Peristiwa Al Maunah


Jangan perlekeh tugas pasukan keselamatan
KIRA-KIRA 18 tahun lalu, sebuah pekan kecil yang terletak di antara Lenggong dan Kuala Kangsar, Perak tiba-tiba menjadi perhatian nasional dan antarabangsa. Rutin kehidupan biasa penduduknya berubah, pekan yang kebiasaannya tenang menjadi sibuk dan tegang.

Apa yang berlaku di Bukit Jenalik, Sauk bukan kisah biasa-biasa. Dari atas bukit itu sekumpulan lelaki mempersiapkan diri mereka sebagai ‘tentera’ untuk mengangkat senjata masing-masing bagi melancarkan perang ke atas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan menggulingkan kerajaan ketika itu.

Lebih dramatik, ratusan senjata mereka datangnya dari hasil rompakan pada pagi 2 Julai 2000 di dua kem tentera di Gerik. Parameter sekitarnya bertukar umpama medan perang apabila dipenuhi dengan pasukan keselamatan.

Perancangan militan Al-Maunah yang diketuai oleh Mohamed Amin Mohamed Razali tidak menjadi kenyataan apabila beliau ‘tumbang’ di tangan Leftenan Jeneral Datuk Seri Zaini Mohd. Said.

Drama selama empat hari yang mendebarkan akhirnya selesai dengan jayanya tetapi turut tersulam hiba kedukaan apabila dua anggota keselamatan terkorban. Takziah buat keluarga mendiang R. Sanghadevan dan Truper Matthews anak Medan.

Insan yang berani menggadaikan nyawanya pada waktu itu untuk ‘memusnahkan’ misi Al-Maunah di atas Bukit Jenalik berkongsi pengalaman peristiwa tersebut bersama warga kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), baru-baru ini.

Zaini yang telah bersara mengakui bahawa detik hitam itu memberi kesan besar pada negara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), keluarga tebusan yang terkorban dan dirinya sendiri.

Beliau yang ketika itu merupakan Panglima Medan Tentera Darat tidak menafikan imej ATM tercalar dan kemampuan mereka dipertikaikan.

Peristiwa itu menjadi satu wake up call yang kuat kepada pihak keselamatan bahawa militan ini sentiasa menunggu masa sesuai untuk memunculkan diri.

Bagi mengelakkan peristiwa Al-Maunah berulang, siap-siaga pasukan keselamatan telah dipertingkatkan, tindakan pencegahan awal pantas diambil dan ruang-ruang kecil kelekaan dan rasa terlalu selesa dengan keamanan dielakkan.

Banyak yang dikongsikan beliau selain kisah Al-Maunah atas pengalaman selama 36 tahun dalam ATM antaranya semasa konflik konfrontasi Malaysia dan Indonesia.

Semua kisahnya mencetus inspirasi dan punya nilai pengajaran yang kuat. Pada satu ketika nadanya menjadi sayu dan hiba apabila membenam nasihat pada generasi muda untuk menjadi warganegara yang tanggungjawab.

Berilah sumbangan kepada negara dalam kemampuan masing-masing walaupun kecil. Sesungguhnya, keberadaan para petugas keselamatan perlu sentiasa dihargai dan diraikan bukannya diperlekehkan.

Atas pengorbanan mereka, kita mampu tidur lena saban malam dan menjalani rutin hidup dengan bahagia apabila bangun keesokan harinya.

Terima kasih perwira negara!

Oleh : Mohd Zaini Othman

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/02/peristiwa-al-maunah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Facebook Menyambut Ulang Tahun Ke 15 Mari Lihat Rangkuman Peristiwa Menarik Sepanjang 15 Tahun Lepas

Facebook Menyambut Ulang Tahun Ke 15 Mari Lihat Rangkuman Peristiwa Menarik Sepanjang 15 Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 355 hits
Selamat hari lahir diucapkan kepada Facebook Bersempena ulang tahun ke 15 Facebook kali ini anda dapat melihat terdapat pelbagai perubahan dibawakan melalui penggunaan media sosial yang mana diterajui oleh Facebook untuk pengguna serata dun...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess