Peristiwa Seram Setiap 10 Oktober Di Sebuah Ipta Di Ipoh
Ibu aku merupakan salah seorang alumni di sebuah IPTA di Ipoh yang masih beroperasi sehingga kini. Di IPTA tersebut sudah ramai yang keluar menjadi tenaga pengajar di setiap pelosok negeri di Malaysia ni. Semestinya korang dapat mengagak mana dan institusi nya apa tak lain tak bukan Universti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini hangat isu tentang bantuan yang telah diberikan oleh pendakwah Malaysia terkemuka Ebit Lew yang memberi saluran bantuan kepada pelajar yang terkandas akibat wabak pandemik Covid-19 yang semakin menggerunkan rakyat tanpa meminta kebenaran sepatutnya kepada Majlis Perwakilan Pelajar UPSI. Alhamdulillah kontroversi sudah selesai dan mendapat kata sepakat dengan membenri kerjasama Ebit Lew dan UPSI
SEJARAH RINGKAS UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS
Maktab perguruan pertama di Malaysia dibuka pada tahun 1913 di Taiping bawah nama Maktab Perguruan Matang. Maktab ini menggunakan bangunan rumah Ngah Ibrahim sebelum berpindah secara tetap ke Tanjung Malim dan diberikan nama baru sempena sultan Perak pada masa itu. UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College atau SITC) di Tanjung Malim.
Namanya sempena nama Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar yang memerintah negeri Perak dari 26 Jul 1887 - 14 Jan 1916. Baginda lahir pada tahun 1849 dan mangkat pada tahun 1916. Sejarah penubuhan UPSI bermula dengan cadangan R.O. Winstedt untuk memusatkan maktab-maktab perguruan Melayu. Setelah mendapat persetujuan Sultan Abdul Jalil Perak, Pesuruhjaya Tinggi British telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah Maktab Pusat yang besar bagi guru-guru Melayu sebagai kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Ibni Almarhum Raja Iskandar, Perak.
Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training Collge for Malay Teachers yang dikenali dengan nama ringkasnya sebagai SITC telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negara pada 29 November 1922. Pada 21 Februari 1987, SITC telah dinaikkan taraf sebagai Institusi Pendidikan Sultan Idris (IPSI). Kedudukan tarafnya lebih tinggi daripada maktab-maktab perguruan yang lain dan diberi kuasa mengendalikan Kursus Sijil Lanjutan Pergurusan dan Diploma Lepas Sijil. Sesuai dengan peranan dan kepentingannya telah mendorong Kerajaan untuk menaikkan tarafnya kepada peringkat yang lebih tinggi sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997.
KISAH BERULANG SETIAP 10 OKTOBERBerbalik kepada tajuk entry kali ni yang sudah memanggil aku untuk membahaskan tentangnya sebab kita sudah dalam bulan oktober dan berbaki berapa hari lagi untuk 10 Oktober. Tapi setelah aku baca dan mengkaji tak tahu kesahihan cerita asal kenapa terjadinya setiap kali 10 Oktober
KISAH 1 - Wanita Berbaju Putih Muncul Di dalam Panggung Budaya , Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Kisah ini sudah dikongsikan secara terbuka oleh bekas pelajar UPSI. Menurutnya semua ini kerana berlaku pada tahun 2013 dan dia pula berada di tempat kejadian. 10 oktober 2013, Batch Pertama diploma muzik tengah buat reheasel untuk final project dalam panggung (Fippro2013), kejadian berlaku dalam tempoh masa 9.30 - 11.30 malam . Di mana reheasel sedang dijalankan, lampu gelap dan sebagainya, semua berada di tempat masing-masing dekat atas pentas. Malam itu semua yang terlibat memakai pakaian hitam termasuk krew. Ketika itu beliau merupakan salah sorang krew
Ia berlaku secara tidak sengaja, mereka terlihat kelibat perempuan berambut panjang memakai pakaian t-shirt putih telah lalu disekitar kawasan tempat duduk penonton hanya sekali lalu je kelibatnya. Kehadirannya disertakan dengan bau wangi yang datang secara tiba-tiba dan hilang macam tu jer. Mak aihh, kalau aku ada kat situ pun seram weyh..
Tambahan lagi, semasa reheasel semua benda yang dirancangkan dan dilatihkan tidak menjadi. Ada saje yang tak kena. Ditambahkan pula dengan kehadiran seorang perempuan sekelip mata jer hilang dan jadi persoalan pada mereka siapa perempuan tu yang pastinya mereka tidak mengenali pun siapa dia dan dari mana dia datang. Menurut penuntut fakulti Muzik dan seni kawasan panggung budaya tu merupakan laluan bunian menuju ke kampung mereka yang ada dekat sungai belakang fakulti muzik tu
KISAH 2 - Kes Bunuh Diri Wanita Mengandung Kisah Cik Bedah yang seringkali disebarkan dari mulut ke mulut, kelihatan penyebaran kisah ini seolah-olah telah mencetuskan satu ketakutan dalam kalangan pelajar UPSI itu sendiri. Menurut pelajar yang pernah menjadi pelajar di UPSI, jelmaan-jelmaan ini muncul di UPSI. Tak ada pula aku dengar cik bedah ni mengancam sesiapa. 10 Oktober akan keluarnya hantu perempuan bunuh diri sebab kena tinggal dengan teman lelakinya yang tidak bertanggungjawab selepas tahu perempuan ni mengandung. Di sebabkan lelaki itu tak nak bertanggungjawab, dia amik keputusan terjun bangunan. Kejadian itu berlaku di bangunan lama UPSI
Anak hasil hubungan haram katanya dia letak dalam loker pun meninggal dunia. Menurut cerita yang aku terbaca, setiap 10 Oktober dia akan merayau cari pensyarah yang hamilkan dia.. Semua pensyarah diminta untuk mengosongkan bangunan Canselori sebelum magrib.. wallahualam. Tak tahu betul ke tak, kalau nak nampak hantu tu pada tarikh 10 oktober tu, pada waktu tengah malam cuba tengok bawah celah kangkang tengok bumbung bangunan suluh budiman tu, akan nampaklah --------------------------------Cerita ni pernah di adaptiasi ke sebuah novel PROJEK SERAM ASRAMA. Tapi sudah di olah diletak gula garam msg dan macam-macamlah kasi lagi padu ceritanya. hehehe. Boleh baca jangan percaya okay. Takut sentiasa menghantui diri. Nak nak buat korang yang bakal belajar di sana. Boleh tanya dekat pensyarah yang paling lama berkhidmat di sana okay!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miminadam.com/2020/10/peristiwa-seram-setiap-10-oktober-di.html