Peristiwa Israk Mikraj Ringkas Infografik Jakim Video


KRONOLOGI RINGKAS ISRA’ MIKRAJ || Peristiwa Israk dan Mikraj adalah satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam.
Berikut dikongsikan beberapa fakta dan kronologi Israk dan Mikraj untuk makluman kita bersama.
Maksud Israk dan Mikraj Israk & Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Rasulullah SAW yang wajib diimani oleh umat Islam berdasarkan bukti-bukti daripada al-Quran dan as-Sunnah.
Firman Allah SWT:
سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
(Surah Al-Isra’, Ayat 1)
Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Al-Aqsa di Palestin. Mikraj pula adalah perjalanan Baginda SAW dari langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT. Sumber: JAKIM Tarikh Berlakunya Israk Wa Mikraj Peristiwa ini telah dilalui Rasulullah s.a.w. pada 27 Rejab, tahun ke-10 kerasulan Baginda,* iaitu bersamaan tahun 621M.
Peristiwa ini berlaku selepas kewafatan bapa saudara Nabi SAW, Abu Talib dan isteri kesayangan baginda, Saidatina Khadijah, di mana tahun ini dikenali sebagai Tahun Dukacita.
*NOTA:
Para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat tentang tarikh berlakunya isra’ mikraj. Menurut penerangan dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, peristiwa ini berlaku pada :
Setahun sebelum hijrah: Inilah pendapat Ibn Mas’ud, al-Zuhri, Urwah bin al-Zubair, Ibn Sa’d dan Ibn Hazmin mendakwa ini adalah ijmak. Inilah yang dijazamkan oleh Imam al-Nawawi. Berlaku pada tahun Baginda SAW diangkat menjadi nabi: Inilah pendapat al-Tabari. Dua tahun sebelum hijrah. Tiga tahun sebelum hijrah: Inilah yang dihikayatkan oleh Ibn al-Athir. Setepatnya berlaku 27 Rejab tahun kesepuluh kenabian. Inilah pendapat oleh al-Allamah Mansurfuri. Lima tahun sebelum hijrah: Inilah pendapat al-Nawawi dan al-Qurtubi. Inilah pendapat al-Zuhri dan dihikayatkan daripadanya oleh Qadhi Iyad dan beliau mentarjihkannya dengan sepakat bahawa Khadijah pernah solat bersama Nabi SAW selepas difardukan solat. Ringkasan Peristiwa Israk Mikraj ISRAK
Jibril datang kerumah Nabi dan membawanya ke Masjidilharam
Sebelum perjalanan, Jibril bawa Nabi ke telaga Zamzam di belah Dada Nabi untuk Kali kedua. Di cuci hati nabi, kotoran zahir dan batin di isi dengan iman, yakin, hikmah serta ilmu. Nabi dibawa menaiki Buraq. Tiba di Masjidil Aqsa.
MIKRAJ
Dari Baitul Maqdis naik ke langit
Jibril mengiringi Nabi naik ke langit. Di setiap tingkat, ada penjaga Dan nabi yang menyambut.
Langit 1, berjumpa Nabi Adam. Langit 2, berjumpa Nabi Isa dan Yahya Langit 3, berjumpa Nabi Yusuf Langit 4, berjumpa Nabi Idris Langit 5, berjumpa Nabi Harun Langit 6, berjumpa Nabi Musa Langit 7, berjumpa Nabi Ibrahim Melawat Syurga dan Neraka
Nabi dipelawa minum samada susu, khamar atau madu. Nabi pilih susu.
Naik ke sidratulmuntaha
Melawat BaitulMakmur, Kaabah para Malaikat
Naik bertemu Allah, Jibril tidak mengiringi Nabi.
KISAH PENSYARIATAN SOLAT PADA MALAM ISRA’ MIKRAJ
Peristiwa Isra’ dan mikraj yang dialami oleh Rasulullah SAW mempunyai banyak ibrah. Antara hikmah dari ibrah yang paling besar dalam peristiwa ini adalah kewajipan solat 5 waktu yang diterima daripada Allah SWT secara terus tanpa perantaraan malaikat.
Ikuti kisah pensyariatan solat pada malam Israk Mikraj yang dikongsikan oleh JAKIM melalui infografik di bawah:
VIDEO : RINGKASAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ – JAKIM
Isra’ Mikraj adalah satu peristiwa perjalanan agung Rasulullah SAW yang menunjukkan kekuasaan Allah SWT.
Sumber : MyJakim Malaysia
Hikmah Peristiwa Isra’ Mi’raj Sebagai umat islam, terdapat pelbagai hikmah dan pengajaran boleh diambil masyarakat Islam melalui peristiwa israk mikraj untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian seperti yang di petik dari Tazkirah ;
1 – Israk Mikraj Adalah Perjalanan Yang Nyata
Peristiwa Israk Mikraj ini merupakan perjalanan dan pengalaman Rasulullah s.a.w yang benar-benar terjadi dan, bukan hanya perjalanan rohani atau mimpi Baginda semata-mata.
Dalam peristiwa ini, Rasulullah s.a.w mendapatkan perintah secara langsung tanpa perantara dalam suruhan mengerjakan solat lima waktu. Ini adalah bukti bahawa Israk Mikraj berbeza dengan penurunan wahyu-wahyu Allah yang lainnya.
Rasulullah juga mengalami perjalanan itu dalam keadaan sedar dan dengan sepenuh hati Baginda. Selepas peristiwa itu, Baginda segera menceritakan kepada para sahabat dan pengikut Baginda dengan ingatan yang sangat jelas.
2 – Tanda Kekuasaan Allah S.W.T
Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu bukti dan tanda kekuasaan Allah s.w.t. Allah juga ingin menunjukkan betapa besarnya kekuasaan-Nya dengan menjadikan sebuah peristiwa yang boleh dianggap ganjil bahkan hal yang lebih hebat daripada itu.
Dengan kehendak Allah, boleh dilakukan apa-apa saja mengikut kehendak-Nya. Allah s.w.t dengan jelas telah menyatakan bahawa Israk Mikraj adalah bertujuan untuk memperlihatkan kekuasaan-Nya.
3 – Bentuk Kemuliaan Allah S.W.T Kepada Rasulullah S.A.W
Sebelum terjadinya peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w menghadapi banyak ujian yang sangat berat, terutamanya tentangan hebat dalam usaha dakwah Baginda. Antaranya Baginda diusir dan ditolak oleh penduduk di kota Thaif.
Rasulullah s.a.w juga kehilangan dua orang yang penting, iaitu isteri kesayangan Baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara yang banyak membantu iaitu Abu Thalib.
Oleh itu, Israk Mikraj merupakan hadiah dan sebuah pengganti dari apa yang telah Rasulullah s.a.w hadapi terutamanya pada tahun yang sama.
4 – Bukti Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
Israk Mikraj juga memperlihatkan sebahagian bukti akan kebesaran Allah selain bertujuan memantapkan dan mengukuhkan kerasulan Rasulullah s.a.w.
Selain itu Israk Mikraj juga diciptakan untuk memuliakan Rasulullah s.a.w sebagai seseorang yang dipilih oleh Allah s.w.t.
Peristiwa ini juga bertujuan mempersiapkan kekuatan jasad, jasmani, rohaniah, dan aqliah Rasulullah s.a.w dalam menjalankan tugas-tugas kenabian Baginda.
5 – Bukti Ajaran Rasulullah S.A.W Bersifat Menyeluruh
Peristiwa Israk atau perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Madinah), menunjukkan bahawa ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w bukan hanya untuk masyarakat Mekah sahaja tetapi agama kepada seluruh umat manusia yang ada di muka bumi.
6 – Perintah Didirikan Solat Lima Waktu
Peristiwa Mikraj atau perjalanan Rasulullah s.a.w ke Sidratul Muntaha adalah tempat berlakunya peristiwa Rasulullah menerima perintah Allah s.w.t untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
Perintah ini adalah secara langsung diberikan oleh Allah kepada Baginda tanpa perantara.
Walaupun pada awalnya Allah s.w.t memerintahkan didirikan sebanyak 50 waktu, namun Rasulullah s.a.w memohon agar dikurangkan sehinggalah perintah solat menjadi lima waktu sehari semalam seperti hari ini.
Perintah solat lima waktu ini sangat dipegang erat oleh Rasulullah s.a.w dan Baginda sangat menitikberatkan kepada umat Baginda supaya tidak meninggalkan solat lima waktu kerana ianya adalah tiang agama Islam dan kunci diterima segala amalan di dunia.
7 – Pembersihan Hati untuk Menghadap Allah S.W.T
Diriwayatkan, sebelum peristiwa Isra’ Mikraj, Rasulullah s.a.w telah ‘dibedah’ oleh malaikat bagi membersihkan jiwa Baginda dari dari sifat-sifat buruk seperti was-was.
Ini memberi gambaran kepada umat Islam bahawa sebelum menghadap Allah s.w.t dalam menjalankan ibadah, seharusnya membersihkan dulu jiwa dan hati dari segala sifat buruk.
Selain itu, segala amalan ibadat hendaklah disertai dengan niat yang betul dan ikhlas. Allah berfirman bahawa Islam itu bersih, maka bersihkanlah jiwa raga kerana sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang yang bersih.
Sungguh banyak hikmah yang dapat diambil oleh umat Islam sebagai iktibar daripada peristiwa ini.
Jadi sebagai umat Islam umumnya, dan pengikut Nabi Muhammad s.a.w khususnya haruslah kita jadikan peristiwa ini sebagai pangajaran utama dalam mengejar ibadah terutamanya dalam mendirikan solat lima waktu.
Baca juga:
Doa Penerang Hati – Senarai Doa Untuk Penuntut Ilmu Alhamdulillah (ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ) : Maksud, Bila Perlu Ucapkan & Kelebihannya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/peristiwa-israk-mikraj-ringkas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=peristiwa-israk-mikraj-ringkas

