash

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 209 hits
Many users who wanted to top up their e wallet to enjoy the rewards had difficulty logging in to the app from as early as 7 45am this morning 8211 File photo KUCHING Sarawak Pay experienced congestion today as users flocked to the state s p...
Nasib Belia Luar Bandar Pedalaman Sabah Sarawak Perlu Diutamakan Mbm

Nasib Belia Luar Bandar Pedalaman Sabah Sarawak Perlu Diutamakan Mbm

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR 22 Julai Majlis Belia Malaysia mahu kerajaan memberi perhatian terhadap masalah pengangguran dalam kalangan belia di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak yang agak meruncing sepanjang tempoh Perintah K...
Sarawak Tanggung Kos Kuarantin Rakyatnya

Sarawak Tanggung Kos Kuarantin Rakyatnya

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 149 hits
SUARA MERDEKA KERAJAAN Negeri Sarawak masih menanggung kos kuarantin COVID 19 bagi rakyatnya yang pulang dari luar negara ke negeri itu kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan ...
Pejabat Pilihan Raya Sarawak Ditutup Sementara

Pejabat Pilihan Raya Sarawak Ditutup Sementara

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 181 hits
Operasi Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak ditutup sementara mulai Isnin lepas sehingga 2 Ogos ini selepas seorang daripada kakitangannya didapati positif Covid 19 kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Ikmarudin Ishak hari ini Selaras d...
Sarawak Day 2020 Land Of Harmony Beauty And Diversity

Sarawak Day 2020 Land Of Harmony Beauty And Diversity

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 419 hits
KUCHING For a brief moment in time Sarawak had dominion over itself as it began its journey towards the formation of Malaysia Although that historic moment arrived 57 years ago it was only in the last four years that it really found meaning...
Dap Sarawak Bersikap Sesumpah Mengenai Calon Pm Kata Naib Presiden Pbb

Dap Sarawak Bersikap Sesumpah Mengenai Calon Pm Kata Naib Presiden Pbb

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 225 hits
KUCHING Seorang menteri negeri mengkritik ketidaktentuan DAP Sarawak mengenai pemilihan calon perdana menteri jika Pakatan Harapan kembali menerajui kerajaan persekutuan Februari lalu Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menyatakan sokong...
Batu Lintang Rep Distributes Thank You You Are My Hero Greeting Cards For Sarawak Day

Batu Lintang Rep Distributes Thank You You Are My Hero Greeting Cards For Sarawak Day

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 257 hits
See dropping a Thank You You are my Hero greeting card into the mailbox of one of the houses today KUCHING Batu Lintang assemblyman See Chee How and his team today distributed Thank You You are my Hero greeting cards to the residential hous
Uggah Ncr Land Ownership Recognised Under Section 6 Of Sarawak Land Code

Uggah Ncr Land Ownership Recognised Under Section 6 Of Sarawak Land Code

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 207 hits
Uggah presents a cheque to one of the landowners He was accompanied by Betong divisional Land and Survey officer Anthony Abui KUCHING The Native Customary Rights and its ownership are recognised under Section 6 of Sarawak La
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Pusing Bandar

Persiapan Dajjal Mengambil Alih Dunia

Sejarah Ringkas Siapa Yahudi Israel Dan Zionis

Aktiviti Undangan Menghadiri International Conference Of Religious Leaders 2024 Ppim 07 05 2024

Kecederaan Acl Gejala Diagnosis Dan Rawatan Pemulihan

Eli Eli Lama Sabactani Matius 27 Ayat 46 By Dr Haji Murariau Dosen A