Periuk Yang Diidamkan Periuk Batu Dari Kayuhome Selamat Digunakan
hai assalammualaikumPeriuk Yang Diidamkan, Periuk Batu Dari KayuHome, Selamat Digunakan - Ada sesiapa yang tengah survey periuk ke? Nad ni pun tengah duk survey periuk -periuk yang best. Ada rezeki lebih, tak salah invest duit dekat barang-barang dapur ni. Lagipun, macam nad memang masak selalu.
Ada orang cakap, ala guna je kuali biasa, masak juga, sedap juga. Ya, memang, tapi nak juga kita periuk yang memudahkan kerja memasak dan tak ambil masa lama dekat dapur tu. Paling penting periuk tu tak melekat masa memasak, tak hangus, senang dicuci, tahan lasak dan selamat digunakan. Oh lupa, cantik pun diambil kira..hehee. Nak masak pun best je kan bila dapat periuk yang diidamkan..hehee. Ala bukan nad sorang je, semua orang yang suka memasak, mestila nak periuk macam ni kan.
Periuk Yang Diidamkan, Periuk Batu Dari KayuHome, Selamat Digunakan Ok, macam biasa, bila otak tengah berfikir sesuatu barang, sekali media sosial akan tunjukkan. Magic bukan!! Contoh macam korang tengah fikir baju, tiba-tiba banyak keluar iklan baju dekat media sosial. Macam tu juga dengan nad, tengah survey periuk, sekali banyak keluar iklan periuk. Bila keluar tu, ada satu yang berkenan di hati ni ha. Periuk Batu dari KayuHome. Mula tengok page dia, dan usha. Pergh!!, warna lawa, tengok ramai orang komen, mesti best ni periuk batu KayuHome ni. Tengok orang memasak guna periuk ni pun menarik je.
Nad memang berkenan lama dengan periuk batu ni. Nampak kawan-kawan masak guna periuk batu ni best je. Bila masak tak merecik ke dinding, tak melekat semua tu. Tapi kawan beli yang biasa punya. Banyak kelebihan periuk batu ni tau. Antaranya- Periuk batu ni selamat menggunakan elemen semulajadi, kukuh, tahan lama, dan tidak mudah tercalar. Periuk batu ni juga yang ia mempunyai kapasiti haba yang tinggi dan mampu mengekalkan panas untuk beberapa ketika
- Design yang menarik dan cantik.
- Penggunaan periuk batu bantu kita untuk mendapatkan makanan sihat dan berkhasiat. Dengan pengurangan penggunaan minyak, makanan masak dengan sekata dengan pemanasan yang sekata. Tak perlu nak kacau setiap masa, jimat tenaga
- Senang nak cuci sebab periuk batu ni ia tak melekat langsung
- Sesuai digunakan di dapur gas, elektrik, kaca seramik atau induksi
Ni la antara ciri-ciri kenapa nad pun suka periuk batu ni. Bila tengok periuk batu KayuHome ni, jatuh cinta pulak. Nampak gayanya kene kumpul sikit-sikit duit la kan..hehee. Meh nad tunjuk periuk batu KayuHome ni, mungkin korang pun berkenan.
Periuk Dreamial KayuHome
Periuk Dreamial, periuk Batu Granite Merah KayuHome Dengan Teknologi German ini merupakan periuk terbaru dari KayuHome.
Geram pulak tengok, lawa kan. Warna merah,nampak berkualiti dan tahan lasak. Kalau dapat ni, nak masak pun gembira je..hehee.
Nad tengok ramai yang minat periuk batu granite merah ni. Satu lagi yang special periuk ni penutup die mempunyai tiub auto bebas wap, dan sekeliling die ada silikon yang tahan haba. Bila masak tu takda la bunyi bising kung kang kung kang penutup bunyi.
Apa bestnya Periuk Batu Dreamial ni
- Bebas bahan kimia berbahaya - Buku manual penggunaan disediakan- Periuk sangat tebal dan tahan lasak- Penutup kaca berbentuk flat dan tebal
- Penutup dilitupi silikon,selamat digunakan- Penutup mempunyai auto tiub memudahkan wap keluar ketika memasak- Warna yang menarik,wine red- Handle jenis bakelite, tahan panas- Anti calar, anti lekat, mudah dicuci- Size sesuai untuk kegunaan harian- Sesuai untuk semua jenis dapur, eletrik dan gas Periuk Rendang KayuHome
Ni lagi, salah satu periuk batu KayuHome yang menarik perhatian. Periuk Rendang KayuHome. Besar weii. Standard saiz berukuran 40cm, 10 ekor ayam boleh muat. Nad ingat namanya periuk rendang sesuai untuk buat rendang je, rupanya ia epriuk yang sesuai untuk masak dalam kuantiti yang banyak.
Time kenduri, nak raya, kumpul ramai-ramai, takda masalah kalau nak masak dalam kuantiti yang banyak. Orang datang, tengok periuk ni, mesti diaorang pun teruja..hehee. Walaupun namanya periuk rendang tapi boleh je masak nasi atau lauk pauk lain. Kalau masak nasi, tak berkerak nasi. Adeh, nad yang info ni pun dah rasa tak keruan. Rasa nak membeli terus je..haha. Periuk ni sesuai untuk semua jenis dapur dan mudah dicuci. Pemegang pun direka untuk tujuan keselamatan dan mudah dipegang semasa buka dan tutup periuk
Kelebihan Periuk Rendang KayuHome
- Bersaiz 40cm muat 10 ekor ayam
- *FREE 2 Pemegang Silicon*
- Boleh dimasak di dapur gas dan elektrik
- Tebal bawah induksi periuk 4.5mm
- Bebas bahan kimia berbahaya
- Handle penutup yang mudah untuk Grip
Hah, macam mana, tergoda tak. Nad pun dah tertarik denagn periuk batu KayuHome ni. Kumpul duit dulu, nanti kita masuk minang ye, hehe. Sebelum nak beli tu kena tengok betul-betul, sebab ada juga yang menjual periuk tiruan. Jadi, nak dapatkan periuk yang berkualiti 100% terjamin, belilah di KayuHome ni. Tak kira laki atau perempuan yang suka memasak, dapat periuk batu macam ni, emmang kerja memasak jadi seronok kan..hehee. Kalau korang nak, boleh contact http://www.wasap.my/60136699512/kayuhome
Nak tau lebih lanjut boleh layariFacebook: https://www.facebook.com/kayuhomeInstagram: https://www.instagram.com/kayuhome.hq/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2020/10/periuk-yang-diidamkan-periuk-batu-dari.html