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Israk Mikraj 2024 Peristiwa Penting Dalam Sejarah Rasulullah Saw

Israk Mikraj 2024 Peristiwa Penting Dalam Sejarah Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 245 hits
ISRAK MIKRAJ 2024 PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH RASULULLAH SAW Tarikh penting yang perlu kita ingati setiap tahun iaitu pada 27 Rejab kira kira 18 bulan sebelum hijrah Israk Mikraj disambut oleh orang islam di Malaysia bagi memperingati p...
Peristiwa Sebelum Dan Semasa Israk Mikraj Sebagai Pedoman Akhir Zaman

Peristiwa Sebelum Dan Semasa Israk Mikraj Sebagai Pedoman Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 638 hits
Salam Israk Mikraj kepada Seluruh Mukmin Israk mikraj adalah salah satu peristiwa penting dalam kalendar islam hijriyah Peristiwa israk mikraj mengandungi kisah yang boleh dijadikan panduan di akhir zaman ini ada petunjuk dan pedoman yang m...
Ambil Iktibar Peristiwa Israk Dan Mikraj Istiqamah Dalam Beribadah Dan Pembebasan Palestin Pm

Ambil Iktibar Peristiwa Israk Dan Mikraj Istiqamah Dalam Beribadah Dan Pembebasan Palestin Pm

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Umat Islam diseru untuk mengambil iktibar peristiwa Israk dan Mikraj terutama terkait soal akidah dan akhlak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan bersempena sambutan Israk dan Mikraj 1445 nbsp Hijrah mengaja...
6 Pengajaran Peristiwa Israk Mikraj

6 Pengajaran Peristiwa Israk Mikraj

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 219 hits
Peristiwa Isra Mi raj adalah salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam yang menceritakan perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis dan kemudian dari sana ke langit langit dan alam se...
Majlis Maulid Nabi Sambut Israk Mikraj

Majlis Maulid Nabi Sambut Israk Mikraj

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 183 hits
Ikut kalendar hari ini ialah ulang tahun peristiwa Israk dan Mikraj peristiwa yang merupakan mukjizat dianugerahkan kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW Dulu waktu dekat sekolah Agama ustazah dan ustaz sering bercerita tentang ajai...
Hari Israk Mikraj 2024

Hari Israk Mikraj 2024

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 280 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera hari Israk Mikraj adalah hari untuk memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu pada 27 Rejab Peristiwa ini adalah peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang digelar sebagai ...
Bulan Sabit Tua Planet Zuhrah Dan Tol Percuma Di Hari Israk Mikraj

Bulan Sabit Tua Planet Zuhrah Dan Tol Percuma Di Hari Israk Mikraj

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 349 hits
Catatan hari Khamis 8 Februari 2024 Alhamdulillah negeri Perlis ambil cuti umum pada hari Khamis lalu sempena Israk Mikraj maka dapatlah kami bercuti panjang sedikit untuk pulang ke kampung halaman di negeri Johor Ini merupakan kali pertama...
Video Jokowi Blak Blakan Ini Sebab Harga Pangan Mahal Dan Alasan Pemberian Bansos

Video Jokowi Blak Blakan Ini Sebab Harga Pangan Mahal Dan Alasan Pemberian Bansos

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 244 hits
Presiden Jokowi saat memberikan bantuan sosial di Sukoharjo blak blakan alasan harga pangan mahal dan pemberian bansos oleh pemerintah
Video Tkn Jawab Prabowo Diisukan Sakit Dibawa Ke Rspad Fitnah Paling Sering Disebar

Video Tkn Jawab Prabowo Diisukan Sakit Dibawa Ke Rspad Fitnah Paling Sering Disebar

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 177 hits
Komandan Tim Komunikasi Bravo TKN Prabowo Gibran Budisatrio Djiwandono mengutuk keras hoaks yang terus diarahkan ke Capres nomor urut 2 Prabowo Subianto
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan